AbstraKim Profile picture
5 Dec, 130 tweets, 16 min read
Pernah tak? Dalam mimpi korang jumpa orang yang tak dikenali?

Orang cakap kalau dalam mimpi kita ada orang yang kita tak kenal muncul..

Orang tu sebenarnya jin yang tengah tengok kita masa tidur, seramnyaaaa 😭😭😭😭

Kalau banyak Rt baru aku cerita..
Aku akan cerita macam biasa, malam nanti pukul 11.30 malam.

Korang boleh join telegram untuk baca lebih 20 cerita yang pernah aku tulis 👇
t.me/abstrakim
Minta tolong Rt rezeki saya, semoga semua yang Rt murah rezeki😉👍

Anda ingin hidup anda dipenuhi dengan rasa plot twist yang membahagiakan😅

Anda boleh dapatkan buku Abstrakim dengan harga promosi😱
RM10.10 SAHAJA!!

Tekan link ni sekarang!! 👇
shopee.com.my/product/278352…
Aku ada masalah internet connection sekarang ni, jadi aku rasa thread ni akan habis lambat..

Kalau ngantuk tinggalkan je, boleh baca esok pagi...

Thread ni mungkin akan habis lewat pagi.
Malam semakin larut, langit malam sudah meminang bintang untuk menjadi penyeri di kala suram. Hatinya tidak tenteram tapi ada kerja yang harus diselesaikan.

"Saya minta diri dulu." Mika tenang meminta ingin mengundurkan diri.
"Eh balik lah esok pagi. Dah gelap ni, bahaya kamu bawa kereta malam-malam ni." Pinta ibu kepada sahabat Mika iaitu Khairil.

Khairil juga bersetuju. "Aah lah kau ni, bahaya tau balik malam-malam ni."
"Eh maaf pak cik, mak cik, saya memang kena balik malam ni jugak, esok saya kerja." Alasan Mika.

Keluarga Khairil terpaksa akur melepaskan Mika pergi. Selepas bersalaman, Mika menuju masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin.
Keretanya mula meluncur laju bergerak meninggalkan kawasan rumah Khairil.

Mika tinggal di dalam rumah keluarga Khairil selama 4 hari 3 malam. Semasa di dalam rumah itu, pelbagai fenomena aneh terjadi.
Rumah Khairil yang terletak di dalam kampung yang sangat jauh dari bandar menghangatkan lagi suasana seram yang berlaku beberapa hari sebelum itu.

Mika yang sedang mengawal pemanduan, teringat hari pertama dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Dia disambut mesra oleh ibu Khairil, ketika itu Khairil dan ayahnya tiada di rumah, ada urusan di luar.

Dia dibawa duduk di ruang tamu. "Mak cik pergi dapur buatkan air."

Lalu tinggal Mika seorang diri di ruang tamu.
"Khairil ni jemput aku, tapi dia keluar pula." Rungut Mika di dalam hati kepada rakan baiknya yang dia kenal di tempat kerja.

Dia bangun berdiri membuatkan muncul pelbagai bunyi kayu menghilangkan kesepian. Rumah yang diperbuat daripada kayu itu kelihatan suram, tiada seri.
Dia bersetuju untuk menginap di rumah Khairil kerana ingin merasai suasana kampung.

Semua ahli keluarganya berasal dari bandar, jadi dia tidak mempunyai pengalaman seperti orang lain.
Mika berjalan fokus melihat gambar yang tergantung di dinding.

Tiba-tiba Fokusnya hilang apabila dia dikejutkan dengan bunyi yang aneh dari satu arah.

Bunyi seperti suara seseorang sedang membaca mentera dalam keadaan berbisik.
Hatinya berdegup kencang memberanikan diri memandang ke arah suara itu datang.

Dia menoleh pantas dan jantungnya hampir putus kerana terkejut melihat ada seorang nenek tua berbongkok mulutnya sedang terkumat kamit membaca sesuatu di dalam bilik yang tidak tertutup pintunya.
Walaupun waktu siang, suasana di dalam rumah itu yang suram menyebabkan Mika berada dalam keadaan seram melihat nenek tua itu yang kelihatan hanya dari sisi masih seperti berbisik membaca sesuatu.
Mata Mika masih tertancap melihat nenek tua itu.

