Ramai ibu yang mengadu, masa anak tak bersekolah ni ramai yang naik berat badan mendadak.
Baru 3 bulan, dah naik sampai 6kg!
Kajian dari Unicef menunjukkan kanak-kanak obesiti Malaysia adalah yang kedua tertinggi di Asean.
Ada kanak-kanak baru usia 10 tahun, berat dah cecah 90kg.
Antara kesan buruk yang paling kita takutkan ialah anak berhenti bernafas semasa tidur atau Sleep Apnea.
Sleep apnea boleh berlaku bila laluan pernafasan jadi sempit atau tertutup terus disebabkan bahagian adenoid dalam hidung atau tonsil jadi bengkak.
Tanda-tanda anak ada Sleep apnea ialah :
❌ Berhenti bernafas ketika tidur
❌ Berdengkur
❌ Gelisah ketika tidur
❌ Asyik terjaga dari tidur sebab tak cukup oksigen
❌ Mengantuk yang amat di waktu siang
Kalau Sleep Apnea terlalu teruk, anak perlu tidur menggunakan alat bantuan pernafasan setiap hari.
4 cara ni bantu kurangkan risiko obesiti pada anak kita.
1) Anak perlukan minima 60 minit sehari untuk buat aktiviti fizikal.
👉🏻 boleh dibahagi kepada beberapa sesi pendek 5-10 minit sepanjang hari.
2) Kekalkan saiz hidangan anak.
👉🏻 Satu cara yang praktikal ialah mulakan makan dengan saiz hidangan yang kecil, biarkan anak minta untuk tambah jika mereka masih lapar.
👉🏻 Elak guna saiz pinggan dewasa untuk kanak-kanak
3) Kanak-kanak perlu makan buah dan sayuran setiap hari.
👉🏻 Hidangan air manis atau jus tak lebih 150ml sehari.
👉🏻 Tukar air manis kepada minum air kosong.
4) Kurangkan masa menghadap skrin, lebihkan masa tidur.
👉🏻 Kanak-kanak boleh menonton skrin tak lebih 2 jam sehari. Alihkan skrin atau gajet dari bilik tidur pada waktu malam.
👉🏻 Anak yang tak cukup tidur lebih berisiko untuk naik berat badan mendadak.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Kalau ia rasa diancam, ia akan berdiri dan mengangkat tangan dan menunjukkan kukunya agar ia kelihatan garang!
Tapi, kau orang rasa macam ni nampak garang ke?
Macam comel je!
Panda Merah ni, walaupun nama dia panda, ia sebenarnya mempunyai susur galur yang lebih mirip kepada rakun berbanding beruang panda. Namun, makanan lazim kedua-duanya adalah buluh.
Haiwan berwarna merah ini diberi nama panda lebih awal dari orang memberi nama panda kepada beruang yang berwarna putih dan hitam tu. Maknanya, panda yang original, adalah Panda Merah.
Panda Merah ni adalah haiwan yang boleh dianggap haiwan yang otai di dunia siber ni.