Tengok ramai orang Malaysia terkejut.

Tak perlu terkejut, Korea Utara & Palestin memang brothers sejak dulu lagi. Ni Kim Il-sung (atuk Kim Jong-un) bersama Arafat pengasas Fatah.

KorUt pun ada supply Hamas dengan senjata seperti Bulsae-2 (peluru berpandu anti kereta kebal).
Semasa Perang Dingin (1948-1991) antara US dan USSR (Rusia hari ini), konflik Israel-Palestin juga menjadi konflik proksi US-USSR.

Disebabkan US sokong Israel, maka USSR dan negara sekutunya sokong Palestin.

Dalam peta:
Merah, pink = sekutu USSR
Biru = sekutu US
Sebab tu Turki iktiraf Israel sejak 1949. Turki sekutu US, join NATO bagi lawan USSR.

Dan Turki anggap isu Palestin tu isu orang Arab. Turks tak yah ambil port.

Tak ada kaitan dengan sekularisme Ataturk, sebab di bawah Menderes yang Islamik pun hubungan Turki-Israel baik.
Dan di kalangan negara Arab, sosialisme sangat popular. Pemimpin Arab utama seperti Nasser (Mesir), Gaddafi (Libya), Assad (Syria), Saddam (Iraq) ni semua sosialis.

Arafat sebagai ketua pejuang Palestin pun angkat sosialisme sebagai ideologi perjuangannya.
Arafat mengasaskan Palestinian Liberation Organization (PLO) yang menggabungkan parti Fatah dia dan juga beberapa parti komunis-sosialis seperti PFLP dan DFLP.

Negara komunis-sosialis termasuk KorUt, Cuba semua bagi sokongan kepada PLO.
Memasuki 1980-an, sosialis Palestin ni mula dicabar oleh gerakan haraki (media Barat panggil 'Islamis') seperti Hamas dan Palestinian Islamic Jihad.

Mereka disokong oleh negara Arab bukan sosialis seperti Saudi, Kuwait, Qatar dan juga negara bukan Arab seperti Iran.
Apa pun, PLO masih diiktiraf sebagai wakil Palestin yang sah di peringkat antarabangsa, dan pada tahun 1988, Negara Palestin secara rasmi diisytiharkan. Berpusu-pusu negara Arab, Islam, dan juga sosialis termasuk KorUt mengiktiraf Palestin dan mendirikan hubungan diplomatik.
Negara sekutu US seperti negara Eropah, Korea Selatan dan Jepun masih "wait and see" sebab US belum iktiraf Palestin lagi.

Dan keadaan itu kekal sehingga hari ini. Yang belum iktiraf Palestin (bukan warna hijau) ni semua sekutu tegar US (kecuali Cameroon, Eritrea dan Myanmar).
Perang Dingin tamat pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan komunis di USSR. Jadi banyak negara sekutu USSR buang komunisme-sosialisme dan iktiraf Israel.

Tapi KorUt dan Cuba masih kekal komunis dan masih tidak iktiraf Israel.
Walaupun Korea Selatan tak iktiraf Palestin, tapi bukan bermaksud rakyatnya pro-Israel. Malah boleh nampak je rakyat Korea Selatan bersolidariti dengan Palestin dan Gaza.

Cuma disebabkan perjanjian pertahanan dengan US, Korea Selatan masih kena ikut cakap US dalam dasar luar.
Meskipun tak ada hubungan rasmi, Korea Selatan ada hubungan tak rasmi dengan Kerajaan Palestin bawah PLO dan ada bagi bantuan kemanusiaan.

Dan hubungan US-Korea Sekatan yang makin renggang pun bakal mendorong Korea Selatan mengiktiraf Palestin secara rasmi.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

4 Jun
"Sultan" secara umum bermaksud penguasa/pemerintah. Dalam Bahasa Ibrani (Yahudi) pun ada perkataan "shilton".

Itu maksud sultan dalam Qur'an & hadis.

Sultan sebagai gelaran khas mula dipakai oleh Mahmud dari Ghaznavid pada tahun 999, ketika Khilafah Abbasiyah (750-1258). Image
Struktur kerajaan Abbasiyah berbeza sikit dengan Umayah (661-750).

Umayah adalah "centralized caliphate". Khalifah sebagai pemerintah tertinggi berkuasa penuh. Khalifah melantik "amir" sebagai gabenor bagi wilayah bawah kekuasaan Umayah.
Abbasiyah pula adalah "decentralized caliphate". Kuasa khalifah terbatas kepada ibu kota (Baghdad), manakala wilayahnya dikuasai oleh penguasa yang bergelar sultan (bermula dengan Mahmud dari Ghaznavid).

Kerajaan sultan-sultan ni merdeka tapi "berbaiah" kepada khalifah.
Read 6 tweets
3 Jun
Kerajaan "perpaduan" akan dibentuk menerusi gabungan parti selain Likud, Religious Zionist, Shas, UTJ dan Joint List.

