"haaa.. Boleh gak.. Aku pun dahaga".
Sambil aku teman dia jalan menuju ke mamak.. Fikiran aku terganggu dengan 1000 soalan. Sepanjang aku kenal dia selama 20 tahun ni, tak pernah keluar soalan macam ni dari mulut dia.
"hang okay ka?"
Dia tgk muka aku dengan wajah yang selamba, "aku okay ja.."
Dalam hati aku macam ada sesuatu yang tak kena.. Selalunya orang2 nak mati ni suka buat perangai pelik2.. Bermonolog aku sorang2.. Tapi..
Aku nampak banyak perangai pelik dia buat dalam perjalanan. Dia dalam keadaan senyap tanpa pegang phone.. Berjalan sambil humming lagu2 kpop..
Aku jadi makin risau dengan keadaan dia ni..
Keadaan itu agak senyap semasa perjalanan nak ke mamak. Aku Cuba berbual dengan dia.
Aku tanya dia..
"bola malam ni hang sokong apa?" walaupun aku tak tahu sangat tentang bola..
"MU"
"Butuh hang! Worldcup mana ada MU bodo.."