Profile picture
YB Ustazah Asmak Husin @asmak_husin
, 18 tweets, 3 min read Read on Twitter
Isu Perkahwinan Kanak- Kanak Bawah Umur Memerlukan Penyelesaian Secara Holistik

Oleh : Senator Asmak Bt Husin

Mutakhir ini, isu perkahwinan di bawah umur hangat diperbincangkan oleh masyarakat.
Saya secara peribadi amat berhati-hati apabila membincangkan isu ini kerana ia berkait rapat dengan isu budaya, agama dan yang paling penting penyakit masyarakat yang tidak mungkin mampu diselesaikan melalui penguatkuasaan undang-undang semata.
Semasa menghadiri forum "Child Marriage Study : Analysis , Drivers & Recommendations by Institute of Strategic & International Studies (ISIS)" , saya cuba menyelami punca perkara ini timbul.

Jika pada masa dahulu, perkahwinan sebegini adalah perkara biasa,
malah kebiasaannya sebelum baligh, anak-anak sudah dididik agar menjadi ahli keluarga dan masyarakat yang baik. Justeru, apabila sudah baligh mereka sudah bersedia untuk berkahwin dan menggalas tanggungjawab.
Akan tetapi, pada hari ini dapat disimpulkan terdapat beberapa sebab perkahwinan di bawah umur menunjukkan trend peningkatan, antaranya ialah :

a) Kemiskinan yang melingkari kehidupan
b) Keciciran sekolah
c) Pengaruh gejala sosial
Apa yang menarik perhatian ialah data telah membuktikan isu ini bukan sahaja berlegar di kalangan masyarakat Melayu Muslim, akan tetapi terdapat peningkatan di kalangan masyarakat bukan Islam juga.

Data pada tahun 2017 menunjukkan, sejumlah 1845 orang kanak-kanak telah berkahwin
dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah tersebut, seramai 877 orang (47.5%) adalah orang Islam manakala seramai 968 orang (52.5%) adalah di kalangan mereka yang bukan Islam.

Daripada jumlah tersebut, bangsa cina mendominasi apabila seramai 384 orang (39.6%) daripada jumlah
perkahwinan di bawah umur bagi kategori bukan Islam, diikuti oleh kaum India seramai 122 orang (12.6%) , dan seterusnya etnik di Sarawak dan Sabah yang secara kumulatifnya seramai 299 orang (30.8%).
Mengapa Ada Yang Menentang Perkahwinan Ini?

Kerana ia dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak dan jenayah rogol dengan menafikan hak kanak-kanak tersebut untuk menikmati hidup seperti kanak-kanak lain.
Lalu Mengapa Pula Mahkamah Syariah Membenarkan Perkahwinan Ini?

Mahkamah syariah tidak membenarkan perkahwinan bg wanita berumur 16 tahun ke bawah kecuali dgn kebenaran Hakim Mahkamah Syariah.

Oleh itu sesiapa y tidak mengikut kaedah ini,mereka boleh dikenakan tindakan undang2.
Akan Tetapi Mengapa Hukumannya Kecil Dan Ringan?

Hukuman yang kecil dan ringan bukan disebabkan keengganan mahkamah syariah untuk menjaga kebajikan dan hak kanak-kanak terlibat tetapi itulah keterbatasan bidang kuasa RUU 355☺
Apakata Untuk Mengelakkan Keburukan Berleluasa, Kita Haramkan Terus perkahwinan Sebegini?

Boleh, tetapi selagi punca yang disebutkan di atas tidak selesai, adakah undang-undang ini akan berjaya menghalang masyarakat terlibat daripada tidak meneruskan perkahwinan mereka.
Bagaimana pula sekiranya mereka berkahwin secara haram? Pada masa itu kita akan mengalami kesukaran untuk menjaga mereka kerana berada di luar pengetahuan undang-undang.
Mengapakah Mahkamah Meletakkan Umur Minima Bagi Wanita Yang Ingin Berkahwin Ialah 16 Tahun Dan Bukan 18 Tahun

Hal ini berlaku kerana, perbezaan umur matang menurut undang-undang adalah berbeza dengan umur baligh di dalam Islam.
Sebenarnya di peringkat antarabangsa juga terdapat isu berkaitan tahap umur yang dikaitkan dengan kematangan walaupun tidak sampai 18 tahun.
Justeru Apa Yang terbaik? Cadangan Saya :

1) Mengukuhkan institusi keluarga. Ibu bapa haruslah dididik agar memahami hak dan tanggungjawab terhadap kanak-kanak.

2) Pihak berwajib harus menyelesaikan isu kemiskinan dan keciciran sekolah.
3) Menghalang punca-punca yang menggalakkan kanak-kanak cenderung untuk terlibat dengan aktiviti seksual.

4) Memperketatkan proses kebenaran bawah umur di mahkamah syariah bagi orang Islam.

5) Memperluaskan dan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Satu persoalan yang saya ingin lontarkan:

Apakah dengan mengharamkan perkahwinan di bawah umur, isu sosial yang melibatkan kanak-kanak ini akan selesai?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to YB Ustazah Asmak Husin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!