Abstrakim Profile picture
Jul 27, 2019 106 tweets 14 min read
Bunga yang takkan layu

"saya akan sayang awak sampai bunga ni layu"

"hmm"

"jangan risau bunga ni yang saya ambil kat area 51"

Rt guys, jangan biarkan korang sorang je yang layan cerita ni

ini adalah thread
aku akan start pukul 10 malam ni, jadi korang boleh layan thread aku dulu yang lain kat sini
Tak nak beli takpe,tolong Rt ..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
ayah dan ibu julia baru sahaja bercerai 2 bulan yang lalu..

kini julia tinggal bersama dengan ayahnya..

julia yang baru balik dari sekolah melihat ayah nya sedang mengemas rumah
julia duduk di depan tv ,
dia perasan yang ayahnya seperti sedang mengelamun sambil memegang bunga di tangannya

ayah julia sangat sayangkan bunga tu, letakkan bunga tu di dalam pasu dan akan membersihkannya setiap hari.

"pa ,mengelamun apa tu ,teringat kat mommy ke?"
bunga itu seperti bunga ajaib..

bunga itu digelar bunga yang takkan layu
ayah julia mula sedar dari lamunan ,dia hanya senyum pada julia

selepas mandi ,julia duduk di ruang tamu untuk menonton
tv, ayahya datang duduk di sebelahnya sambil memegang keropok untuk di makan sambil menonton tv
"kenapa papa tak pernah cerita pasal bunga yang papa letak dalam pasu tu?" soal julia

"sebab ceritanya panjang, papa tak pandai nak cerita "
"ala cerita je la, julia mesti paham, kenapa papa sayang sangat kat bunga tu?"

"sebab bunga tu ,orang yang papa sayang bagi " jawab ayah julia
"wah mesti mommy yang bagi kan?" riak wajah julia teruja

" ibu kandung kamu yang bagi "

" mesti sweet kan papa dengan mommy dulu, cerita la macammana papa boleh dapat bunga tu?"

"papa kalau dah cerita, kamu kena dengar sampai abis, kalau tak papa malas nak cerita"
"kalau cerita pasal papa dengan mommy ,takkan lah julia tak nak dengar "

ayah julia bangun dan mengambil bunga yang ada di dalam pasu ,lalu duduk semula di sebelah julia ingin mula bercerita
Cerita ayah julia bermula

johan ialah seorang pelajar tingkatan 4 kelas 4 Amanah ,semasa sampai sahaja di kelas..

"johan, kau dah tengok budak baru kelas 4 cekal" tanya rakan sekelasnya, amri, yang duduk di sebelahnya
"asal aku kena tengok dia, apa kene mengena ngan aku?"

"budak baru tu cantik giler wey"

"serius la, macam bidadari ke, siapa nama dia?"

"lagi cantik dari bidadari wey, nama dia sufiya"
tu pertama kali johan mendengar nama sufiya, walaupun belum pernah lagi berjumpa, dia dapat rasakan yang sufiya ialah seorang gadis yang sangat cantik

di kelas 4 cekal,

"sufiya, kau ni cantik sangat tahu tak? bahaya tau" kata miana, kawan sekelas sufiya
"apa yang bahaya?"

"sekolah ni banyak playboy asia tau, lagi-lagi si johan romeo tu"

"si johan romeo???"

"tu lah king of playboy sekolah ni, mentang-mentang muka hensem, mulut punya manis, semua perempuan dia nak try, jadi hati-hati la"
"hahaha si johan romeo, nama pun dah kelakar, mustahillah aku nak suka kat dia"

"woi jangan yakin sangat wey, takut kau tumpas nanti" warning miana dengan wajah serius
masa waktu rehat..

johan dan amri dah tunggu depan kelas sufiya

"ha tu, si johan romeo dah tunggu depan kelas, habis lah kau, goodluck wey, jangan menyerah "miana memberi semangat

sufiya dan miana keluar dari kelas
johan berjalan di sebelah sufiya dan menyapanya "hai"

tapi sufiya hanya mengabaikan johan

"awak ni cantik sangat, bahaya ada kat sini, saya tahu tempat yang selamat"

langkah sufiya terhenti dan bertanya "kat mana?"
"hati saya" jawab johan dengan senyuman

sufiya mula tenggelam dalam senyuman johan yang manis tu

miana memegang bahu sufiya dan berbisik di telinganya "wey be strong, kau kena kuat wey, jangan menyerah"
sufiya mula sedar

"ah hati kau lagi tak selamat, jom miana" kata sufiya berjalan laju bersama miana, melarikan diri dari johan

johan melihat sahaja sufiya pergi

"johan kau failed ni?"

