1. Jepun, adalah negara yang kurang sumber alam. Menjadi tuan rumah Olimpik bermakna, mereka memerlukan banyak sumber alam seperti emas, perak dan gangsa untuk buat pingat.
1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen misalnya.
2. Method kitar semula ini juga adalah salah satu inovasi Jepun dalam usaha “Green Technology” kitar semula bahan terpakai dan sekaligus menjimatkan sumber alam Jepun.
3. Katil atlet Tokyo Olimpik pula diperbuat dari kotak. Tapi bukan lah kotak biasa. Kotak ni boleh tahan sehingga berat 200kg.
Rasionalnya, selepas temasya Olimpik, kotak-kotak ini dapat di kitar semula dan dijadikan bahan lain, jadi tidak lah membazir kan?
4. Mungkin mengejutkan, mereka juga ambil berat tentang solat.
Trak lori diubah-suai jadi tempat solat yang selesa siap dengan tempat wudhu sekali yang dipanggil “Mobile Mosque”. Ini menjadikan Jepun negara penganjur Olimpik pertama yang menyediakan inisiatif seperti itu.
5. Menariknya, trak ni boleh bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mudah dan boleh extend seluas 48 meter persegi.
Benda ni membolehkan atlet yang bertanding dapat solat dengan mudah dan selesa.
6. Sebab tu walaupun hampir 80% rakyat Jepun membantah penganjuran Olimpik, tapi dengan segala persiapan yang dilakukan dan tiada arahan pembatalan dari pihak IOC, ia tetap dijalankan dengan pelbagai SOP yang ketat.
7. Nak buat macam mana,
Diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Sponsor pun dah ramai tarik diri dengan kes Covid terus mencanak tinggi. But, the show must go on.
Bila saya tulis mengenai kebanyakan sekolah masih menggunakan papan hitam & kapur semalam, ada yang mengatakan bahaya kapur kerana boleh sebabkan penyakit dan sebagainya.
Mungkin agak pelik, kenapa negara Jepun yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan papan hitam & kapur di kebanyakan banyak bilik darjah ?
“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.
Jadi Jepun dah kaji penggunaan papan hitam dalam pembelajaran & diorang even ada perkataan khas untuk teknik tu - bansho .
1. Warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang.
Dalam salah satu kajian yang dilakukan (Sankyuu 2015), warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar dan membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna putih.