Profile picture
Jul @zulfaqar1994
, 61 tweets, 11 min read Read on Twitter
Penyiasat paranormal/demonologist yang terkenal sehinggakan kes-kesnya diangkat ke layar perak. Tak lain tak bukan, Ed dan Lorraine Warren. Jom kita kenali siapakah mereka berdua dan kes-kes terkenal duo ini. Seperti biasa, ini adalah thread.
Siapa je yang tak tahu filem blockbuster The Conjuring arahan James Wan yang menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Ada sesetengah antara kita tahu bahawa filem ini adalah adaptasi daripada kes sebenar ‘The Warrens’. Jadi mari kita kenal dulu dengan duo ini.
Edward Warren Miney dilahirkan pada 7 September 1926 dan telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2006.
Lorraine Rita Warren dilahirkan pada 31 Januari 1927.
Mereka berdua merupakan ahli demonologist dan penulis buku yang berkaitan dengan kes-kes paranormal. Edward adalah tentera veteran Navy US Perang Dunia ke-2 dan juga bekas pegawai polis yang menjadi tenaga pengajar dan penulis.
Lorraine pula adalah seorang psikik dan menjadi pengantara atau medium untuk berhubung dengan makhluk ghaib yang bekerjasama dengan suaminya.
Pada tahun 1952, The Warrens menubuhkan New England Society for Psychic Research (NESPR), satu kumpulan pemburuan hantu yang tertua di New England. Mereka berdua telah menulis pelbagai buku berkaitan aktiviti paranormal dan juga penyiasatan mereka.
Selama lebih kurang lima puluh tahun, Ed & Lorraine Warren telah dianggap sebagai pakar terkemuka Amerika mengenai subjek roh dan demonologi. Malah lebih penting lagi adalah hakikat bahawa mereka telah menjadi orang yang sama sejak lima puluh tahun yang lalu yang berulang kali
Mengatakan kepada pihak berkuasa agama untuk mengendalikan beberapa fenomena paranormal yang paling kejam disana. Antaranya adalah kes dimana paderi kerasukan, kes orang ramai diserang secara fizikal, kes makhluk ghaib merasuk dan kemudian menetap, kes dimana masa
Menjadi tidak relevan dan juga persekitaran fizikal yang diubah secara keseluruhan & kes dimana roh tidak menghuni rumah sebaliknya merosakkannya secara terang-terangan.
Ed & Lorraine Warren telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk kerja ini & mereka berkongsi persamaan yang mereka peroleh semasa mereka bekerja didalam bidang ini. Perkara/kerja yang mereka lakukan adalah luar biasa dan amat mengejutkan.
Lorraine Warren telah memutuskan untuk bersara daripada aktif dalam penyiasatan mengenai kawasan rumah berhantu dan juga serangan makhluk ghaib. Walaupun dia masih menjadi perunding kepada NESPR & pasukan penyiasat itu, dia tidak lagi terlibat secara aktif.
Dia telah memberi amanah/pekerjaan itu kepada menantunya, Tony Spera yang telah bekerja bersama-sama dengan Ed & Lorraine Warren selama lebih dari tiga puluh tahun.
Tony Spera sedia untuk memberikan ceramah dan penampilan khas serta membantu keluarga yang mempunyai masalah berkaitan dengan aktiviti paranormal.
Ed Warren dibesarkan di sebuah rumah berhantu Connecticut dari usia lima tahun sehingga dia berumur dua belas tahun. Ayahnya merupakan seorang pegawai polis suatu ketika dahulu dan memberitahu Ed bahawa setiap yang terjadi di dalam rumahnya mempunyai alasan yang logik tetapi
Ayahnya masih tidak dapat membuktikan secara saintifik ataupun secara logik tentang aktiviti paranormal yang sering terjadi dirumahnya itu.
