#PeristiwaHariIni : Hari ini 590 tahun yang lalu, Joan of Arc dibakar atas kesalahan bidaah.

Ini adalah bebenang.
Joan dilahirkan pada 1412 dalam keluarga petani di Domremy, sebuah kampung di utara Perancis yang menjadi medan tempur Perang Ratusan Tahun antara Inggeris dengan Perancis. Dua tahun kemudian, ia memasuki fasa kritikal apabila Raja Henry V menyerang Perancis.

#PeristiwaHariIni
Selepas kematian Raja Charles VI, anaknya Charles VII bersedia untuk menaiki takhta. Bagaimanapun, Reims, bandar pertabalan tradisi Perancis dikawal oleh kuasa Anglo-Burgundy (Inggeris) menyebabkan Charles VII tidak dapat dimahkotakan.

#PeristiwaHariIni
Di tengah ketegangan konflik ini pada tahun 1428, Joan, yang berusia 16 tahun, mendakwa mendengar ‘suara’ tiga santi: St. Michael, St. Catherine dan St. Margaret menyuruhnya membantu Charles VII menakluk Reims sekaligus mengambil semula takhta Perancis.

#PeristiwaHariIni
Joan pergi menghadap Charles VII memaklumkan tentang misi sucinya, dan selepas beberapa minggu, Charles VII akhirnya bersetuju menerima tawaran Joan dan melengkapnya dengan satu angkatan kecil tentera.

#PeristiwaHariIni
Joan memulakan misinya dengan menakluk Orleans, kemudian bersama panglima perang Perancis lain memenangi beberapa pertempuran lain ke atas Inggeris sehingga mereka akhirnya sampai ke Reims, dan Charles VII ditabal menjadi Raja Perancis pada 17 Julai 1429.

#PeristiwaHariIni
Pada Mei 1430, tentera Burgundy mengepung Compeigne dan Joan cuba membantu pertahanannya, namun dia ditangkap dan dijual kepada Inggeris. Setahun kemudian pada Mac, Joan dibicarakan di Rouen atas pertuduhan membawa bidaah yang bertentangan dengan Gereja.

#PeristiwaHariIni
Pada 30 Mei 1431 di usia 19 tahun, dia dihukum dengan diikat pada palang dan dibakar hidup-hidup. Joan dianggap sebagai wirawati ulung dalam sejarah Perancis dan pada 1920, dia diangkat sebagai seorang santi.

Sumber: History, Wikimedia Commons

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

29 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 568 tahun yang lalu, Constantinople berjaya ditakluk Uthmaniyah.

Ini adalah bebenang.
Kota Constantinople diasaskan pada tahun 324 oleh Maharaja Rom, Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Selama lebih 800 tahun, kota tersebut teguh menahan pelbagai serangan namun semakin melemah pasca kekalahan pada Perang Salib Keempat.

#PeristiwaHariIni
Pada masa sama, kerajaan Orthodoks itu tidak mendapat sokongan Barat apabila enggan menyatu dengan Gereja Katolik. Kesempatan diambil oleh Sultan Mehmet II untuk menggerakkan angkatannya seramai 80,000 orang dan mula mengepung kota tersebut pada 2 April 1453.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
28 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 57 tahun yang lalu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diasaskan.

Ini adalah bebenang.
Pertubuhan tersebut bertujuan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan Arab untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis yang membentuk Israel secara haram di tanah suci tiga agama itu.

#PeristiwaHariIni
Pada Sidang Kemuncak Liga Arab pada 28 Mei 1964, orang Palestin bersatu menubuhkan sebuah organisasi pusat, maka lahirlah PLO dengan Ahmad Shuqayrī sebagai pengerusinya yang pertama.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
27 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 26 tahun yang lalu, 'Superman' jatuh kuda dan lumpuh.

Ini adalah bebenang.
Pelakon yang masyhur dengan membawa watak Superman, Christopher Reeve, mula menceburkan diri dalam sukan ekuestrian pada 1985 selepas belajar menunggang kuda untuk lakonan dalam filem ‘Anna Karenina’.

#PeristiwaHariIni
Dia sebenarnya alah kepada kuda, tetapi mengambil antihistamin untuk mengatasi masalah tersebut. Dia mula menyertai pertandingan pada 1989 dan alahan itu lama-kelamaan hilang. Reeve membeli seekor kuda ‘thoroughbred’ yang dipanggil Buck.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
26 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.

Ini adalah bebenang.
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.

#PeristiwaHariIni
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
25 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.

Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.

#PeristiwaHariIni
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(