Haritu saya dah kongsi apa perbezaan antara Life Takaful dengan Medical card.
Kali ni saya nak kongsi pulak, bagi pendapat saya kenapa semua orang patut ada perlindungan Life Takaful.
Ini adalah Bebenang :)
SEBAB 1 - DANA UNTUK TERUSKAN HIDUP BILA KENA SAKIT KRITIKAL
Bila sembang pasal sakit kritikal, semua orang dok fikir nak ada Medical Card yang jadi FREE bila disahkan kena sakit kritikal.
Sebab nak kos rawatan tinggi dan membebankan. Tu penting kata depa.
Betul! Saya setuju.
Tak dinafikan Medical card tu penting jugak.
Tapi hakikatnya, kebanyakkan org diluar sana DIHIMPIT oleh “masalah kewangan” untuk teruskan hidup bila mengidap sakit kritikal.
Macam mana tu?
Haaa.. cerita dia macam ni.
Bila mengidap penyakit kritikal, kebanyakkan pengidap penyakit kritikal dah tak dapat nak bekerja, MC berpanjangan, dinasihatkan berhenti atau paling teruk diberhentikan kerja
Ni kena clear. Kalau tidak, tak la org panggil tu "Sakit Kritikal" kan?
Contoh penyakit kritikal yg sangat popular sekarang ni & boleh kena kat orang muda adalah Kegagalan buah pinggang
Kegagalan buah pinggang ni tak ramai org sedar. Bila dah tau, terus dah tahap kronik
Banyak punca, salah satu dia merokok, darah tinggi, makan ubat tahan sakit dll
So, jawapannya kalau dah kena tu kena pi buat dialiss lah
Walaupun kos rawatan dah ditanggung sepenuhnya oleh medical card, tapi kos pengangkutan ke hospital/klinik, minyak kereta, loan kereta, makan minum tak dibayar pun boleh Medical card tuu…
Dah tak kerja, nak cekau mana?
Sebab tu bila orang tanya saya, kenapa asyik dok tekankan untuk ada perlindungan life berbanding dengan medical card.
Asyik Life, life, dan life.
Ini lah jawapannya! Medical card bayar bil hospital swasta, life bagi dana. as simple as that.
Selain daripada perlu duit utk belanja harian, dana sakit kritikal ni BOLEH @ PERLU digunakan bila mana sesetengah rawatan yg ditanggung medical card tapi kena “PAY-AND-CLAIM”
So, kena bayaq duit sendiri dulu la cerita dia. Jangan marah, ni adalah prosedur syarikat takaful.
Walaupun medical card cover kos rawatan 101% sekalipun, cover 1001 jenis penyakit sekalipun, tapi nk kena guna duit sendiri dulu lepastu claim, macam mana?
Rasanya nanti jadi masalah tak boleh guna medical card tu sebab kekangan kewangan sendiri. Clear dak?
Ni ramai org tak tau
ok next....
SEBAB 2 : TAKAFUL SEBAGAI “BACK UP PLAN” UNTUK “WORST CASE SENARIO”
Selalunya org cakap pasal “best case” saja kan?
Buat perancangan hidup semuanya baik-baik belaka. Positif jeee…
Tapi, orang kita lupa yg dalam hidup kita ni ada banyak sangat musibah yg boleh menjejaskan hidup kita.
Paling haru adalah musibah yg menyebabkan kita dpt “MASALAH KEWANGAN YG TERUK” untuk survive.
Ada orang pilih utk plan, ada org pilih utk redha, ada org ckp Allah ada. dll..
Biasanya org plan kalau kena buang kerja, boleh cari kerja baru.
Kalau company tutup, cari company baru.
Tapi, org kita lupa yg bila kita kena “diberhentikan kerja sbb masalah kesihatan” ataupun “tak boleh bekerja” apa plan kita?
Masa dah tak boleh kerja baru la nak apply Pencen Ilat PERKESO, nak apply Zakat, bantuan itu bantuan ini.
Kenapa kita tak plan siap-siap untuk segala kemungkinan yg ada?
ikut pengalaman kawan, suami dia kena strok pada tahun 2015. Sampai hari ni dia masih lagi tak dapat nak buat claim dekat SOCSO.
Apa yang jadi, kawan (isteri dia) kena tanggung keluarga.
malang tak berbau. kalau boleh bau, mesti dah cari consultant takaful
So, takaful berperanan untuk sediakan dana bila kita tak mampu nak bekerja.
antara manfaat yang ada Manfaat Hilang Upaya Kekal yg sangat membantu bila memerlukan.
SEBEB KE 3 - TEMPAT “SIMPANAN DUIT” YANG PALING SELAMAT
siapa yang kat sini sangat istiqamah dalam menyimpan?
Kalau ada, alhamdulillah, tahniah sebab betul2 kuat hati dan cekal. Tapi orang lain, ada ke boleh simpan dgn amaun yg sama dan teratur?
Kalau kita simpan duit di bank, boleh je “jolok” keluar duit melalui kad ATM, simpan dalam Tabung Haji boleh keluarkan duit jugak.
Tapi, dekat takaful jika kita carum RM100/bln duit tu akan selamat & tak boleh keluar dah. Selamat!
Tapiiiiiii, simpanan dekat takaful ni bukan macam bank.
Simpan di bank dapat dividen. Simpan RM100/bln, setahun RM1200 + dividen.
Tapi boleh ke bank bagi protection kat kita macam takaful?
Takaful pulak macam mana ya?
Mindset takaful ni ......
kita bila simpan, dapat PROTECTION dan jugak SIKIT simpanan.
Carum di takaful takkan dapat return macam letak kat bank sebab konsep dia adalah PERLINDUNGAN
Bila dah lama - lamat sikit (up to 5-7 years), kita boleh keluarkan sikit duit dari takaful yang dipanggil nilai tunai ataupun “cash value”.
