Khalifah Islam Ketiga : Uthman bin Affan

Ini adalah catatan daripada perkongsian semalam di reruang @seketulawan & atas permintaan mereka yang tak sempat ikuti.

Saya bahagikan topik ini kepada :

1) Latar belakang.
2) Peristiwa Penting.
3) Pembunuhan.

Semoga bermanfaat. 🤲
1) Nama & Keturunan

• Beliau ialah Uthman bin Affan bin Abi Al-'As bin Umayyah bin Abdul Shams bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan Rasulullah SAW pada Abdul Manaf.

• Ibunya bernama Arwa bint Kariz bin Rabi'ah. Nenek beliau bernama Ummu Hakim bint Abdul Muttalib.
2) Gelaran & Kuniyah

• Gelaran: Zu Al-Nurain (pemilik dua cahaya) kerana beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan selepas itu mengahwini Ummu Kalthum selepas kewafatan Ruqayyah.

• Kuniyah : Abu Abdillah & Abu Amr
• Beliau memeluk Islam di tangan Abu Bakar r.a & berhijrah ke Habsyah sebelum ke Madinah.

3) Isteri & Anak

• Sepanjang hayat beliau pernah mengahwini 8 orang wanita selain Ruqayyah & Ummu Kalthum.

• Memiliki 9 anak lelaki & 5 anak perempuan.
4) Kelebihan

• Ketika perang Tabuk beliau bersedekah 1000 dinar untuk persiapan tentera. Rasulullah amat gembira & berkata, "tidak akan memudaratkan Uthman apa apa yg beliau lakukan selepas ini." HR Ahmad.

• Beliau meminta izin untuk berjumpa Rasulullah, maka kata baginda,
"bukalah pintu & sampaikan khabar gembira buat beliau dengan ganjaran syurga atas ujian yang akan berlaku." HR Bukhari.

• Nabi, Abu bakar, Umar & Uthman pernah mendaki Uhud & ia bergoncang. Kata Nabi, "bertenang wahai Uhud, di atasmu Nabi, Siddiq & Dua Syahid." HR Bukhari.
5) Isyarat kenabian

• Murrah bin Kaab r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bercerita tentang fitnah yang akan berlaku, maka lalu seorang lelaki bertutup dengan pakaian maka kata baginda, "lelaki ini ketika itu berada atas petunjuk." Murrah berdiri & itu ialah Uthman. HR Tirmizi.
• Rasulullah SAW berpesan kepada Uthman, "Jika suatu hari nanti Allah memberimu kuasa pemerintahan & ada orang munafiq yg ingin agar engkau melepaskan pakaian (jawatan) yang telah Allah pakaikan padamu, maka jangan lepaskan." HR Ibn Majah.
• Beliau memerintah selama 12 tahun bermula tahun 23h - 35h & pada waktu ini dianggap zaman keemasan & kehebatan Islam dengan pembukaan kota kota besar.

• Islam tersebar luas & kekayaan bertambah. Kemudian pada tahun 35h berlaku pemberontakan yg menyebabkan pembunuhan beliau.
1) Pembukaan Benua Afrika (27h)

• Uthman memerintahkan Abdullah bin Saad bin Abi Sarah untuk mengetuai ekspedisi pembukaan benua Afrika. Bersama beliau 10k tentera & telah membuka kawasan tanah & juga bukit. Orang disana juga telah beramai ramai memeluk Islam.
2) Perang Jarjir & Barbar Ke Atas Muslimin (27h)

• 20k tentera Muslim di bawah pimpinan Abdullah bin Saad menuju ke benua Afrika untuk pembukaan. Pada tentera ini terdapat juga dua orang sahabat besar Abdullah bin Umar & Abdullah bin Zubair r.a.
• Raja Barbar, Jarjir telah menuju ke arah mereka dengan 120k atau 200k bala tentera. Ketika kedua pasukan ini bertembung Jarjir telah mengarahkan tenteranya mengepung tentera Islam & mereka berada dalam keadaan yang amat getir dan menakutkan.
• Abdullah bin Zubair meminta kebenaran Abdullah bin Saad untuk membunuh Raja Barbar yang berada di belakang barisan musuh & beliau memerlukan tentera untuk melindungi beliau. Maka beliau telah mengumpulkan sejumlah tentera yang berani & membuat persiapan.
• Abdullah bin Zubair bersama tentera yang berani telah memasuki barisan & musuh menyangka bahawa abdullah membawa surat untuk raja tetapi ketika menghampiri Raja Barbar beliau menyedari ancaman itu & cuba melarikan diri tetapi sempat dibunuh. Maka tentera Islam telah menang.
3) Perang Zat Sawari (31h)