"takpe, banyak masa lagi, dia akan jatuh jugak nanti" kata johan dengan muka serius
masa di kantin, sufiya keliru nak makan apa, hanya melihat makanan yang terhidang di kantin sekolah

johan berdiri di sebelah sufiya
"tak lalu saya nak makan" kata johan

"kenapa?"

"sebab dah kenyang makan hati.."

"aik"

"yela, sebab kena reject tadi"
"saya datang sekolah nak belajar, bukan nak bercinta" kata sufiya memandang tepat ke mata johan

muncul miana dari belakang sufiya

"sufiya, jom kita pergi dari sini" kata miana sambil menarik tangan sufiya untuk berjalan pergi meninggalkan johan
johan hanya memandang sufiya yang berlalu pergi

amri muncul di sebelah johan "macammana, kau dapat tackle tak perempuan tu?"

"aku rasa perempuan ni pelik, biarlah dia dengan hidup dia" kata johan berlalu pergi
sebenarnya sufiya ialah perempuan pertama yang berjaya menolak johan..

seorang lelaki yang berwajah tampan dan mempunyai mulut yang sangat manis..

johan dapat rasakan yang sufiya ialah seorang perempuan yang baik jadi dia menyerah kalah
johan pulang ke sekolah dengan motornya, dia datang dari keluarga yang kaya, dia anak tunggal

ayahnya ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya

apabila sampai di rumah, dia memanggil orang gaji rumahnya iaitu mak lah tapi tiada sahutan
di dapur muncul ibu dan seorang wanita yang tidak dikenalinya..

ibunya bersuara "johan, ni orang gaji baru kita, johan boleh panggil dia, mak mah"

"mana mak lah?" tanya johan

"dia dah berhenti sebab ada hal di kampung"
masa makan malam bersama keluarganya

"mak mah, meh la makan sekali dengan kami" ajak ibu johan

"eh takpelah ,puan makanlah"

"eh marilah, jangan malu-malu, ajak anak mak mah sekali makan dengan kami"
"baiklah puan, jap ye saya panggil kan dia"

selang beberapa minit mak mah muncul bersama dengan anaknya

johan yang tengah minum air tersembur air dari mulutnya melihat wajah anak mak mah

sebab anak mak mah ialah sufiya
riak wajah sufiya bertukar terkejut melihat johan ada di meja makan

"kenapa ni johan?" tanya ibunya

"takdepape" johan buat-buat tak kenal sufiya

"wah cantiknya anak mak mah"puji ibu johan

sufiya tersenyum malu
mak mah dan sufiya makan bersama keluarga johan, malam tu

selepas beberapa jam selepas makan, pintu bilik sufiya di ketuk oleh seseorang

apabila pintu dibuka, kelihatan ada johan

"macammana awak boleh ada kat sini?" tanya johan

"saya ikut mak saya la"
"dah ngantuk?" tanya johan

"belum lagi"

"jom"

"pergi mana?"

"bumbung"

"bumbung???"

sufiya ikut johan naik diatas bumbung rumahnya
sampai sahaja disitu, johan baring dan memandang ke langit ,sufiya duduk di sebelahnya

kelihatan di langit terbentang luas bintang -bintang yang cantik

"wah cantiknya" kata sufiya terpegun melihat permandangan di langit
"cantikkan, tiap hari saya naik atas ni nak tengok bintang ni, tapi sekarang saya rasa malas dah nak naik" kata johan

"kenapa?"

"sebab lepas ni saya tengok awak je la" kata johan sambil tersenyum

sufiya tersipu malu
"awak ni bahaya la johan" kata sufiya

"bahaya kenapa?"

"mulut awak tu manis sangat, boleh kena diabetes tau"

"mana awak tahu manis, awak pernah cium ke?"

"eee"

"hahhahha" johan ketawa
"kenapa awak nak ngorat semua perempuan yang ada kat sekolah tu?" tanya sufiya

"siapa yang cakap macamtu?"

