Ramai yang masih belum tidur kan?
Apa benda TSDBJ ni?
Negara yang aku fikir cantik, tapi sebaliknya.
Dan yang power, padang pasirnya sangat luas.
Kereta kebal!
Ramai gila kanak-kanak berkeliaran. Ada yang minta sedekah. Ada yang jual gula gula.
Kanak-kanak korek tong sampah untuk cari makanan!
(Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)
Dan baru aku tahu, depa ni rupanya adalah anak anak pelarian Syria.
Budak ni minta pinjam spek aku. Bila tnya knp, dia kata, ayah aku yg dah syahid dulu pn pakai spek.
Jordan negara Islam kot.
Tapi aku tak tahu nak tanya pada siapa
Masa tu aku rasa aku kena buat sesuatu untuk tolong pelarian kat sana.
Jadi aku balik ke asrama dengan bawa satu azam.
Aku kena buat sesuatu!
Azam yang aku fikir kekal jadi azam sampailah suatu hari.
Dia datang serang fikiran weh.
Satu satunya orang Malaysia di Gaza.
Aku minta pendapat dia.
Aku jadi bersemangat teruk.
Dia berjuang sorang sorang!
Itulah dia kat sana.
Sembang macam mana kalau buka satu NGO di Jordan.
So, 15 Mei 2013, tertubuhlah sebuah NGO yang kami namakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan.
Ada yang tanya siapa 3 orang roommate aku tu.
Yang pertama nama dia Amar Radzi, Qayru Nizam dan aku sendiri.
Aku ingat lagi projek pertama kami masa tu.
Kami tolong satu keluarga Syria yg kena halau keluar rumah.
Nama dia Abu Aiman.
Depa ada sorang anak comel nama Khudur.
Sedih weh!
Kita ada yang sampai kena halau sebab miskin?
Kenapa cikgu pukul saya?
Cikgu tu jawab,
Aku pukul kau sebab kau pelarian Syria!
Masa tu kami mana ada penyumbang.
Kami balik asrama, buat tabung guna bekas plastik.
Tapi kami gigih ketuk satu satu pintu.
Malu tak payah cakaplah.
Terus kami bawa pi rumah Abu Aiman. Serah sumbangan pada dia.
Kuat dia peluk aku cakap terima kasih.
Dan inilah pengasas asal Tangisan Syria Di Bumi Jordan.
Peh, belum pernah aku dedah lagi ni.
Boleh lah dia bayar sewa rumah untuk beberapa bulan.
Dan daftar anak dia masuk sekolah swasta!
Masa tu mana ada designer bagai. Edit sendiri je guna picasa 😭
Punya buruk.
Ustazah @fitrahbaik namanya.
Dan akhirnya, aku kosongkan akaun bank aku utk benda tu.
Bila akaun ini dipromote, aku dikecam gila gila. Ramai yg tuduh menipu.
Ramai kata aku makan duit haram
Orang kata aku ambil kesempatan.
Dan macam macam lagi.
Tapi kenapa kena fitnah? Kenapa maki? Kenapa tuduh?
Dan aku jumpa dengan sorang senior nama Ubaidah. Dia yang nasihat aku macam macam. Suruh aku kuat.
TSDBJ terus mengorak langkah.
Tapi perjalanan dia tak mudah weh. Sangat tak mudah.
Sebelum aku dipenjara kerajaan Jordan. Dan dihalau balik Malaysia!
Terima kasih utk malam ini.
Salam.
Dari gambar tu pun kau boleh tengok macam mana dorang tak pakai selipar!
Terus mak dia bwk masuk dlm. Rebus.
Anak dia bawak keluar, ddk atas pdg pasir yg panas.
Rupanya, telur tu special sgt.
Biasa dorang makan roti dengan sayur sahaja! Hari hari!
Kitorang tey buka selipar letak atas tanah.
Berapa saat je tahan sebab sangat panas!
Kau zoom!
Lalat penuh dalam mulut budak tu!
Tapi anak ni tetap tenang tidur. Sebab dia dah biasa.
Ini kt bumi weh. Bukan cerita di planet lain.
Bumi yg sama sama kita pijak!
Dapatla sikit. Dan beli food basket untuk agihkan kat depa.
Kitorang jgk bwk dorang buka puasa.
Kau tengoklah punya happy muka anak anak ni.
Hujung minggu pergi kem pelarian. Hujung minggu pergi buat agihan.
Yayasan Khalid Al Walid.
Dan kami buka sekolah dengan depa. Alhamdulillah.
Kami happy masa tu. Happy sangat.
NGO yang kami percaya sangat mula buat masalah.
Mereka mula letak harga food basket yang tinggi.
Kami mula ragu ragu. Sampailah satu hari, Tuhan dedahkan semuanya.
So dia ajak minum minum rumah dia.
Dia kata, sepanjang aku kerja cikgu, aku tak pernah dapat gaji 200JD (Dinar Jordan)
Tapi aku dpt 150JD je.
Yang dia serah hanya 150JD sahaja. 50JD lesap.