• Ini adalah perang laut pertama dalam sejarah Islam. Puncanya adalah Kostantinopel bersama Barbar telah menyiapkan 500 kapal untuk membunuh Abdullah bin Saad yang berada di Maghrib dengan jumlah tentera yang tidak pernah dilihat oleh orang Islam.
• Ketika kedua tentera bertemu, pihak musuh telah menegakkan lambang lambang salib & orang Islam pula bersolat & membaca Al-Quran.

Abdullah bin Saad telah menyusun tentera beliau dalam kapal kapal & memerintahkan mereka untuk terus berzikir & membaca Al-Quran.
• Angin pada waktu tersebut berpihak kepada pihak Rom & Barbar. Akhirnya angin berhenti. Orang Islam memberi pilihan kepada mereka; berperang atau tidak.

Mereka memilih untuk berperang. Dengan bantuan Allah, Rom telah berjaya dikalahkan & orang Islam pulang dengan kemenangan.
4) Perluasan Masjid Nabawi.

5) Penubuhan Tentera Laut Islam Pertama.

6) Pengumpulan Quran Kali Kedua

• 4 orang dipertanggungjawabkan; 3 dari Quraish & 1 dari Ansar.

• Wakil Quraish : Abdullah bin Zubair, Said bin Al-As, Abdul Rahman bin Al-Harith. Ansar : Zaid bin Thabit.
• Mushaf ini dinamakan Mushaf Uthmaniyyah & dihantarkan ke bandar bandar Islam bersama ulama qiraat yang akan mengajarkan orang Islam bacaan Quran mengikut mushaf ini.

• Zaid bin Thabit ke madinah, Abdullah bin Saib ke Mekah, Mughirah bin Shihab ke Sham ...
Amar bin Abdul Qais ke Basrah, Abu Abdul Rahman Al-Sulami ke Kufah & mushaf yang keenam diletakkan di Madinah & dikenali dengan nama Mushaf Al-Imam.
1) Permulaan Fitnah & Sebabnya (34h)

• Pada tahun ini telah bermula usaha pemberontakan dengan sebahagian orang telah keluar untuk memerangi Uthman tetapi ini telah terhalang. Kemudian pada tahun 35h mereka kembali melakukan pemberontakan yang membawa kepada pembunuhan Uthman.
• Sebab berlaku pemberontakan :

i) Abdullah Bin Saba'. Seorang Yahudi yang berpura memeluk Islam. Beliau telah mencetuskan fitnah terhadap Uthman & mempengaruhi orang yang jahil. Beliau juga menyebarkan akidah Yahudi & yang kemudian menjadi asas akidah syiah.
Beliau juga telah melakukan pemalsuan surat & cop atas nama Zubair, Ali, Talhah, Aishah dll untuk memburukkan Uthman. Golongan yang jahil telah terpengaruh dengan surat surat ini & ingin memberontak ke atas Uthman.

Abdullah bin Saba memiliki pengikut di pelbagai bandar Islam.
ii) Kemewahan Yang DirasaKan Umat Islam. Kata Hasan Basri r.a kemewahan & kesenangan hidup menjadikan sebahagian umat Islam melampaui batas & susah mendengar arahan. Juga menyebabkan mereka tamak & kurang bersyukur.
iii) Perbezaan sifat Umar & Uthman. Umar bersifat keras dan tegas manakala Uthman bersifat lemah lembut. Ini menyebabkan pemberontak mengambil kesempatan atas sifat Uthman. Abdullah bin Umar berkata "mereka lakukan ke atas Uthman perkara yg mereka tidak berani lakukan atas Umar."
iv) Penolakan Sesetengah Kabilah Arab Terhadap Pemerintahan Quraisy. Ibn Khaldun menyebutkan bahawa sebahagian kabilah arab menolak pemerintahan Quraisy & mengkritik para pemimpin serta mereka mendapati kelembutan Uthman adalah peluang untuk menjatuhkan kepemimpinan ini.
2) Pembunuhan Uthman r.a (35h)

• Pada tahun ini kumpulan pemberontak telah keluar menuju ke Madinah untuk melaksanakan haji tetapi mereka sebenarnya ingin menggulingkan Uthman r.a.