Rambut nenek tua itu sudah putih
dan tidak terurus. Berbongkok, matanya terbeliak dan bibirnya terjuih. Ada air liuh yang banyak jatuh dari mulut nenek tua itu.

Membuatkan Mika rasa geli ingin menelan air liur sendiri.
Mika masih terpaku, dia tidak tahu kenapa badannya seperti tidak dapat berfungsi.

Tiba-tiba mulut nenek tua itu yang sedang terkumat-kamit berhenti. Mika dari jauh dapat lihat mata hitam dari bola mata nenek tua itu seperti bergerak menuju ke arahnya.
Tepat mata hitam itu menusuk tajam ke arah Mika, pantas bibir nenek tua itu menghadiahkan senyuman yang amat menyeramkan.

Mika tersentak, dia menapak setapak ke belakang.
"Kamu tengok apa tu?" Suara ibu Khairil mematikan rasa takut dalam diri Mika.

Mika memandang cuba menipu. "Tiada apa-apa, cantik rumah ni."

Dia risau pula ingin mengatakan yang dia sedang melihat nenek tua yang ada di dalam rumah itu. Risau digelar si pengendap orang tua pula.
Dia mencuri pandang ke arah bilik itu semula, kelihatan kelibat nenek tua itu sudah hilang. Di dalam hati, dia tertanya-tanya. "Mana nenek tua tu pergi?"

Ibu Khairil menghidangkan air di atas meja. "Minumlah Mika, mak cik nak ke dapur jap, nak masak."
Dia duduk menikmati minuman yang di sediakan."Baik mak cik."

Ibu khairil berjalan semula ke dapur.

Sambil menghirup minuman, Mika teringat wajah nenek tua itu tadi.

Bulu romanya mula naik. "Seram lah nenek Khairil tu."
Selang beberapa minit, Khairil muncul di hadapan pintu. Dia rasa sangat teruja melihat Mika. "Wah akhirnya sampai juga kau kat sini."

Sejak Mika bertukar tempat kerja, mereka sudah jarang berjumpa walaupun rapat. Hanya berhubung melalui terlefon bimbit.
Selepas mereka bersalaman, Mika bertanya. "Mana ayah kau?"

"Nanti dia balik, dia pergi jumpa orang kampung jap, ayah aku tu ketua kampung."

Mereka berjalan duduk di kerusi yang ada di ruang tamu.

Wajah Mika bertukar resah. "Hurm Khairil aku nak tanya sikit lah."

"Tanya apa?"
"Kalau aku tanya ni, kau jangan marah tau, nenek kau tu memang macam tu ke?'" Tanya Mika berhati-hati risau terguris hati

Dahi Khairil berkerut seribu. "Kenapa dengan nenek aku?"

"Aku nampak dia dalam bilik tu tadi, dia macam menyeramkan lah."
Sebenarnya Mika berasa sangat takut kerana dia akan bermalam di dalam rumah itu.

Dia terbayang pada waktu malam, dia ingin ke tandas dan mungkin akan bertembung dengan nenek Khairil yang menyeramkan.

Sangat ngeri.
Khairil seperti terkejut. "Eh kau ni biar betul, ke kau nak gurau-gurau dengan aku?"

"Eh betullah, aku nampak nenek kau dalam bilik tu." Jari mika menunjukkan arah.

Khairil menggeleng-gelengkan kepala. "Mika, nenek aku dah lama meninggal. Mana ada nenek tua dalam rumah ni."
Mika tergamam. "Habis siapa yang aku nampak dalam bilik tu tadi?"

Khairil menepuk bahu Mika dengan senyuman. "Ala perasaan kau je tu."

Mika masih terkedu. Di dalam benaknya terbayang-bayang kelibat nenek tua itu sedang tersenyum ke arahnya.
Khairil bangun dari duduk. "Aku pergi dapur jap."

