Struktur kerajaan Abbasiyah berbeza sikit dengan Umayah (661-750).
Umayah adalah "centralized caliphate". Khalifah sebagai pemerintah tertinggi berkuasa penuh. Khalifah melantik "amir" sebagai gabenor bagi wilayah bawah kekuasaan Umayah.
Abbasiyah pula adalah "decentralized caliphate". Kuasa khalifah terbatas kepada ibu kota (Baghdad), manakala wilayahnya dikuasai oleh penguasa yang bergelar sultan (bermula dengan Mahmud dari Ghaznavid).
Kerajaan sultan-sultan ni merdeka tapi "berbaiah" kepada khalifah.
Sebagai contoh, Salahuddin al-Ayyubi (Saladin) adalah seorang sultan kerajaan Ayyubiyah, tapi beliau juga berbaiah kepada khalifah di Baghdad, mengakuinya sebagai autoriti yang lebih tinggi. Nama khalifah disebut & didoakan dalam khutbah Jumaat di Mesir bawah kekuasaan Saladin.
Uthmaniyah (1517-1924) lagi special. Penguasa kerajaan Uthmaniyah dah pakai gelaran sultan sejak zaman Murad (1362-1389), kemudian pada 1517, ditabalkan lagi sebagai khalifah menggantikan dinasti Abbasiyah.
Uthmaniyah juga telah mempopularkan konsep khalifah/sultan sebagai "bayangan Tuhan di muka bumi" (zillullah fi'l-alem), yang turut mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Nusantara.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Right-wing dalam politik Israel adalah mereka yang lebih keras dalam isu Palestin.
Berbeza dengan centre-left & centrist yang sokong "two-state solution", parti-parti right-wing menentang kewujudan negara Palestin langsung, dan nak teruskan penempatan haram di Tebing Barat.
Cuma kali ni, parti dari haluan berbeza masing-masing bersatu nak jatuhkan Netanyahu, kecuali parti-parti penyokong Netanyahu mati keras (Religious Zionist, Shas, UTJ) dan Joint List (parti Arab) yang benci Netanyahu, tapi juga tak selesa dengan Bennett.
Maksud "Second Palestine" tu adalah kemungkinan British gagal menangani ketegangan kaum & pemberontakan seperti di Palestin, sehingga British terpaksa berundur pada 1948.
Dan pada asalnya, British tak plan pun nak bagi Yahudi mendirikan negara.
Perjanjian Balfour 1917 kata British akan menjadikan Palestin "national homeland" untuk Yahudi, bukan "national state".
Istilah yang "vague" (samar-samar), konon boleh kaburi mata Yahudi Zionis.
Bila Zionis sedar British sebenarnya tak ada niat pun nak bantu diorang mendirikan Negara Yahudi yang diidamkan, maka diorang melancarkan pemberontakan pada 1944.
British panggil pemberontak ni "terrorist", antaranya future PM Israel, Menachem Begin (gambar pertama).
Asal-usulnya selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), negara pemenang (US, USSR, UK) nak tubuhkan satu pertubuhan bagi menjaga keamanan dunia, iaitu PBB/UN.
PBB nak memperbaiki kelemahan Liga Bangsa (League of Nations) yang melayan semua negara ahli secara sama rata.
Perang dunia berpunca daripada corak pakatan yang rigid. Bila terjadi dua kem, maka potensi berperang tinggi.
WW1 tercetus akibat ketegangan antara "kem Serbia" (Rusia, Perancis) dan "kem Austria" (Jerman) susulan kejadian Putera Austria dibunuh oleh orang Serbia di Bosnia.
Walaupun dalam isu Israel vs Palestin, negara2 Islam adalah "kem Palestin" yang tidak berbelah bahagi (tak iktiraf Israel), tapi lebih banyak negara (termasuk kuasa-kuasa besar seperti Rusia & China) iktiraf kedua-dua Israel & Palestin, dan cuba jadi pendamai.