"semua orang kat sekolah la"

"salah fakta tu, saya ngorat yang cantik je, hahaha "
"tapi kenapa? best ke sakitkan hati orang?" tanya sufiya memandang ke arah johan

johan masih memandang ke langit "hmm dulu saya ada suka seorang perempuan ni.."

"lepastu?"
"saya tak buat apa salah pun, saya setia je, saya ingat kami boleh kekal tapi dia tinggalkan saya untuk orang lain"

"jadi awak nak balas dendam?"
"dunia ni tak adil, saya yang tak bersalah tak patut rasa sakit macamtu sebabtu bagi saya, semua patut rasa apa yang saya rasa" kata johan dengan tegas
"apa yang awak buat ni tak baik.." belum habis sufiya menghabiskan perkataannya johan bangun dari baringnya

"jomlah balik bilik, esok sekolah" ajak johan muka bengang

"baiklah"

mereka balik ke bilik masing-masing
keesokkan paginya

johan yang sudah memakai baju sekolah duduk di meja makan untuk sarapan..

"mak mah, mana sufiya?"

"dia dah pergi sekolah da"

"eh naik apa?"

"jalan kaki je" jawab mak mah
selepas sarapan, johan naik motornya hendak pergi ke sekolah

dalam perjalanan, dia nampak sufiya yang sedang berjalan kaki ke sekolah

johan memperlahankan motornya bergerak perlahan di sebelah sufiya

"awak jalan kaki, awak tahu tak sekolah tu jauh lagi" sapa johan
"tak tahu"

"ada yang dekat, nak guna yang jauh" kata johan

"mana yang dekat?"

" hati saya" johan senyum pada sufiya

"eee"

"hahaha, dah jom sufiya naik" ajak johan
"naik motor dengan awak ke? takpelah, nanti orang cakap apa pulak, lagipun saya tak biasa naik motor" sufiya memberi alasan

"tapi sekolah jauh lagi tu, nanti lambat kena denda pulak"

"hmm yelah"

sufiya pun naik motor bersama dengan johan
dalam perjalanan diatas motor

"saya terbaca berita kat surat khabar tadi" kata johan pada sufiya

"berita apa?"

"katanya harini awak nampak cantik"

"eee"
" saya ada fikirkan sesuatu lepas perbualan kita semalam" kata johan

"apa yang awak fikirkan?"

"saya takkan ngorat perempuan lain da"

"wah baguslah"

"tapi.. cuma kalau.."

"kalau apa?"
"kalau awak jadi girlfriend saya"

sufiya terdiam mendengar apa yang dikatakan johan, mukanya mula merah

"hmm tapi"

"takpe, awak fikir dulu"

sampai sahaja di sekolah, semua melihat sufiya turun dari motor johan
sufiya berjalan pergi ke perhimpunan sekolah

miana menyapa sufiya "oi sufiya, seriuslah kau pergi sekolah dengan johan tadi"

sufiya hanya senyum

"hati-hati, aku cuma tak nak kau kecewa je" nasihat miana
semasa di dalam kelas, cikgu saleh iaitu guru kelas 4 cekal ada membuat satu pengumuman..

"awak semua sangat bertuah tau" kata cikgu saleh

"kenapa brtuah cikgu?"

"sekolah kita dapat sponsor trip ke kuala lumpur esok dan kelas kita yang dipilih"

semua pelajar bersorak gembira
"kita akan ke kuala lumpur selama 3 hari 2 malam, jadi esok bawak pakaian yang mencukupi ye" nasihat cikgu saleh

keesokkan harinya tiba, semua budak kelas 4 cekal menunggu di sebelah bas untuk bertolak..
muncul cikgu saleh dan 2 orang pelajar dari kelas lain..

sufiya terkejut melihat 2 pelajar tersebut, kerana mereka ialah johan dan amri
"pengetua ada hantar lagi dua orang pelajar dari kelas lain, sebab mereka berdua ada mohon pada pengetua" ulas cikgu saleh

johan mengenyit mata pada sufiya

sufiya tersenyum malu

miana berbisik pada sufiya "dia nak ngorat kau lagi la ni,hati-hati"

sufiya hanya diam sahaja
mereka semua naik ke atas bas..

sufiya naik paling terakhir ke atas bas, dia mencari miana tapi sebelah miana, amri dah duduk..

hanya ada satu tempat duduk yang tinggal, di sebelah johan

"adeih" sufiya mengeluh
sufiya duduk di sebelah johan

"saya tahu, mesti awak yang suruh amri duduk kat sebelah miana kan?" soal sufiya

"tu je yang awak tahu?"