Bennett dari Yamina akan jadi PM dulu, diikuti oleh Lapid.

Walaupun Netanyahu bakal jatuh, ramai risau dengan Bennett yang lebih right-wing.
Right-wing dalam politik Israel adalah mereka yang lebih keras dalam isu Palestin.

Berbeza dengan centre-left & centrist yang sokong "two-state solution", parti-parti right-wing menentang kewujudan negara Palestin langsung, dan nak teruskan penempatan haram di Tebing Barat.
Cuma kali ni, parti dari haluan berbeza masing-masing bersatu nak jatuhkan Netanyahu, kecuali parti-parti penyokong Netanyahu mati keras (Religious Zionist, Shas, UTJ) dan Joint List (parti Arab) yang benci Netanyahu, tapi juga tak selesa dengan Bennett.
Read 6 tweets
23 May
Sebab kompaun Al-Aqsa terdiri atas tapak kuil suci Bani Israil suatu ketika dahulu.

Yahudi panggil tapak tu Har ha-Bait (Temple Mount).

Temple pertama didirikan pada zaman Solomon (Nabi Sulaiman), dimusnahkan pada 589 SM.

Temple kedua didirikan, dan dimusnahkan pada 70 M.
Temple pertama (First Temple) didirikan sebagai tempat Bani Israil beribadah kpd Tuhan/Yahweh.

Bani Israil kemudian berpecah jadi kerajaan utara & selatan (Judah). Temple kekal di Judah.

Judah ditakluk oleh Babylonia, temple dimusnahkan, rakyatnya dibawa ke Babylon jadi hamba.
Selepas Babylonia dikalahkan oleh Parsi, Parsi membebaskan saki-baki Bani Israil balik ke kawasan lama mereka.

Parsi menamakan kawasan tu Yehud, so orang yang duduk di situ mula dikenali sebagai Yahudi.

Orang Yahudi membina semula temple yang dipanggil Second Temple.
Read 8 tweets
23 May
Maksud "Second Palestine" tu adalah kemungkinan British gagal menangani ketegangan kaum & pemberontakan seperti di Palestin, sehingga British terpaksa berundur pada 1948.

Bukan British nak buat "Israel" di Malaya.
Dan pada asalnya, British tak plan pun nak bagi Yahudi mendirikan negara.

Perjanjian Balfour 1917 kata British akan menjadikan Palestin "national homeland" untuk Yahudi, bukan "national state".

Istilah yang "vague" (samar-samar), konon boleh kaburi mata Yahudi Zionis.
Bila Zionis sedar British sebenarnya tak ada niat pun nak bantu diorang mendirikan Negara Yahudi yang diidamkan, maka diorang melancarkan pemberontakan pada 1944.

British panggil pemberontak ni "terrorist", antaranya future PM Israel, Menachem Begin (gambar pertama).
Read 5 tweets
22 May
Asal-usulnya selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), negara pemenang (US, USSR, UK) nak tubuhkan satu pertubuhan bagi menjaga keamanan dunia, iaitu PBB/UN.

PBB nak memperbaiki kelemahan Liga Bangsa (League of Nations) yang melayan semua negara ahli secara sama rata.
Liga Bangsa ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama (1914-1919) yang pada asalnya nak halang berlakunya perang dunia sekali lagi.

Basically sama je dengan PBB, cuma tiada veto power yg dikhususkan kpd beberapa kuasa besar.

Apa2 keputusan memerlukan persetujuan sebulat suara.
Nampak macam adil, tapi ja menyukarkan keputusan.

Contohnya apabila Jepun menceroboh China pada tahun 1931, bila ahli2 Liga Bangsa kecam Jepun, Jepun merajuk and keluar dari Liga.

Kuasa besar pun tak dapat buat apa.

Akhirnya berlaku WW2 akibat tindakan Jepun, Jerman, Itali.
Read 9 tweets
16 May
Perang Arab-Israel 1948, 1967 & 1973 lagi berpotensi membawa kepada perang dunia berbanding sekarang.

Waktu tu US sokong Israel, USSR sokong Arab/Palestin. Clear cut.

Sebab tu negara2 spt Korea Utara & Cuba sampai now tak iktiraf Israel.

Tapi keadaan sekarang sangat berbeza.
Perang dunia berpunca daripada corak pakatan yang rigid. Bila terjadi dua kem, maka potensi berperang tinggi.

WW1 tercetus akibat ketegangan antara "kem Serbia" (Rusia, Perancis) dan "kem Austria" (Jerman) susulan kejadian Putera Austria dibunuh oleh orang Serbia di Bosnia.
Walaupun dalam isu Israel vs Palestin, negara2 Islam adalah "kem Palestin" yang tidak berbelah bahagi (tak iktiraf Israel), tapi lebih banyak negara (termasuk kuasa-kuasa besar seperti Rusia & China) iktiraf kedua-dua Israel & Palestin, dan cuba jadi pendamai.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(