Tinggal Mika seorang diri di ruang tamu, hatinya mula tidak sedap ingin meneruskan perancangan menginap di dalam rumah itu.
Dia memegang cawan yang terisi air di atas meja, kemudian dia membatu kerana terkejut. Kelihatan ada air jatuh dari atas masuk ke dalam cawan tersebut.
Menitis-nitis air itu jatuh masuk ke dalam cawan. Mika semakin resah. Nafasnya turun naik dengan sangat laju. "Air apa ni?"

Mindanya teringat air liur nenek tua tadi yang jatuh ke lantai bertitis-titis dengan mulutnya terkumat-kamit.
Dalam samar-samar, Mika seperti mendengar suara nenek tua tadi dari arah atas. Bulu romanya semakin meremang.

Perasaan ingin tahu membuak-buak, Dia memberanikan diri mendongak ke atas perlahan-lahan ingin melihat dari mana air itu datang.
Apabila pemandangan sudah berada di siling rumah, kelihatan tiada air yang jatuh. Mika menarik nafas lega.

Tapi hatinya masih gusar. "Dari mana air tadi tu datang."

Khairil muncul. "Oi tengok apa tu?"
Mika tersengih berpaling melihat Khairil. "Eh takde apa-apa la."

"Mana barang-barang kau?" Tanya Khairil membelek-belek persekitaran Mika.

"Beg aku kat dalam kereta lagi."
"Lah bawa lah masuk, letak dalam bilik tu." Tunjuk Khairil dengan muncung bibir ke arah bilik yang Mika dapat lihat kelibat nenek tua tadi.

Mika semakin resah. "Eh kenapa letak dalam bilik tu?"

"Sebab tu bilik untuk kau lah, tu memang bilik tetamu."
Mika jadi tidak tentu arah. "Eh tiada bilik lain ke atau aku tidur bilik kau je lah."

"La bilik aku sempit lah, lagipun dah ada bilik lebih, kenapa kau nak menyempit juga nak tidur bilik aku?"

Mika terpaksa akur. "Hurm yela-yela, aku pergi ambil beg aku kejap."
Mika berjalan menuju keluar dari rumah, Khairil memandang ke arah bilik tetamu. "Kenapa dia takut sangat dengan bilik tu?"

Beg diangkat dan dibawa masuk ke dalam rumah, kelihatan Khairil sudah tiada di kerusi ruang tamu.
Mika terus menuju masuk ke dalam bilik tetamu. Hatinya gundah gelana seperti terdapat pelbagai persoalan yang merunsingkan jiwa.

Rasa menyesal muncul melihat keadaan bilik tersebut yang agak usang.
Dia tidak biasa dengan kehidupan seperti itu. Yang menjadinya menyesal bukan hanya kerana keadaan rumah tapi misteri kemunculan nenek tua tadi.
Dia lihat di dalam bilik itu terdapat cermin meja solek yang agak antik. Ada aura keseraman dapat dirasakan pada meja solek tersebut. Ada suara muncul dari luar bilik memanggilnya untuk makan mematikan pandangannya ke arah meja solek tersebut. Dia berjalan melangkah keluar.
Siang hilang menjadi malam, waktu yang tidak ditunggu-tunggu oleh Mika. Tidak sangka bilik itu tidak mempunyai lampu, dia masuk ke dalam bilik tersebut dalam keadaan gelap gelita.
Dia baring di atas tilam ingin masuk ke alam mimpi. Keadaan bilik itu sunyi dan sepi hanya kedengaran bunyi pusingan kipas.

Dia rasa takut hendak menutup mata, dia masih terbayang akan senyuman nenek tua tadi yang amat menyeramkan.
Lagi bertambah seram, dia sekarang berada di dalam bilik berdirinya nenek tua itu.

