Jul Profile picture
23 Nov, 65 tweets, 32 min read
Korang dah tengok movie #Eternals tapi masih confuse lagi? Alright guys, ini adalah BEBENANG EASTER EGGS & REFERENCE untuk movie Eternals. Dari mula sampai habis aku bedah siasat. Termasuk kenapa Thanos warna ungu sedangkan adik dia Eros seperti manusia biasa. Lessgo!
Mula je movie korg akan nmpk teks scrolling ke atas yg bermula dgn "In the beginning..." menunjukkan Arishem beritahu tentang Six Singularities. Ya betul. Ini adalah merujuk kepada Infinity Stones. Dlm GotG, The Collector pun ckp benda yg sama.
Taneleer Tivan/The Collector ckp yg batu-batu infiniti terbentuk sebelum universe dicipta & bentuk batu-batu itu digelar sbg "concentrated ingots." Kemungkinan besar, batu-batu infiniti ni dicipta oleh Celestial sendiri sbb kita tahu yg Celestial dah ada sebelum univeese dicipta.
Juga text crawl bermula dengan "In the beginning..." tu sama dgn permulaan The Book of Genesis dlm Bible yg mana sama mcm #Eternals yg ada pada permulaan bangsa manusia.
Kapal #Eternals yg kita lihat sepanjang movie ni dipanggil sebagai The Domo yang refer/nod kepada karakter asal dalam komik Marvel Eternals, Domo. Domo dlm komik merupakan seorang Etwrnals juga yg bekerja di planet Olympia & bekerja di bawah Zuras, seorang Prime Eternal.
Cincin yang Sersi bagi pada Dane Whitman masa birthday party dia tu ada simbol Black Knight/family crest dia. Dalam comic, Dane adalah Black Knight & juga merupakan salah seorang anggota Avengers. So after this, faham-faham laaa.
Ohhh ya. Sersi cakap yang dia beli cincin tu di eBay tapi kemungkinan Sersi dah simpan cincin tu lama dah dari zaman Middle Ages disebabkan ianya merupakan artifak purba. Also, Sersi tahu later belakang keturunan Dane.
Masa dalam apartment Sersi, ada berita dekat rv tu kalau korang dengar, ianya tentang gempa bumi pada scene sebelum tu dan mereka fikir ianya mungkin berkairan dengan The Blip yang dilakukan oleh Thanos.
Kalau perasan, rangkaian berita dalam filem ni adalah WHiH News yang muncul dalam beberapa filem/siri Marvel. Antara yg paling latest, dia muncul dlm WandaVision & The Falcon and the Winter Soldier. Aaaand now dalam #Eternals
Dane Whitman ada tanya pada Sersi sama ada dia adalah Sorceress seperti Doctor Strange atau tak dan boleh tukarkan dia jadi zirafah atau tak. Yep this is a nod to our Sorcerer Supreme, Doctor Strange. So dunia dah kenal semua ahli Avengers termasuk Dr. Stephen Strange.
Kalau perasan masa Sersi, Sprite & Ikaris naik private plane Kingo untuk cari ahli yang lain, ada tergantung shield design original Captain America. Well, ni bukan original sbb yg ori dkt exhibit di Smithsonian Museum. Boleh tengok dkt The Falcon and the Winter Soldier.
Ya Kingo ni fans Captain America. Kalau tengok scene Bollywood untuk filem terbaru dia tu, dekat belakang ada dancer pakai prop shield Captain America.
Memandangkan #Eternals turun semasa tamadun Mesopotamia, tidak hairanlah mereka masih ada semasa tamadun Babylon. Dalam komik, Gilgamesh pernah memerintah Babylon sementara & Ajak, Zuras, Ikaris juga Thena melawan deviants disitu. Boleh baca komik Eternals: The Herod Factor #1
Dalam komik tersebut Thena berlawan dengan ketua deviants, Kro dan hampir membunuh Thena tapi dia tak jadi nak bunuh yang mana memperlihatkan permulaan hubungan Thena & Kro.
