Afghanistan adalah negara berbilang kaum. Kaum terbesar iaitu Pashtun mewakili 42% populasi, diikuti oleh Tajik (27%), Hazara (9%), Uzbek (9%), Turkmen (3%) dan lain-lain.
Di Pakistan pun ada ramai Pashtun (15% populasi). Macam Malala Yousafzai tu adalah Pashtun. PM Pakistan sekarang, Imran Khan juga seorang Pashtun.
Pashtun boleh dibahagikan kepada 5 kabilah ("tribal confederation") utama: Ghilzai, Durrani, Karlanri, Sarbani, Gharghashti. Di bawah setiap kabilah ni ada banyak suku. Macam Presiden Ashraf Ghani tu dari suku Ahmadzai bawah Ghilzai.
Pashtun memegang tampuk politik sejak penubuhan negara Afghanistan. Suku Abdali (nama lama Durrani) mengasaskan Dinasti Durrani, kemudian digantikan oleh Dinasti Barakzai. Raja Barakzai terakhir, Zahir Shah digulingkan oleh sepupunya Daoud Khan pada tahun 1973.
Daoud Khan mendirikan Republik Afghanistan. Tak lama kemudian, dia digulingkan dan dibunuh oleh komunis pada 1978. Komunis kemudian bergaduh sesama sendiri, memberi Soviet (Rusia) peluang untuk memasuki Afghanistan pada tahun 1979.
Kaum2 di Afghanistan masing2 melancarkan jihad menentang Soviet. Kebanyakan Pashtun berjuang di bawah kumpulan Hezb-i Islami, Tajik bawah Jamiat-e Islami. Hazara, Uzbek, Turkmen pun ada kumpulan sendiri. Walaupun semua dikenali sebagai "mujahideen", bukan semua sehaluan.
Selepas Soviet berundur daripada Afghanistan pada 1989, golongan mujahideen ini meneruskan perang terhadap kerajaan komunis. Kerajaan komunis tumbang pada 1992, digantikan dengan Negara Islam Afghanistan.
Burhanuddin Rabbani (seorang Tajik) daripada Jamiat-e Islami menjadi presiden, menimbulkan ketidakpuashatian Pashtun terutamanya Gulbuddin Hekmatyar dari Hezb-i Islami. Perang saudara meletus.
Kegagalan Hekmatyar untuk merampas kuasa menyebabkan Pashtun mengalih sokongan kepada kumpulan Taliban yang diasaskan oleh Mullah Omar.
Ahli kumpulan Taliban kebanyakannya adalah lepasan sekolah Darul Uloom Haqqania di Pakistan yang mengikut aliran Deobandi ("Taliban" bermaksud murid) yang sangat strict dalam tafsiran dan amalan agama (Barat panggil "fundamentalist").
Orang Pashtun luar bandar yang lebih konservatif tertarik dengan Taliban, terutamanya Ghilzai yang merupakan kabilah terbesar. Antara "sumbangan" Taliban ialah pembersihan amalan "bacha bazi" (budak lelaki dijadikan penari dan hamba nafsu golongan warlord).
Dengan itu, Taliban dengan pantas menawan 90% wilayah Afghanistan dan menawan Kabul pada 1996. Ada juga yang melihat sokongan Pakistan sebagai faktor kejayaan Taliban.
Cuma bagi kaum bukan Pashtun, Taliban terlampau konservatif. Wanita dilarang bersekolah dan bersosial. Muzik dan hiburan juga diharamkan. Taliban juga memusuhi Hazara yang berhaluan Syiah dan melakukan pembantaian besar-besaran ke atas Hazara.
Jadi Tajik, Hazara dan Uzbek menubuhkan kerajaan Northern Alliance, disokong oleh Pashtun bandar yang lebih liberal dan progresif (kebanyakannya dari kabilah Durrani, macam Hamid Karzai).
Kerajaan Northern Alliance ini diiktiraf oleh majoriti negara. Taliban hanya diiktiraf 3 negara iaitu Pakistan, Saudi dan UAE.
