Korang kenal tak dengan sehelai selendang yang menjadi simbol perjuangan dan kebebasan Palestin?
Tau tak, apa nama panggilan selendang tersebut?
Dah dapat teka?
Okay, nak tau jawapannya?
[Thread]
Ya, jawapannya adalah keffiyeh!
Selendang hitam putih yang lazimnya di pakai bagi menutupi kepala.
So, kenapa sehelai selendang ni sampai boleh jadi suatu simbol solidariti buat Palestin?
Kalau nak tahu, jom baca dengan lebih lanjut!
Asalnya, pemakaian keffiyeh ini adalah suatu perkara yang normal dan tidak menjadi simbol kepada apapun.
Ia biasanya dipakai oleh rakyat kebanyakan, berbeza dengan tarboosh yang digayakan oleh golongan bandar.
Namun, keffiyeh ini menjadi semakin popular ketika Revolusi Arab sekitar tahun 1930-an.
Kemuncaknya pada tahun 1938, apabila pemerintah mengeluarkan arahan agar mereka yang memakai tarboosh menggantikannya dengan keffiyeh.
Tindakan itu dianggap sebagai suatu rancangan penyatuan penduduk Palestin.
Selain itu, ia memudahkan juga kaum pejuang untuk blend in dengan penduduk biasa bagi mengelakkan diri daripada pihak penjajah British.
Populariti keffiyeh semakin meningkat sejak itu, dan semakin mendapat tempat pada tahun 1960-an apabila bermulanya gerakan menentang Israel.
Lagi-lagi bila salah seorang ahli politik Palestin tersohor, iaitu Yasser Arafat pun mula mengenakannya.
Hinggalah, lama-kelamaan keffiyeh ini terus sinonim dengan simbol perjuangan Palestin melawan penjajahan ke atas mereka!
Namun, biasalah.
Bila ada sesuatu yang menarik orang ramai, pasti akan ada kapitalis yang cuba mengaut keuntungan.
Kalau nak tahu, sekitar 5 dekad lalu, ada lebih kurang 30 kilang yang menghasilkan keffiyeh di Palestin.
Tapi sekarang hanya tinggal satu kilang saja yg masih bertahan, iaitu Kilang Hirbawi.
Kilang yg ditubuhkan sejak tahun 1961 ini mampu mengeluarkan 150,000 keffiyeh setahun.
Menurut Judeh Hirbawi, iaitu pengurus besar di sana, kilang tersebut pernah memiliki lebih 15 buah mesin yg membuat keffiyeh.
Namun, globalisasi dan pengilangan di China yang jauh lebih murah telah menjadikan kilang Hirbawi tak dapat bersaing 😔
Kini, hanya tinggal 4 mesin saja yang beroperasi dan sekitar 15-25 pekerja.
Bayangkanlah!!
Selain penguasaan kilang dari China, keffiyeh juga tidak terlepas daripada penyusuaian budaya yang tidak menghormati kebudayaan Palestin.
Semakin banyak pengeluar fesyen menjadikan keffiyeh sebagai motif atau corak dalam keluaran pakaian mereka.
Seolah-olah tiada hormat kpd simbol perjuangan Palestin ini.
Sebab itulah, ramai orang mengamuk apabila Louis Vuitton cuba mengaut keuntungan ke atas corak keffiyeh! 🤬
Apapun, selendang keffiyeh ini sentiasa menerima permintaan ramai, baik dari dalam negara Palestin mahupun luar.
Terutama sekali bila berlakunya serangan daripada pihak Israel, semakin meningkatlah permintaan keffiyeh daripada masyarakat seluruh dunia sebagai tanda sokongan.
Semoga kita tidaklah menganggap keffiyeh ini sebagai suatu kenyataan fesyen sahaja, tetapi sentiasa meletakkannya sebagai simbol perjuangan dan solidariti bersama Palestin! ❤
Wahai Palestin, kami sentiasa bersamamu! 🇵🇸
Jangan lupa follow @MyFundAction tau. Kami adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan di Malaysia dan beberapa negara lain.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Starting from today, we will make a thread and try our best to keep updating about situations in Palestine in English to widen our audience. Let's hope the people from other countries can finally open their eyes towards what is really happening in Palestine right now 🇲🇾🇸🇩
A paramedic burst in tears after seeing the fragment bodies of the deceased arrived. Imagine what would they feel after watching not one, but hundreds bodies of dead people destroyed by the aggression of Isr4el 😔 Rest in heaven beautiful souls ❤ #GazaUnderAttack #SavePalestine
Recap serangan, pencabulan hak & pembersihan etnik oleh Israel laknatullah kepada rakyat Palestin baru-baru ni!
Kami percaya, ramai di Twitter ni dah tahu apa yg sedang berlaku di Gaza.
So, harini kami nak kongsikan sedikit recap tentang apa yg terjadi setakat ini.
Jom! 🧵
1. Semuanya bermula apabila tentera Zionis menghalau sekumpulan penduduk di #SheikhJarrah untuk merampas tanah dan rumah mereka.
Kalau korang nak tahu, rejim Israel Zionis ni sebenarnya memang dasar tak sedar diri dan tak kenang dek untung!
Kenapa?
Lebih kurang 70 tahun lampau, saat bangsa mereka dihina, diludah dan dibunuh secara besar-besaran, tidak ada satu negara pun yang sudi menolong mereka kecuali satu.
Nak tau siapa?
Palestinlah!
Ya, Palestin iaitu sebuah negara yg menempatkan Masjid Al-Aqsa yg suci.