Dalam movie ni Sersi dapat tahu daripada Arishem yang planet Olympia tu tak wujud tapi dalam komik, planet tu memang ada. Olympia adalah rumah kepada #Eternals dan pertama kali disebut dalam komik Eternals #5 pada tahun 1976.
Mahd Wy'ry. Okay mcm ada yg confuse lg pasal benda ni. Meh nak citer sikit. Dlm #Eternals Thena didapati ada penyakit yg berkairan dengan psikologi dia yg dikenali dgn Mahd Wy'ry. Mereka percaya yg ianya berpunca daripada terlalu banyak memori yg disimpan.
Dlm movie ni tunjukkan yang mana memori Thena dipadam dengan tidak sempurna oleh Celestial & membuatkan memori-memori dia yg terdahulu akibat peperangan & kemusnahan dunia lain muncul dari memori dia yang terpendam sekian lama.
Kali pertama Mahd Wy'ry muncul adalah dalam komik Avengers #361 dimana Sersi bertindak seperti bukan diri beliau dan diluar jangkaan. Dlm komik, Mahd Wy'ry adalah sumpahan rahsia para #Eternals ; walaupun badan mereka diubah oleh Celestial, minda mereka masih minda manusia.
Dan minda mereka tidak kuat untuk menampung terlalu banyak memori. Okay geng malam ni sampai ni je dulu. Later aku akan sambung balik. Banyak lagi ni nak cerita. Kami aku rehat sebentar ya.
Dalam komik, Dane & Sersi sama macam Gilgamesh & Thena. Dorang protect and love each other bila Sersi kena Mahd Wy'ry.
Kingo ada ckp yg keadaan Sprite, Ikaris & Sersi sama mcm Tinkerbell, Peter Pan & Wendy dlm filem Peter Pan. Menariknya, dlm komik Marvel, didedahkan bahawa J.M Barry penulis Peter Pan kata yg dia cipta karakter Pan tu berdasarkan Sprite. Boleh baca komik Eternals #4 tahun 2006.
Ingat tak scene dorang duduk makan semeja tu? Perasan tak Sprite panggil Captain Rogers & bukan Captain America? Menariknya kemungkinan Sprite & Eternals yg lain dah kenal Steve Rogers masa zaman World War 2 lagi. Nama Captain Rogers digunakan dlm movie The First Avengers.
Ingat tak Kingo cakap yang dia kenal Thor & Thor tak jawab call dia sebab Thor dah jd ahli Avengers? Ada jugak diberitahu dimana #Eternals pernah sama-sama dgn Asgardian lawan Frost Giant di Tønsberg 1000 AD dahulu. And Kingo pernah main dgn Thor masa Thor budak-budak.
Bila Sersi call Dane, Sersi suruh dia berbaik dengan pakcik dia. Dalam komik, pakcik Dane Whitman, John Garrett adalah orang yang gunakan/pegang Ebony Blade.

*Bawah sikit cerita pasal Ebony Blade okay
Ingat tak masa anak Phastos cakap yang Ikaris tu Superman? Then Ikaris ckp dia tak pakai cape. Ya tunlaa reference kepada Superman, DC Comic. Kuasa Ikaris dgn Superman (Snyder's version) hampir sama.
Lagi satu a nod to the DC Comic adalah dimana valet Kingo, Karun tu yang Gilgamesh panggil dia Alfred. This is a reference to Alfred, butler Bruce Wayne.
Bila Sersi & Ikaris sampai di rumah Phastos, dia perkenalkan mereka berdua sebagai Isaac & Sylvie. Dalam komik pun sama, #Eternals gunakan alias ni untuk menyamar dan bercampur dgn manusia. Ikaria dlm komik ada alias lain juga, dikenali sbg Ike Harris.
Dkt rumah Phastos, Ikaris yakin yang Phastos buna safe house untuk keluarga dia dan bukan gunakan perkakasan yang biasa. Jadi Ikaris igtkan Phastos gunakan meja vibranium yg sebenarnya adalah fall collection, Ikea. A reference to rare metal in Wakanda, vibranium.