• Jumlah mereka tidak kurang 2000 orang & tidak melebihi 3000 orang bersama tentera berkuda.
• Mereka masuk ke Madinah dan telah mengepung rumah Uthman pada penghujung bulan Zulqa'dah dengan mengugut beliau agar melepaskan jawatan khalifah.

• Pengepungan berterusan selama 40 hari sehingga 18 Zulhijjah iaitu hari pembunuhan Uthman r.a.
• Uthman tidak dibenarkan keluar mengimamkan solat & bahkan dihalang daripada air. Lelaki drpd pemberontak telah menjadi imam. Para sahabat bertanya apakah yg patut dilakukan? Uthman mengarahkan mereka untuk tetap bersolat di belakang imam tersebut. Ini untuk menjaga kesatuan.
• Antara sahabat yang berada di sisi Uthman untuk melindungi beliau ialah; Hasan & Husain, Abdullah bin Zubair, Abu Hurairah, Muhammad bin Talhah & Abdullah bin Umar.

• Mereka berada di sisi Uthman pada sepanjang tempoh pengepungan tersebut.
• Tetapi Uthman melarang sebarang pertumpahan darah. Diriwayatkan terdapat 700 orang anak para sahabat yang bersiap sedia untuk melindungin Uthman tetapi jumlah kurang daripada pemberontak.

• Hasan, Abdullah Bin Zubair, Marwan Bin Al-Hakam & Muhammad bin Hatib bersama Uthman.
• Akhirnya pada 18 Zulhijjah, Uthman telah dibunuh dalam keadaan berpuasa & mushaf berada di atas dada beliau.

Beliau melihat dalam mimpi Rasulullah berkata, "kamu akan berbuka bersama kami esok."

• Beliau dibunuh oleh pemberontak & tiada sahabat yang terlibat.
• Untuk mengebumikan Uthman para sahabat terpaksa melakukannya secara tersembunyi kerana ancaman pemberontak.

• Pemberontak memaksa jenazah Uthman untuk dikuburkan di perkuburan Yahudi tetapi berjaya dihalang oleh Ali. Jenazah beliau akhirnya dikebumikan di perkuburan Baqi'.
Penutup : Kenapakah Para Sahabat Tidak Menghalang Pembunuhan Uthman?

1) Arahan Uthman. Beliau menyuruh sahabat untuk menyimpan pedang mereka & tidak menumpahkan darah. Ini menunjukkan keberanian beliau & sifat kasih sayang kepada Umat Nabi Muhammad SAW.
Beliau mengetahui bahawa pemberontak adalah golongan yang ganas.

Jika para sahabat berperang maka keburukan besar akan berlaku. Ramai sahabat akan terkorban.

Maka Uthman mengorbankan diri beliau untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama Umat Islam.

Wallahua'alam.
Ringkasan daripada :

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

30 May
Ketika Kami Bertemu

Syair Qais ibn Mulawwah :

لمَا تلاقينا على سفح رامةٍ
وجدتُ بنان العامريَة أحمرا

Ketika kami bertemu di atas sebuah bukit, aku mendapati jari jari Al-Amiriyyah telah kemerah merahan.

⬇️
فقلت خضبت الكفّ على فراقنا؟
فقالت: معاذ الله، ذلك ما جرى

Maka aku berkata, "engkau telah menginaikan jari untuk meraikan perpisahan kita?"

Dia menjawab, "Tidak demi Allah, itu tidak pernah berlaku."
ولكنّني لـما وجدتك راحلا
بكيت دماً حتى بللــت به الـثرى

(Dia meneruskan) tetapi aku ketika melihat engkau pergi, aku menangis air mata darah sehingga aku membasahkan tanah.
Read 8 tweets
29 May
Solat maghrib dari Musolla Qibli, yg merupakan sebahagian dari Masjidil Aqsa.

• Musolla Qibli terletak di utara Masjidiil Aqsa dinamakan qibli (kiblat) kerana di sini tempat imam berada untuk solat jumaat. Jemaah berada dibelakang.

• Disini terdapat minbar masjid yg utama. ⬇️
• Pembinaan masjid ini mula dilakukan pada zaman Umar Al-Khattab pada tahun 15h.