"apa yang saya tak tahu"

"yang saya cinta kan awak" kata johan tepat memandang ke mata sufiya

sufiya terpaku
perbualan mereka dipecahkan dengan suara cikgu saleh yang menerangkan itinerari perjalanan mereka..

semasa perjalan, johan tertidur
dia terjaga dari tidur kerana mendengar suara seperti orang sedang menangis..

dia rasa kepalanya sangat sakit, dia buka matanya perlahan-lahan..

dia terkejut melihat tangamnya dah diikat, semua yang lain turut diikat tangannya..

mereka semua telah diculik
johan melihat sufiya sedang menangis..

di keliling mereka kelihatan ramai lelaki yang memakai baju hitam beserta dengan pakaian kalis peluru memegang senapang

selang beberapa minit, muncul seorang lelaki memakai topeng dan berdiri di hadapan mereka semua
lelaki bertopeng tu bersuara " selamat datang ke shijua"
dia sangat fasih berbahasa melayu

semua pelajar keliru mendengar nama shijua...
lelaki bertopeng itu sambung bersuara "shijua ialah satu kumpulan rahsia yang diketuai oleh aku, kamu semua akan dijadikan umpan pada misi pertama kami"

"misi pertama apa?" tanya salah sorang pelajar disitu
"misi kami ingin masuk ke Area 51, berabad lama sudah terlampau banyak teori konspirasi yang ada berkaitan dengan kawasan tersebut,
mereka menyembunyikan terlalu banyak teknologi,eksperimen dan mungkin juga penemuan makhluk asing, jadi kamu mahu umpan kamu semua masuk ke sana" kata lelaki bertopeng tu

semua pelajar terkejut
"tapi Area 51 tu kat amerika syarikat" kata salah sorang pelajar

lelaki bertopeng tu ketawa"hahahha, kau orang sekarang dah ada di amerika syarikat"

riak muka semua pelajar berubah
"semasa di dalam bas, kami masukkan gas beracun di dalam bas tu, supaya korang tidur selama 2 hari ,kami bawak kau orang semua menggunakan kapal terbang peribadi kami ke sini"
semua pelajar terdiam..

"esok kami akan hantar kau orang semua ke area 51, tempat tu dikawal ketat oleh askar tapi kami dah jumpa laluan rahsia untuk masuk ke dalam,
kamu semua akan dibekalkan dengan kamera, rakam apa yang ada di dalam tu, kalau ada peluang, rampas semua yang mereka ada "

semua pelajar masih terdiam, dan ada yang sedang menangis
malam tu, johan cuba menenangkan sufiya

keesokkan harinya tiba,

mereka semua di bawa dengan kereta jeep yang sangat banyak melalui terowong yang sangat gelap
terowong tu ialah jalan laluan bawah tanah yang dibina oleh kumpulan shijua untuk masuk ke area 51 melalui laluan bawah tanah
sampai sahaja di satu kawasan..

ada tangga untuk naik ke atas

menurut pengikut shijua, jika mereka semua naik keatas menggunakan tangga tersebut, mereka akan sampai ke area 51
semua pelajar beratur naik tangga untuk ke atas, ramai yang menangis semasa menaiki tangga

akhirnya sampai giliran sufiya
"hati-hati kita jumpa kat atas, saya akan lindungi awak" kata johan menenangkan sufiya
sufiya naik keatas, selepas hilang sufiya dari pandangan, giliran johan untuk naik keatas
sampai sahaja johan diatas, sufiya memegang tangan johan kerana takut

keadaan sangat gelap tapi diterangi dengan cahaya malap dari bunga-bunga yang ada di sekeliling mereka semua

bunga itu mengeluarkan cahaya..

"gelap macamni, kalau rakam pun tak nampak apa?" kata johan
semasa johan berjalan, dia terlanggar sesuatu sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat..

keluar lampu suluh dihalakan pada johan..