Anak Phastos & Ben, Jack diambil drpd artis komik & penulis Jack Kirby yang mana adalah pencipta komik & katakter #Eternals pada tahun 1976. Ikaris menyorok belakang buku mewarna Star Wars masa dia intai Phastos dgn Jack. Bilik Jack pun penuh dgn posters Star War kalau perasan.
Okay masuk ke dalam Domo semula. Perasan tak banyak artifak bersejarah dalam bilik Makkari masa dia tengah membaca? Yang paling jelas adalah The Holy Grail yg popular dlm legenda Arthurian yg ada kaitan dengan Black Knight. Meh aku listkan apa ada lagi dlm gambar ni:
1. Baju besi yg kemungkinan dipakai oleh Moon Knight. Dlm komik, Dewa Mesir Khonsu memilih avatar Moon Knights utk 1 juta tahun dan kemungkinan avatar tersebut memakai baju besi ni semasa Eternals jumpa dia. Baju besi ni ada Mesir purba punya Ankh.
2. Tablet Zamrud atau dikenali sbg Tabula Smaragdina/Smaragdine Tablet yg popular pd abad ke 19/20 yg sinonim dgn kumpulan pemujaan. Juga memperkenalkan konsep as above, so below yg berkenaan tentang alam ghaib dan dimensi lain. Ada juga kata tablet ni mcm philosopher stone.
3. SPQR. Senātus Populusque Romānus/The Senate and People of Rome. Ianya adalah kerajaan Republik Rom yg terbentuk dalam lingkungan 509BC - 27BC.
4. Patung Chimera
5. Patung emas Sphynx

Dlm komik, Makkari suka mengembara dan mengajar orang Mesir untuk menulis.
Bila Makkari jumpa semua #Eternals dalam bilik di di Domo, dia pakai baju H.G Wells. Wells adalah penulis novel yang bertajuk The War of the Worlds.
Thena ada cakap pasal kemusnahan planet Centuri-Six. Ianya adalah sebuah planet yang mereka musnahkan untuk menghidupkan Celestial disana sebelum mereka dtg ke bumi. Dlm komik, Centuri-Six disebut dlm Thor #258 yg mana ianya ditawan oleh space pirate, Grey Gargoyle.
Masa mereka semua kembali ke Domo, Thena terjumpa Excalibur & Sprite tanya adakah itu Ebony Blade. Excalibur merupakan sebuah artifak milik King Arthur dari Camelot. Legenda Arthurian banyak disebut dlm Marvel komik.
Legenda Arthurian wujud dalam Marvel komik punya lore & ada kaitan dengan Eternals sedikit. Ingat tak Thena jumpa pedang Wxcalibur dalam Domo? So Thena ialah Lady of the Lake yang simpan Excalibur?
Celestial Seed. #Eternals tunjuk yang Celestial tanam benih di planet-planet yg mana benih tu makan life energy sehingga benih tu matang dan hidup menjadi celestial dan memusnahkan planet tersebut. Jalan cerita yg sama mcm komik siri klasik Earth X oleh Alex Ross & Jim Krueger.
Tiamut, The Dreaming Celestial. Okay jom. Celestial ni adalah celestial yg ditanam di bumi sama mcm dlm komik jugak. Tapi lore komik lain sedikit. Tiamut sebenarnya menentang Arishem & dipenjarakan di bumi. Dikenali sebagai Dreaming Celestial, dia tidur selama beribu tahun -
sehingga manusia membangun dan bangun masa zaman moden. Peliknya, Tiamut ni dia dapat berfikir & dpt kesedaran yg dia tak mampu/tak nak musnahkan manusia mcm yg dia mahukan.
Dalam komik, Tiamut sendiri yang menilai manusia & bukannya Arishem. Tiamut juga memilih Makkari sebagai Prime Eternal dan berhubung melalui beliau. Dalam movie, Arishem pilih Ajak.
Masa final act #Eternals kalau perasan Ikaris ada buat pose sebijik mcm dalam komik masa dia lawan Phastos tu. Dia tembak energy beam dari mata dia tu. Boleh bukak komik Eternals #6 kalau nak tengok. This is a nod to the comic itself.
