Masih lagi Bahasa Melayu. Apa yang Tan Sri cakap ni sebenarnya seolah-olah kami orang Melayu sebelum datangnya perkataan2 pinjaman ini ke dalam Bahasa kami, dek kerana pertembungan tamadun, kami adalah satu bangsa barbaric yang nak bercakap dan bertutur pun tidak mampu!

#Thread Image
Bahasa Melayu bukanlah bahasa banjingan ciptaan sesiapa, tetapi merupakan bahasa yang wujud dalam keluarga Austronesia. Keluarga terdekat kami seperti Bahasa Jawa, Bahasa Maori, Bahasa Samoa dan bahasa-bahasa lain dalam keluarga besar ini.
Bahasa kami memiliki sejarah yang panjang. Berdasarkan sejarah, nenek moyang kepada bahasa kami iaitu Proto-Melayu mula dituturkan sejak sekurang-kurangnya 1000 SM di Borneo...
hasil daripada pecahan bahasa Proto-Malayo-Polynesian yang bercambah daripada Bahasa Proto-Austronesia kira-kira 2000 SM yang lalu hasil migrasi orang-orang Austronesia dari Taiwan ke Asia Tenggara.
Daripada Proto-Melayu ini, evolusi Bahasa Melayu bercambah ke Bahasa Melayu Kuno yang dapat dijejak pada prasasti-prasasti Empayar Melayu Srivijaya di Sumatera dan Pulau Jawa.
Paling awal ialah Prasasti Kedukan Bukit, bertarikh kira-kira 683 Masihi. Apabila bahasa Proto-Melayu menerima pengaruh Bahasa Sanskrit hasil proses Indianinisasi, maka wujudnya Bahasa Melayu Kuno.
Daripada Bahasa Melayu Kuno, ada dua pendapat. Ada yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik ialah adik-beradik yang bercabang daripada Proto-Melayu, bukannya Bahasa Melayu Klasik datang daripada Bahasa Melayu Kuno.
Pendapat lain mengatakan pula bahawa Bahasa Melayu Klasik yang dituturkan pada zaman Melaka datang daripada evolusi Bahasa Melayu Kuno yang menerima pengaruh daripada Arab dan Parsi...
...sekaligus menjadikan Bahasa Melayu Klasik yang akan berevolusi menjadi Bahasa Melayu Moden hari ini. Rekod terawal Bahasa Melayu Klasik ini dapat dilihat pada penemuan Batu Bersurat Terengganu, yang dapat dijejak usianya seawal 1303 Masihi.
Apa-apa pun, sejarah ringkas saya nukilkan di atas adalah bukti hidup betapa sebenarnya Bahasa Melayu yang saya banggakan ini bukan kecil anak. Ini ialah bahasa yang ada keluarga bahasanya...
...ada sejarah panjangnya, dan tak akan mati atau tak mampu dituturkan sekalipun kalau dibuang semua kata-kata bahasa pinjaman yang wujud hari ini.
Dan untuk pengetahuan Tan Sri, gelaran yang saya dimaklumkan adalah palsu dan dibeli, sekarang ada gerakan untuk memurnikan Bahasa Melayu yang dipanggil sebagai Beka Melayu.
Gerakan membersihkan Bahasa Melayu daripada kata pinjaman. Masih lagi mampu ayat penuh ditulis, dituturkan walau tanpa kata pinjaman.
Hanya perlu ambil daripada kosa-kosa kata yang wujud dalam bahasa adik-beradik Melayu dalam keluarga Austronesia atau juga, dah tentu, kosa-kosa kata Melayu lama yang dah dilupakan dan tak dituturkan. Semudah itu sahaja.
Jadi, dakwaan Tan Sri adalah semata-mata serangan pseudo ke atas Bahasa Melayu semata-mata.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

24 Jul
Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut.
Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?
Kemahirannya berbahasa banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?
Read 22 tweets
22 Jul
Persoalan yang baik ni tuan. Baik, kami cuba menjawab sebaik mungkin persoalan tuan. Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dalam sejarah itu pelbagai. Orang Melayu menggunakan Pallava, tulisan post-Pallava seperti Rencong, Jawi dan akhirnya abad Latin.
Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.
Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Viet, Cham dan banyak tamadun lain.
Read 28 tweets
18 Jul
Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.
Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.
Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.
Read 7 tweets
6 Jun
Hari ini, seberapa banyak masjid dan surau-surau kita ada perpustakaan? Dulu masa Zaman Keemasan Islam, setiap masjid dan surau-surau yang dibina, mesti ada perpustakaan hebat. Bagi kami, tanda ilmu itu subur dalam jiwa kita ialah rumah-rumah ibadah kita penuh dengan buku-buku.
Yang paling besar dalam sejarah Islam ialah perpustakaan di Masjid Zaytuna di Tunisia yang dikatakan mengandungi lebih 100, 000 buah buku.
Manakala Perpustakaan Safiyya di Masjid Utama Umaiyyah di Aleppo merupakan perpustakaan masjid paling tua dalam sejarah. Sebuah masjid di Universiti Al-Azhar pada tahun 1050 Masihi dikatakan menyimpan lebih 120, 000 koleksi buku.
Read 9 tweets
27 May
Melayu ni asal daripada keluarga Austronesia, saudara mara kita bukan Yahudi tu, tapi orang Jawa, orang Cham, orang Sunda, malah jauh ke orang Maori, Samoa dan, Hawaii. Kita ialah pelaut yang dah membina tamadun maritim. Santuni mereka, kita berkongsi genetik, budaya, tamadun.
Cukuplah nak kaitkan Melayu ni lost tribe of Yahudi. Tak pernah dalam sejarah kita ialah keturunan Bani Israel, takde kaitan dengan keluarga besar bangsa Afro-Asiatic, apatah lagi dalam dahan kecilnya, keluarga Semitic yang merangkumi orang Yahudi dan Arab.
Orang Melayu pelaut, bukan bangsa nomad padang pasir di Afrika, Arabia dan Syam sana. Berbangga cukup dengan identiti tamadun pelaut kita. Apsal nak buat cerita karut the lost tribe of Bani Israel? Tak cukup identiti Melaka dan Srivijaya? Tak cukup identiti pedagang dan pelayar?
Read 4 tweets
16 May
"Perang Tandas Di India."

Rakyat India tak habis menjilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka. Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. Tandas. Ikuti thread ini membedah masalah tandas India.
Subuh kian menghampiri pada tarikh 27 Mei 2014. Dua orang gadis menggosok mata mereka selepas keluar daripada selimut tanpa menyedari bahawa mereka tidak akan melihat terbitan fajar. Sememangnya anak-anak gadis tidak boleh keluar pada waktu ini.
Tetapi mereka terpaksa, kerana lewat malam ialah masa yang paling sesuai. Namun nasib tidak menyebelahi dan malang tidak berbau – pada pagi tersebut, mereka ditemui mati digantung pada pokok mangga selepas dirogol bergilir-gilir.
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(