"who are you?" suara dari orang yang menyuluh lampu kearah johan..

johan mengangkat tangan hanya diam
dari cahaya tu, johan nampak yang ada ramai askar amerika yang mengelilingi mereka

tanpa membuang masa, mereka menembak kami semua..

bertubi-tubi peluru terbang ke arah kami

johan berdiri dihadapan sufiya untuk menghalang peluru dari terkenanya
sufiya menjerit dan menangis melihat johan yang cuba melindunginya

johan jatuh rebah ke tanah..

dan tidak sedarkan diri
apabila johan sedar, dia ada diatas katil hospital

"mana sufiya?" tanya johan di dalam hati

dia berada di wad lelaki di sebuah hospital di amerika

ada beberapa kawannya yang sudah sedar
"malam ni, ada yang nak jumpa kita?" tanya salah sorang dari yang baru sedar

"siapa?"

"aku tak tahu, ada doktor bagitahu aku tadi"
sebelum malam tiba, mereka semua mula sedar

johan mula keliru, apa yang dilaluinya adalah mimpi ataupun realiti

jawapannya mungkin ada pada orang yang mahu berjumpa dengan mereka semua
malam tu semua pelajar lelaki di arahkan untuk pergi ke sebuah dewan, apabila sampai, kelihatan pelajar perempuan yang sudah lama sampai

johan tersenyum melihat sufiya masih hidup..

sufiya tersenyum sambil kelihatan matanya seperti berkaca ingin menangis..
selang beberapa minit, muncul beberapa orang askar masuk, mereka semua ialah askar amerika

masuk seorang lelaki mat saleh yang sangat tegap dengan muka bengis, memakai baju yang penuh lencana
"apa khabar?"
mereka semua terkejut, lelaki mat saleh tu boleh berkata-kata dalam bahasa melayu
"kenapa kamu semua terkejut, saya pandai banyak bahasa di dunia, nama saya kapten stephen, kamu tahu kenapa kamu semua ada disini?" tanya kapten stephen

mereka semua hanya mendiamkan diri kerana sedang berada dalam keadaan keliru
kapten stephen menerangkan kepada mereka apa yang sebenarnya terjadi

"sebenarnya kamu semua telah dipergunakan oleh kumpulan shijua, mereka ingin kamu semua masuk ke dalam untuk merakam dan merampas apa yang ada di Area 51..
kerana mereka tahu yang tentera USA akan membunuh orang yang masuk ke dalam area 51, mereka hanya mahukan footage rakaman apa yang ada di dalam area 51

kami sudah tahu yang kumpulan shijua membuat terowong di bawah tanah area 51 sejak beberapa tahun yang lalu..
jadi kami mula memerhatikan gerak geri kumpulan shijua,kami cuma mahu kumpul bukti menangkap mereka

kumpulan shijua sudah ditahan, kumpulan itu diketuai oleh murad ataupun nama penyamarannya saleh iaitu cikgu saleh"

semua terkejut mendengar nama cikgu saleh
"dia dah rancang lama benda ni, dia mengajar di sekolah kamu semua hanya untuk menjayakan misi ini" kata kapten stephen
"tapi malam tu kami ditembak beramai-ramai, kenapa kami masih hidup?" tanya salah sorang pelajar

"sebenarnya malam tu,kami menggunakan holographic teknik ,semua yang kamu nampak tu hanyalah teknologi terkini kami dalam mencipta ilusi..

kamu ditembak pada malam tu hanya ilusi
dan kami mengeluarkan gas tidur pada kamu semua malam tu..

jadi kami akan bebaskan kamu semua dan menghantar kamu semua pulang dengan syarat kamu semua harus menandatangani surat perjanjian untuk tidak bercerita apa yang kamu lalui ni"

mereka semua bersetuju
semasa ingin menandatangani surat perjanjian tu

johan bertanya kan soalan pada kapten stephen " betul ke, yang area 51 ni, ada simpan teknologi canggih dan makhluk asing?"
"jangan terlampau percaya pada teori konspirasi, yang cipta semua teori konspirasi tu pun sebenarnya belum pernah datang atau masuk ke area 51, kalau USA ada sorokkan sesuatu ,mustahillah di area 51 yang satu dunia tahu lokasinya" nasihat kapten stephen
mereka semua di hantar pulang ke Malaysia

kejadian yang berlaku pada mereka dirahsiakan..

keluarga mereka juga tidak tahu apa yang berlaku

mereka meneruskan kehidupan seperti biasa
malam tu, johan duduk di atas bumbung rumahnya

muncul sufiya "terima kasih"

"kenapa terima kasih?" tanya johan

"masa kat area 51, awak cuba lindungi saya"

"terima kasih jugak"
"sebab apa?"

