YDP Agong dan Majlis Raja-raja Melayu akan mengadakan sesi Perbincangan Khas di Istana Negara hari ini.

Untuk rekod, ini merupakan sesi Perbincangan Khas kedua antara MRR. Butiran lanjut di @501Awani. (Gambar Arkib sebelum Pandemik COVID-19).
Media sebelum ini melaporkan kenyataan Istana Negara bahawa, sesi Perbincangan Khas hari ini khusus untuk YDPA menyampaikan hasil daripada siri pertemuan Tuanku dengan ketua-ketua parti politik, kepada Majlis Raja-raja Melayu. @501Awani
Menurut sumber, Perbincangan Khas hari ini akan menyentuh beberapa isu yang telah dibincangkan secara meluas sebelum ini:-

1.Parlimen
2.COVID-19
3.Kerajaan Perpaduan
4.MAGERAN
5.Jawatan TPM

Disclaimer: Maklumat dari sumber tertentu
Pemangku Sultan Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tiba di Istana Negara kira-kira 11.03 pagi bagi menyertai sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu @501Awani
Keadaan semasa di perkarangan Pintu Satu, Istana Negara.
Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar @501Awani. Kredit: @DiahJaiz / @BernamaTV
Dalam pada itu, media difahamkan, pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, KP Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan AG Tan Sri Idrus Harun.
Turut diperkenan masuk menghadap YDP Agong dan MRR ialah KP MKN Datuk Mohd Rabin Basir, KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon. @501Awani
Pembetulan: Pemangku Raja Pahang*
Perbincangan Khas Agong dan Raja-raja Melayu: Pemangku Sultan Pahang pertama tiba di Istana Negara astroawani.com/berita-malaysi…
Semoga cuaca terus cenggini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki perkarangan Istana Negara @501Awani
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang @501Awani
Terdahulu Wakil Raja Perlis Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tiba di Istana Negara kira-kira 10 minit lepas. @501Awani
Ketibaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni al-Marhum Sultan Badlishah.

Tuanku Baginda sempat melambai ke arah media yang sedang bertugas di perkarangan Pintu Satu @501Awani
Ketibaan Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah @501Awani
Ketibaan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj @501Awani
Ketibaan Sultan Perak, merangkap Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah @501Awani
Pintu Satu Istana Negara telah ditutup. Ini bermakna Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak hadir pada sesi Perbincangan Khas kali ini. @501Awani
Walau bagaimanapun ketidakhadiran Sultan Kelantan dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan hanya akan disahkan oleh Istana Negara. @501Awani
Pintu Utama Istana Negara kembali dibuka. Ketibaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir @501Awani
Mohon maaf atas kekhilafan laporan sebelum ini. Amat dikesali.
Sultan Johor dilihat yang pertama meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 5.15 petang tadi. @501Awani
Sultan Terengganu dilihat meninggalkan Istana Negara @501Awani
Sultan Selangor berangkat pulang @501Awani
Yamtuan Besar Negeri Sembilan berangkat pulang @501Awani
Sultan Perak berangkat meninggalkan Istana Negara @501Awani
Wakil Raja Perlis, Raja Muda Perlis berangkat meninggalkan Istana Negara @501Awani
Dan Sultan Kedah terus “sporting” melambai kepada media yang menunggu dari pagi @501Awani
Beberapa pengamal media masih berada di lokasi untuk membereskan tugasan. Kami juga menunggu kenyataan rasmi Istana Negara kerana difahamkan ia akan dikeluarkan malam ini juga.
[Terkini] YDP Agong dan Raja-raja Melayu bersepakat Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Lanjut di @501Awani
Terbakar. Sekian dari saya dan kru. Till next time.
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong astroawani.com/berita-malaysi…
[Terkini] Susulan Sesi Perbincangan Khas antara YDP Agong dan Raja-raja Melayu, antara perkara yang disepakati -

1.Nyawa, kehidupan rakyat wajib diutamakan
2.Perlu ada Kerajaan stabil
3.Tidak ada keperluan Darurat selepas 1 Ogos
4. Parlimen, DUN perlu segera bersidang
[Terkini] Susulan titah YDP Agong dan Raja-raja Melayu semalam, Pejabat Perdana Menteri berkata Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Firdaus Azil

Firdaus Azil Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @FirdausAzil

21 Dec 20
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini didapati /bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta dari ahli perniagaan Chai Kin Kong.