Seluruh keluarganya akan tidur dan pada pukul 2-3 pagi, Ed banyak kali mendengar pintu almari pakaian yang tertutup rapat akan terbuka. Pada mulanya Ed melihat kedalam dan hanya nampak kegelapan yang tiada bentuk, kemudian
Dia melihat satu cahaya yang mula membentuk dan menjadi satu bentuk bulat seperti bola keranjang dan dia mula melihat wajah di cahaya itu. Ianya digelar ‘Ghost Globule’.
Di ‘globule’ tu adalah wajah seorang orang tua yang amat hodoh dan menakutkan. Kemudian Ed menceritakan yang bebola cahaya itu keluar dari almari pakaiannya dengan bunyi tapak kaki dan bunyi nafas yang mendengus. Biliknya serta merta menjadi sejuk. Itu lah pengalamannya.
Pada umur 16 tahun, Ed Warren bekerja sebagai penghantar di The Colonial Theatre di Bridgeport Connecticut dan disitu dia berjumpa Lorraine Rita Moran untuk kali pertama.
Okay aku takkan cerita panjang lebar lagi. Aku skip terus ke kes-kes Ed & Lorraine Warren yang terkenal. Ada yang start rasa bosan plus you literally can read it on the internet.
Also aku taknak ulas buku The Demonologist: The Extraordinary Career of Ed and Lorraine Warren yang merupakan New York Times Bestseller sebab ada yang skeptical tentang thread ni. Yas gawd I also refer to some web of course that’s parallel with the fact.
Also, I’m gonna skip the books that they wrote, Graveyard True Hauntings From an Old New England Cemetery, Ghost Hunters True Stories From the World’s Most Famous Demonologists, The Haunted One Family’s Nightmare
In a Dark Place, Werewolf a True Story of Demonic Possession, and Satan’s Harvest. Gosh I wish I could tell you more but never mind. All these books korang boleh beli and baca. So terus ke kes-kes mereka yang terkenal. Jom.
Kes pertama adalah kes yang berkaitan dengan keluarga Perron. Roger dan Carolyn Perron pindah ke rumah baru bersama-sama dengan lima orang anaknya ke sebuah rumah di Harrisville, Rhode Island dimana mereka tidak menyedari bahawa satu kejadian yang mengerikan telah berlaku disitu.
Awalnya dibina pada 1736, sebuah rumah desa yang suatu ketika dahulu dihuni oleh Bathsheba Thayer bersama empat orang anaknya. Tiga daripadanya meninggal dunia semasa muda. Walaupun pada masa itu kadar kematian bayi agak tinggi, kematian dan keadaan di sekelilingnya
Menimbulkan kecurigaan di pinggir bandar itu sehinggakan keluarga Thayer disisih oleh masyarakat setempat. Bathsheba Thayer dilabel sebagai ahli sihir ataupun ‘satanist’ oleh penduduk setempat, dia kemudian menggantung dirinya dilaman belakang rumahnya.
Semasa keluarga Perron tinggal disana, bermacam-macam aktiviti paranormal, interaksi dan juga anak-anaknya bermain dengan roh-roh disana dilaporkan. Kejadian yang menakutkan seperti suara yang ditiru, perkakas dan perabot bergerak secara sendiri dan penampakan entiti turut
Berlaku dan dirasai oleh keluarga Perron. Carolyn dilaporkan serng dicubit dan ditampar oleh entiti Thayer yang tidak suka dan cemburu akan Carolyn sbg ibu dan isteri. Juga Roger sering diusik & diraba oleh roh Thayer.
The Warrens dipanggil untuk membantu pada 1974. Tetapi kehadiran mereka tidak disenangi malah membuatkan keadaan bertambah buruk dan roh Thayer dikatakan meminta mereka untuk keluar dr rumah itu.
Yes. Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh tonton filem The Conjuring arahan James Wan yang menukarkan pengalaman itu kepada sebuah filem box office yang menarik pelbagai lapisan masyarakat.