Pada 2001, US menyerang Taliban atas alasan melindungi Al-Qaeda (Osama kenal Mullah Omar semasa jihad melawan Soviet). Selepas Taliban jatuh, Northern Alliance mendirikan kerajaan di Kabul.
Hamid Karzai menjadi presiden pertama "Afghanistan Baharu". Mullah Omar dan saki-baki Taliban melarikan diri dan berlindung di kawasan Pashtun di sempadan Afghanistan-Pakistan, tunggu masa untuk bangkit balik.
Pashtun tak begitu senang dengan kerajaan baharu. Walaupun Karzai adalah Pashtun, jawatan naib presiden pertama & kedua dipegang Tajik & Hazara. Banyak reform berkaitan hak wanita dianggap bertentangan dengan nilai Pashtun, dan dilakukan oleh kerajaan "boneka" penceroboh luar.
Jadi kerajaan Karzai tidak mempunyai keabsahan di mata kebanyakan Pashtun.
Bermula 2006, Taliban kembali aktif (media panggil "neo-Taliban"). Ancaman neo-Taliban membuat Obama decide untuk menamatkan Perang Iraq seawal 2011 dan fokus untuk memerangi Taliban dan Al-Qaeda.
Mula-mula strategi Obama nampak hasil. Tapi kebangkitan ISIS di Iraq pada tahun 2014 memaksa US divert sumber dan tenaganya. Taliban mengambil kesempatan untuk regroup.
Malah Taliban juga rekrut kaum bukan Taliban (termasuk Tajik dan Hazara) yang kurang berpuas hati dengan kerajaan Karzai/Ghani yang korup dan imcompetent.
Kemudian, datang pula Trump, yang menentang campur tangan US di Afghanistan. Trump memulakan pelan pengunduran tentera US, diteruskan oleh Biden. Tindakan US ini menjatuhkan morale kerajaan Afghanistan dan menaikkan morale Taliban, membawa kepada kemenangan demi kemenangan.
Taliban hari pun ini pun ada beza sikit dengan Taliban yang dulu. Mengambil pengajaran lepas, Taliban sedar dasar isolasionis semasa 1996-2001 menjadi punca kejatuhannya dulu.
Jadi sekarang Taliban rajin nak berbaik-baik dengan China, dengan UK, dengan Iran, demi menunjukkan bahawa diorang juga bersifat diplomatik, bertamadun dan pragmatik, supaya kerajaan Taliban diiktiraf oleh lebih banyak negara.
Dan itu mungkin akan sedikit sebanyak mempengaruhi Taliban untuk bersifat lebih terbuka (terutamanya berkaitan isu hak wanita), walaupun terasnya masih Pashtun-Deobandi yang ultra-konservatif.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Disebabkan puak Kong ni sangat jaga nasab mereka, so orang bukan dari keturunan Kong Zi tak boleh suka-suka pakai nama Kong.
Salah seorang dari keturunan Kong Zi iaitu Kong Shao (Bahasa Korea sebut Gong So) mula menetap di Korea pada tahun 1351, mengasaskan puak Gokbu Gong.
Gokbu adalah sebutan Korea kepada Qufu, iaitu tempat asal Kong Zi. Dan di Korea hanya ada satu puak (bon-gwan) Gong.
Tapi nama keluarga lain ada banyak bon-gwan. Macam Kim ada beza Gimhae Kim, Gyeongju Kim, Andong Kim dan macam2. Min pun hanya ada 1 bon-gwan (Yeoheung Min).
Etnik (ethnic group) - kelompok yang berkongsi keturunan sama dan budaya sama, tak terbatas oleh sempadan. Macam Pashtun tu etnik, ada di Afghanistan & Pakistan. Cina etnik. Melayu etnik.
Ras (race) - kelompok yang berkongsi fizikal sama. Macam Caucasoid, Mongoloid, Negroid.
