Ianya adalah kejiranan yang terletak di Al-Quds dan penduduknya sedang menghadapi ancaman untuk dihalau oleh Rejim Zionis.
Kedudukannya amat strategik iaitu hanya 2km dari Masjidil Aqsa dan ia menjadi rebutan Rejim Zionis.
⬇️ Teruskan baca ⬇️
1/ Tempat ini dinamakan bersempena doktor peribadi Salahuddin Ayyubi yang dipercayai pernah menetap di sini ketika pembukaan kota ini pada zaman beliau.
Pada awal abad ke-20 keluarga Palestin yang kaya telah berpindah ke sini untuk lari daripada kesempitan kawasan Bandar Lama.
2/ Kepentingan Sheikh Jarrah adalah kawasan ini sahaja yang belum dimiliki oleh Penjajah Zionis. Kawasan sekitar Al-Quds sudah pun dijajah oleh penduduk Zionis.
Jika Sheikh Jarrah ini jatuh ke tangan Zionis maka keseluruhan Al-Quds dan Al-Aqsa ibaratnya telah mereka kuasai.
3/ Selepas berlaku peristiwa Nakba 1948 yang menyaksikan 750k rakyat Palestin menjadi pelarian, 28 keluarga telah berpindah ke sini pada tahun 1956.
Pada waktu tersebut kawasan ini ditadbir oleh Jordan dan dengan kelulusan @UN & @UNRWA rumah rumah telah dibina untuk mereka.
4/ Pada tahun 1960, 28 keluarga tersebut telah membuat perjanjian dengan kerajaan Jordan bahawa mereka akan diberikan hak pemilikan tanah & rumah tersebut dalam masa tiga tahun dengan pembayaran simbolik.
Manakala mereka juga akan melepaskan status sebagai pelarian @UNRWA.
5/ Tetapi perjanjian ini tidak dapat disempurnakan selepas Israel menjajah kawasan Jerusalem Timur selepas berlakunya perang Arab - Israel 1967. Jordan telah kehilangan penguasaan terhadap kawasan ini.
Sejak daripada ini bermula proses perampasan Hayy Jarrah oleh Rejim Zionis.
6/ Sekarang terdapat 38 buah keluarga di kawasan ini. 4 daripadanya telah diberikan keputusan pengusiran, manakala 3 lagi akan diusir pada 1 Ogos.
Manakala keluarga yang lain sedang melalui pelbagai peringkat perbicaraan di mahkamah.
7/ Sejak Israel berjaya menjajah Jerusalem Timur pada 1967, kumpulan kumpulan Penjajah Zionis telah mendakwa pemilikan tanah ini dan telah berjaya memfailkan permohonan di Mahkamah yang telah diluluskan untuk mengusir rakyat Palestin daripada kawasan kawasan ini.
8/ Dua NGO telah mendakwa bahawa kawasan ini dimiliki oleh Sephardic Jews pada tahun 1885 ketika pemerintahan Uthmaniyyah yang berakhir pada 1917.
Mereka juga melakukan dakwaan yang sama terhadap tanah lain milik orang Palestin yang terletak kurang 1km dari Masjidil Aqsa.
9/ Holy Basin.
Pihak Israel memiliki perancangan untuk membina penempatan di sekitar Al-Quds berdasarkan tema tema dalam Bible.
Untuk menjayakan perancangan ini mereka perlu merampas tanah dan mengusir penduduk Palestin yang berada di sini.
10/ Pada bulan November 2020 mahkamah Israel telah mengeluarkan keputusan untuk menghalau 87 rakyat Palestin dari kawasan Batn Al-Hawa, Hayy Silwan selatan Al-Quds.
Keputusan ini dimenangi oleh kumpulan penjajah Ateret Cohanim yang ingin meluaskan penempatan Yahudi di sini.
11/ Mereka telah menyaman penduduk Batn Al-Hawa dan mendakwa bahawa tanah tersebut dimiliki oleh Yahudi Yaman pada era Uthmaniah sehingga tahun 1938.
Selepas itu ketika era mandat British mereka telah dipindahkan atas faktor ketegangan politik.
12/ Undang undang Israel telah dan akan sentiasa berpihak kepada penjajah Zionis dengan membenarkan hanya penjajah Zionis boleh mendakwa pemilikan tanah sebelum tahun 1948 manakala hak yang sama pula dinafikan terhadap pihak penduduk Palestin.
13/ Pada Ahad 2/5, Mahkamah Zionis telah mengarahkan keluarga Iskafi, Kurd, Jaanoi dan Qassem -yang merangkumi 30 dewasa & 10 kanak kanak- untuk meninggalkan rumah mereka pada 6/5.
Manakala keluarga Hammad, Dagani & Daoudi diberikan tempoh sehingga 1/8 untuk berpindah.
14/ Daripada pemilik menjadi penyewa.
Pada 1982, kumpulan penjajah Zionis telah memohon agar 24 keluarga di Sheikh Jarrah untuk dipindahkan.
Pada 1991 penduduk Sheih Jarrah mendakwa tanda tangan mereka dipalsukan oleh peguam yang mewakili mereka pada dokumen yang ...
