Tok la yang edit story, tok la yang kutip cerita, tok la yang upload apa bagai. Tak cukup kopi sebaldi buat kerja ni.
Kali ni, Tok nak jadi penonton.
Sebelum tu tok nak cakap sikit...Tok sebenarnya dalam dilema…
Ada kisah yang sedih, ada yang inspirational, ada yang bila baca tu rasa macam “urrrrmmm…..”
Tapi, nak bagitahu korang Tok dapat satu story yang buat tok rasa berbelah bagi.
Dulu boleh kata agak porak-peranda Twitterjaya dibuatnya. Tak sanggup Tok nak naikkan hashtag tu. Ye lah. Kisah ni confession, sebenarnya.
Membabitkan hidup orang, bukan benda yang boleh dibuat main tau.
(apa kau gelak)
Kadang-kadang kita tak boleh pilih dengan siapa kita jatuh cinta dan juga siapa yang jatuh hati dengan kita.
Apakan lagi bila cinta tu cinta yang terlarang.
Macam warm up supaya korang boleh bersedia memahami cerita ni dengan lebih baik.
Tok nak tanya kat korang. Korang pernah jatuh cinta dengan kawan baik sendiri?
Teman yang rapat, macam adik-beradik sendiri. Yang sebelum ni tak terbayang boleh bercinta dengan dia?
Demi cinta, adakah korang sanggup bercinta dengan orang yang lebih tua. Bukan setahun dua tau - orang yang tua lebih...10 tahun. Amacam?
Kita kasi twist sikit.
Katakan korang jatuh cinta dengan sesorang dan dapat tahu dia sudah berumah tangga.
Adakah korang akan ikut kata hati dan teruskan hubungan atau ikut akal fikiran dan putuskannya?
iniceritaaku.com ada cerita-cerita yang banyak orang share setakat ni. Kita ada cerita pasal pengorbanan keluarga, pengusaha muda, orang behijrah dan sebagainya
Sementara korang tunggu Tok kongsi cerita, tengok gambar-gambar Tok kumpul dekat instagram.com/ini_cerita_aku/ dulu. Banyak yang lawa siap ada quotes lagi.
Ingat, setiap kita punya cerita untuk dikongsi.
Selamat Malam dari Tok Dalang 🌃
#iniceritaaku