Semenjak dua ini istilah Bani Jāwi ini sering diungkapkan namun tidak diberikan pengertian tentang siapakah mereka dan dan asal usul penamaannya.Lebih malang, istilah ini sering digunakan pendukung teori konspirasi tanpa asas uang benar.
Ini adalah bebenang.
Penafian:
Tulisan pendek ini tidak akan menyentuh berkenaan genetik mahupun keturunan sesebuah bangsa kerana ia bukan tumpuan utama dalam menjelaskan istilah Bani Jawi ini.
1)Jawi merupakan penisbahan orang-orang 'Arab kepada mereka yang datang daripada kawasan Al Jāwah.
Al-Jāwah tidaklah merujuk kepada kepulauan Jawa semata-mata sebagaimana pemahaman sebahagian orang.
2)Al-Jāwah dalam kitab-kitab 'Arab disebut sebagai 'Bilad Jāwah' (Negeri Jawi) atau terkadang disebut sebagai 'Mul Jāwah', antaranya seperti dalam catatan Ibn Batutah dalam Rihlahnya dan sebagainya.
3)Menjadi kebiasaan bagi orang 'Arab, dalam menamakan sesebuah tempat adalah berdasarkan struktur geografi atau kedudukan tempat tersebut daripada tempat asal mereka.Misalnya Yaman, dinamakan sedemikian kerana kedudukannya di arah kanan lembah Hijaz.Begitu pula dengan Syām.
4)Justeru, orang 'Arab tidak menisbahkan nama tempat berdasarkan sesuatu bangsa yang spesifik.Maka para ahli bahasa 'Arab mengemukakan berberapa teori penamaan kawasan yang disebut sebagai Al-Jāwah ini.Antaranya;
i. Ia berasal dari kata Al Jawwu yang bermaksud ruang udara/angkasa, sebagaimana terakam dalam surah An-Nahl;
أَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ مُسَخَّرَٰتٖ فِي جَوِّ ٱلسَّماء
"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di ruang angkasa..."
ii. Juga berasal dari kata Al Jawwu dikatakan membawa maksud kawasan bumi yang rendah, sedangkan bentuk jamaknya disebut sebagai Al-Jiwā'.
iii. Al Jawā dari kependekan dari kata Al Jawā' yang memberi maksud lembah yang luas sedangkan bentuk jamaknya ialah Jawwun yang merujuk kepada keadaan kawasan ceruk bumi yang terpencil.
iv. Al Jāwi , dengan kata jamaknya Jawāh yang merujuk kepada keadaan mukabumi yang kasar dan keras.
5)Berdasarkan berberapa teori yang dikemukakan di atas kita dapat memahami penamaan Jawi ini merujuk kepada sekitar kepulauan Nusantara yang bergunung -ganang serta terdedah kepada tiupan angin Monsun yang sederhana.
6)Al-Qazwini, seorang ahli geografi menggambarkan bumi "Jawāh"; dalam kitabnya " Āthār Al Bilād wa Akhbar Al 'Ibād: “Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang terletak selepas negara India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah...
... para pedagang yang bertolak dari negara China melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya"
7)Sementara itu Professor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula menyatakan; “Kita tahu bahawa istilah Jawi itu adalah nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu)”.
8) Kenyataan-kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan tulisan gemulah Pendeta ZA'BA;
"...Macam mana pun Bahasa Melayu itulah yang dipilih mereka jadi wāsitah(pengantara) bagi menghidangkan dan mengembangkan kepada kaum mereka 'orang Jāwi' di Alam Melayu ini...
...akan segala ilmu agama Islam yang mereka peroleh dalam bahasa 'Arab dan bahasa Melayu itulah yang disebut oleh mereka 'bahasa Jāwi' padahal ada berberapa bahasa yang lain lagi di Tanah Jawa dan lain-lain bahagian Alam Melayu ini tidak mereka pilih dan sebut 'bahasa Jāwi'...
...Bahkan sebagaimana bahasa yang disebut mereka 'bahasa Jāwi' itulah bahasa Melayu, bukan bahasa Jawa maka begitulah yang disebut mereka 'tanah Jāwi' dan 'orang Jāwi' itu bukannya tanah Jawa dan orang Jawa sahaja tetapi meliputi semua sekali jajahan Alam Melayu..."
9) Justeru fahamlah kita bahawa yang dimaksudkan sebagai Bani Jāwi atau Orang Jāwi ini merujuk kepada etnik-etnik rumpun Melayu di Nusantara dan bukanlah semata-mata merujuk kepada etnik Melayu atau Jawa semata-mata.
