Right-wing dalam politik Israel adalah mereka yang lebih keras dalam isu Palestin.
Berbeza dengan centre-left & centrist yang sokong "two-state solution", parti-parti right-wing menentang kewujudan negara Palestin langsung, dan nak teruskan penempatan haram di Tebing Barat.
Cuma kali ni, parti dari haluan berbeza masing-masing bersatu nak jatuhkan Netanyahu, kecuali parti-parti penyokong Netanyahu mati keras (Religious Zionist, Shas, UTJ) dan Joint List (parti Arab) yang benci Netanyahu, tapi juga tak selesa dengan Bennett.
Tapi kerajaan perpaduan tetap dapat dibentuk dengan majoriti 62, ngam-ngam lepas majoriti 61 yang diperlukan.
Dan ini menjadikan pakatan ni agak rapuh. Kerajaan akan jatuh apabila mana-mana parti komponen keluar pakatan.
Jadi kalau berlaku perbezaan pendapat nanti (contohnya bila berkaitan dengan Palestin), pakatan ni akan mengalami perpecahan pendapat, dan parti-parti right-wing (Yamina dan New Hope) akan ada "leverage" untuk bertindak ikut kepala mereka.
Jadi walaupun Netanyahu jatuh, ia bukanlah berita baik mana pun bagi Palestin.
Un diavolo (Bennett) scaccia l'altro (Netanyahu). Un male nuovo libera da uno vecchio.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Maksud "Second Palestine" tu adalah kemungkinan British gagal menangani ketegangan kaum & pemberontakan seperti di Palestin, sehingga British terpaksa berundur pada 1948.
Dan pada asalnya, British tak plan pun nak bagi Yahudi mendirikan negara.
Perjanjian Balfour 1917 kata British akan menjadikan Palestin "national homeland" untuk Yahudi, bukan "national state".
Istilah yang "vague" (samar-samar), konon boleh kaburi mata Yahudi Zionis.
Bila Zionis sedar British sebenarnya tak ada niat pun nak bantu diorang mendirikan Negara Yahudi yang diidamkan, maka diorang melancarkan pemberontakan pada 1944.
British panggil pemberontak ni "terrorist", antaranya future PM Israel, Menachem Begin (gambar pertama).
Asal-usulnya selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), negara pemenang (US, USSR, UK) nak tubuhkan satu pertubuhan bagi menjaga keamanan dunia, iaitu PBB/UN.
PBB nak memperbaiki kelemahan Liga Bangsa (League of Nations) yang melayan semua negara ahli secara sama rata.
Perang dunia berpunca daripada corak pakatan yang rigid. Bila terjadi dua kem, maka potensi berperang tinggi.
WW1 tercetus akibat ketegangan antara "kem Serbia" (Rusia, Perancis) dan "kem Austria" (Jerman) susulan kejadian Putera Austria dibunuh oleh orang Serbia di Bosnia.
Walaupun dalam isu Israel vs Palestin, negara2 Islam adalah "kem Palestin" yang tidak berbelah bahagi (tak iktiraf Israel), tapi lebih banyak negara (termasuk kuasa-kuasa besar seperti Rusia & China) iktiraf kedua-dua Israel & Palestin, dan cuba jadi pendamai.
Terbaca banyak tweets yang mengeluh "mana pemimpin Arab" "mana perpaduan umat Islam" untuk membantu Palestin.
Sebenarnya dulu pernah ada 2 pemimpin Arab yang mampu membuat Israel kecut.
Gamal Abdel Nasser (presiden Mesir 1956-1970) dan Raja Faisal (raja Saudi 1964-1975).
Mereka berdua adalah pesaing (rivals). Nasser seorang sekular, nasionalis. Faisal seorang konservatif, 'ummahist'.
Tapi persaingan yang sihat, berlumba-lumba untuk membantu penduduk asal Palestin bagi melawan Israel.
Selepas kekalahan negara2 Arab dalam Perang 1948-1949, Nasser muncul sebagai jaguh anti-Israel, malah berjaya mematahkan serangan Israel-UK-Perancis ke atas Gaza dan Sinai pada 1956.
Cuma Nasser agak overconfident dalam Perang 1967, membolehkan Israel capai kemenangan.
Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.
British 'diamanahkan' oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.
'Palestin' pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.
Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.
Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.