Menyirap weh. Kami ada 7 orang cikgu. So dia curi 50JDx7.
Kitorang ambil keputusan untuk stop kerjasama.
Kami pun mengamuk. Kami berkeras utk stop dan ambil semula van yg kami beli.
Van tu kami yang beli. Mana boleh dia ambil van. Kami terus bawa lari van ke rumah.
Masuk tak buka kasut. Duduk atas sofa. Ajak bincang.
Aku masa tu dah malas layan. Aku pandang pun tak.
Lama lama depa bangun nak balik. Masa ni, jadi satu benda yg aku takkan lupa.
Tiba tiba, dia bukak seluar tunjuk dia punya tettt.
Terkejut aku weh.
Dia jerit,
Allahuuu. Muntah hijau weh.
Masa ni kau tak payah cakaplah.
Yang ugut ni bukan entah siapa siapa weh.
Depa ni mmg aku tahu ada pistol. Dan bila bila masa depa boleh tembak!
Van dah hilang. Esok nak kena tembak.
So berzikir je la malam tu doa esok tak ada apa apa.
Tapi hakikatnya, van kami dah kena curi.
Tapi gagal. Sebab undang undang Jordan ni gila.
Dan yang curi van kami ni kabilah yg paling kuat di Jordan.
Lama kami stop kerja kemanusiaan. Berbulan.
Lama. Serius lama untuk dapatkan kuat tu balik.
Dan, cerita akan bersambung esok insya Allah.
Salam.
Aku duk di kem Syria yang rapat dengan kami.
Aku anggap dia macam bapak sendiri. Dan dia baik gila.
Dan budak ni budak yang paling rapat dengan aku.
Ajak ambik gambar sekali? Mustahil dia pergi.
Satu hari tu, aku pergi kem. Nur baru potong rambut.
Aku buat buat tak kenal. Aku tanya,
Ini siapa ni? Aku tak kenal pun.
Apa lagi marah la dia. Dia jerit,
Aku Nur!
Aku tergelak tengok. Dan tiba tiba,
Nur hilang!
Aku kejar, dia lari.
Kami berdamaaaai.
Korang kalau rasa down, korang rehat sekejap. Jgn berhenti.
Kalau penat, ubatnya pn rehat. Jgn sesekali berhenti!
Aku jumpa dengan banyak NGO arab lain untuk teruskan kerjasama.
Supaya mudah untuk kami bergerak.
Namanya, Sama Al Badiah dan bossnya perempuan.
Tetapi kawan, kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.
Kami mula sewa bangunan utk dijadikan pejabat.
Dan, kami buka sekolah baru!
Sekolah yang dinamakan Sekolah KITA ni dirasmikan tahun 2016.
Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan, Mizz Nina, Muadz Dzulkefly, Hanie Soraya dan Fatiha Shuib.
Nak main musical chair depan sekolah pun boleh.
Tarik tarik tangan. Ingat tak tahu toilet kat mana ke apa. Rupanya butang seluar dia ketat. Dia tak reti bukak.
Aku sabar je la melayan bebudak ni. Hahahaha
Comel tak?
Dalam dua minggu, aku balik semula ke sekolah. Buat surprise.
"Esok aku balik semula ke Malaysia. Sehari je aku singgah di Jordan."
"Kau jangan nak tinggalkan kami lagi. Walaupun sehari. Nanti kami rindu."
Hampir setiap hari aku ke sekolah.
Sebab kat sini sumber ketenangan.
Dan aku rasaa puas dapat tengok depa belajar ramai ramai. Nyanyi ramai ramai.
Depa lupa, yang negara depa tengah perang.
Benda yang aku tak pernah jangka akan berlaku, berlaku jugak!
Aku masih bertenang. Mungkin prosuder biasa untuk tanya tanya.
Satu ujian yang sangat berat untuk pemuda 22 tahun macam aku.
Bukan spoil mood atau apa. Cuma aku ada urusan. Maaf ya.
Salam.
Aku naik prebet sorang sorang sebab aku bajet sekejap je dan terus balik.
Selalunya kami pegang sendiri je.
Dalam ruang tu semua arab. Aku sorang je melayu.
Dari pagi sampai ke petang. Sampailah ruang tu tggl aku sorang.
“Malizi, ta’al! (Woi orang Malaysia, datang sini!)
Tanpa cakap apa apa. Dia tarik tangan aku ke belakang.
Dua orang polis pegang aku.
Masa ni Tuhan je tahu apa yang aku fikir. Takut. Risau. Ngeri. Seram.
Dan aku sendiri tak tahu dia nak bawa ke mana.
Penutup mata dibuka. Tempat tu nampak macam tempat rahsia. Pagarnya tinggi. Tak nampak luar.
Aku dibawa masuk ke dalam. Ada beberapa lagi orang dalam tu. Semua arab. Muka muka bunuh orang.
Berpeluh peluh takut.
Dalam tu ramai. Lebih kurang 20-25 orang. Ada macam macam orang.
