Di Tebing Barat antara figura yang amat berpengaruh dan ditakuti oleh Rejim Israel ialah Sheikh Raid Solah.

Beliau diberi gelaran Sheikh Al-Aqsa kerana kelantangan beliau memperjuangkan Al-Aqsa.

Tahun lepas beliau telah dihukum penjara oleh Rejim Israel selama 28 bulan atas ..
.. tuduhan menggalakkan 'aktiviti keganasan'.

Sekarang beliau sedang menjalani hukuman penjara dengan penyeksaan mental iaitu diletakkan dalam sel secara bersendirian & baru baru ini hukuman telah ditambah lagi 6 bulan.

InsyaAllah kisah beliau saya tulis pada kesempatan lain.
Antara yang amat menyentuh hati.

Sebelum pergi ke penjara Sheikh Raid Solah menziarahi ibunya bagi memohon doa dan restu.

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus dipenjara dan dipenjara.

Inilah harga yang mereka bayar bagi perjuangan membebaskan Al-Aqsa.

#SaveAlAqsa
Antara nasyid yang dibuat untuk beliau.

"Angkatlah dahimu dengan tinggi. Jangan takut dengan penjara musuh."

"Wahai sheikh teruskan melawan. Rakyat dibelakangmu melaungkan Allahuakbar."

"Kami semua untuk Al-Quds menyahut seruan."

#SaveAlAqsa
"Sesungguhnya harga yang paling ringan yang dibayar demi kebebasan Al-Quds & Al-Aqsa adalah dengan kita memasuki penjara. Kita mengalu alukan penjara!"

Meremang.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

30 May
Khalifah Islam Ketiga : Uthman bin Affan

Ini adalah catatan daripada perkongsian semalam di reruang @seketulawan & atas permintaan mereka yang tak sempat ikuti.

Saya bahagikan topik ini kepada :

1) Latar belakang.
2) Peristiwa Penting.
3) Pembunuhan.

Semoga bermanfaat. 🤲 Image
1) Nama & Keturunan

• Beliau ialah Uthman bin Affan bin Abi Al-'As bin Umayyah bin Abdul Shams bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan Rasulullah SAW pada Abdul Manaf.

• Ibunya bernama Arwa bint Kariz bin Rabi'ah. Nenek beliau bernama Ummu Hakim bint Abdul Muttalib. Image
2) Gelaran & Kuniyah

• Gelaran: Zu Al-Nurain (pemilik dua cahaya) kerana beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan selepas itu mengahwini Ummu Kalthum selepas kewafatan Ruqayyah.

• Kuniyah : Abu Abdillah & Abu Amr
Read 36 tweets
30 May
Ketika Kami Bertemu

Syair Qais ibn Mulawwah :

لمَا تلاقينا على سفح رامةٍ
وجدتُ بنان العامريَة أحمرا

Ketika kami bertemu di atas sebuah bukit, aku mendapati jari jari Al-Amiriyyah telah kemerah merahan.

⬇️ Image
فقلت خضبت الكفّ على فراقنا؟
فقالت: معاذ الله، ذلك ما جرى

Maka aku berkata, "engkau telah menginaikan jari untuk meraikan perpisahan kita?"

Dia menjawab, "Tidak demi Allah, itu tidak pernah berlaku."
ولكنّني لـما وجدتك راحلا
بكيت دماً حتى بللــت به الـثرى

(Dia meneruskan) tetapi aku ketika melihat engkau pergi, aku menangis air mata darah sehingga aku membasahkan tanah.
Read 8 tweets
29 May
Solat maghrib dari Musolla Qibli, yg merupakan sebahagian dari Masjidil Aqsa.

• Musolla Qibli terletak di utara Masjidiil Aqsa dinamakan qibli (kiblat) kerana di sini tempat imam berada untuk solat jumaat. Jemaah berada dibelakang.

• Disini terdapat minbar masjid yg utama. ⬇️
• Pembinaan masjid ini mula dilakukan pada zaman Umar Al-Khattab pada tahun 15h.

• Tetapi pembinaan pada waktu tersebut hanyalah binaan kayu yang sederhana & dapat memuatkan 1000 orang.

• Pada zaman Muawiyah musolla ini dibesarkan sehingga memuatkan 3000 orang.
• Kemudian musolla ini dibina dengan binaan yang besar pada zaman Abdul Malik bin Marwan & disempurnakan oleh anak beliau Al-Walid antara tahun 86h-96h.

• Selepas berlaku gempa bumi masjid ini dibina sekali lagi oleh khalifah fatimi; Al-Zahir.
Read 7 tweets
29 May
Dah boleh report akaun faizul.osman ni.

Galakkan orang untuk tak install mysejahtera dan tipu maklumag yang bakal menyebabkan pesakit covid-19 akan semakin sukar dikesan.

Ada 138k pengikut di akaun saya. Kalau sekurangnya ada 50k report insyaAllah akan cepat dipadam.
*maklumat. 😔
Read 5 tweets
29 May
Rakyat Palestin Menyeru, Al-Dheif Menyahut.

•Sebelum meletus perang Al-Quds ketika Israel sedang mengganas ke atas Masjidil Aqsa berlaku kejadian yang mengejutkan ramai pemerhati.

•Pada waktu tersebut rakyat Palestin menyeru nyeru nama Muhammad Al-Dheif dalam demonstrasi.
• Seperti mana yang diketahui, beliau ialah Komander Utama Brigade Al-Qassam.

• Tetapi perkara yang unik tentang beliau adalah beliau sudah lama tidak keluarkan kenyataan media.

• Bertahun tahun tanpa diketahui apa apa khabar berita. Berdiam dari sebarang kenyataan media.
• Ketika isu di Hayy Sheikh Jarrah semakin tegang & Masjidil Aqsa semakin dicabuli, nama beliau terus disebut disebut.

• Menurut pemerhati politik, amatlah jarang penduduk Al-Quds menyeru mana mana tokoh. Tapi kali ini tidak, Muhammad Al-Dheif diseru di mana mana.
Read 15 tweets
26 May
Apa Yang Berlaku Di Sheikh Jarrah?

Ianya adalah kejiranan yang terletak di Al-Quds dan penduduknya sedang menghadapi ancaman untuk dihalau oleh Rejim Zionis.

Kedudukannya amat strategik iaitu hanya 2km dari Masjidil Aqsa dan ia menjadi rebutan Rejim Zionis.

⬇️ Teruskan baca ⬇️
1/ Tempat ini dinamakan bersempena doktor peribadi Salahuddin Ayyubi yang dipercayai pernah menetap di sini ketika pembukaan kota ini pada zaman beliau.

Pada awal abad ke-20 keluarga Palestin yang kaya telah berpindah ke sini untuk lari daripada kesempitan kawasan Bandar Lama.
2/ Kepentingan Sheikh Jarrah adalah kawasan ini sahaja yang belum dimiliki oleh Penjajah Zionis. Kawasan sekitar Al-Quds sudah pun dijajah oleh penduduk Zionis.

Jika Sheikh Jarrah ini jatuh ke tangan Zionis maka keseluruhan Al-Quds dan Al-Aqsa ibaratnya telah mereka kuasai.
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(