⁣⁣

Pada pagi ini seusai kuliah Subuh di Masjid al-Taqwa, Paroi, kami telah diberitakan tentang kemenangan pasukan Liverpool FC ke atas pasukan Tottenham Hotspur (2 - 0) sekaligus menjadikan mereka dinobatkan sebagai...
Juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL - UEFA Champions League) bagi musim 2018-2019. Kejohanan tahunan ini telah menjadi perhatian dunia sebagai kejohanan tahunan paling berprestij yang mendapat liputan hangat seluruh dunia.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣

⁣⁣⁣
⁣⁣
Antara keterujaan dan pengajaran yang kami dapati daripada pasukan Liverpool FC ini ialah:⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
• Liverpool berjaya menggilap bakat pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane hingga menjadi pemain handalan dunia dan contoh ikutan karakter yang baik untuk peminat
dan penyokong.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
• Menariknya, kami membaca berita dari akhbar Arab Okaz beberapa hari sebelum perlawanan, dinukilkan bahawa jurulatih Liverpool Jürgen Klopp tidak menghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk melakukan ibadat puasa, sebaliknya memberi galakan kerana
hak kebebasan beragama. Itulah profesionalnya mereka. Permainan tetap cemerlang.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
• Semangat tidak mudah mengalah dan segera memperbaiki pasukan walaupun baru tewas di tangan Real Madrid tahun sebelumnya menjadikan ianya satu bentuk sumber inspirasi kepada kita semua
Walaupun tidak berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka tidak terus mengalah dan kecewa, malah terus lebih kuat bersemangat.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
• Kesabaran dan ketabahan serta kekuatan mental bertahan pengurus pasukan Jürgen Klopp yang akhirnya berjaya mendapatkan
trofi UCL pertama kali dalam karier bola sepaknya dan trofi pertama bersama Liverpool setelah 6 kali hanya bergelar Naib Juara di pentas akhir. Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas jua selepas kali terakhir merangkul piala tersebut pada musim 2005.⁣⁣
Setinggi tahniah dan syabas dari kami kepada pasukan Liverpool serta penyokongnya.

Kepada penyokong Tottenham Hotspur, kami katakan sabarlah kerana itu adat permainan. Mungkin satu masa nanti anda pula akan menjadi juara.
Semoga terus maju jaya. Majulah sukan untuk negara kita Malaysia. ⁣⁣⁣
Mungkin ada yg bertanya hukum menontonnya kerana isu aurat. Saya telah ulas pada Okt 2018.

muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!