Recap serangan, pencabulan hak & pembersihan etnik oleh Israel laknatullah kepada rakyat Palestin baru-baru ni!
Kami percaya, ramai di Twitter ni dah tahu apa yg sedang berlaku di Gaza.
So, harini kami nak kongsikan sedikit recap tentang apa yg terjadi setakat ini.
Jom! 🧵
1. Semuanya bermula apabila tentera Zionis menghalau sekumpulan penduduk di #SheikhJarrah untuk merampas tanah dan rumah mereka.
Kalau korang nak tahu, rejim Israel Zionis ni sebenarnya memang dasar tak sedar diri dan tak kenang dek untung!
Kenapa?
Lebih kurang 70 tahun lampau, saat bangsa mereka dihina, diludah dan dibunuh secara besar-besaran, tidak ada satu negara pun yang sudi menolong mereka kecuali satu.
Nak tau siapa?
Palestinlah!
Ya, Palestin iaitu sebuah negara yg menempatkan Masjid Al-Aqsa yg suci.
Jom, kami kongsikan peta Palestin yang semakin mengecil ini 😢
Jelas kan apa yg berlaku sebenarnya adalah pembersihan etnik, pembunuhan kaum secara besar-besaran.
Dasar kurang ajar!
Semakin lama, tanah milik penduduk Palestin dirampas sesuka hati mengikut hawa nafsu yg kejam.
2. Susulan kejadian di #SheikhJarrah, maka orang Palestin berasa marah.
Sudahlah kejadian ni berlaku pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan lagi keberkatan, manalah orang tak geram kan?
So, diorang pun pakat berkumpul ramai-ramai terawikh di Masjid Al-Aqsa.
Ketika berkumpul tu, pastilah adanya ucapan dan laungan semangat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis laknatillah tu!
Yalah, korang boleh relax ke bila rumah dan tanah sendiri kena rampas?
Cubalah bayangkan!
3. Tak sangka pula, bila melihat kesatuan hati orang Palestin, rejim Zionis ni boleh trigger.
Bak kata orang, sentaplah tu!
Maka, tentera Zionis ni balas balik dengan menangkap, menyerang, menggunakan kekerasan kepada semua yang berada di Masjid Al-Aqsa.
Jujur cakaplah, mereka ni memang tak ada akhlak langsung!
Tergamak betul serang sekumpulan manusia di dalam rumah ibadah mereka.
Sedangkan Islam pun menegah merosakkan rumah-rumah ibadah semasa peperangan!
Sekatan turut diadakan bagi menyekat Palestin berkumpul.
4. Tapikan, kita memang patut tabik hormat kepada saudara-mara di Palestin tu.
Walaupun tahu tentera Zionis dah mengawal kawasan Masjid Al-Aqsa tu, makin ramai pula yang turun menunjukkan penentangan kepada kekejaman Israel.
Mereka datang dan beribadah di Masjid Al-Aqsa, di samping menyusun strategi untuk melawan balik serangan tentera Zionis.
Tapi, masa baru-baru ni, cuma orang awam je yang menentang tentera. Bukannya tentera melawan tentera tau.
Sebab tu kita nampak perkongsian video atau gambar orang ramai melawan dengan apa aja barang yang dijadikan senjata.
Batu, kayu, kerusi dan sebagainya.
Sebab tu juga kita melihat remaja dan kanak-kanak pun turut sama ikut melawan.
Yelah, dah rumah mereka kena rampas beb!
5. Bila pergelutan antara orang awam Palestin & tentera Zionis jadi makin parah, barulah tentera Hamas masuk campur utk melawan balik.
Jurucakap Hamas, Abu Ubaidah dgn budi bahasa & akhlaknya mengumumkan yg mereka akan menyerang sekiranya tentera Zionis tidak mahu berundur.
Hamas turut menuntut agar semua tahanan Palestin dibebaskan.
Sejurus itu, mereka memberikan tempoh masa untuk tentera Zionis ni bertindak mengikut apa yang telah dituntut.
Korang rasa-rasa tentera Zionis ni buat ke tidak?
Mestilah tidak!