Kes kedua adalah kes Amityville. Yes korang boleh refer thread aku about The Conjuring Universe but I’ll explain it anyway here. Kes ini juga merupakan salah satu kes terkenal The Warrens. Terdapat banyak filem mengenai kes ini kerana kisahnya amat mengerikan dan dikenali.
Kes The Warrens kali ni melibatkan keluarga Lutz. Mereka menetap di sebuah rumah kolonial Belanda di Amityville, Long Island pada tahun 1975. Hanya setahu sebelum mereka pindah ke rumah itu, kediaman itu menjadi tempat PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI apabila Ronald DeFeo Jr
Membunuh 6 orang ahli keluarganya dengan kejam. Selama 28 hari, Lutz dan tiga orang anaknya tinggal dirumah yang sama. Semasa disana, keluarga itu melaporkan mendengar suara-suara asing, kelihatan lalat berkerumun didalam rumah itu, penyakit, anggota keluarga diganggu & terapung
Bunyi-bunyian yang membingitkan dan hentakan pintu juga entiti-entiti yang tidak kelihatan. Ed & Lorraine Warren kemudian dipanggil untuk ‘membersihkan’ rumah itu & membawa krew tv tempatan kesana.
Setelah mengambil beberapa gambar termasuk seorang kanak-kanak dengan mata yang bersinar, The Warrens yakin bahawa tanah itu telah disumpah dan ‘berpenghuni’. 2013, Lorraine Warren mengatakan rumah di Amityville itu amat menghantui dirinya.
Kes ketiga yang agak popular adalah kes patung Annabelle. Kes ini melibatkan sebuah patung Raggedy Ann yang dibeli di sebuah kedai barangan antik dan kelihatan kurang menakutkan daripada didalam filemnya. Diberi kepada anak pembelinya, seorang pelajar kejururawatan
Dan rakan sebiliknya perasan akan kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan patung itu seperti kedudukannya bertukar-tukar dan sentiasa berada didalam bilik yang berlainan tanpa ada sesiapa yang menyentuh atau mengalihkannya.
Kemudian mereka mendapati satu mesej diatas kertas dan juga tompokan darah di atas pakaian patung tersebut.
Annabelle juga dikatakan menganggu tunang salah seorang teman sebilik yang mengatakan dia terpaku apabila terbangun dari tidur dan melihat patung itu merangkak diatas badannya dan mencekik dia.
Dia juga mengatakan apabila dia masuk kedalam bilik yang gelap dimana patung itu diletakkan, dia merasakan dia diserang oleh sesuatu. Apabila dia membuka suis lampu, dia melihat perutnya mempunyai cakaran yang berdarah dan patung itu berada diatas lantai.
Keadaan itu amat menakutkan rakan sebilik itu lantas mereka memanggil seseorang yang dijadikan sebagai pengantara/medium yang menerangjan bahawa patung itu telah dirasuk oleh roh kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang bernama Annabelle Higgins.
Highins dikatakan meninggal dunia di tanah dimana pangsapuri yang dihuni oleh pelajar-pelajar kejururawatan itu dibina. The Warrens turut terlibat dan yakin bahawa kehadiran makhluk halus adalah dalang disebalik semua gangguan itu.
Mereka kemudian melakukan ritual ‘blessing’ sebelum membawa Annabelle pergi dari situ dan diletakkan didalam Warren’s Connecticut Occult museum. Cerita lanjut boleh rujuk filem dia.
Seterusnya kes yang agak popular adalah kes gangguan di Connecticut. Pada tahun 1986, Carmen dan Al Snedeker menyewa rumah di Southington, Connecticut yang berdekatan dengan hospital dimana anak lelaki mereka menerima rawatan.
Malangnya, keluarga ini kurang pengetahuan tentang keadaan dan sejarah tempat itu serta kediamannya yang agak mengerikan. Rumah yang mereka tinggal itu sebenarnya adalah bekas rumah pengkebumian yang lengkap dengan bilik mayat serta dibawah tanah dan kawasan perkuburan diluar.
