Profile picture
Acaii Jawe @acaiijawe
, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
Aku nak kongsi panduan Solat Jamak dan Qasar memandangkan ramai nak bermusafir balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.

Sambil tu nak cerita beberapa isu dan persoalan berkaitan Solat Jamak & Qasar.

Ini tread ringkas
Sebelum tu BASIC kena faham.

Jamak : Himpunkan Solat Zohor-Asar atau Maghrib-Isya'
Qasar : Pendekkan Solat Zohor-Asar-Isya’ jadi 2 rakaat.

Jamak dan Qasar datang dari dalil berbeza. Bukan dalam satu pakej macam orang kita selalu faham. Aku terangkan secara mudah.
Dalam Hadis Muslim, Kata Ibn Abbas, kita boleh Jamak Solat apabila
1. Hujan
2. Ketakutan (Peperangan)
3. Kesulitan (spt Bermusafir)

Qasar pula hanya boleh dilakukan bila kita Musafir sahaja.

Jadi boleh jadi kita Jamakkan solat tetapi tidak Qasar atau sebaliknya.
Contoh : Raya kedua di Kampung Kodiang, Kedah. Seharian kita lepak tengok TV kat rumah mak sebab keletihan beraya.

Kita boleh Qasar solat (sebab kita musafir). Tapi tak perlu Jamakkan solat. Kerana tidak wujud kesulitan dan kesukaran untuk solat sempurna.
Tempoh Qasar

Dalam Mazhab Syafie, kalau kita dah tahu nak balik kampung lebih dari 4 hari (tak masuk hari sampai dan balik), maka bila sampai je kampung dah tak boleh Qasar solat.

Bukan macam ramai orang faham, buat 3 hari Qasar pastu dah tak boleh buat selepas itu. Itu salah.
Tetapi.

Kalau tak tahu nak balik bila, contoh balik kampung sebab ada family masuk ICU di hospital, Mazhab Syafie benarkan maksimum 18 hari boleh Qasar Solat.

Sebab ambil dalil ketika pembukaan Kota Makkah Rasulullah Solat Qasar selama 18 hari.
Tapi kalau nampak orang Qasar solat lebih dari itu jangan pelik. Sebab ada beberapa pendapat lain dari Ibn Abbas, Imam Malek, Imam Ahmad dsb yang ada tempoh berbeza.

Ibn Umar masa perang di Azerbaijan Qasarkan solat selama 6 bulan. Sebab dia anggap bermusafir bukan menetap.
Bila masa boleh Qasarkan Solat?
Kena keluar dari kawasan kariah kita baru boleh solat Qasar.

Kalau kita nak keluar rumah balik kampung, tiba-tiba azan seeloknya kita solat tamam (sempurna) dahulu. Tapi kalau keluar juga untuk solat Qasar tetap sah. Cuma kurang moleklah.
Bila masa nak Jamak Solat?

Dari Anas dalam Hadis Bukhari, kalau Rasulullah keluar bermusafir sebelum gelincir matahari (waktu Zohor), Nabi akan Jama’ Takhir (Solat Zohor kat waktu Asar). Tapi kalau Zohor dah masuk Nabi akan Jamak Taqdim (Solat Zohor dulu, kemudian Solat Asar).
Mana Lebih Afdhal?

Solat Qasar vs tak Qasar : Solat Qasar lebih Afdhal kerana mengambil rukhsah yang diberi Allah.

Solat Jamak vs tak Jamak : Tak Jamak lebih Afdhal. Dalam Al-Quran ada sebut, Solat itu ketentuan yang diberikan waktunya.
Isu 1 - Kita musafir dan singgah solat di masjid tepi jalan yang ada imam kariah.

Mazhab Syafie & Majoriti Ulama' : Kalau dapat sebahagian rakaat dengan imam, kita wajib sempurnakan rakaat (tamam).

Jadi kita solat zohor sempurna dgn imam kemudian solat asar 2 rakaat (Qasar).
Isu 2 - Kita musafir dan solat kat R&R. Kita tak tahu mereka solat qasar ataupun solat sempurna.

Kata Imam Nawawi, boleh gantung niat. Kalau imam Qasar, kita Qasar. Imam solat penuh, kita solat penuh (tamam).
Boleh tak kita tukar niat? Kita solat dengan niat Qasar (2 rakaat zohor). Tiba-tiba imam tu solat penuh 4 rakaat.

Boleh. Tukar niat dari solat Qasar ke Tamam (penuh) boleh, tapi kalau dah niat Tamam kepada Qasar tak boleh.
Jadi kita boleh solat Qasar (dua rakaat Zohor + dua rakaat Asar) dan Jamakkan solat (bawa solat Zohor ke Asar, vice versa)

atau

Hanya solat Qasar sahaja (Solat zohor 2 rakaat. Nanti waktu asar 2 rakaat);

Bergantung kepada situasi dan keadaan. Ia tak attach sepanjang masa.
Ada yang tanya. Kalau buat Jamak Taqdim, solat Zohor dulu ke Asar dulu?

Dalam Syafie, kena dahulukan solat yang awal (Zohor dan Maghrib). Kena niat nak Solat Jamak tu sekurang2nya sebelum habis solat pertama. Antara kedua solat tu kena berturut-turutan tanpa ada tempoh panjang.
Ada yang tanya. Boleh ke Solat Jamak tetapi tak Qasar?

Boleh sangat. Sebab ia isu berbeza. Doktor yang buat pembedahan 12 jam boleh Jamakkan solat.

Dia boleh buat Solat Zohor pada waktu Solat Asar. Tapi buat 4 rakaat, 4 rakaatlah. Sebab dia bukan Musafir nak pendekkan solat.
Kesulitan/Kesukaran tu luas. Ia sebab dibenarkan Solat Jamak.

Orang musafir tu selalu alami kesukaran seperti traffic jammed, kekadangan masa rehat, takde lokasi nak berhenti, pergi beraya sana sini dsb. Maka kesukaran itu membolehkan mereka himpunkan solat (Solat Jamak).
Alamak dah panjang. Kata ringkas tadi 😅.

Kesimpulannya, ada sikit perbezaan tentang jarak, tempoh dsb mengikut Mazhab/pendangan. Tapi kalau kita faham asas Qasar dan Jamak tu bantu kita lebih yakin dalam beribadah insyaallah.
Tambah info lagi dari pertanyaan.

Boleh ke jemaah yang solat tamam (sempurna), jadi makmum kepada orang yang solat Jamak Qasar?

Boleh. Rasulullah pernah Imamkan solat fardhu ketika musafir. Lepas bagi salam, baginda suruh yang solat sempurna utk selesaikan solat mereka.
Itu jadi dalil, sebenarnya kita boleh bercakap dengan orang yang sedang solat.

Contoh, kita bagitau orang yang solat tu, mereka salah kiblat dan tunjuk kiblat sebenar. Atau bagitau kita solat Qasar sbb bagi salam awal.

Tapi orang yang solat tu tak payahlah respond 😅.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Acaii Jawe
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!