"sebab lahir kat dunia ni, kalau tak saya tak dapat rasa apa itu cinta" johan senyum pada sufiya

sufiya mula malu "saya suka kan awak"

johan terkejut mendengar apa yang dikatakan sufiya

bagaikan mimpi kata-kata itu keluar dari mulut sufiya
"kalau awak suka saya dan saya suka awak, jadi boleh la kita jadi boyfriend dan girlfriend kan?" tanya johan

sufiya hanya mengangguk malu

"sambil bila awak akan sayang saya?" tanya sufiya
johan mengeluarkan bunga dari kocek seluarnya

"sampai bunga ni layu"

"hmm"

"jangan risau,bunga ni takkan layu sebab ni saya curi kat area 51"

sufiya teruja menerima bunga tersebut
tamat cerita ayah julia

"wahh sweetnya, tapi kenapa nama mommy ialah sufiya?" tanya julia keliru

"tu nama ibu kandung kamu masa zaman sekolah dulu"

"owhh,tapi kan papa yang bagi bunga tu, tadi kata mommy yang bagi?"

"lepas papa bagi ,papa dapat balik"
"best cerita papa, jarang papa cerita panjang-panjang, julia naik atas dulu la ye" kata julia sambil berjalan naik ke tingkat atas biliknya

johan masih memegang bunga tersebut di tangannya

entah mengapa air matanya mula jatuh
sebenarnya masih ada cerita yang dirahsiakan oleh johan pada anaknya

johan dan sufiya masih bercinta sampailah mereka berusia 21 tahun..

johan malamar sufiya dan ingin menjadikannya isteri

tapi ibu dan ayah johan tidak merestui hubungan johan dan sufiya
"ayah nak kau kahwin dengan anak dato sharul, bukannya dengan anak orang gaji" marah ayah johan

"hina sangat ke sufiya dimata ibu dan ayah, oke takpela saya bukan nak minta restu pun,saya tetap akan kahwin dengan sufiya"
ayahnya semakin marah lalu menampar johan
"kalau kau kahwin dengan dia, kau keluar dari rumah ni"
"baik" johan berlalu keluar dari rumah,egonya terlalu tinggi masa tu

johan dan sufiya berkahwin di luar negara

mereka hidup bahagia sebagai suami isteri
akhirnya sufiya mengandung..

semasa kandungan sufiya sudah sampai masa untuk melahirkan

sufiya ada memberitahu sesuatu pada johan
"kalau sufiya tak berjaya hidup, abang balik la bawak anak kita jumpa mak ayah"

"apa sufiya merepek ni,zaman ni dah moden,mustahillah sufiya tak selamat, kita akan besarkan anak kita sama-sama"
"sufiya cakap je, kalau sufiya dah takda, abang kahwin lah dengan pilihan mak ayah abang sebab sufiya tak nak , anak kita dibesarkan takda ibu"

"dah sufiya jangan merepek" balas johan mula geram dengan kata-kata sufiya
tapi nasib tidak menyelebahi mereka berdua

sufiya meninggal dunia semasa melahirkan julia

johan menunaikan permintaan sufiya, dia membawa julia pulang ke malaysia bertemu dengan mak ayahnya
johan berkahwin dengan pilihan mak ayahnya

sampai sekarang julia masih tidak tahu yang mommynya ialah ibu tirinya sahaja dan ibu kandungnya sebenarnya sudah meninggal dunia
johan mengalirkan air mata memegang bunga di tangannya teringat selepas sufiya meninggal dunia

ada seorang nurse datang memberikan dia bunga tu..

menurut nurse tersebut,sufiya sentiasa memegang bunga tersebut sebelum bersalin
dia beri bunga tu pada nurse tersebut..

dan menyuruh nurse tersebut menyampaikan satu mesej pada suaminya

iaitu

"saya akan cintakan awak sampai bunga tu layu"

tamat

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Abstrakim

Abstrakim Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @abstrakim

Jan 22
Tengah tidur, bunyi guli berlaga muncul datang dari atas syiling. Siapa yang main guli? Anda pernah diganggu bunyi guli yang menyeramkan?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram layan cerita ni.

