Ok, untaian kali ni mungkin agak bangang bunyinya, tapi korang pernah terfikir tak kenapa kerandut zakar lelaki (scrotum) berada di luar badan?
Dia macam soalan bodo tapi mesti korang tertanya tanya jugak kan?
Ya, ada penjelasan sains di sini.
Untaian sains organ dan...seks?
Jangan tanya kenapa soalan ni boleh muncul tiba tiba dalam kepala otak aku. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa. Ia…tiba tiba muncul. Tapi, itulah…benda ni misteri juga bagi aku.
Ok sebelum apa apa, aku nak letak disclaimer. Aku sedang berbincang tentang ilmu biologi, jadi jangan fikir pelik pelik pasal apa yang aku nak bincang. Anggaplah ni pendidikan untuk dua belah jantina.
Bendanya berpunca daripada… Ok, begini. Kalau perasan, mamalia jantan rata ratanya mempunyai kerandut zakar di luar kecuali untuk beberapa spesis seperti gajah. Sebagai ilmu tambahan untuk perempuan, kerandut zakar ini juga akan berubah bentuk mengikut suhu.
Apabila sejuk, kerandut ini menjadi tegang. Apabila panas, ia menjadi longgar. Jadi, kenapa kerandut ni berada di luar? Tak rasa macam bahaya ke sebab terdedah di luar?
Jawapannya terletak pada suhu penghasilan sel sperma.
Umum diketahui, proses penghasilan sperma ini memerlukan suhu yang lebih rendah, yakni sekitar 34 Celsius berbanding suhu badan normal, 37 Celsius. Hal ini boleh difahami satu tindak balas untuk melindungi bahan genetik dalam sperma.
Ya lah, cuba bayangkan apa akan jadi kalau bahan genetik tersebut rosak? Kalau sel somatik, sel biasa seperti kulit dan perut paling teruk pun jadi tumor dan kanser, tapi sel sperma kalau rosak anak boleh jadi cacat. Tak pun mandul. Jadi, sel sperma adalah sangat sensitif.
Menurut Gallup, seorang penyelidik psikologi evolusi, beliau mempunyai teori yang lebih mendalam mengenai sifat aneh kerandut zakar ini. Oleh kerana sperma memerlukan suhu yang lebih rendah untuk dihasilkan,
-maka kerandut zakar yang asalnya dalam badan manusia mula bergerak ke bawah abdomen hinggalah terhasilnya kerandut zakar sekarang. Apabila ia berada di luar badan, haba lagi senang terbebas ke luar.
Ini bahagian paling menarik tentang kerandut zakar. Ingat tak pasal perubahan bentuk kerandut zakar mengikut suhu? Ya, ia untuk mengekalkan suhu optimum tersebut. Apabila cuaca atau suhu panas, kerandut menjadi longgar untuk bebaskan suhu melalui urat darah.
Apabila cuaca menjadi sejuk, kerandut zakar menjadi tegang untuk elakkan haba kernadut daripada terbebas keluar.
Juga, kedudukan ‘telur jantan’ atau testis juga tak simetri. Kedudukan mereka adalah berbeza ketinggian.
Kalau yang kanan naik atas, yang kiri akan turun ke bawah. Kalau kanan turun bawah, yang kiri pula naik atas. Pergerakan ‘telur’ ini membantu testis untuk mengawal haba di sekelilingnya. Dia ibarat air teh yang dikacau.
Kalau tak dikacau air tu akan kekal panas untuk masa yang lama. Apabila dikacau, air tersebut jadi cepat sejuk. Juga, pergerakan ini membantu haba dalam kerandut zakar untuk bergerak dan terbebas, bukan setakat terkumpul setempat.
Fakta ini juga disokong kalau kita perhatikan kerandut zakar haiwan lain. Dalam kebanyakan kes, kerandut zakar mamalia adalah kurang berbulu dan berwarna lebih gelap. Benda ini akan membuatkan haba senang keluar.
Dalam teori lain, asbab kenapa kerandut zakar ni berada di luar badan ialah untuk menarik perhatian golongan lain jantina. Sebagaimana burung merak jantan yang menayangkan bulu pelepah indah miliknya, maka mamalia jantan menayangkan kerandut zakar mereka.