Dia cuba baring mengiring menghadap ke dinding rumah. Lalu menutup mata dan mula memikirkan sesuatu yang tidak menyeramkan.
Tapi belum sempat dia masuk ke alam mimpi, kedengaran bunyi cakaran dari dinding yang sedang wajahnya menghadap. Cakaran itu seperti dari seseorang yang memiliki kuku yang sangat tajam.
Mika sudah tidak berani ingin membuka mata, dia hanya menggigil menunggu untuk dirinya masuk ke alam mimpi.

Tiba-tiba dia terdengar suara seperti seseorang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja solek antik. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan tersentak.
Kelihatan ada seorang perempuan berambut panjang berbaju merah sedang menyikat rambutnya. Perempuan itu memandang cermin antik, tidak menghadap Mika.

Nafas Mika turun naik melihat perempuan itu, dia terpaku.
Tiba-tiba pantas perempuan itu berpaling memandang Mika yang sedang melihatnya. Mika tersentak melihat bola mata peremuan itu yang terkeluar.

Lalu Mika pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokkan hari, dia dibawa ke kebun milik ayah Khairil. Mika kelihatan sangat lesu dan tidak bermaya. Dia sebenarnya keliru gangguan yang terjadi malam tadi hanya mimpi atau benar-benar berlaku.

"Kenapa dengan kau ni, macam tak cukup tidur je?" Tegur Khairil
Mika tidak mahu memanjangkan cerita. "Aah, aku fikir pasal kerja semalam, tu tak cukup tidur."

"La asal tak bagitahu, kalau kau penat tak yah lah ikut pergi kebun."

"Takpe, aku okay, aku nak tengok kebun kat kampung macammana."
"Kau ni cuti pun fikir pasal kerja." Kata Khairil mencekak pinggang melihat keadaan kebun.

Fikiran Mika masih terganggu dengan gangguan yang dialaminya malam semalam. Dia risau gangguan itu akan menjadi bertambah teruk.
Tapi syukur tiada lagi gangguan dan akhirnya malam terakhir muncul. Sekarang dia berada di dalam kereta ingin menuju ke destinasinya.

Dia masih terfikir tentang gangguan yang dialaminya, walaupun hanya satu malam. Ianya amat terkesan dalam diri.
Keliling Mika sekarang ialah pokok-pokok yang besar dan tinggi. Keadaan sekeliling gelap-gelita tanpa sebarang tiang lampu. Hati rasa tidak tenteram. Berharap akan segera keluar dari kawasan kampung.
Dia tidak berani memandang cermin pandang belakang, risau ada kelibat makhluk yang tidak diundang.

Perjalanan seperti buntu, rasa lebih jauh dari biasa. Tiba-tiba dari jauh, mata Mika dapat lihat seperti ada seseorang sedang berdiri di tengah-tengah jalan.
Dia memperlahankam kereta, risau akan terlanggar insan itu.

Tapi semakin dia hampir dengan orang yang berdiri di tengah jalan itu, dia mula rasa sesuatu perasaan yang aneh.
Keadaan semakin jelas, dia semakin takut melihat. Rupa-rupanya yang berdiri di tengah-tengah jalan iala- seorang perempuan yang rambutnya panjang, berbaju putih yang ada kesan tanah.
Dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu kerana ditutupi dengan rambut. Dia mula rasa sangsi. "Ni hantu ke manusia?"

Perempuan itu tidak bergerak, semakin hampir kereta Mika, semakin perasaan Mika tidak tenteram.
Dia menekan hon cuba menarik perhatian perempuan itu supaya beredar.

