Sebenarnya ada 3 kaedah sembelihan yang dibenarkan dalam syara' yang berbeza mengikut anatomi sesuatu haiwan, serta keadaan gerak-geri haiwan tersebut.
1)Ad-Dzabihah ( الذبيحة)
Kaedah ini secara umumnya membuat suatu potongan melintang yang akan memutuskan salur makanan atau mari' (esofagus) dan salur udara atau halqum (trakea) haiwan yang disembelih.
Kaedah ini secara umum terpakai untuk menyembelih semua jenis haiwan.
2) An-Nahr ( النحر)
Kaedah ini tidak membuat potongan besar pada leher haiwan sembelihan tetapi dibuat dengan kaedah menikam pada bahagian pangkal leher haiwan sekaligus memutuskan mari' dan halqum.
1)Sembelihan binatang buruan termasuk dalam jenis sembelihan 'Al-Aqru' yang tidak semestinya dibuat dengan memutuskan mari' (esofagus) atau halkum(trakea).
2)Syarat Al Aqru antaranya mestilah senjata yang tajam yang boleh menembusi tubuh dan boleh mematikan haiwan buruan semisal peluru, anak panah dan sebagainya.Adapun penggunaan peluru penabur ia tidak termasuk kategori alat sembelihan Al Aqru yang dibenarkan syarak.
3)Justeru ia bergantung pada jenis peluru yang digunakan.
Ahli Kitab merujuk kepada Yahudi dan Nasrani yang; 1) Berketurunan Bani Israil dan kekal beragama Yahudi atau Nasrani sebelum mahupun selepas agama tersebut mansukh dengan kerasulan Nabi Muhammad ﷺ.
2)Tidak berketurunan Bani Israil tetapi moyangnya telah memeluk agama Yahudi atau Nasrani sebelum agama itu mansukh dan kekal generasi dibawahnya dalam agama tersebut.
3)Jadinya dengan definisi itu Ahli Kitab ini tetap wujud dan memang merujuk kepada mereka yang tidak menjadi Muslim selepas agama mereka mansukh(terbatal), kerana pada hakikatnya setiap Rasul membawa Islam bersesuaian dengan syariat mereka masing-masing.
Antara sebab saya tidak begitu menerima teori² yang menyatakan keturunan Melayu yang dikatakan berasal daripada Sayyidah Qaturah, yang dikatakan salah seorang isteri Sayyiduna Nabi Ibrahim Al-Khalil - 'ala nabiyyina wa'alayhissalam- adalah kerana silsilah nasab...
...Nabi Muhammad -sallallahu'alayhi wa sallam- juga terhenti sehingga Sayyiduna 'Adnan, dan selepasnya itu masih lagi terdapat perselisihan para 'ulama.Ini sebagaimana yang disebut oleh Al Marhum Dr Muhammad Sa'id Ramadan Al Buti -rahimahullah- dalam Fiqh Sirah;
Ringkasan terjemahannya, pada perenggan kedua;
"Adapun demikianlah disepakati padanya tentang nasab Baginda -sallallahu'alayhi wa sallam- yang mulia, dan apa yang melangkaui nasab tersebut (selepas 'Adnan) padanya khilaf lagi tidak termuktamadkan"
Semenjak dua ini istilah Bani Jāwi ini sering diungkapkan namun tidak diberikan pengertian tentang siapakah mereka dan dan asal usul penamaannya.Lebih malang, istilah ini sering digunakan pendukung teori konspirasi tanpa asas uang benar.
Ini adalah bebenang.
Penafian:
Tulisan pendek ini tidak akan menyentuh berkenaan genetik mahupun keturunan sesebuah bangsa kerana ia bukan tumpuan utama dalam menjelaskan istilah Bani Jawi ini.
1)Jawi merupakan penisbahan orang-orang 'Arab kepada mereka yang datang daripada kawasan Al Jāwah.
Al-Jāwah tidaklah merujuk kepada kepulauan Jawa semata-mata sebagaimana pemahaman sebahagian orang.