“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”
Ibu bapanya baru berpindah rumah.
Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.
Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.
Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.
Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan.
Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.
“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu.
Dia meraung sekuat-kuatnya.
Digoncang-goncang badan anaknya.
Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.
Ayahnya tersandar di dinding.
Masih tak percaya dengan apa yang berlaku.
Kelu tak berkata apa-apa.
Kisah benar ni tak akan saya lupakan.
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun.
Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.
Mak ayah hati-hati ya.
Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka.
Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan.
Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label.
Semua dah tertulis pada label.
Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.
Jadilah mak ayah yang bijak.
Produk-produk ni juga tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun kerana berisiko menyebabkan sawan :
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Kalau ia rasa diancam, ia akan berdiri dan mengangkat tangan dan menunjukkan kukunya agar ia kelihatan garang!
Tapi, kau orang rasa macam ni nampak garang ke?
Macam comel je!
Panda Merah ni, walaupun nama dia panda, ia sebenarnya mempunyai susur galur yang lebih mirip kepada rakun berbanding beruang panda. Namun, makanan lazim kedua-duanya adalah buluh.
Haiwan berwarna merah ini diberi nama panda lebih awal dari orang memberi nama panda kepada beruang yang berwarna putih dan hitam tu. Maknanya, panda yang original, adalah Panda Merah.
Panda Merah ni adalah haiwan yang boleh dianggap haiwan yang otai di dunia siber ni.