Ras dikait dengan warna kulit. Caucasoid dipanggil White Race. Mongoloid Yellow. Malay Race dipakai untuk "Brown Race".
Kena ingat konsep ras ni diperkenalkan oleh intelektual Eropah pada abad ke-18 & 19. Kebanyakan tamadun tak jadikan fizikal sebagai kayu ukur "orang kita".
Satu lagi konsep ialah bangsa (nation). Yang ni tricky sikit. Dari perspektif Eropah, "nation" berkongsi sempadan/identiti politik yang sama.
Apabila nation diterjemahkan jadi bangsa (international = antarabangsa, United Nations = bangsa2 bersatu), ia menimbulkan kekeliruan.
Perbezaan paling ketara sebutan "r" dan "l" dalam Mandarin.
Cina utara tak ada masalah nak sebut "r" dengan tepat (lagi pun Mandarin tu loghat utara), tapi susah bagi Cina selatan (termasuk Cina Malaysia) sebab tak wujud perbezaan r/l dalam loghat selatan.
Tapi actually loghat selatan ni Bahasa Cina yang lagi original. Bunyi perkataan Cina dlm Bahasa Jepun/Korea pun mirip loghat selatan.
Contoh 世界 (dunia), Korea sebut "segye", Jepun "sekai", mirip Kantonis (saigai) & Hokkien (sekai).
Mandarin sebut "shijie", tak sama langsung.
Sebab dalam sejarah, kawasan utara China kebanyakan masa berada di bawah pemerintahan kaum bukan Cina seperti Xianbei (Dinasti Northern Wei), Khitan (D. Liao) & Jurchen (D. Jin). Beijing pusat pemerintahan Mongol & Manchu. Jadi bahasa orang utara dipengaruhi bahasa kaum2 ini.
Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun, dalam penggal yang sama.
Itali pernah (3 kerajaan sejak 2018). Jepun pernah (4 kerajaan dari 1993-96).
Malah jalan cerita Malaysia 2018-21 ada banyak persamaan dengan Jepun semasa 1993-96.
Dalam PRU tahun 1993, Parti Demokratik Liberal (LDP) yang telah memerintah Jepun selama 38 tahun (sejak 1955) hanya dapat 223 daripada 511 kerusi Dewan Perwakilan. Walaupun LDP masih parti terbesar, ia gagal meraih majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan iaitu 256.
Punca LDP hilang majoriti ialah krisis dalaman yang melanda partinya pada 2-3 tahun sebelum PRU. Skandal rasuah menghakis keyakinan rakyat terhadap LDP, percakaran antara faksi PM Kiichi Miyazawa dan Setiausaha Agung LDP Ichiro Ozawa juga memecahkan parti.
Kepentingan US ni pun sentiasa berubah-ubah. Dulu US zaman Bush banyak campur tangan di Timur Tengah sebab kepentingan minyak. Tapi zaman Trump, US pun melambak minyak dia, so nilai Timur Tengah jadi kurang kepada US.
Dalam kes Afghanistan, dulu US masuk situ selain nak menumpaskan Al-Qaeda, dia juga nak jadikan Afghanistan sebagai "pivot" untuk mengekang pakatan Rusia-China (SCO yang ditubuhkan pada Jun 2001).
Jepun dapat kedudukan carta pingat terbaik dalam sejarah iaitu No 3. Sama dengan Olimpik Tokyo 1964 malah jumlah pingat lebih banyak (29 pingat, 16 emas waktu tu). Berbaloilah segala kerugian.
No 1 & 2 masih dibolot oleh US & China.
Kalau ikutkan, US dan China juga merupakan negara nombor 1 dan 2 dalam ekonomi dan ketenteraan.
Benda ni bukan kebetulan. "Sports is an alternative to war".
Dari perspektif negara-negara kuasa besar, sukan bukan pertandingan semata-mata tapi juga berkaitan soal "national glory", dan temasya peringkat dunia seperti Olimpik adalah medan untuk mempamerkan "soft power" masing-masing.