Phastos cipta alat yang diberi nama Uni-Mind diambil terus dari komik Marvel. Dalam komik, #Eternals dapat tahu yg mereka boleh gabungkan minda dan kesedaran mereka sebijik mcm dlm movie dan jadi satu entiti yang sangat berkuasa. Tp dlm movie takde laa keluar muka pelik tu.
Prime Eternal sahaja yang boleh summon Uni-Mind which is dlm movie after Ajak mati, Sersi gantikan Ajak untuk jadi Prime Eternals dan dia mampu untuk wujudkan Uni-Mind tersebut.
Ikaris terbang ke matahari. Lepas Tiamut ditidurkan, Ikaris pilih untuk bunuh diri. Dia seorang yang setia terhadap perintah Arishem tp akhirnya dia mengalah dgn kehendak Sersi sebab dia in love dgn Sersi & tak sanggup bunuh Sersi.
Cerita tentang Ikaris ni lebih kurang sama dgn Mitologi Greek dimana Icarus yang terbang terlalu hampir dgn matahari & sayap dia cair. Dlm Marvel komik, Ikaria ada anak bersama manusia yg juga menghadapi nasib yg sama. Phastos & Makkari berikan anak Ikaria sepasang sayap,
Dan dia gunakan sayap dia tu untuk cari bapanya. Anak dia terbang dekat sangat dgn matahari lalu sayap dia terbakar dan dia jatuh dlm laut.
Okay masuk ke POST-CREDIT yang PERTAMA. Memperkenalkan squad jerung merah!! Tak tak tak bukan. Ini adalah Pip The Troll yg disuarakan oleh Patton Oswalt. Pip dlm komik merupakan sorang bangsawan, kerabat raja yg mana dia selalu party dgn trolls & minum air yg dah dijampi.
Then dia sendiri bwrtukar jadi troll. Dalm komik dia selalunya dikaitkan dengan Adam Warlock & selalu saksikan perbalahan antara Warlock & Thanos. Dia juga pernah jadi penjaga batu infiniti, Space Stone. Dlm komik dia ada kuasa teleportation disebabkan dia jaga Space Stone tu.
STARFOX! Atau dikenali sebagai Eros of Titan. Beliau merupakan adik kepada Thanos. Dia merupakan seorang hedonist & no wonder laa Harry Styles diangkat sebagai Eros. Sebab muka dia jambu. Yep Starfox juga adalah seorang #Eternals Kenapa Thanos warna purple & Eros mcm manusia?
Eternals dlm komik adalah merupakan eksperimen yang dijalankan oleh Celestial lalu lahirlah Eternals, sebuah bangsa yang mempunyai superpower. Tp pada mulanya eksperimen Celestial ni tak berjaya dan terbentuk lah Deviants bangsa jahat yg kelihatan mcm cacat/deformed.
Eternals & Deviants dah bermusuh dan berperang selama ribuan tahun. Eternals cuba melindungi creation plan Celestial dan Deviants pulak rebel terhadap Celestial yg buang mereka disebabkan penciptaan mereka tak sempurna seperti Eternals.
Eternals lahir di bumi & byk peperangan berlaku antara meraka & bandar mereka, Titanos musnah. Selepas peperangan besar tu, mereka membina Olympia di Greece pula. Ada antara Wternals tu tinggalkan bumi & pergi ke salah satu bulan planet Zuhal yang mana mereka namakan, TITAN.
Komik The Invincible Iron Man #55 dicipta oleh Jim Starling pada tahun 1973 menceritakan yang Thanos & Eros adalah anak kepada Sui-San & A'Lars yg merupakan Eternals. Thanos pula mewarisi genetik Deviants & genetik tu deformed appearance dia. Tu sebab dia warna purple.
Eros pulak kelihatan seperti manusia biasa sama macam Eternals yang lain yang melalui evolusi yang sama. Tu dalam komik laaa. Dalam MCU memang tukar habis laaa. So kena tunggu nanti dalam movie-movie Marvel untuk dorang terangkan pasal family Thanos & Eros ni.
