Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas.
Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai.
Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti.
Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
Bila saya baca mesej tu, memang rasa berdebar. Baru umur 6 tahun pula tu. Paling risau kalau retak tempurung kepala dan sampai ada pendarahan dalam otak.
Dari luaran mungkin nampak tak serius tapi kita tak nampak apa kesan hentakan pada otak budak tu.
Jadi saya nasihatkan baik bawa ke hospital dan sambil tu perhatikan tanda-tanda BAHAYA ni :
📌 Pandangan mata jadi kabur atau pandangan jadi 2 imej
📌 Muntah-muntah dan loya
📌 Sawan
📌 Pengsan
📌 Kelihatan mengantuk dan sukar dikejutkan.
📌 Mula bercakap perkara yang tak difahami atau kelihatan keliru.
📌 Ada luka yang pendarahannya tak berhenti-henti.
📌 Kat kepala tu ada benjolan yang terlampau besar.
📌 Ada cecair atau darah keluar daripada hidung atau telinga anak. Boleh jadi tulang kepala dah retak.
📌 Dia mengadu sakit kepala yang amat.
Itu semua tanda kemungkinan besar kecederaan otak dan tempurung kepala dah berlaku pada anak kita. Jadi jangan berlengah.
Tempoh 24 jam selepas terjatuh sangat kritikal untuk kita perhatikan keadaan anak. Ada pendarahan dalam otak berlaku perlahan-lahan dan tanda bahaya ni muncul hanya selepas beberapa jam kejadian.
Jika anak kita tu kekal aktif dan tak ada tanda bahaya, selalunya tak ada perkara serius akan berlaku pada dia.
Benda ni bila dah berlaku, mak ayah memang akan panik. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang boleh guna nota ni sebagai panduan.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.
Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 135,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Jauhi 5 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Anak bukan trofi.
Bila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat. Anak yang tak berapa bagus keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.
Anak akan fikir dia cuma akan disayangi bila dia berjaya di sekolah.
2. Melabel anak dengan perkataan negatif.
Selalu juga saya berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil. Yang anak akan faham, dirinya sentiasa ada kekurangan dan dia akan sentiasa salahkan dia sendiri.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.