Kepentingan US ni pun sentiasa berubah-ubah. Dulu US zaman Bush banyak campur tangan di Timur Tengah sebab kepentingan minyak. Tapi zaman Trump, US pun melambak minyak dia, so nilai Timur Tengah jadi kurang kepada US.
Dalam kes Afghanistan, dulu US masuk situ selain nak menumpaskan Al-Qaeda, dia juga nak jadikan Afghanistan sebagai "pivot" untuk mengekang pakatan Rusia-China (SCO yang ditubuhkan pada Jun 2001).
So US pada zaman Bush dan Obama bercita-cita nak transform Afghanistan menjadi negara demokratik liberal, menjadi sekutu tegar US.
Tapi US underestimate pengaruh tribalisme di Afghanistan dan kekentalan Taliban, jadi US stuck dekat Afghanistan.
Di Zaman Trump, US mula nak tinggalkan Afghanistan yang dianggap beban. Jadi US berunding dengan Taliban, buat perjanjian US akan keluar Afghanistan, tapi Taliban kena janji tak serang US dan sekutunya iaitu kerajaan Afghanistan.
Tapi semua tu "wishful thinking" saja. Apabila Biden meneruskan pelan Trump, Taliban mengambil kesempatan menawan semula Afghanistan.
Tapi Biden tetap shift the blame kepada kerajaan dan rakyat Afghanistan, konon mereka tak pernah berusaha.
Benda yang sama pun pernah berlaku di Vietnam. Dulu 1960an US membantu Vietnam Selatan melawan Vietnam Utara yang komunis, last-last dia pergi sign perjanjian damai dengan Vietnam Utara pada 1973. Tentera US keluar.
2 tahun kemudian, Vietnam Selatan ditawan oleh Vietnam Utara.
Ironiknya, US hari ini jadi kawan baik Vietnam atas kepentingan yang sama (mengekang China).
Dan walaupun banyak negara ASEAN rasa terancam dengan China dalam isu seperti Laut China Selatan, negara tetap berhati-hati minta bantuan atau jadi sekutu US.
At the end of the day, US boleh tinggalkan negara2 ini begitu saja.
Nak salahkan US tak boleh sebab dia bertindak atas kepentingan saja. US tu negara, bukan rumah kebajikan.
Jadi pemimpin yang kena bijak mencari balance dalam hubungan dengan kuasa besar.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Disebabkan puak Kong ni sangat jaga nasab mereka, so orang bukan dari keturunan Kong Zi tak boleh suka-suka pakai nama Kong.
Salah seorang dari keturunan Kong Zi iaitu Kong Shao (Bahasa Korea sebut Gong So) mula menetap di Korea pada tahun 1351, mengasaskan puak Gokbu Gong.
Gokbu adalah sebutan Korea kepada Qufu, iaitu tempat asal Kong Zi. Dan di Korea hanya ada satu puak (bon-gwan) Gong.
Tapi nama keluarga lain ada banyak bon-gwan. Macam Kim ada beza Gimhae Kim, Gyeongju Kim, Andong Kim dan macam2. Min pun hanya ada 1 bon-gwan (Yeoheung Min).
Etnik (ethnic group) - kelompok yang berkongsi keturunan sama dan budaya sama, tak terbatas oleh sempadan. Macam Pashtun tu etnik, ada di Afghanistan & Pakistan. Cina etnik. Melayu etnik.
Ras (race) - kelompok yang berkongsi fizikal sama. Macam Caucasoid, Mongoloid, Negroid.
Ras dikait dengan warna kulit. Caucasoid dipanggil White Race. Mongoloid Yellow. Malay Race dipakai untuk "Brown Race".
Kena ingat konsep ras ni diperkenalkan oleh intelektual Eropah pada abad ke-18 & 19. Kebanyakan tamadun tak jadikan fizikal sebagai kayu ukur "orang kita".
Satu lagi konsep ialah bangsa (nation). Yang ni tricky sikit. Dari perspektif Eropah, "nation" berkongsi sempadan/identiti politik yang sama.
Apabila nation diterjemahkan jadi bangsa (international = antarabangsa, United Nations = bangsa2 bersatu), ia menimbulkan kekeliruan.
Perbezaan paling ketara sebutan "r" dan "l" dalam Mandarin.
Cina utara tak ada masalah nak sebut "r" dengan tepat (lagi pun Mandarin tu loghat utara), tapi susah bagi Cina selatan (termasuk Cina Malaysia) sebab tak wujud perbezaan r/l dalam loghat selatan.
Tapi actually loghat selatan ni Bahasa Cina yang lagi original. Bunyi perkataan Cina dlm Bahasa Jepun/Korea pun mirip loghat selatan.
Contoh 世界 (dunia), Korea sebut "segye", Jepun "sekai", mirip Kantonis (saigai) & Hokkien (sekai).
Mandarin sebut "shijie", tak sama langsung.
Sebab dalam sejarah, kawasan utara China kebanyakan masa berada di bawah pemerintahan kaum bukan Cina seperti Xianbei (Dinasti Northern Wei), Khitan (D. Liao) & Jurchen (D. Jin). Beijing pusat pemerintahan Mongol & Manchu. Jadi bahasa orang utara dipengaruhi bahasa kaum2 ini.
Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun, dalam penggal yang sama.
Itali pernah (3 kerajaan sejak 2018). Jepun pernah (4 kerajaan dari 1993-96).
Malah jalan cerita Malaysia 2018-21 ada banyak persamaan dengan Jepun semasa 1993-96.
Dalam PRU tahun 1993, Parti Demokratik Liberal (LDP) yang telah memerintah Jepun selama 38 tahun (sejak 1955) hanya dapat 223 daripada 511 kerusi Dewan Perwakilan. Walaupun LDP masih parti terbesar, ia gagal meraih majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan iaitu 256.
Punca LDP hilang majoriti ialah krisis dalaman yang melanda partinya pada 2-3 tahun sebelum PRU. Skandal rasuah menghakis keyakinan rakyat terhadap LDP, percakaran antara faksi PM Kiichi Miyazawa dan Setiausaha Agung LDP Ichiro Ozawa juga memecahkan parti.
Afghanistan adalah negara berbilang kaum. Kaum terbesar iaitu Pashtun mewakili 42% populasi, diikuti oleh Tajik (27%), Hazara (9%), Uzbek (9%), Turkmen (3%) dan lain-lain.
Di Pakistan pun ada ramai Pashtun (15% populasi). Macam Malala Yousafzai tu adalah Pashtun. PM Pakistan sekarang, Imran Khan juga seorang Pashtun.
Jepun dapat kedudukan carta pingat terbaik dalam sejarah iaitu No 3. Sama dengan Olimpik Tokyo 1964 malah jumlah pingat lebih banyak (29 pingat, 16 emas waktu tu). Berbaloilah segala kerugian.
No 1 & 2 masih dibolot oleh US & China.
Kalau ikutkan, US dan China juga merupakan negara nombor 1 dan 2 dalam ekonomi dan ketenteraan.
Benda ni bukan kebetulan. "Sports is an alternative to war".
Dari perspektif negara-negara kuasa besar, sukan bukan pertandingan semata-mata tapi juga berkaitan soal "national glory", dan temasya peringkat dunia seperti Olimpik adalah medan untuk mempamerkan "soft power" masing-masing.