Kiranya, kalau lagi besar, lagi subur begitu. Macam lelaki lah yang senang tertarik kalau dada dan pinggul perempuan besar. Sebabnya, otak kita akan automatik menafsirkan perkara tersebut sebagai calon pasangan yang sihat dan mampu melahirkan zuriat yang kuat.
Mungkin bunyinya agak lucah, tapi itulah bagaimana biologi bertindak. Kadangkala, penjelasannya adalah ringkas dan lurus. Di alam rimba teori ni masih bermaharajalela. Sebab tu haiwan bergaduh berebut pasangan subur.
Tapi bagi manusia, zaman dulu mungkin ya tapi sejak Revolusi Industri Pertama, perkara ni sudah tak releven sebab undang undang rimba sudah tak terpakai. Lagi pun, kita adalah haiwan yang berakal.
Kecantikan fizikal sahaja tak memadai kalau otak tak ada dan perangai tak semenggah. Sekurang kurangnya kalau untuk aku, aku tengok personaliti, akhlak (termasuk agama) dan otak dia dulu.
Lain orang lain dia punya kenan. Perkara ini terpakai untuk dua belah jantina. Juga, pandangan ini dilihat agak lemah kerana kalau nak tarik perhatian golongan lain jantina, kerandut zakar ni tak estetik langsung.
Aku tak tahulah kalau orang lain punya ada warna warni ke, boleh cabut buat cash voucher ke apa, tapi selalunya semua hodoh 🤔
Walau bagaimanapun, tak rasa macam bahaya ke letak benda penting dekat luar? Memang tiada mekanisme untuk lindungi benda inikah?
Ada, kita panggil benda tu sebagai kesakitan. Mungkin bunyinya agak remeh, tapi faktor kesakitan lah yang menyebabkan lelaki menjadi sangat berjaga jaga apabila melibatkan zakar mereka.
Apabila ditendang, sakitnya tak terperi dan sebab itulah kalau lelaki dapat tahan sakit apabila ditendang telurnya, dia dianggap sebagai anak jantan sejati. Tapi aku cakap benda ni jangan pulak korang buat tournament tendang telur kawan, sebab lelaki ni suka buat kerja bangang.
Macam aku sebut sebelum ni, zakar dan testis ni sensitif. Silap hari bulan mahu tak mandul anak orang sebab ditendang.
Jadi…ya, aku sampai sekarang masih bingung kenapa aku tulis artikel ini, tapi harapnya ia dapat menjelaskan kenapa kerandut zakar berada di luar badan.
Artikel ini tak termasuk dalam BIOLOGIA tapi kalau korang nak baca sains aneh biologi lain, boleh baca buku BIOLOGIA yang sudah dibuka pratempahnya. Sekiranya korang nak baca celoteh sains aku yang lain, boleh pratempah pada link ini:
Sebenarnya artikel pasal skrotum ni adalah sebahagian daripada BIOLOGIA II yang dah nak siap dah pun 😂 jadi kalau korang nak baca sains biologi lain menarik, sokonglah buku penulisan aku 🤣
RUJUKAN:
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Waktu korang tengok gambar ni mungkin korang akan terfikir, ni gambar dalam mulut ke? Tapi kenapa ada bulu bulu dekat situ?
Ni bukan mulut ya. Ni dalam ovari manusia. Jadi, kenapa boleh ada gigi dan bulu rambut dalam ovari ni?
Untaian sains sel stem!
Gigi dan bulu rambut tu boleh muncul situ sebab ovari tu terkena tumor. Jadi apa kaitan tumor dengan gigi dan bulu rambut ni?
Untuk jawab benda tu, kita kena cerita pasal topik lain.
Korang pernah terfikir tak dari mana datang kita punya sel dan tisu badan. Dari mana sel kulit kita berasal? Dari mana sel darah kita dicipta? Mesti ada pencipta dan pengilangnya kan? Jawapan untuk hal ini ialah sel stem.