6. Kedegilan dan kepala batu tentera Zionis ni yang berkeras mengepung Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah membuatkan pihak Hamas telah melancarkan roket jarak jauh ke arah Israel.
Hah, dari sinilah bermulanya titik serangan udara.
Bertubi-tubi roket serangan dilancarkan.
Walaupun si tentera Zionis ni ada kemudahan lebih canggih, mereka tetap cuak dengan serangan tentera Hamas.
Dasar pengecut!
Jet pejuang Zionis pula mengebom kawasan perumahan awam dan ladang-ladang pertanian milik Palestin.
Memang kurang ajar! Bacul sungguh serang orang awam!
7. Pertembungan ini berlaku dalam jangka masa sehari hingga banyak kawasan di kedua-dua Palestin dan Israel.
Bila Mesir mula nak masuk campur menjadi orang tengah, si tentera Zionis dengan angkuhnya menolak.
Wow, yakinnya kamu dapat mengalahkan pejuang jihad!
Tentera Hamas pula masih setia menyerang dengan peluru berpandu.
Serangan demi serangan ini berlarutan hingga beberapa hari.
Sehinggalah serangan Hamas sudah mula berjaya menembusi pertahanan Israel.
Hah, masa tu baru tentera Zionis sedar yg Hamas tidak main-main untuk syahid!
8. Kemuncaknya, apabila Hamas menyerang Tel Aviv yang merupakan pusat pemerintahan Israel.
Padahal, Tel Aviv agak jauh kedudukannya daripada Gaza, so tentera Zionis ni pandang rendah je kepada pengumuman pihak Hamas.
Namun, tepat seperti yg dijanjikan, 130 peluru berpandu berdesup laju menyerang tanah Tel Aviv.
130 beb! Banyak tak banyak tu?
Sampaikan Iron Dome kebanggaan tentera laknatullah tu pun tak mampu menangkis semua serangan pihak Hamas.
Hah, cakap besar lagi kan?
9. Paling power, pihak Hamas ni sasarkan serangan kepada kemudahan di Israel, seperti lapangan terbang, tangki minyak dan pusat janakuasa tenaga.
Memang bijak tindakan pihak Hamas ni, iaitu melumpuhkan ekonomi Israel baru tak boleh nak bergerak!
Hebat, Masya' Allah!
Susulan itu, tempat pertempuran pun semakin bertambah seperti Lod, Hebron dan Jericho.
Kerosakan demi kerosakan di mana-mana.
Begitu juga dengan kematian dan kecederaan mereka yang terlibat di dalam serangan tersebut 😔
10. Setakat yang diketahui kini, 67 saudara kita telah syahid akibat pertempuran ini.
17 daripadanya merupakan kanak-kanak. Manakala, 6 syuhada adalah wanita.
Mangsa yang cedera pula terus meningkat sehingga 388 ramainya 😞
So, apa kita boleh lakukan sekarang?
Sebagai saudara seaqidah, jangan putus ucapkan doa memohon bantuan Allah SWT agar rakyat Palestin diberi kemudahan menentang rejim Zionis.
Kita juga boleh terus "melawan" dan "menentang" secara maya dengan semua yg menyokong tindakan Israel.
Selain itu, sekiranya mempunyai rezeki lebih, kongsikan bahagian yang kita terima dengan menyalurkan sumbangan kepada:
Twitter MyFundAction
Maybank Islamic
Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
550510970337
Insya' Allah, kami akan sentiasa update kejadian di sana!
Semoga Palestin akan diberi kemenangan yang dinanti!
Apapun hasilnya, kita sebagai umat Islam haruslah bersatu hati menentang kekejaman Zionis!
Jangan lupa follow @MyFundAction tau. Kami adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan di Malaysia dan beberapa negara lain.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Starting from today, we will make a thread and try our best to keep updating about situations in Palestine in English to widen our audience. Let's hope the people from other countries can finally open their eyes towards what is really happening in Palestine right now 🇲🇾🇸🇩
A paramedic burst in tears after seeing the fragment bodies of the deceased arrived. Imagine what would they feel after watching not one, but hundreds bodies of dead people destroyed by the aggression of Isr4el 😔 Rest in heaven beautiful souls ❤ #GazaUnderAttack #SavePalestine