#PeristiwaHariIni : Hari ini 568 tahun yang lalu, Constantinople berjaya ditakluk Uthmaniyah.
Ini adalah bebenang.
Kota Constantinople diasaskan pada tahun 324 oleh Maharaja Rom, Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Selama lebih 800 tahun, kota tersebut teguh menahan pelbagai serangan namun semakin melemah pasca kekalahan pada Perang Salib Keempat.
Pada masa sama, kerajaan Orthodoks itu tidak mendapat sokongan Barat apabila enggan menyatu dengan Gereja Katolik. Kesempatan diambil oleh Sultan Mehmet II untuk menggerakkan angkatannya seramai 80,000 orang dan mula mengepung kota tersebut pada 2 April 1453.
Hanya 5,000 orang tentera Byzantine bertahan di dalam kota, tidak cukup untuk disusun sepanjang dinding kota sepanjang 19 km. Byzantine serba serbi kekurangan dari segi kekuatan infantri, armada laut dan persenjataan.
Angkatan Mehmet memiliki sesuatu yang tidak pernah dibawa oleh pengepung sebelum ini - meriam. Meriamnya juga bukan calang-calang, yang terbesar adalah sepanjang 9 meter dan boleh menempak peluru seberat 500 kg sejauh 1.5 km.
Pada 5 April, Mehmet menghantar utusan meminta Maharaja Byzantine, Konstantinos XI menyerah diri namun tidak dibalas. Maka keesokan harinya, angkatan Uthmaniyah mula melancarkan serangan dengan meledakkan meriam mereka.
Selepas 53 hari, pada subuh 29 Mei 1453, Mehmet mengarahkan serangan habis-habisan dilancarkan. Tiga lapisan Dinding Theodosian yang masyhur akhirnya bocor, membolehkan barisan Janissari memasuki kota dan menghabiskan tentera musuh yang tersisa.
Konstantin terbunuh dalam pertempuran akhir ini, namun mayatnya tidak dapat ditemukan. Pada tengahari, Mehmet masuk ke kota dan serta merta mengisytiharkan Hagia Sofia ditukar menjadi masjid dan Constantinople sebagai ibu kota baharu Empayar Uthmaniyah.
Kejatuhan Byzantine itu menandakan berakhirnya riwayat Empayar Rom selepas wujud hampir 1,500 tahun, di tangan Mehmet yang berusia 21 tahun. Oleh sebab itu beliau digelar al-Fatih, yang bererti ‘Sang Penakluk’.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 590 tahun yang lalu, Joan of Arc dibakar atas kesalahan bidaah.
Ini adalah bebenang.
Joan dilahirkan pada 1412 dalam keluarga petani di Domremy, sebuah kampung di utara Perancis yang menjadi medan tempur Perang Ratusan Tahun antara Inggeris dengan Perancis. Dua tahun kemudian, ia memasuki fasa kritikal apabila Raja Henry V menyerang Perancis.
Selepas kematian Raja Charles VI, anaknya Charles VII bersedia untuk menaiki takhta. Bagaimanapun, Reims, bandar pertabalan tradisi Perancis dikawal oleh kuasa Anglo-Burgundy (Inggeris) menyebabkan Charles VII tidak dapat dimahkotakan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 57 tahun yang lalu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diasaskan.
Ini adalah bebenang.
Pertubuhan tersebut bertujuan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan Arab untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis yang membentuk Israel secara haram di tanah suci tiga agama itu.
Pada Sidang Kemuncak Liga Arab pada 28 Mei 1964, orang Palestin bersatu menubuhkan sebuah organisasi pusat, maka lahirlah PLO dengan Ahmad Shuqayrī sebagai pengerusinya yang pertama.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 26 tahun yang lalu, 'Superman' jatuh kuda dan lumpuh.
Ini adalah bebenang.
Pelakon yang masyhur dengan membawa watak Superman, Christopher Reeve, mula menceburkan diri dalam sukan ekuestrian pada 1985 selepas belajar menunggang kuda untuk lakonan dalam filem ‘Anna Karenina’.
Dia sebenarnya alah kepada kuda, tetapi mengambil antihistamin untuk mengatasi masalah tersebut. Dia mula menyertai pertandingan pada 1989 dan alahan itu lama-kelamaan hilang. Reeve membeli seekor kuda ‘thoroughbred’ yang dipanggil Buck.
#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.
Ini adalah bebenang.
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.
Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.
Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.