Saya selalunya tak mau SET dalam kepala client & bakal client tentang cash value ni sbb nilai cash value ni tak terjamin pun. Kalau ada, alhamdulillah. BONUS. Takdak, its okay.
Ada sesetengah consultant takaful tak jujur sebab promote takaful ni sbg satu tempat yg dpt return
sebab, bila bagitau yg ada sikit return berbentuk cash value ni, org akan lupa tentang konsep Takaful, iaitu Protection bukannya utk buat duit.
then, bila 3-4 tahun bayar, surrender.
sebab duit punya pasal
Sebaik-baiknya, kalau buat simpanan daripada gaji, simpan la 10%.
5% masuk ke dalam bank
lagi 5% letakkan di takaful.
tu cara mudah. tapi kalau ikutkan pengiraan, 10% takaful dan 10% lah untuk simpanan.
Dan yang terakhir adalah.....
SEBAB KE 4 - TAKAFUL ADALAH TABUNG KECEMASAN ANDA YANG SANGAT MEMBANTU!
Selalunya kita dengar perkataan tabung bila mintak bantuan tatkala terjadinya musibah.
Contoh tabung bagi mangsa banjir
Adakah hampa semua ada tabung kecemasan sendiri?
Sedar atau tidak, kita kena ada satu tabung kecemasan spare untuk masa yang kita perlu.
Salah satu cara buat tabung kecemasan adalah dengan menyimpan.
Tapi nak tanya....
kalau kita simpan banyak mana pun kita tak tau cukup ataupun tidak jika berlaku musibah @ kecemasan!
Buat apa kita nak susah susah menyimpan kalau kita sendiri tak tau sama ada simpanan tu cukup ke tak boleh cover ke tak bila musibah melanda?
Dah la lama, sikit. Tak cukup pulak tu.
Dah tu macam mana nak buat tabung kecemasan yang cukup dan membantu?
Meh saya kongsi
Beli 1 sijil takaful yang bersamaan dengan 10 tahun gaji.
Contohnya gaji bulanan RM2,500 dan anggaran gaji tahunan RM30,000.
Sijil takaful untuk kematian dan lumpuh perlu setinggi RM300,000! Ini basic
Tabung kecemasan jika berlaku kelumpuhan anda adalah RM300,000.
Jika semalam berlaku musibah, tak boleh kerja, insyaallah ada hitam putih untuk tuntut RM300,000 dari Zurich Takaful.
Mudah kan?
Tu baru satu, ada lagi beberapa perkara yang perlu kita plan untuk tabung kecemasan ni.
Antaranya jika kita dilanda kemalangan, MC berpanjangan, tabung kecemasan ni la yang kita perlukan!
Contohnya gaji sebulan RM2,500. Bahagi dengan 20 hari. Bermaksud gaji sehari anda RM125.
Anda perlu takaful yang bayar anda elaun jika diwadkan atlase RM150/semalam. Dan, seminggu sekurang-kurangnya RM200 untuk MC.
Ni antara serba sikit tentang tabung kecemasan takaful. Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh pm saya atau terus WhatsApp
"Kami laki bini beli rumah RM400k, masing-masing bayar loan untuk RM200k. Suami saya baru je meninggal dunia. Saya ingat rumah kami jadi free tapi rupa-rupanya saya tetap kena bayar macam biasa" kata isteri
Meh saya jelaskan
Itulah, biasanya suami isteri beli rumah join loan ni depa ingat akan automatik jadi free kalau pasangan meninggal
Bila join loan, maksudnya loan tu jadi dua & insurans/takaful pinjaman rumah pn jadi dua
Majikan bagi phone
Kita tetap beli phone sendiri ✅
Sebab phone tu majikan punya
Tapi,
Bila majikan bagi Insurans
Kita nak TAK AMBIL Insurans peribadi ❌
Katanya Insurans Majikan dah cukup❗️
Tahukah anda, bila majikan bagi Insurans kat kita, segala pampasan 100% milik majikan
Majikan ambil insurans kepada pekerja untuk protect bisnes mereka.
Pekerja adalah aset syarikat.
Bila musibah berlaku kepada pekerja contohnya pekerja meninggal dunia atau lumpuh / tpd, syarikat akan hilang pekerja yang boleh jejaskan bisnes mereka
Produktiviti akan terjejas
Sekiranya gaji pekerja tu RM5k/bln @ RM60k/thn, majikan akan insured pekerja ikut gaji tahunan.
Jika pekerja meninggal/lumpuh, syarikat akan claim Insurans & pampasan tu akan dapat kepada syarikat.
Ini kerana syarikat adalah pemohon & pemilik polisi insurans tu! Logik tak?
Selain daripada Jumlah Loan yang kita nak apply, kita perlu faham & pilih Insurans/Takaful untuk cover Loan Rumah kita. Silap pilih tak boleh nak u-turn dah
Meh saya terangkan dengan lebih detail dalam thread ni.
By default, agent hartanah / executive bank akan recommend utk ambik MRTA (konvensional) atau MRTT (Takaful) utk cover loan rumah kita.
Ayat paling popular adalah "Senang bayar, murah sebab semua masuk dalam loan"
Kita rasa "Senang/mudah" & "murah" TAPI banyak beza dgn MLTT.
Kalau faham balik :
MRTA/MRTT : Coverage akan susut ikut tempoh masa pinjaman
MLTA/MLTT : Coverage tetap & kekal dari mula sampai akhir pinjaman
Selain dari tu, saya share beberapa senario MRTA/MRTT.
Ada 4 senario kenapa anda perlu pilih MLTT berbanding MRTA/MRTT