#PeristiwaHariIni : Hari ini 57 tahun yang lalu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diasaskan.

Ini adalah bebenang.
Pertubuhan tersebut bertujuan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan Arab untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis yang membentuk Israel secara haram di tanah suci tiga agama itu.

#PeristiwaHariIni
Pada Sidang Kemuncak Liga Arab pada 28 Mei 1964, orang Palestin bersatu menubuhkan sebuah organisasi pusat, maka lahirlah PLO dengan Ahmad Shuqayrī sebagai pengerusinya yang pertama.

#PeristiwaHariIni
Selepas tamatnya Perang Enam Hari pada 1967 yang dimenangi Israel, PLO mula memperlihatkan taringnya apabila Fatah yang dipimpin panglima tentera, Yasser Arafat mengemudi pertubuhan itu. Beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PLO pada 1969.

#PeristiwaHariIni
Pada mulanya PLO beribu pejabat di Jordan, sebelum berpindah ke Lubnan pada 1971. Kemudian pada 1982, kepimpinan PLO berhijrah pula ke Tunisia sebelum ditempatkan semula ke Gaza pada 1994.

#PeristiwaHariIni
Strukturnya terbentuk oleh beberapa badan, dikepalai oleh Majlis Kebangsaan Palestin, diikuti oleh Jawatankuasa Eksekutif, seterusnya Majlis Pusat, kemudian Dana Kebangsaan Palestin, dan di bawahnya Tentera Pembebasan Palestin (PLA).

#PeristiwaHariIni
Pada 2006, pejuang Hamas memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Palestin. Tercetuslah ketegangan berdarah antara kedua-duanya apabila Hamas mengatasi Fatah dalam penentangan merebut Gaza.

#PeristiwaHariIni
Pada 2014, Hamas dan Fatah akhirnya berdamai dan penyatuan kedua-duanya membentuk satu kerajaan nasional Palestin . Selepas pemergian Arafat pada 2004, kepimpinan PLO diterajui oleh Mahmoud Abbas sehingga hari ini.

Sumber: On This Day, Palestine UN, Vox

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

29 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 568 tahun yang lalu, Constantinople berjaya ditakluk Uthmaniyah.

Ini adalah bebenang. Image
Kota Constantinople diasaskan pada tahun 324 oleh Maharaja Rom, Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Selama lebih 800 tahun, kota tersebut teguh menahan pelbagai serangan namun semakin melemah pasca kekalahan pada Perang Salib Keempat.

#PeristiwaHariIni
Pada masa sama, kerajaan Orthodoks itu tidak mendapat sokongan Barat apabila enggan menyatu dengan Gereja Katolik. Kesempatan diambil oleh Sultan Mehmet II untuk menggerakkan angkatannya seramai 80,000 orang dan mula mengepung kota tersebut pada 2 April 1453.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
27 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 26 tahun yang lalu, 'Superman' jatuh kuda dan lumpuh.

Ini adalah bebenang.
Pelakon yang masyhur dengan membawa watak Superman, Christopher Reeve, mula menceburkan diri dalam sukan ekuestrian pada 1985 selepas belajar menunggang kuda untuk lakonan dalam filem ‘Anna Karenina’.

#PeristiwaHariIni
Dia sebenarnya alah kepada kuda, tetapi mengambil antihistamin untuk mengatasi masalah tersebut. Dia mula menyertai pertandingan pada 1989 dan alahan itu lama-kelamaan hilang. Reeve membeli seekor kuda ‘thoroughbred’ yang dipanggil Buck.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
26 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.

Ini adalah bebenang.
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.

#PeristiwaHariIni
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
25 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.

Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.

#PeristiwaHariIni
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
23 May
Hari ini 24 tahun yang lalu. Malaysia berjaya menawan Everest.

Ini adalah bebenang

#PeristiwaHariIni
Buat pertama kalinya, Jalur Gemilang berkibaran di puncak dunia pada ketinggian 8,848 meter tatkala M. Mohanadas dan N.Magendran menjadi dua rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke sana.

#PeristiwaHariIni
Magendan tiba dahulu, pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) sebelum Mohanadas sampai 15 minit kemudian. Menjadikan juga mereka warga Asia Tenggara yang pertama menakluk gunung tertinggi dunia itu.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(