Susulan thread saya bertajuk Fakta Tentang Undang-Undang Kerja Di Malaysia hari tu, antara soalan yang banyak ditanya adalah berkenaan point nombor 3 iaitu hak pekerja bergaji RM 5,000 ke atas.

Jadi, apa pilihan yang mereka ada?
Jika ada yang terlepas, boleh rujuk thread ini.

APA PILIHAN YANG ADA BAGI PEKERJA BERGAJI RM 5,000 KE ATAS?

Baik, begini.

Kita sudah tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 sahaja dan juga pekerja manual.
Kalau pekerja manual tiada had gaji. RM 2,000 ke, RM 7,000 ke, tetap dilindungi bawah Akta Kerja 1955.

Sebab dia orang termasuk dalam definisi 'pekerja' dalam Seksyen 2 Akta Kerja 1955.
Manakala Seksyen 69B Akta Kerja 1955 membolehkan pekerja bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) namun terhad kepada tuntutan gaji dan bayaran tunai SAHAJA.
Makna kata, pekerja bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 tak boleh buat aduan ke JTK berkenaan isu jam bekerja atau faedah penamatan.
Pekerja yang bergaji lebih RM 5,000 pula memang tak dilindungi bawah Akta Kerja 1955.

Jadi, kalau ada apa-apa isu tunggakan gaji contohnya, tak boleh buat aduan ke JTK tetapi perlulah melalui saman di mahkamah sivil.
MACAM MANA KALAU KENA PECAT ATAU DIBERHENTIKAN?

Untuk jawab soalan ini, kita kena faham dulu fungsi JTK. Supaya dapat bezakan dengan JPP.
Di JTK, contoh aduan yang boleh dibuat adalah:

- majikan tak patuhi upah minimum
- potongan gaji tidak mengikut undang-undang
- bayaran gaji lewat
- tiada cuti/elaun bersalin
- tiada bayaran faedah penamatan
Jika mana-mana pekerja ditamatkan perkhidmatan atau dipecat dan dia rasa pemecatan tersebut tidak dilakukan secara adil, pekerja tersebut boleh buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
Di JPP ataupun jika kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, TIADA had minimum atau maksimum gaji ditetapkan.

Mana-mana pekerja swasta boleh membuat aduan ke JPP. Tiada masalah.

ASALKAN kes tu adalah kes pembuangan kerja secara tidak adil [unfair dismissal].
Saya harap orang awam lebih jelas tentang perkara ini.

Disclaimer:

Penulisan adalah perkongsian semata-mata dan tidak bertindak sebagai nasihat guaman.
Jika nak baca info dan artikel lain seperti undang-undang jenayah, sivil, hartanah dan syariah, boleh like dan follow fb page Jom Tanya Peguam atau boleh layari laman web jomtanyapeguam.com

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nas Rahman 🏴

Nas Rahman 🏴 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MNasruddin_AR

22 Jul
Fakta Tentang Undang-Undang Kerja di Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu

Ini adalah bebenang. Image
1. Pekerja tidak diwajibkan untuk beri alasan jika ingin letak jawatan namun majikan perlu mempunyai alasan kukuh sebelum menamatkan perkhidmatan pekerja.
2. Undang-undang di Malaysia tidak melarang untuk individu bawah 18 tahun diambil bekerja namun majikan perlu patuhi syarat-syarat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
Read 14 tweets
1 Feb
Mesti ramai antara kita yang duduk di rumah strata kan?

Masalah yang biasa kita hadap bila duduk rumah bertingkat ni bila ada kebocoran antara tingkat.

Siapa yang perlu bertanggungjawab kalau ada kebocoran? Pihak pengurusan atau pemilik rumah atas?
Contoh situasi:

Abu tinggal di sebuah apartment di KL. Suatu hari, dia perasan banyak air menitik daripada siling bilik air rumah sampaikan keadaan bilik air tersebut sangat teruk dan baunya yang meloyakan.
Abu tanya pemilik rumah atas, Pakcik Jalil pasal ni. Pakcik Jalil cakap memang tandas rumah dia dah lama rosak. Abu bagi tempoh 3 hari kepada Pakcik Jalil bagi baiki kerosakan di bilik air beliau tapi Pakcik Jalil tetap tidak berbuat apa-apa.

Apa Abu boleh lakukan?
Read 20 tweets
22 Jan
Berikut merupakan semua bebenang undang-undang yang telah diikat kemas secara dalam talian sebagai satu untaian utama untuk bacaan semua.

Semoga bermanfaat.
6 Perkara Penting Tentang Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan Yang Perlu Pekerja Tahu

Read 18 tweets
20 Jan
Jika ada yang masih belum tahu, pindaan Industrial Relations Act sudah berkuatkuasa sejak 1.1.2021.

IRA ni penting kepada pekerja sebab prosedur untuk cabar pembuangan kerja secara tak adil di bawah akta ni.

Jadi, apa 6 perkara penting pindaan IRA yang pekerja perlu tahu?
1. RUJUKAN DARI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (2) dan (3).
Jika sebelum ini, representasi oleh pekerja akan melalui proses Runding Damai di JPP. Jika tiada penyelesaian berjaya diperoleh, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Kemudian, barulah Menteri Sumber Manusia akan rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan.
Read 34 tweets
10 Jul 19
KES BUNUH PELAJAR UPNM

Ini adalah sedikit penerangan tentang prosedur kes jenayah secara general di negara kita supaya kita tahu kedudukan dan perjalanan kes UPNM sekarang ini.

Dah sedia? Okay jom.
Keputusan di akhir kes pendakwaan telah ditetapkan pada 31.7.2019. Saya pasti, persoalan yang bermain di minda kita semua sudah pasti adalah, "worait kes dah nak selesai, tak sabar nak tengok budak-budak tu kena hukuman apa". Woa woa nanti dulu ye..
Even selepas 31 Julai nanti, kes ni tetap masih dalam perjalanan di Mahkamah.

EH APA BENDA?? CAKAP 31 JULAI NI KEPUTUSAN KES??
Read 20 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(