Ini Adalah Thread.
Macam biasa akan start 11.30 malam ni. 👻

Ini adalah cerita pertama dalam siri Syurga Setan.

1 bulan 1 kisah pendek.

Semuanya kisah-kisah seram benar yang pernah berlegar-legar di sekeliling kita.
Alang-alang tu tolong Rt rezeki saya ye, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua juga.

Buku Abstrakim.
⭐Review 5 star
💫 3K sold at shopee
🔥Harga Promosi (Terhad)

Cepat2 tekan link ni 👇
shp.ee/d7maw2t
Read 84 tweets
Mar 20, 2021
Kisah seram pendek
- Derma-

Rt lah kalau berani.

(Thread)
Malam itu malam jumaat.

Anuar memakir keretanya di sebuah stesyen minyak untuk membeli panadol kerana kepalanya pusing.

Tunangnya iaitu Farah menunggu di dalam kereta seorang diri.

Keadaan sekeliling tidak begitu terang hanya ditemani dengan lampu yang agak malap.
Farah mula bosan menunggu melihat sekeliling, dia terperasan sesuatu di sudut yang agak jauh.

Kelihatan ada seorang budak perempuan berpakaian agak kotor berdiri di tepi jalan sambil memegang bekas ingin meminta derma.
Read 35 tweets
Dec 5, 2020
Pernah tak? Dalam mimpi korang jumpa orang yang tak dikenali?

Orang cakap kalau dalam mimpi kita ada orang yang kita tak kenal muncul..

Orang tu sebenarnya jin yang tengah tengok kita masa tidur, seramnyaaaa 😭😭😭😭

Kalau banyak Rt baru aku cerita..
Aku akan cerita macam biasa, malam nanti pukul 11.30 malam.

Korang boleh join telegram untuk baca lebih 20 cerita yang pernah aku tulis 👇
t.me/abstrakim
Minta tolong Rt rezeki saya, semoga semua yang Rt murah rezeki😉👍

Anda ingin hidup anda dipenuhi dengan rasa plot twist yang membahagiakan😅

Anda boleh dapatkan buku Abstrakim dengan harga promosi😱
RM10.10 SAHAJA!!

Tekan link ni sekarang!! 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 130 tweets
Nov 27, 2020
Aku nak spill the tea tentang gangguan misteri ketukan pintu yang terjadi baru-baru ni.

Kalau lemah semangat, jangan baca.

Rt sebarkan keseraman kisah ini.

Ini adalah thread.
Aku akan start macam biasa pukul 11.30 malam ni, kalau start sekarang rasa macam kurang misterinya.

Korang juga boleh baca cerita lain yang aku tulis kat telegram, tekan je link ni 👇
t.me/abstrakim
Minta tolong Rt rezeki saya, semoga semua yang Rt murah rezeki😉👍

Anda ingin hidup anda dipenuhi dengan rasa plot twist yang membahagiakan😅

Anda boleh dapatkan buku Abstrakim dengan harga promosi😱
RM10.10 SAHAJA!!

Tekan link ni sekarang!! 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 57 tweets
Nov 21, 2020
Diganggu semasa menonton live streaming.

"Eh siapa perempuan tu? Seramnya.."

Selepas beberapa minit.

"Kenapa tak da orang komen pasal perempuan tu, aku je ke yang nampak."

Rt guys supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ni.

Ini adalah thread.
Macam biasa aku akan start 11.30 malam ni.

Kalau nak baca cerita yang pernah aku tulis, kau orang boleh join telegram aku 👇
t.me/abstrakim
Please Rt rezeki saya ini🙇.

Tak tahu nak shopping apa kat shopee! 🤔

Eh jangan pening kepala, boleh dapatkan buku abstrakim. Terus hilang pening.

Harga asal RM24.50 sekarang Rm10.10 sahaja.😱 (Terhad)

Cepat tekan link di bawah untuk order
shopee.com.my/product/278352…
Read 76 tweets
Oct 31, 2020
Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?

Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇
t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.

RM10.10 SAHAJA.

👇🤯🤯🤯🤯👇

Read 116 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(