Tapi perempuan itu tidak berganjak. Mika rasa tidak puas hati. "Kenapa dengan dia ni? Nak kena langgar ke?"
Tiba-tiba perempuan itu mengangkat tangannya dan memegang kepalanya sendiri. Mika yang menonton kejadian itu dari dalam kereta tergamam, dia rasa aneh.
Lalu perempuan itu menarik kepalanya ke atas sehingga tercabut dari lehernya sendiri. Mata Mika terbeliak, dia terkejut dengan apa yang dilihat. Sah itu bukan manusia. Dia cuba ingin berpatah balik ke belakang, tapi kerana gelabah, dia jadi tidak tentu arah.
Terlihat banyak darah yang keluar dari pangkal leher. Lalu perempuan itu memegang rambut dari kepalanya membuatkan kepalanya tergantung-gantung di sisi badan. Mika dapat lihat wajah perempuan itu sedang tersenyum ke arahnya dengan wajah yang amat menyeramkan.
Mika masih hilang arah ingin mengundurkan kereta kerana ketakutan. Lalu perempuan itu membaling kepalanya ke arah cermin hadapan kereta Mika membuatkan Mika menjerit menutup wajahnya dengan tangan.
Mika perlahan-lahan membuka wajah, keadaan menjadi sunyi seperti tiada apa yang berlaku, kelibat perempuan itu jugak sudah tiada . Dia melihat keadaan sekeliling, memang benar kelibatnya sudah hilang. Mika menarik nafas lega, dia ingin segera keluar dari tempat itu.
Tangannya beralih ingin memegang tombol gear tapi tidak berjaya. Seperti ada sesuatu yang berbulu menghalang, lalu dia lihat rupanya dia memegang rambut dari kepala perempuan itu yang menghalang tombol gear.
Kepala Perempuan itu yang sudah terputus dari badan memandangnya dengan senyuman yang menyeramkan bersuara dengan agak nyaring. "Cari saya ke?"
Mika yang ketakutan menekan tombol minyak dengan laju sehingga kereta itu meluru laju ke hadapan ingin melanggar pokok yang ada di sisi jalan. Mika menjerit kuat, lalu dia terjaga dari tidur yang lena. Dia sedar dia ada di atas katil, di dalam asrama kolej.
Mika bernafas laju dan badannya berpeluh. "Aku kat mana ni?"

Dia lihat rakan-rakan yang lain masih lagi tidur di dalam bilik. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya, dia lihat tarikh, dia berada di zaman diploma. Dia rasa aneh. "Kenapa tadi aku mimpi aku dah kerja?"
Yang paling aneh dia bermimpi berjumpa dengan keluarga Khairil yang dia tidak kenali. Tapi di dalam mimpi itu, dia terasa mereka sangat rapat.

Dalam diam, Mika menarik nafas lega apa yang terjadi itu semuanya hanya mimpi. Dia turun dari atas katil bersiap untuk ke kelas.
Di dalam kelas, dia tidak fokus memikirkan apa yang terjadi di dalam mimpinya. Apa yang dilontarkan oleh pensyarah hanya masuk dari telinga kiri dan keluar dari telinga kanan.
Fokusnya untuk belajar hilang. Dia harus mendapatkan jawapan, dia tidak mahu hidup keliru dengan persoalan yang tak terjawab.
Dia menuju ke perpustakaan ingin mengkaji tentang mimpi, dia mengambil buku-buku yang ada kaitan dengan apa yang ingin dibaca. Ada 5 buku yang ada di tangan, Mika berjalan ingin ke meja.
Dalam perjalanan, dia tidak mengatur langkah dengan tepat membuatkan dia terlanggar seseorang sehingga semua buku-buku jatuh bertaburan ke lantai.
Dia pantas mencangkung ingin mengutip buku-bukunya yang jatuh sambil matanya melihat ke arah insan yang dilanggarnya. Dia tergamam melihat seorang gadis yang sangat rupawan membantunya mengutip buku. Fokusnya hilang. Dia mengelamun melihat wajah cantik gadis itu.
Perempuan itu yang sedang mengutip buku itu juga mula memandang wajah Mika. Lalu mata mereka bertaut.

