"Ni isteri encik punya?"
"Eh, tak lah. Ni mak saya punya. Mula-mula mak saya pergi haji dulu. Nanti kalau ada jodoh dan rezeki kita pulak pergi berdua."
"Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.."
Aku kuatkan sikit volume suara aku.
Aku beritahu makwe tu walaupun dia tak tanya. Kemudian aku makin asyik berzikir sambil gelengkan kepala ke kiri ke kanan. Makin kuat suara aku lontarkan. Korang percaya tak cerita aku ni?
"Subhanalllah. Subhanallah.."
Makwe tu tercengang tengok aku sama ada dia kagum atau dia terpana tak tau apa yang aku cuba buktikan atau dah mula meluat.
"Oh..", balas makwe tu ringkas sambil tak pandang muka aku.
"Awak dah lama kerja sini?", aku mula bertanya.
"Sorry?"
"Awak dah lama kerja sini?"
"Oh, rasanya dah 2 tahun kot. Kenapa ya?"
Aku terus lantang berzikir. Tiba-tiba datang seorang lelaki separuh abad keluar dari dalam pejabat. Dia tengok aku, dia cekak pinggang, dia tanya makwe kaunter tu,
"Siapa ni? Imam Mahadi baru turun ke? Apahal ni?"
"Subhanallah. Subhanallah.."
Tengok.. korang macam tak percaya je cerita aku ni.
"Assalammualaikum, encik."
"Waalaikummussalam.", jawabnya seperti tegas dan bermuka berlagak hodoh sedikit.
"Adila.", makwe kaunter tu balas.
"Haa, kepada Cik Adila ni tadi. Jadi saya disuruh tunggu sekejap. Sementara menunggu tu saya berzikir. Dah jadi kebiasaan."
"Orang berzikir cukup la berbisik perlahan. Kamu ni tadi suara dah macam petir. Sampaikan orang kat dalam boleh dengar."
Makwe tu senyum tutup mulut dan mengangguk kepalanya tanda memaafkan. Dia tahan gelak tengok gelagat aku.
Lelaki yang lagaknya seperti bos tu terus masuk ke dalam semula. Aku duduk kembali di sofa depan kaunter.
"Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.."
Aku sambung berzikir. Kali ini aku perlahankan volume suara aku.
"Cik Adila beraya di mana?"
"Oh, saya beraya di Ipoh.", jawabnya.
"What? Ipoh! Kenapa sama dengan saya? Adakah ini jodoh?"
"Hehehe! Awak ni ada-ada je tau."
"Ipoh di Perak.", jawabnya.
Betul orang cakap. Perempuan cantik ramai yang bodoh. Tapi aku yang rajin berzikir ni haruslah banyak bersabar dan in character.
"Err, maksud saya kampung awak di Ipoh tu di area mana?"
"Wah! Saya rasa jodoh kita memang kuat. Dekat je kampung kita. Kampung saya di Sungai Rokam."
"Hahahaha! Awak ni comel lah.", balas makwe tu.
"Terima kasih. Allauakbar. Allahuakbar. Allahuakbar..", aku terus sambung berzikir."
Dia mengusik, gais. Dia dah mula mengusik. Aku sengih blushing. Seminit juga aku termenung sambil sengih.
"Awak?"
"Eh? Ya saya."
"Nah.", dia hulurkan dokumen tadi.
"In Shaa Allah jika diizinkan Allah.", balasnya.
"Tapi saya masih belum dapat nombor awak. Macam mana saya nak hubungi awak nak berjumpa di sana? Hehe!"
Aku belek belakang dokumen tu memang ada nombor telefon pada sehelai stick note kecil. Aku sengih blushing lagi.
"Terima kasih, awak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.."