Aku blur. Aku tak tahu kenapa aku kat situ!
Aku belum makan apa apa dari pagi.
Makanan! Makanan!
Syukurr. Laju aku berlari.
Gila! Makanan kena beli rupanya!
Aku beli dua dua. Allah, Tuhan sahaja tahu macam mana lapar yang aku rasa.
Dan aku buka bungkusan kertas utk makan.
Teman-teman, rupanya daging tu disapu dengan mayonis yg dh basi.
Aku hanya makan beberapa suap sebab lapar dan berhenti sebab nak termuntah.
Nak menangis rasa masa tu.
Aku bergerak ke tandas. Buang air dan berwuduk untuk solat jama’ Isyak dan maghrib.
Polis tu jerit,
Malizi!
Cepat cepat aku habiskan dan keluar. Aku akan dibebaskan ke?
Henset aku dikeluarkan. Dia tanya,
Ni kau punya? Aku angguk.
Akhirnya, dia suruh ikut keluar. Aku disuruh masuk dalam trak polis.
Aku tanya salah sorang mamat dalam tu ke mana dia nak bawak.
Dia jawab, pindah penjara.
Memang tidak ada ruang utk bergerak. Dan, masa tu tangan kami bergari!
Badan sorang sorang macam kereta kebal. Muka pecah rumah.
Ada air teh dan biskut biskut. Alhamdulillah. Hilang sikit lapar.
Aku buntu. Aku tak tahu salah apa aku buat.
Yang gilanya, arab dalam tu tenang buka baju.
Polis jerit sambil ketuk pintu lokap kuat kuat.
Sarapan dijual. Apa yang mereka jual?
Gila! Dalam lokap ada jual rokok!
Nak tergelak aku masa tu.
Senyum lebar arab dapat rokok free.
Aku ingat lagi masa tu hari jumaat. Kami sampai dalam jam 10 pagi.
Dan terbangun bila dengar bunyi khutbah.
Sayu weh, sayup sayup aku dengar khutbah dari dalam lokap 😭
Mujur makanan tengah hari free. Apa makanan dia bagi?
Nasi lembik warna kuning. Dia curah susu masam jadi kuah. Dan dia carik carik ayam letak atas nasi.
Esok ada rezeki aku sambung story.
Dia bagi dalam talam. Kongsi 5-6 orang.
Sikit je dapat suap sebab masam 😭
Pindah penjara lagi!
Tempat yang aku cerita di awal thread.
Aku nampak jalan tempat lalu hari hari pi kelas 😭
Sekarang aku terpenjara. Aku tak lagi bebas. Aku sedang digari!
Dalam tu ada 6 arab yang lain.
Lega sikit aku walaupun tak tahu kenapa aku lega.
Apa yang dijual? Ada air gas botol kecil, sardin dan roti.
Kitorang kongsi duit beli bbrp tin.
Ya Allah. Sungguh! Inilah makanan paling nikmat.
Roti cicah sardin tin sangat sedap! Aku lahap macam orang kebulur.
Malam itu baru aku merasa nikmat kenyang.
Ada jadi satu benda yang takkan aku lupa.
Dalam lokap tu ada sorang Syria. Aku seronok sembang dengan dia. Sbb orang Syria memang baik baik.
Baru bbr jam sembang,
Dan tembak sampai mati! Gila!
Lepas tu aku trauma. Aku tak sembang dah dgn org Syria. Aku takut.
😭😭😭😭
Polis bagitahu yg aku akan dihantar balik Malaysia.
Itu weh alasan dia. Menangis aku dengar 😭
Aku tinggal satu sem je lagi untuk dapat degree!
Tepon masih dalam poket. Bertalu talu wasap masuk.
Gambar yang akan aku tunjuk pada anak anak nanti.
Ayahmu dipenjara krn membantu pelarian Syria yg memerlukan.
Anakku,
Jgn pernah takut utk berjuang. Krn tiada perjuangan tnpa ujian.
Aku dilayan seakan penjenayah besar.
Dan aku kemas barang masuk beg dalam keadaan bergari.
Dari dalam lokap aku nampak airport kau tahu tak. Rasa nak hentak kepala jat dinding masa tu.
Kan dah kata, aku dah tak berapa betul.
Aku beli beberapa keju dan roti. Masuk balik lokap dan makan atas lantai. Aku lahap macam orang gila.
Kahkahkah. Padan muka polis.
Aku blur. Otak dah tak boleh fikir. Tapi masih senyum.
Di airport, ramai yang dtg sambut. Kurus teruk aku sbb tak makan.
😭😭😭😭😭😭
Tapi ayah aku pilih untuk kuatkan aku 😭😭😭😭😭😭😭
Ada 5 staff yang full time di sini.
Korang doakanlah aku.
Khas untuk pelarian Syria.
Aku nak jumpa dua orang. Yang pertama aku nak jumpa @Khairykj
Nak baca cerita lagi blh ke FB aku: Musa Nuwayri. Atau IG musanuwayri.
Salam.