Saat itu sudah seperti iklan Tv.
Tiba-tiba air mata bergelinang dari mata perempuan itu membuatkan Mika terasa aneh. Lalu pantas perempuan itu bangun mengambil buku-bukunya meninggalkan tempat itu.
Dari belakang, Mika dapat lihat perempuan itu cuba mengesat air matanya dengan tangan. Mika rasa semakin aneh, lalu dia mengambil buku-bukunya menuju ke meja bacaan. Dia lihat buku yang dikutipnya, hanya dua ialah buku yang diambilnya. "Alamak ni buku perempuan tadi."
Dia bangun ingin mencari susuk tubuh perempuan yang dilanggarnya, dia lihat perempuan itu duduk di meja paling hujung. Lalu dia berjalan ingin bersemuka, sampai di situ dia bersuara. "Cik, saya terambil buku yang awak ambil tadi."
Perempuan itu tersenyum. "Eh aah lah tu buku saya."

Mika terpaku dengan senyuman dari perempuan itu. Dia rasa ingin mengenalinya dengan lebih dalam. "Boleh saya duduk sini?"

"Boleh."
Mika duduk di hadapannya dan memperkenalkan diri. "Saya Mika, awak?"

"Julia."

"Saya hairan tadi, kenapa awak nangis bila nampak saya."

"Mata saya masuk habuk lah."
Mika mula tersengih. "La ingatkan awak nangis sebab saya langgar. hehe."

Mata Julia tertuju pada buku yang diambil oleh Mika. "Kenapa awak ambil semua buku pasal mimpi?"

"Saya mimpi aneh malam tadi, saya rasa macam mimpi tu real." Luah Mika.

"Awak mimpi apa?"
"Saya mimpi saya dah kerja lepastu saya duduk di sebuah kampung ni dengan keluarga yang saya tak kenal. Macammana orang yang saya tak kenal boleh masuk dalam mimpi saya?"
Julia rasa tertarik dengan perbualan itu. "Saya pernah baca yang menurut bidang psikologi, mungkin orang yang muncul dalam mimpi awak tu sebenarnya awak pernah jumpa. Mustahil minda boleh munculkan imej seseorang yang awak tidak kenal."
"Mungkin ada betulnya apa yang awak cakap tu." Mika berpositif.

"Tapi ada juga pendapat lain bukan dari bidang psikologi tentang mimpi yang awak alami tu. Tu pun kalau awak nak tahu la."

"Apa?"
"Mungkin orang yang awak tak kenal dalam mimpi tu bukan manusia."

"Kalau bukan manusia, apa?"

"Mungkin jin atau roh yang sedang melihat awak tidur, jadi dia masuk ke dalam mimpi awak."

Mika terkedu. "Ish mengarutlah, apa jin tu nak buat masuk dalam mimpi saya."
"Mungkin dia cuba nak minta tolong atau nak bagitahu sesuatu."

"Saya susah sikit nak percaya benda-benda macamni, tapi mimpi saya tu sebenarnya mimpi seram. Memang saya ada kena ganggu dengan Makhluk halus dalam mimpi tu." Luah Mika.
"Awak kata yang awak ada duduk di sebuah kampung, awak ingat kat mana kampung tu?"

Mika mengangguk. "Ingat."

"Apa kata kita pergi ke sana?"

Mika tersentak. "Kita, kenapa awak nak ikut?"
Julia tersenyum. "Saya pun nak tahu jugak, mana satu yang betul, bidang psikologi ke bidang makhluk halus, hehe."

"Hahaha, Okay."

Dari zaman belajar lagi, Mika sudah mempunyai kereta yang dihadiahkan oleh keluarga.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta menuju ke destinasi. Dia berharap yang kampung itu tidak wujud dan semua itu hanya mainan tidur.
Dalam perjalan, Mika dan Julia berkenalan dengan lebih dalam tentang diri masing-masing. Tidak sangka permikiran mereka serasi, Mika rasa tenang apabila melihat Julia.
Akhirnya pada waktu hampir senja, Mika sampai di hadapan rumah Khairil dan dia terkejut. Rumah Khairil memang wujud, dia tergamam.
"Tapi aku tak pernah ke sini, macammana rumah ni boleh masuk dalam mimpi aku?" Mika runsing

"Mungkin ini membuktikan ada sesuatu yang ingin memberitahu kau tentang mimpi yang kau alami tu."

"Makhluk halus?"