Bisa ular adalah antara toksin paling merbahaya di dunia. Setiap tahun dianggarkan lebih 3 juta orang dipatuk ular dan 80 ribu orang mati dipatuk ular.
Tapi korang tau tak kita secara teknikalnya boleh makan kepala ular sekali dengan bisa dia dan kita masih selamat?
Ada sesetengah bahan racun dan bisa daripada haiwan adalah bahan toksin jenis protein. Kebanyakan toksin yang sangat merbahaya adalah jenis protein disebabkan sifatnya yang sangat spesifik dan tepat. Gambar di bawah ni contoh rupa model protein bisa ular.
Misalnya, setitik bisa ular kapak mengandungi enzim (bahan protein) yang menyebabkan darah menjadi bergumpal, seterusnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya kematian.
Katakanlah korang lalu lalang di kawasan tasik. Contohnya tasik di kawasan rumah aku yakni Taman Tasik Cempaka di Bangi (a.k.a Taman Tasik Maksiat). Korang perasan tak bau air tasik ni agak berbau tak macam di sungai dan laut?
Benda ni buat aku teringat masa semasa tahun ketiga aku di universiti, aku telah terlibat dengan program SASET di mana kami perlu menanam anak pokok hutan dek kebakaran di hutan sekitar Tasik Bera. Seterusnya, kami bergerak ke Tasik Bera untuk kajian lapangan kami.
Air di situ, sekalipun air paip mahupun tandas awam, pasti berbau seperti tasik. Memang bau tasik kaw kaw.
Jadi, kenapa air tasik berbau busuk? Inilah apa yang membuatkan aku terfikir sepanjang kajian lapangan itu dibuat.
Pengguna Twitter hanya merangkumi 30% daripada total rakyat Malaysia, dalam 2 juta lebih. Sedangkan FB pula merangkumi 70% rakyat Malaysia, dalam 20 juta lebih. Kebanyakan pengguna Twitter adalah golongan urban dan orang muda. FB pula urban dan luar bandar, golongan tua dan muda.
Jadi sebab tu walau bangang macam mana pun pengguna FB, sentimen mereka boleh diterjemahkan kepada pandangan majoriti rakyat Malaysia, sedangkan Twitter tidak. Pandangan pengguna yang kebanyakannya urban dan muda ni terlalu kecil untuk mewakili pandangan total rakyat kita.
Ya, faham marah dengan Sultan, tapi kot ya pun marah dengan Sultan yang deme pergi angkat Jebat sebagai hero tu dah kenapa? Kalau pernah baca Hikayat Hang Tuah, mesti korang takkan 'hero' kan Jebat.
Hang Jebat dalam filem =/= Hang Jebat ori dalam Hikayat Hang Tuah.
Hang Jebat dalam HHT, masa dia mengamuk tuntut dendam atas nama Tuah tu langsung takde unsur marhaen. Masa dia mengamuk tu, ribuan orang awam tak berdosa dibunuh Jebat. Tak cukup lagi, dia berzina dan rogol dayang istana. Haa, inilah 'hero' kalian.
Jebat bukan berjuang untuk marhaen pun, lebih kepada mengamuk atas nama Tuah je sambil rampas takhta Sultan sebagai tanda memberontak. Itu je la dia buat. Kira agak 'wasted potential' sebenarnya.
Aku tak faham kenapa ramai sangat minta aku tulis artikel pasal lipas. Katanya tak faham kenapa lipas ni wujud. Pengotor etc.
Kesian lipas kena stigma pengotor, padahal dia ni antara binatang terbersih di dunia.
Ini adalah bebenang sains serangga!
Ya, serious. Lipas ni sama pembersih dengan kucing. Aku tak terkejut pun kalau ratio bakteria pada tangan kita lagi banyak daripada ratio bakteria di kaki lipas.
Sebagai pemula, lipas ni dah muncul sejak zaman Jurassic dan saudara paling rapat bagi keluarga lipas ialah anai anai. Ya, anai anai. Nama saintifiknya ialah Blattodea yang berasal dari kata akar blatta. Maksudnya ialah serangga yang benci cahaya.