Kalau ia rasa diancam, ia akan berdiri dan mengangkat tangan dan menunjukkan kukunya agar ia kelihatan garang!
Tapi, kau orang rasa macam ni nampak garang ke?
Macam comel je!
Panda Merah ni, walaupun nama dia panda, ia sebenarnya mempunyai susur galur yang lebih mirip kepada rakun berbanding beruang panda. Namun, makanan lazim kedua-duanya adalah buluh.
Haiwan berwarna merah ini diberi nama panda lebih awal dari orang memberi nama panda kepada beruang yang berwarna putih dan hitam tu. Maknanya, panda yang original, adalah Panda Merah.
Panda Merah ni adalah haiwan yang boleh dianggap haiwan yang otai di dunia siber ni.
Logo pelayar Mozilla Firefox tu, sebenarnya adalah seekor Panda Merah, dan bukannya seekor rubah.
Panda Merah ni membuat bunyi yang pelik. Bunyinya dipanggil twitter(ciapan). Peh! Ingatkan burung je main Twitter, rupanya Panda Merah pun sama.