"Mungkin."
Mereka berdua turun dari kereta. Mika keliru. "Tapi kenapa rumah ni macam tiada orang?"

Mika cuba memberi salam tapi tidak kedengaran sahutan, rumah itu kosong tidak berpenghuni.
Muncul seorang budak lelaki berjalan di hadapan rumah, Mika pantas menegur. "Dik, dik tahu tak mana pergi orang dalam rumah ni?"
"Owh harini ada majlis kleptop, semua orang kampung akan berkumpul di tengah-tengah padang." Jelas budak lelaki itu berjalan meninggalkan Mika dan Julia.
"Majlis Kleptop, apa tu?" Mika semakin runsing.

"Mungkin majlis yang diraikan oleh orang kampung. Jom kita pergi tengok."

"Jom."
Mereka berdua berjalan menuju ke padang yang ada di dalam kampung itu, mujur tempat itu tidak berapa jauh dari rumah Khairil. Mereka berhati-hati dalam setiap langkah, risau akan ada sesuatu yang bahaya terjadi.
Mereka akhirnya sampai di padang tapi secara senyap. Mereka bersembunyi dari balik pokok-pokok yang ada di sekeliling padang.
Mata mereka terbeliak melihat ada seorang perempuan sedang terikat pada pokok yang ada di tengah-tengah padang. Perempuan itu menjerit meminta tolong tapi tiada sahutan. Wajahnya ditutup dengan kain hitam. Semua yang ada di situ sedang membaca sesuatu seperti mentera.
"Apa yang diaorang buat ni?" Tanya Mika seperti sedang menonton filem.

"Mungkin ini satu upacara yang ada di kampung ni, mungkin ini yang cuba makhluk halus tu bagitahu awak."

"Tapi kenapa saya?" Mika menoleh ke arah Julia dengan pertanyaan.
Tapi Julia hanya menggeleng tidak mempunyai jawapan. Perempuan yang terikat pada pokok itu, lalu disimbah dengan air oleh seseorang yang berpakaian serba putih. Sah itu ketuanya.

"Saya nak pergi tolong perempuan tu."
Julia cuba menghalang. "Bahaya, diorang ramai."

Mika rasa sangat bersalah, tidak dapat membantu. Lalu ketua dari orang kampung mengeluarkan keris, ditusuk keris itu ke perut perempuan itu sehingga mengeluarkan darah.
Perempuan itu menjerit kesakitan, oramg kampung tidak menghiraukan. Mika dan Julia rasa sangat geram melihat kejadian itu tapi tidak dapat membuat apa-apa.
Akhirnya setelah satu jam, semua orang kampung beredar meninggalkan perempuan itu masih terikat pada pokok dengan keris masih tertusuk pada perut.

Keadaan sudah sunyi. "Jom kita pergi buka ikatan pada perempuan tu, mungkin dia masih hidup." Ujar Mika.
Mereka berdua berjalan ke arah pokok itu sambil mata tidak berhenti melihat sekeliling sekiranya ada halangan. Tapi mujur orang kampung sudah beredar, ikatan pada perempuan itu dibuka.
Lalu Mika membaringkannya di tanah memeriksa nadi. "Saya tak jumpa nadi dia, mungkin sekarang dia dah mati."
Tapi Mika masih tidak puas hati, dia masih berharap ada ruang untuk menyelamatkan perempuan itu. Dia membuka kain yang menutupi wajah perempuan itu untuk melihat sekiranya ada pengeluaran udara dari hidung atau mulut.
Apabila wajah perempuan itu terdedah, Mika tersentak. Perempuan yang terbaring itu adalah Julia yang tidak bernyawa. Mika mula berpeluh memandang Julia yang masih bernyawa. "Apa semua ni?"
Wajah Julia bertukar Hiba. "Sebenarnya awak sekarang sedang bermimpi. Saya yang masuk ke dalam mimpi awak."
Mata Mika terbeliak dan dia berdiri buntu. "Mustahil." Apabila dia melihat ada dua Julia di hadapan matanya, dia rasa mungkin ada benarnya. "Tapi kenapa saya?"
"Yang ganggu awak malam tu ialah orang yang telah menjadi korban pada majlis kleptop ni, mereka hanya ingin awak membantu mereka. Tapi tidak tahu cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan awak, kerana kuasa pada roh terhad. Roh kami tidak dapat keluar dari kampung ni."
"Tapi kenapa saya?"