... menyatakan bahawa pemilikan tanah dan rumah itu adalah dimiliki oleh Penjajah Zionis.
Sejak daripada itu mereka telah dilayan sebagai penyewa oleh Mahkamah Israel dan berhadapan dengan perintah pengusiran agar rumah mereka dapat dimiliki oleh penjajah Zionis.
15/ Pada 2005 mahkamah menolak dokumen dari zaman Othmaniyyah yang dikemukakan oleh Suleiman Darwish Hijazi sebagai bukti pemilikan terhadap tanah ini.
Pada 2002, 43 orang Palestin telah diusir & penjajah Zionis telah merampas rumah mereka.
Pada 2008 keluarga Al-Kurd dihalau.
16/ Pada 2009 keluarga Hanoun & Ghawi telah dihalau. Manakala pada tahun 2017 keluarga Shamashneh juga dihalau oleh Penjajah Zionis.
Pihak penduduk telah meminta Jordan untuk memberikan dokumen rasmi bagi membuktikan pemilikan mereka.
17/ Pada April 2021, Menteri Luar Jordan Ayman Safadi telah menyerahkan dokumen dokumen rasmi yang membuktikan Rakyat Palestin ialah pemilik sah tanah dan rumah di Sheikh Jarrah.
Pada awal Mei, Pihak Jordan telah meratifikasikan 14 dokumen dari tahun 1960 untuk menyokong mereka.
18/ Sejak awal 2020 mahkamah Israel telah mengarahkan pengusiran 13 buah keluarga di Hayy Sheikh Jarrah. Kawasan ini telah menjadi kawasan yang tegang dengan pelbagai demonstrasi oleh penduduk Palestin dan dengan serangan oleh pihak berkuasa Zionis.
Kesimpulan :
Apa yang berlaku di Hayy Sheikh Jarrah adalah pembersihan etnik, perampasan hak, penindasan & pencabulan hak asasi manusia.
Tambahan pula penjajahan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diiktiraf oleh undang2 antarabangsa dan kebanyakan negara.
Ini adalah nota yang saya sediakan untuk perkongsian bersama Tuan @fedtriyahya semalam di IG beliau. Asal nota bertulisan tangan tapi saya taip semula di sini untuk manfaat bersama.
Dengan sedikit olahan semula maklumat. 🤲
Teruskan membaca. ⬇️
Untuk memahami tentang kedudukan Al-Aqsa dalam Islam maka kita kena melihat surah yang menyebutkan tentang masjid ini iaitu surah Al-Isra'.
Surah ini berbicara tentang peristiwa Isra & Mikraj dan membina hubung kait antara dua masjid; iaitu Masjidil Haram & Masjidil Aqsa.
Kemudian surah ini berbicara tentang bani Israel dan memberikan isyarat kepada ciri ciri kehidupan dan pemerintahan mereka.
Juga mendedahkan tentang kerosakan yang mereka lakukan iaitu 'dua kerosakan' yang dilakukan dengan sifat meninggi diri dan penuh sombong.
Setiap kali berlaku pengeboman Isra5l, naratif yang pihak Z1on1s akan gunakan untuk menjustifikasikan angka korban yang besar adalah,
''Pihak Pal5stin guna perisai manusia."
Ini bebenang untuk menjawabnya.
1/ Apa tujuan daripada naratif ini?
- Meletakkan Tentera Z10nis on higher moral ground. Sebab hanya pihak yang tidak bermoral yang akan gunakan manusia sebagai perisai.
- Menyalahkan pihak Pal5stin sebagai punca berlaku korban. Korban berlaku bukan kerana serangan Zionis.
- Tetapi berlaku kerana pihak Pal5stin yang jadikan manusia sebagai perisai bagi mempertahankan diri. Naratif ini berkesan terutamanya jika korban adalah kanak2 & wanita.
- Menjadikan human shield untuk alasan pembunuhan ini adalah taktik yang juga digunakan di India & Mesir.
1/ Laporan oleh @btselem ngo hak asasi manusia terkemuka di Israel.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama Israel digelar negara apartheid oleh ngo rakyatnya sendiri.
Apartheid adalah dasar penindasan penduduk berdasarkan etnik & warna kulit. [Thread]
2/ Terdapat 14 juta penduduk di Israel. Separuh daripadanya adalah Arab dan separuh lagi Yahudi. Dalam satu negara mereka diperintah oleh dua rejim yang berbeza.
Pertama dalam kawasan milik Israel; rejim demokrasi yang mentadbir 9 juta penduduk, semuanya berwarganegara Israel.
3/ Kedua adalah kawasan jajahan Palestin 1967; rejim tentera Israel yang memerintah 5 juta rakyat Palestin.
• Pengeboman udara besar besaran berlaku sebelum azan subuh tadi.
• Ramai menyangka malam ini akan berlalu dengan tenang, tetapi tentera Z10n1s melewatkan serangan untuk berikan kejutan.
• Dalam masa kurang 20 minit lebih 60 pengeboman udara dilakukan.
Serangan udara tidak berhenti di kawasan timur dan utara Gaza lebih daripada 20 minit.