Ohh ya kuasa Eros banyak termasuk dia boleh kawal emosi orang lain. Selain dikaitkan dengan #Eternals Eros juga pernah join Avengers dan selalu dikaitkan dengan She-Hulk. Ohh ya siri Marvel Studios She-Hulk akan dilakonkan oleh Tatiana Maslany.
Okay jom masuk ke POST-CREDIT yang KEDUA. Ebony Blade. Dane Whitman dah reconcile semula dgn pakcik dia mcm yg Sersi suruh & dia belajar pasal sejarah keluarga dan keturunan dia. Dia cuba untuk gunakan Ebony Blade tu utk selamatkan Sersi yg enth kemana dibawa oleh Arishem.
Okay nak cerita pasal Ebony Blade pulak. Jom! Masa post-credit tu nampak Dane bukak kotak kayu lama yg tertulis "Mors mihi lucrum" dibahagian dalam kotak tu yg bila kita translate jadi "death is my reward."
Dalam komik Marvel, Ebony Blade diperbuat dari Starstone meteorite oleh tak lain tak bukan salah seorang figure yang terkenal dlm legenda Arthurian, Merlin & Sir Percy of Scandia yg merupakan keturunan/nenek moyang Dane yg menjadi org pertama dikenali sbg Black Knight.
Ebony Blade ditempa sebagai saingan kepada pedang Excalibur yang merupakan pedang legenda Raja Arthur dan tidak boleh dimusnahkan. Kuasa pedang ni pelik sedikit sbb dia ada dark force & absorb energy. Juga boleh teleport pemgguna dia ke lokasi pedang tersebut.
Ya pedang ni juga boleh summon mcm Mjolnir. Pedang ni juga boleh buka laluan antara dimensi & imun terhadap magik. Disebabkan kuasa pedang ni kuat, dia boleh hantar Dane kedalam badan nenek moyang dia yg terdahulu.
Pedang ni juga boleh elak pengguna dia mati tapi ada syarat dia. Pengguna dia kena pegamg pedang ni bila mati then baru boleh resurrect balik. Pengguna mesti berketurunan ahli Round Table King Arthur. Banyak lagi pasal Ebony Blade ni tapi cukup kot had ni dulu.
Akhir sekali suara yang tegur Dane Whitman "Sure you're ready for that, Mr. Whitman" tak lain tak bukan & pengarah Chloe Zhao dah confirm sendiri yang suara tu adalah suara Blade (Mahershala Ali). Movie Blade juga sedang dalam pembikinan di Marvel Studios.
Alright guys aku rasa itu sahaja kot. Kalau ada yang aku terlepas, korang boleh komen dekat thread ni ya. Okay saja nak ingatkan esok siri #Hawkeye episode 1 & 2 keluar dan mcm biasa aku akan buat thread. Tunggu ya. Till then, thank you and bye bye 👋🏻
Eternals tak kena BLIP disebabkan mereka adalah sintetik/androids & bukannya organik. Thanos snap HANYA utk benda bernyawa. Eternals takkan tua. Mereka dicipta oleh Celestial sendiri. Ya mereka ada darah manusia, intelligence dan badan manusia tp mereka bkn manusia.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Jul

Jul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zulfaqar1994

4 May 19
As promise. Thread untuk filem Avengers: Endgame. Please be advised, ada SPOILER, easter eggs, references & explanation tentang ending juga apa seterusnya selepas movie ini. Jom. #AvengersEndgame Image
Marvel Cinematic Universe (MCU) diperkenalkan hampir 11 tahun dengan movie pertama Iron Man (2008). Avengers: Endgame merupakan movie ke-22 dalam MCU yang dimulai dgn Robert Downey Jr. sebagai Iron Man.
First sekali yang Avengers buat adalah cari Thanos yang dah menyepikan dirinya di satu planet. Lepas dah jumpa, Thanos terangkan yg dia dah musnahkan semua batu infiniti tu.