Selepas berpindah kesitu, anak sukung mereka melihat suatu visi tentang roh yang amat menakutkan. Keluarga itu seterusnya kerap mendapati tag ibu jari kaki mayat didalam rumah itu. Lampu rumah mereka sering berkelip-kelip, pinggan mangkuk mula bergoncang, bau bangkai mayat
Mula memenuhi ruang rumah itu dan laporan mendapati air dirumah itu kadangkala akan bertukar menjadi merah darah. Carmen & Ali juga dikatakan telah diliwat oleh roh-roh yang berkeliaran dirumah mereka selama 2 tahun lamanya.
Keluarga Snedeker kemudian meminta pertolongan Ed & Lorraine Warren dan mereka mengatakan gangguan yang mereka hadapi adalah berpunca dari roh-roh mayat yang dibawa kerumah itu suatu ketika dahulu. Menurut Warrens, pengurus mayat itu dahulu membuat benda terlarang dan
Melakukan seks dengan mayat itu. Setelah dua tahun tinggal disana, keluarga Snedeker kemudiannya berpindah keluar. Seperti keluarga Perron, kisah keluarga Snedeker ni diadaptasi ke layar perak. Jangan risau, nanti aku bagi list filem-filem yang berkaitan dengan semua kes ni.
Kes ini pula berkaitan dengan serigala jadian. Kes ini merupakan kes yang agak jarang dan pelik dalam koleksi kes the Warrens.
Penyiasatan ini mengambil tempat di luar US. Iaitu sebuah bandar ditepi laut di Essex, England. Disana terdapat seorang lelaki bernama Bill Ramsey yang dipercayai dirasuk oleh satu entiti yang berupa seekor serigala jadian. Ramsey membesar dengan normal dan seorang kanak-kanak
Yang ceria. Suatu hari semasa beliau berusia 9 tahun, dia secara tiba-tiba mula menunjukkan sifat-sifat yang bukan manusia. Dilaporkan bahawa semasa beliau sedang bermain dilaman belakang rumahnya, Ramsey dikatakan rasa sejuk mula memasukibtubuhnya dan mengawal badannya.
Dan hidungnye mula tercium suatu bau yang tidak menyenangkan sebelum dia mengganas dan mencabut pagar dan menjerit kesakitan akibat kawat pagar itu.
Ramsey kemudian membesar dan menjadi seorang suami yang penyayang dan seorang ayah kepada 3 orang anak. Awal perkahwinannya, dia dihantui oleh mimpi buruk, badannya sejuk dan berpeluh serta bermimpi tentang dia bertukar menjadi binatang buas. Pada tahun 1980an,
Bill kemudian mendapati dia merasakan suatu keadaan yang berulang kembali semasa dia kecil dahulu. Suatu masa, dia menyerang rakannya di dalam kereta semasa dia dan rakannya hendak pulang dari pub dan mengasari seorang anggota polis.
Ramsey didalam beberapa tuduhan semasa beliau di hospital, memaparkan gejala kemarahan yang sama, kekuatan diluar kemampuan manusia, gigi beliau menjadi tajam, mendengus seperti haiwan liar, bahu beliau membongkok & tangannya seperti cakar binatang.
Di dalam temuramah bersama the Warrens tentang pengalaman mereka bersama Ramsey, Ed mengatakan yang Ramsey meminta dia dipenjarakan untuk keselamatannya serta keselamatan orang ramai. Apabila the Warrens mengetahui tentang keadaan Ramsey,
Mereka mengajak Ramsey kerumah mereka di Connecticut dimana Bishop Robert McKenna melakukan upacara ‘exorcism’ dan merekodkannya.
So tu je kes-kes yang agak popular. Ada yang diadaptasi jadi filem and ada yang tak. Thank you. 👍🏻
Oh yes yes. Ni list filem dia. Kalau nak lagi. Dekat pinned tweet, dalam thread Conjuring Universe & The Amityville. Thanks guys. 😊👍🏻
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Jul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!