Kalau boleh offer pengangkutan untuk angkut air daripada nanding ke kawasan bt 18-sungai lui pun boleh
Untuk yang tak ada bekalan pun boleh ambil terus dari sini khusunya kawasan batu 18 - sungai lui
Dm saya ya
Lori di sini hanya ada dalam 3 jam saja
Masih belum ada volunteer yang sampai
Kerja kerja punggah & pembahagian
Agihan sedang dibuat untuk penduduk sekitar
On a side note kalau ada yang nak datang langat sebagai sukarelawan terutama cuci rumah kalau tak tahu mana nak approach boleh lah dm
Saya akan bagi sedikit info rumah atau kawasan mana yang masih perlu tenaga kerja atau pun join kan dengan ngo lain di bawah satu group
Treler dah tak ada, dan sebahagian besar sumbangan sudah dibawa ke bt 18, sungai lui & kg jawa. Tapi, kami masih tinggalkan sebahagian di Teratak Nanding kalau kalau ada yang masih memerlukan air. Datang saja ambil ya kalau perlu
Makluman untuk orang awam berkenaan jalan hulu langat
Kerja last harini buat agihan makanan. Maaf tak dapat bantu banyak sebab resource tak cukup 🙁. Kita bantu mana yang mampu dan kawasan berdekatan saja
Agihan makanan untuk sarapan pagi. Mana mana yang memerlukan atau tahu siapa yang perlukan bagitahu ya
Alhamdulillah untuk harini berjaya selesaikan agihan makanan & minuman buat warga dusun di belah dalam. Ramai sukarelawan yang terlepas pandang rumah mereka kerana perlu lalu lorong lorong kecik
Agihan juga dibuat di kg jawa, bt 18 dan kawasan sekitar dari pagi hingga petang
Syukur dapat tengok mereka dapatkan bekalan yang cukup hari hari sementara tunggu rumah untuk pulih
Wehh ada sukarela ni ctc aku nak hantar makan. Katanya untuk makan malam. Biasa makan malam dalam pukul 6-7 petang lah
Tiba tiba tadi dapat info dah otw dengan 100 pax makanan, sekarang dah pukul 10. Mana aku nak cari orang & rumah untuk agihan ni dah malam malam macam ni? 😔
Please bantu kalau tahu mana mana rumah/orang untuk kita bagi makanan, tolong dm 🙏🏼
Banyak yang mengadu & bagitahu ada banyak makanan bantuan yang basi. Sebagai tukang masak, saya kongsikan beberapa tips khusus untuk para NGO atau sukarelawan yang ingin masak & sumbangkan makanan supaya makanan lebih tahan lama
Untuk yang nak ke Hulu Langat tanpa kepentingan, tolonglah postpone hasrat. Hulu langat sangat cramped sekarang sampai polis terpaksa sekat pergerakan keluar masuk kenderaan & cek IC
Ini akan menyukarkan pergerakan para sukarelawan untuk membantu mangsa banjir
Jalan hulu langat ini dah mendap dan jalan dusun tua menghala ke bt 18 dah runtuh (tebing terhakis)
Jika jumlah kenderaan tak dikawal, jalan akan semakin teruk sampai satu tahap tak boleh digunakan lagi. Maka tolonglah masuk Hulu Langat jika benar benar ada keperluan 🙏🏼
Jalan bt 18 - sungai lui sampai dah runtuh. Jalan ini tak seteruk ini pada hari pertama pasca banjir, air juga semakin surut hari demi hari
Tapi disebabkan jumlah kenderaan yang terlampau banyak, maka keadaan jalan terus rosak. Sekarang ni motor je yang boleh lepas
Adunan berketul, tekstur kasar kadang kadang nampak air terpisah dengan adunan
Siapa pernah lalu benda macam ni masa aduk kek? Ada beberapa faktor dan solusi yang boleh kita buat sebagai "damage control" untuk adunan macam ni
"Curdle batter" atau "split batter" ini selalunya jadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya :
1) Tak buat "churning" / "creaming" process dengan betul 2) Terlalu banyak bahan cecair nisbah kepada bahan kering 3) Suhu bahan yang sejuk 4) Overmix
1) Churning / creaming stage adalah langkah yang paling awal & paling penting masa mengaduk. Butter perlu diputar (whisk) sampai betul betul pucat warna dan "kembang". Butter yang tak diputar dengan sempurna boleh mengakibatkan adunan split dan hasilkan kek yang keras/mampat