"Kami laki bini beli rumah RM400k, masing-masing bayar loan untuk RM200k. Suami saya baru je meninggal dunia. Saya ingat rumah kami jadi free tapi rupa-rupanya saya tetap kena bayar macam biasa" kata isteri
Meh saya jelaskan
Itulah, biasanya suami isteri beli rumah join loan ni depa ingat akan automatik jadi free kalau pasangan meninggal
Bila join loan, maksudnya loan tu jadi dua & insurans/takaful pinjaman rumah pn jadi dua
Biasanya MRTT ni pihak bank akan cover ikut jumlah loan je.
Bila loan asing, MRTT pun asing, bermakna ia akan waived-kan loan rumah bahagian pasangan kita je!
Kenapa nak waived-kan bahagian pasangan yang masih hidup? Sebab tu pasangan yg masih hidup perlu bayar macam biasa
Sekiranya suami isteri buat join loan rumah & ditakdirkan pasangan kita pergi dulu dari kita, TOLONG bayar installment rumah macam biasa.
Ada yang saya jumpa tak bayar installment rumah lepas suami meninggal sedangkan dia lupa rumah dia tu join loan. Nanti bank lelong naya!
Isu join loan ni boleh diatasi sekiranya masa sign S&P rumah dulu tu kita ambil pelan MLTT asing dengan syarikat Takaful.
Dalam pelan MLTT ni kita boleh boleh cover ikut Total Loan Suami + Isteri.
Untuk MLTT ni, bila pasangan meninggal dunia, syarikat Takaful akan bayar RM400k terus kepada pasangan yang masih hidup & pasangan tersebut boleh buat full settlement dengan bank.
Settle loan si mati & termasuk sekali dengan loan diri sendiri agar lepastu tak perlu bayar lagi!
Clear tak?
Kalau dah beli rumah join loan suami isteri, jangan risau sebab hampa boleh ambik pelan MLTT tambahan untuk Backup bahagian loan pasangan.
Kalau tengah survey & study nak beli rumah, consider lah untuk ambik MLTT untuk masa depan yang lebih terjamin. InsyaAllah
Tapi antara kekurangan MLTT adalah hampa kena bayar MLTT ni asing.
Bayar installment rumah
Kena bayar lagi MLTT
Sebab tu orang kita buat keputusan ambik MRTT sebab masuk terus dalam loan. betul tak?
Majikan bagi phone
Kita tetap beli phone sendiri ✅
Sebab phone tu majikan punya
Tapi,
Bila majikan bagi Insurans
Kita nak TAK AMBIL Insurans peribadi ❌
Katanya Insurans Majikan dah cukup❗️
Tahukah anda, bila majikan bagi Insurans kat kita, segala pampasan 100% milik majikan
Majikan ambil insurans kepada pekerja untuk protect bisnes mereka.
Pekerja adalah aset syarikat.
Bila musibah berlaku kepada pekerja contohnya pekerja meninggal dunia atau lumpuh / tpd, syarikat akan hilang pekerja yang boleh jejaskan bisnes mereka
Produktiviti akan terjejas
Sekiranya gaji pekerja tu RM5k/bln @ RM60k/thn, majikan akan insured pekerja ikut gaji tahunan.
Jika pekerja meninggal/lumpuh, syarikat akan claim Insurans & pampasan tu akan dapat kepada syarikat.
Ini kerana syarikat adalah pemohon & pemilik polisi insurans tu! Logik tak?
Selain daripada Jumlah Loan yang kita nak apply, kita perlu faham & pilih Insurans/Takaful untuk cover Loan Rumah kita. Silap pilih tak boleh nak u-turn dah
Meh saya terangkan dengan lebih detail dalam thread ni.
By default, agent hartanah / executive bank akan recommend utk ambik MRTA (konvensional) atau MRTT (Takaful) utk cover loan rumah kita.
Ayat paling popular adalah "Senang bayar, murah sebab semua masuk dalam loan"
Kita rasa "Senang/mudah" & "murah" TAPI banyak beza dgn MLTT.
Kalau faham balik :
MRTA/MRTT : Coverage akan susut ikut tempoh masa pinjaman
MLTA/MLTT : Coverage tetap & kekal dari mula sampai akhir pinjaman
Selain dari tu, saya share beberapa senario MRTA/MRTT.
Ada 4 senario kenapa anda perlu pilih MLTT berbanding MRTA/MRTT
1. Kereta total loss, loan kereta masih banyak tapi syarikat insurans/takaful bayar pampasan sikit. Terpaksa bayar baki loan
2. Kereta hilang, syarikat takaful settle loan 100% siap dapat duit lebih lagi
Meh saya share sikit info ni
Actually, tak ramai orang tahu tentang perbezaan yg sangat-sangat penting bila kita renew insurans/takaful kenderaan iaitu MARKET VALUE dan AGREED VALUE.
Selalunya apa yang kita pilih adalah Insurans/Takaful yang murah kan? Kita tak pernah ambik port pun pasal Market atau Agreed
Market value :
Andaikata nilai sum covered kenderaan kita RM40-RM50k.
Tapi once kenderaan kita hilang atau total loss, syarikat bayar pampasan ikut nilai semasa
If time tu market value RM35k, then Insurans bayar RM35k la. Syarikat akan bayar ikut jumlah dalam Cover Note