Profile picture
Ron Two Jaga @_Nam_Ron_
, 17 tweets, 3 min read Read on Twitter
DARI REALITI KE LAYAR LEBAR.
18 tahun dulu, aku baru tamat belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Terkontang kanting. Berjuang dengan diri untuk kekal berdiri mengejar mimpi.
#onetwojaga

Ini adalah bebenang
Aku menyewa di bilik paling kecil di rumah kedai 3 tingkat. Di bawahnya ada 7eleven yang pasti dibuka 24 jam, 7 kali seminggu. Adapun perkerjaan aku ketika itu adalah krew teknikal dan pentas. Bayaran tidak tetap. Ada show ada payment dan pastinya tidak lumayan.
Bagi kelangsungan hidup, setiap kali dapat upah perkara pertama yang aku buat adalah shopping di kedai Aceh. Barang-barang pilihan ku adalah beras, ikan kering, telur, cili, kicap, garam, bawang dan lain2 barangan kering sebab kat rumah tu takde peti ais walau di tahun 2000.
Ini cerita tentang keterdesakan. Jadi tak mahu hurai panjang2 hingga jadi melancholy pulak nanti.
Adapun di satu ruang dan waktu, aku dah berbulan takde job. Bila takde job maknanya duitpun takde. Barang2 makanan semua dah habis licin dekat seminggu dah aku tak makan. Nak minta kat orang yang menyewa kat rumah tu aku dah malu harap derang hulur aje. Tak hulur tsk makan.
Aku ingat lagi dalam keadaan lapar aku berdiri di depan 7eleven kat bawah rumah aku tu. Aku fikir pisau kat dapur. . Aku fikir aku acu pisau kat cashier suruh dia serahkan duit kat aku. Aku fikir kalu aku kena tangkap aku nak cakap aku seminggu tak makan sebab takde job.
Aku seluk poket ada beberapa keping duit syiling. Aku fikir UWei hj Shaari. Aku abaikan dulu kerja rompakan aku tu. Aku naik bas pergi ofis UWei. Aku kenal uwei sebab dia selalu datang support show teater aku. Dia selalu puji work aku. Dia cari dia.
Sampai ofis Uwei aku nampak dia ada kat situ. Tanpa salam atau shake hand aku cakap “Bang tadi saya berdiri depan 7E saya nak rompak. Saya dah seminggu tak makan kalu abang tak bagi saya duit saya pi rompak 7E tu”. Mulut aku terketar-ketar. Mata Uwei terkebil-kebil.
Nanti ai sambung ai nak buat surprise kat penonton onetwojaga di TGV One Utama jab. Derang dah nak habis tonton tu. Dengar kata ramai kat dalam tu
Ok tadi kat panggung hampir full juga kaum lain yang lebih banyak yang datang support very Malaysian gais. Cina dan India datang salam tangan ai sungguh2 cakap tq. Kejab betul genggaman derang macam tak nsk lepas. Ai love my audiens very much. ❤️ ok sambung bebenang. Ready?
Lepas Uwei terkebil-kebil mata, dia seluk poket seluarnya dan tarik keluar sekeping not 50 ringgit sambil tarik tangan aku dan lami duduk di sofa. Dia mula cerita kepayahannya hidup sendiri di kota New York ketika sedang belajar filem di sana.
Katanya di New York dia bawa teksi dan sesekali buat krew untuk produksi filem porn. Aku tak pasti betul atau tak ceritanya tapi apa yang aku pasti, mata aku asyik menjeling duit 50 yg sudah beralih tangan. “Ko susah kat negara sendiri ramai ada yg boleh tolong ko” katanya
Banyak lagi kata nasihat yang disedekahkan kat aku hari tu tapi semuanya tenggelam dalam otak kepala yang sibuk menghitung barang makanan mentah (semestinya kering dan tahan lama) untuk bekalan sementara aku dapat job baru. Aku tak ingat Uwei ada bawa aku pi mamak atau tak.
Apa yg pasti duit 50 yang dibagi buatkan aku tangguh dulu rancangsn aku nak ‘rompak’ 7E. Namun apa yg aku nak bagitau adegan seorang lelaki yang ditahan kerana mencuri makanan dalam onetwojaga adalah inspirasi dari pengalaman sendiri yg dilengkapkan kisahnya di dalam filem ini.
Dalam kedesakan manusia akan lakukan aoa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Seperti kata seorang pegawai polis “nak tau ekonomi kita ok atau tak tengok kadar jenayah membabitkan curi dan samun” menjawab pertanyaan aku tentang banyaknya kejadian curi dan samun yang dilaporkan.
Ketika itu aku berdiri memandang papan kenyataan yang menunjukkan berpuluh2 kes jenayah di bawah kawalan balai tersebut. Dan, itupun aku masukkan di dakam #onetwojaga.

Tamat.
‘Aku cari dia’
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ron Two Jaga
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!