• Tetapi pembinaan pada waktu tersebut hanyalah binaan kayu yang sederhana & dapat memuatkan 1000 orang.

• Pada zaman Muawiyah musolla ini dibesarkan sehingga memuatkan 3000 orang.
• Kemudian musolla ini dibina dengan binaan yang besar pada zaman Abdul Malik bin Marwan & disempurnakan oleh anak beliau Al-Walid antara tahun 86h-96h.

• Selepas berlaku gempa bumi masjid ini dibina sekali lagi oleh khalifah fatimi; Al-Zahir.
Read 7 tweets
29 May
Dah boleh report akaun faizul.osman ni.

Galakkan orang untuk tak install mysejahtera dan tipu maklumag yang bakal menyebabkan pesakit covid-19 akan semakin sukar dikesan.

Ada 138k pengikut di akaun saya. Kalau sekurangnya ada 50k report insyaAllah akan cepat dipadam.
*maklumat. 😔
Read 5 tweets
29 May
Rakyat Palestin Menyeru, Al-Dheif Menyahut.

•Sebelum meletus perang Al-Quds ketika Israel sedang mengganas ke atas Masjidil Aqsa berlaku kejadian yang mengejutkan ramai pemerhati.

•Pada waktu tersebut rakyat Palestin menyeru nyeru nama Muhammad Al-Dheif dalam demonstrasi.
• Seperti mana yang diketahui, beliau ialah Komander Utama Brigade Al-Qassam.

• Tetapi perkara yang unik tentang beliau adalah beliau sudah lama tidak keluarkan kenyataan media.

• Bertahun tahun tanpa diketahui apa apa khabar berita. Berdiam dari sebarang kenyataan media.
• Ketika isu di Hayy Sheikh Jarrah semakin tegang & Masjidil Aqsa semakin dicabuli, nama beliau terus disebut disebut.

• Menurut pemerhati politik, amatlah jarang penduduk Al-Quds menyeru mana mana tokoh. Tapi kali ini tidak, Muhammad Al-Dheif diseru di mana mana.
Read 15 tweets
29 May
Di Tebing Barat antara figura yang amat berpengaruh dan ditakuti oleh Rejim Israel ialah Sheikh Raid Solah.

Beliau diberi gelaran Sheikh Al-Aqsa kerana kelantangan beliau memperjuangkan Al-Aqsa.

Tahun lepas beliau telah dihukum penjara oleh Rejim Israel selama 28 bulan atas ..
.. tuduhan menggalakkan 'aktiviti keganasan'.

Sekarang beliau sedang menjalani hukuman penjara dengan penyeksaan mental iaitu diletakkan dalam sel secara bersendirian & baru baru ini hukuman telah ditambah lagi 6 bulan.

InsyaAllah kisah beliau saya tulis pada kesempatan lain.
Antara yang amat menyentuh hati.

Sebelum pergi ke penjara Sheikh Raid Solah menziarahi ibunya bagi memohon doa dan restu.

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus dipenjara dan dipenjara.

Inilah harga yang mereka bayar bagi perjuangan membebaskan Al-Aqsa.

#SaveAlAqsa
Read 5 tweets
26 May
Apa Yang Berlaku Di Sheikh Jarrah?

Ianya adalah kejiranan yang terletak di Al-Quds dan penduduknya sedang menghadapi ancaman untuk dihalau oleh Rejim Zionis.

Kedudukannya amat strategik iaitu hanya 2km dari Masjidil Aqsa dan ia menjadi rebutan Rejim Zionis.

⬇️ Teruskan baca ⬇️
1/ Tempat ini dinamakan bersempena doktor peribadi Salahuddin Ayyubi yang dipercayai pernah menetap di sini ketika pembukaan kota ini pada zaman beliau.

Pada awal abad ke-20 keluarga Palestin yang kaya telah berpindah ke sini untuk lari daripada kesempitan kawasan Bandar Lama.
2/ Kepentingan Sheikh Jarrah adalah kawasan ini sahaja yang belum dimiliki oleh Penjajah Zionis. Kawasan sekitar Al-Quds sudah pun dijajah oleh penduduk Zionis.

Jika Sheikh Jarrah ini jatuh ke tangan Zionis maka keseluruhan Al-Quds dan Al-Aqsa ibaratnya telah mereka kuasai.
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(