Kaedah-Kaedah Sembelihan Dalam Syara'.

Sebenarnya ada 3 kaedah sembelihan yang dibenarkan dalam syara' yang berbeza mengikut anatomi sesuatu haiwan, serta keadaan gerak-geri haiwan tersebut.
1)Ad-Dzabihah ( الذبيحة)
Kaedah ini secara umumnya membuat suatu potongan melintang yang akan memutuskan salur makanan atau mari' (esofagus) dan salur udara atau halqum (trakea) haiwan yang disembelih.
Kaedah ini secara umum terpakai untuk menyembelih semua jenis haiwan.
2) An-Nahr ( النحر)
Kaedah ini tidak membuat potongan besar pada leher haiwan sembelihan tetapi dibuat dengan kaedah menikam pada bahagian pangkal leher haiwan sekaligus memutuskan mari' dan halqum.
Kebiasaannya kaedah ini digunakan khusus buat unta atau haiwan yang berleher panjang sebagaimana yang disebut dalam hadith².Antara hikmah sembelihan dengan cara ini ialah potongan dilakukan di kawasan yang paling kurang ketumpatan otot, sekaligus memudahkan kerja sembelihan.
3) Al 'Aqru ( العقر)
Sembelihan ini dilakukan dengan menikam atau membuat potongan pada mana² bahagian tubuh haiwan yang ingin disembelih dengan tujuan mematikannya agar dapat dimakan.
Ia adalah sembelihan dikeranakan DARURAT dan bukan sebagai pilihan utama!
Sembelihan Al 'Aqru dilakukan dalam keadaan;
-Haiwan sembelihan terjatuh dalam tempat yang sukar dikeluarkan untuk disembelih secara biasa
-Situasi perburuan atau haiwan yang ingin disembelih tiba-tiba menjadi ganas dan tidak dapat ditangkap untuk disembelih secara biasa.
Sembelihan Al-'Aqru boleh menggunakan panah, lembing, pisau lontar (kunai, shuriken dsb.) mahupun peluru yang boleh menembusi tubuh haiwan itu seterusnya mengalirkan darah sehingga boleh mematikannya.
Penggunaan peluru penabur, batu lontaran ataupun lastik yang tidak menembusi tubuh haiwan dan membunuh haiwan tersebut dengan hentaman (impact) tidak sah untuk sembelihan jenis ini.
Demikianlah seringkasnya tentang 3 cara sembelihan yang diraikan syara'.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith 🇵🇸🤝🇲🇾

Mohammad Faeez Harith 🇵🇸🤝🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

13 Jun
1)Sembelihan binatang buruan termasuk dalam jenis sembelihan 'Al-Aqru' yang tidak semestinya dibuat dengan memutuskan mari' (esofagus) atau halkum(trakea).
2)Syarat Al Aqru antaranya mestilah senjata yang tajam yang boleh menembusi tubuh dan boleh mematikan haiwan buruan semisal peluru, anak panah dan sebagainya.Adapun penggunaan peluru penabur ia tidak termasuk kategori alat sembelihan Al Aqru yang dibenarkan syarak.
3)Justeru ia bergantung pada jenis peluru yang digunakan.

Wallahu A'lam.
Read 4 tweets
13 Jun
Ahli Kitab merujuk kepada Yahudi dan Nasrani yang;
1) Berketurunan Bani Israil dan kekal beragama Yahudi atau Nasrani sebelum mahupun selepas agama tersebut mansukh dengan kerasulan Nabi Muhammad ﷺ.
2)Tidak berketurunan Bani Israil tetapi moyangnya telah memeluk agama Yahudi atau Nasrani sebelum agama itu mansukh dan kekal generasi dibawahnya dalam agama tersebut.
3)Jadinya dengan definisi itu Ahli Kitab ini tetap wujud dan memang merujuk kepada mereka yang tidak menjadi Muslim selepas agama mereka mansukh(terbatal), kerana pada hakikatnya setiap Rasul membawa Islam bersesuaian dengan syariat mereka masing-masing.
Read 5 tweets
13 Jun
Antara perbezaan sembelihan Halal dan Kosher adalah;

1)Jantina tukang sembelih

Halal: Tidak ada masalah berkenaan jantina tukang sembelih, baik lelaki,perempuan atau khunsa mahupun transgender sekalipun.

Kosher:Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan.
2)Agama

Halal: Seorang Muslim atau Ahli Kitab

Kosher: Seorang Shochet (penyembelih) mesti beragama Judaisme sahaja dan terlatih.
3)Alat sembelihan

Halal: Apa jua alatan tajam yang boleh memutuskan kawasan wajib sembelihan kecuali gigi,tulang atau kuku

Kosher: Pisau khas dengan ukuran tertentu sahaja.
Read 4 tweets
31 May
Antara sebab saya tidak begitu menerima teori² yang menyatakan keturunan Melayu yang dikatakan berasal daripada Sayyidah Qaturah, yang dikatakan salah seorang isteri Sayyiduna Nabi Ibrahim Al-Khalil - 'ala nabiyyina wa'alayhissalam- adalah kerana silsilah nasab...
...Nabi Muhammad -sallallahu'alayhi wa sallam- juga terhenti sehingga Sayyiduna 'Adnan, dan selepasnya itu masih lagi terdapat perselisihan para 'ulama.Ini sebagaimana yang disebut oleh Al Marhum Dr Muhammad Sa'id Ramadan Al Buti -rahimahullah- dalam Fiqh Sirah;
Ringkasan terjemahannya, pada perenggan kedua;
"Adapun demikianlah disepakati padanya tentang nasab Baginda -sallallahu'alayhi wa sallam- yang mulia, dan apa yang melangkaui nasab tersebut (selepas 'Adnan) padanya khilaf lagi tidak termuktamadkan"
Read 4 tweets
31 May
BANI JĀWI

Semenjak dua ini istilah Bani Jāwi ini sering diungkapkan namun tidak diberikan pengertian tentang siapakah mereka dan dan asal usul penamaannya.Lebih malang, istilah ini sering digunakan pendukung teori konspirasi tanpa asas uang benar.

Ini adalah bebenang.
Penafian:
Tulisan pendek ini tidak akan menyentuh berkenaan genetik mahupun keturunan sesebuah bangsa kerana ia bukan tumpuan utama dalam menjelaskan istilah Bani Jawi ini.
1)Jawi merupakan penisbahan orang-orang 'Arab kepada mereka yang datang daripada kawasan Al Jāwah.
Al-Jāwah tidaklah merujuk kepada kepulauan Jawa semata-mata sebagaimana pemahaman sebahagian orang.
Read 21 tweets
28 Feb
Ramuan 'UBAT KUAT' dalam Kitab Tajul Muluk.

Yang ini dalam bentuk Dokumen Mudah Alih (PDF) dari cetakan Dārul Mu'ārif, Pulau Pinang.

Berikut transliterasi petikan bertanda dalam Rumi,mengikut baris dan disertakan glosari berberapa perkataan.
Baris 1: (Inilah ma'jun) Barangsiapa memakan dia tiada penyakit pada tubuhnya dan jika sepuluh perempuan semalam**
Baris 2: setubuh dengan dia tiada berubah anggotanya, jikalau ia tuha* kembali muda inilah nama ubat pertama
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(