Keputusan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan. @501Awani
@501Awani Ketika ini Mahkamah Tinggi berehat antara 30 hingga 45 minit untuk memberi peluang kepada Pihak Pembelaan untuk menyediakan hujah bagi proses mitigasi. @501Awani
@501Awani Mana-mana individu yang disabitkan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Read 12 tweets
19 Dec 20
Ikuti liputan penuh @501Awani sempena Istiadat Pengebumian Negara Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah secara langsung. #MengenangTunRahah
Orang awam mula menunggu di Perkarangan Masjid al-Rahah untuk memberi penghormatan terakhir kepada Srikandi Negara itu. #MengenangTunRahah @501Awani
Terdahulu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Masjid al-Rahah, kira-kira 8.10 pagi tadi, untuk sesi Penghormatan Terakhir kepada ibunya yang tercinta. #MengenangTunRahah @501Awani
Read 6 tweets
10 Nov 20
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang juga baharu dilantik sebagai Pengerusi BN Backbenchers kini membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan. Lanjut di @501Awani
“Sokongan saya dan rakan-rakan kepada #Belanjawan2021, TERTAKLUK kepada keputusan Kerajaan untuk meluluskan dua perkara, peluasan moratorium sehingga Jun 2021, dan pengeluaran one-off RM10,000 dari Akaun 1 KWSP” kata Pengerusi BNBBC Najib Tun Razak ketika menurut perbahasan.
Menutup **
Read 23 tweets
9 Nov 20
Opposition Leader concludes his speech.

"Kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19, sekiranya ia benar-benar Belanjawan COVID-19".

Beliau bangkitkan banyak persoalan mengenai perkara yang tidak perlu dalam #Belanjawan2021.
Antara perkara yang dibangkitkan MP Port Dickson.

1. Unjuran pertambahan pendapatan kerajaan yang tidak realistik, tiada penjelasan mana datang sumber itu.

Mana datang sumber kalau beberapa sektor penting tidak menunjukkan angka positif, soalnya lagi.
Ketua Pembangkang persoal langkah Kerajaan / MOF yang cuba mengambil wang KWAP untuk diklasifikasikan sebagai sumber pendapatan kerajaan.

Beliau cadangkan penerbitan bond atau sukuk untuk tambah pendapatan, dan jangan runsingkan soal defisit.
Read 9 tweets
9 Nov 20
MP Pasir Gudang dakwa keputusan mengehadkan Dewan Rakyat pada 80 orang satu-satu masa, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak mahu illegitimate government luluskan RUU Belanjawan yang tidak sah. Mesti kembali kepada Peruntukan Perlembagaan” @501Awani
@501Awani BN-Arau berkata kalau tak mahu ikut keputusan konsensus yang dicapai antara Speaker dan Ketua Whip, lebih baik mansuhkan sistem Ketua Whip.

“Saya sokong nasihat KKM untuk hadkan kehadiran di Parlimen”.
@501Awani Speaker agak tegas kali ni. Beliau kata Perkara 96, 97 PP tak ada kena mengena dengan mengekang Ahli Parlimen berbahas.

"Mana yang cakap dalam Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa saya perlu mendengar 222 MP berbahas dalam Parlimen?" - Speaker.
Read 4 tweets
27 Jul 20
Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pengamal media hanya dibenarkan masuk ke perkarangan pada pukul 8 pagi. Bagi media yang ingin mengikuti keputusan dalam kamar, ada pas khas yang disediakan. @501Awani
[Imbas Kembali] Kronologi kes SRC Najib beta.astroawani.com/berita-malaysi…
[Imbas Kembali] Bekas Perdana Menteri itu mahu kes tersebut dibicarakan dengan adil, dan tidak mahu ia digugurkan hanya kerana permainan politik. astroawani.com/berita-malaysi…
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(