10)Bahkan kaum India Peranakan di Pulau Pinang dan Melaka juga disebut sebagai "Jāwi Peranakan" hasil perkahwinan campuran Melayu-India, menunjukkan konteks penamaan Jāwi ini merentas sempadan bangsa.
Rujukan;
1)Kamus Dewan Cetakan Keempat,DBP 2) Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP.
3)Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Penerbit UKM
4)Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangannya, Zainal Abidin bin Ahmad, Akademi Jawi Malaysia
5)Bangsa Melayu dan Orang Jawi Mengikut Kitab Turath Arab, Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil, kertas kerja Prosiding Seminar Penyelidikan Kepimpinan & Pemikiran Melayu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu(IMPAK) UiTM.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Antara sebab saya tidak begitu menerima teori² yang menyatakan keturunan Melayu yang dikatakan berasal daripada Sayyidah Qaturah, yang dikatakan salah seorang isteri Sayyiduna Nabi Ibrahim Al-Khalil - 'ala nabiyyina wa'alayhissalam- adalah kerana silsilah nasab...
...Nabi Muhammad -sallallahu'alayhi wa sallam- juga terhenti sehingga Sayyiduna 'Adnan, dan selepasnya itu masih lagi terdapat perselisihan para 'ulama.Ini sebagaimana yang disebut oleh Al Marhum Dr Muhammad Sa'id Ramadan Al Buti -rahimahullah- dalam Fiqh Sirah;
Ringkasan terjemahannya, pada perenggan kedua;
"Adapun demikianlah disepakati padanya tentang nasab Baginda -sallallahu'alayhi wa sallam- yang mulia, dan apa yang melangkaui nasab tersebut (selepas 'Adnan) padanya khilaf lagi tidak termuktamadkan"
Terpaksalah buka satu-satu sebab nak ambil gambar untuk bercerita dengan kalian di Twitter ni,seringkasnya sebatas maklumat yang cetek duk ada.
Insyaa Allah malam ni kita buka cerita.
Hari-hari menghadap antivaksin tak padan juga.
1)Keris ditempa berdasarkan kepandaian seseorang empu.Setiap keris yang dihasilkan pula mempunyai bentuk yang berbeza menandakan asal-usul empunya mahupun di mana keris itu ditempa atau dipakai.Namun, ciri² asas serta anatomi sesebuah keris hampir sama walau berbeza jenisnya.
2)Berikut adalah gambaran keris dalam keadaan bersarung.Sarung keris juga terkadang disebut sebagai 'pakaian' keris yang terbahagi kepada :
i.Hulu
ii.Pendokok
iii.Sampir
iv.Batang Serunai
v.Tapak/Kasut/Buntut
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Ini adalah ciapan tersemat (pinned tweet) saya.Saya seorang pencinta dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.Berikut senarai bebenang tulisan / video yang pernah saya kongsikan.Jemput baca, ulang ciap dan sebarkan,terima kasih!
Fokus tulisan ini berkenaan jenis Baju Melayu yang kedua iaitu Baju Kebaya.
Ulang ciap dulu sementara bebenang ini siap!
(Sumber Gambar: Madam M)
1) Sejarah Kebaya tidak dapst dipastikan secara rekod bertulis.Menurut Pn. Zubaidah Shawal, pKebaya berasal daripada 'Al Akibiya At Tukiyya' yang membawa maksud Baju Belah Turki, yang juga biasa disebut sebagai Jubbah iaitu pakaian luar yang berbelah di hadapan.
2)Sementara itu, Pn. Azah Aziz mengemukakan dua pendapat berkenaan asal-usul kebaya.
i. Berasal dari perkataan Arab, Habaya/Abaya yang membawa maksud pakaian berbelah di depan sehingga kaki.
ii. Diperkenalkan Portugis sejak zaman pendudukan Portugis ke atas Melaka.
Berberapa peribahasa berkait B*d*h (agar tidak disalahertikan sebagai mencarut atau mencerca Perdana Menteri,Menteri Kesihatan atau mana-mana Menteri Kabinet yang layak mendapatkan carut-carutan)
1)Bagai buntal kembung.
Maksudnya: Bodoh dan sombong.
Contoh ayat: Menteri Kesihatan bagai buntal kembung apabila tidak mengendahkan kebimbangan orang ramai berkenaan tindakan memendekkan tempoh Kuarantin kepada 3 hari sahaja.
2)Bagai jelongak kerbau rampung.
Maksudnya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Contoh ayat:Menteri Wanita dan Keluarga bagai jelongak kerbau rampung kerana sibuk dengan penampilan peribadinya tetapi mengabaikan kes keganasan rumahtangga semasa PKP.