Read 73 tweets
15 Nov 18
Ini adalah thread review untuk filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Alert! This thread contain SPOILERS, EASTER EGGS & WHAT TO EXPECT in the next movie. So READ AT YOUR OWN RISK. SILA UNFOLLOW OR BLOCK ME kalau tak suka. Let’s start! ⚯͛
Cerita ni adalah sekuel untuk filem pertama. Mcm yg korg tahu, Grindelwald dah kena tangkap dgn MACUSA oleh Newt Scamander. Now, dorang nak pindahkan Grindelwald from there to somewhere else. Tak silap nak pindah ke Ministry of Magic di London.
Rupanya yang ditangkap tu bukan Grindelwald yg sebenar. Tu adalah salah sorg pengikut dia, Abernathy. Dlm filem pertama, Abernathy ni baik & suka dkt Queenie. Now dia jadi jahat.
Read 44 tweets
9 Aug 18
Ini adalah thread tentang Norse Mythology. Dalam thread ni cover Yggdrasil, The Nine Realms, Gods & Goddess & hikayat tntg mitologi ini. Mitologi ni berlainan dgn Marvel sbb yg ini cerita yg asal & Marvel telah diolah sedikit. But aku buat perbandingan sikit okay. So, let’s go!
Apa benda Mitologi Nordik ni? Mitologi ni adalah hikayat-hikayat, dongeng dan penuh dgn cerita dan puisi yang hebat dalam budaya Nordik, Skandinavia dan negara Jerman. Juga dikenali sebagai Mitologi Jerman, ianya bukan sahaja mitos tetapi agama dan dipraktikkan oleh viking.
Penciptaan dunia dlm Mitologi Nordik. Sebelum masa & dunia dicipta di dlm mitologi ni, hanya ada kegelapan yang besar dan kekosongan yang digelar Ginnungagap. Di utaranya ada sebuah tmpt dipanggil Niflheim. Niflheim adalah tmpt yg sgt gelap & sejuk & mengandungi ais dan kabus.
Read 81 tweets
31 Mar 18
Penyiasat paranormal/demonologist yang terkenal sehinggakan kes-kesnya diangkat ke layar perak. Tak lain tak bukan, Ed dan Lorraine Warren. Jom kita kenali siapakah mereka berdua dan kes-kes terkenal duo ini. Seperti biasa, ini adalah thread.
Siapa je yang tak tahu filem blockbuster The Conjuring arahan James Wan yang menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Ada sesetengah antara kita tahu bahawa filem ini adalah adaptasi daripada kes sebenar ‘The Warrens’. Jadi mari kita kenal dulu dengan duo ini.
Edward Warren Miney dilahirkan pada 7 September 1926 dan telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2006.
Read 61 tweets
24 Mar 18
Ini adalah thread tentang Dewa Dewi di dalam mitologi Mesir.
So at the end of this thread, aku akan bagi senarai movies yang berkaitan dengan dewa dewi Mesir ni. So nanti boleh laa faham sikit okay. Oh ya kalau aku ada salah, tolong betulkan. Or typo.
Aku nak minta maaf jugak sebab buat korang tertunggu-tunggu. Jom!
Read 104 tweets
26 Dec 17
Area 51. Kalau sebut je nama ni semua bercakap pasal alien/makhluk asing. Apa tujuan sebenar kawasan ni diwujudkan. Apa yang disembunyikan. Betul ke makhluk extraterrestrial ni wujud. Apa pandangan barat & masyarakat Islam. So jom kita bincangkan. Of course, ini adalah thread.
Okay before that aku akan terangkan secara am Area 51 ni and also konspirasi yang menyelubungi tempat ni. Seterusnya aku akan huraikan dari pandangan Islam dan berdasarkan Al-Quran tentang suatu makhluk selain manusia. So kalau ada salah, betulkan aku. Let’s do this!
Satu fasiliti Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dikenali sebagai Area 51 merupakan satu kemudahan yang terpencil dari Pangkalan Tentera Udara Edwards, yang masih didalam lingkungan ‘Nevada Test & Training Range’.
Read 48 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(