-Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak2, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif 😂 ). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.
-Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.
- Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.
- Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.
- Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.
- Kongsikan pada semua termasuk kawan-kawan, saudara-mara, Cikgu sekolah termasuk sekolah memandu 😉😉
#MedTweetMY