Kata Sh. Hasanain Makhluf: "Jawatan fatwa pada awal Islam merupakan jawatan yang paling mulia dalam agama dan bahayanya juga paling besar. Ia menjadi pengganti Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu daripada Tuhannya,
Bebenang...
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أُلْجِمَ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Riwayat Ahmad (7571) dan al-Tabarani
dalam al-Mu’jam al-Awsat (3529)
أَجْرَؤُكُمْ عَلَى الْفُتْيَا أَجْرَؤُكُمْ عَلَى النَّارِ
Maksudnya: Seberani kamu dalam memberi fatwa dengan pantas adalah seberani kamu untuk dihumban ke dalam neraka.
Riwayat al-Darimi (159)
1. Ia telah dijawab dalam laman web Pejabat Mufti WP.
Penyoal cuma perlu luangkan masa melayari muftiwp.gov.my. Ada lebih 2k soaljawab agama tersedia. Cuma perlu taip kata kunci sahaja
Saya tidak malu untuk menyatakan, “Saya tidak tahu”. Ini juga adalah jawapan para ulama’ seperti Imam Malik, Imam al-Syafi’ie, Imam Ahmad bahkan saya sendiri mendengar jawapan daripada guru saya kisah Sh. al-‘Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti,
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
(Surah al-Baqarah: 32)
Sudah ada keterangan daripada ashab al-samahah mufti-mufti lain yang menjawab persoalan yang dibangkitkan. Jadi, saya menghormati jawapan mereka yang sangat baik.
Masalah tersebut telah dibincangkan secara umum dan terbuka dan telah diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berautoriti.
Persoalan itu bertujuan tertentu dan membawa kepada kepentingan seseorang atau pihak tertentu sahaja. Maka, saya lebih selesa mengelakkannya.
Saya cuba mengelakkan jika ditanya dan disebut nama ulama' dan pendapatnya untuk bandingan. Ini kerana jika saya menjawab dengan jawapan berlainan, boleh jadi menjatuhkan maruahnya.
Kadang-kadang adanya orang yang jahil yang suka berdebat dan mengemukakan masalah dengan pelbagai tujuan. Pada keadaan seperti ini, lebih baik kita mengucapkan salam sahaja dari berbincang pelbagai isu
وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
(Surah al-Furqan: 63)
حَتَّى أَدْرِيَ الْفَضْلُ فِي سُكُوتِي أَوْ فِي الْجَوَابِ
Maksudnya: “Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.” (Lihat Sifat al-Fatwa oleh Ibn Hamdan, hlm.10)