"Sebab awak datang ke kampung ni, kami harap awak dapat buat laporan polis tentang apa yang terjadi dalam kampung ni supaya tidak akan ada ramai korban lagi." Pinta Julia.
Mika teringat pertemuan mereka buat pertama kali, ada air mata yang muncul di mata Julia. "Kenapa awak menangis masa pertama kali jumpa saya?"

Julia tergamam dengan soalan itu.
Air matanya mula mengalir. "Sebab wajah awak sama dengan teman lelaki saya yang bawa saya ke sini untuk dikorbankan."
Mika terkejut. "Jadi awak tak benci dia?"

"Dia mungkin keliru dengan jalan hidupnya, dia terpengaruh dengan ajaran yang dibawa dari kampung ni. Saya cuma berharap yang awak boleh buat laporan polis supaya semua ini tidak akan berlaku lagi." Rayu Julia.
"Jadi awak dah mati."

Julia mengangguk.

Mika menghela nafas, dia sebenarnya dalam diam sudah mempunyai perasaan terhadap Julia. Jarang dia suka pada seseorang, tidak sangka apabila dia suka, insan itu bukan manusia.
"Baiklah, saya akan buat laporan polis." Ucap Mika tiba-tiba dia tersedar yang dia berada di atas katil hospital. Dia lihat Kharil sedang tidur di sebelahnya. Mika bertanya. "Apa jadi dengan aku ni?"
Khairil tersedar dari tidur. "Kau dah sedar Mika, kau koma dah seminggu, kau kemalangan masa dalam perjalanan pulang dari rumah aku. Macammana kau boleh terbabas sampai langgar pokok?"
Mika rasa kepalanya sangat sakit. Dia tidak dapat berfikir dengan baik. Dia melihat Khairil, dia rasa mustahil yang keluarga Khairil akan berbuat seperti apa yang terjadi di dalam mimpinya di dalam koma. Keluarga Khairil sangat baik. Mungkin mimpi itu hanya mainan mindanya.
"Khairil, kau jujur dengan aku. Kampung kau ada amalkan sesuatu yang tak sepatutnya ke?" Tanya Mika inginkan jawapan.

"Tak sepatutnya macam apa?"

"Aku mimpi orang kampung kau macam ada mengamalkan ajaran sesat."
"Kau biar betul? Mana ada orang kampung aku macam tu."

Mika percaya dengan kata-kata Khairil kerana dia tahu yang Khairil susah menipu.
Dengan itu, dia bertindak melupakan mimpi yang dialaminya semasa koma. Tapi sejak itu, hubungannya dengan Khairil semakin renggang kerana Mika sudah tidak berani ingin kembali ke kampung tersebut atas gangguan yang pernah dialaminya.
Sudah dua tahun berlalu, mindanya masih teringat akan Julia. Dia masih menyangka yang mimpi dari koma itu seakan benar tapi masih merasa sangsi.

Tapi kerana ingin menghilangkan beban di jiwa serta dia juga sudah tidak rapat dengan Khairil, dia membuat laporan polis.
Pihak polis akhirnya membuat siasatan terhadap kampung tersebut dan ternyata memang benar kampung itu ada mengamalkan ajaran sesat yang diketuai oleh orang luar yang baru sahaja tiba di kampung tersebut.
Yang anehnya selepas siasatan, mangsa pengorbanan mereka yang dijumpai hanya satu dan usia ajaran sesat itu belum sampai setahun lagi. Mika rasa hairan kerana Julia bukan mangsa pengorbanan tersebut.
Waktu berjalan pantas, sudah 2 tahun lagi berlalu, Mika sedang membeli belah di sebuah pusat beli belah. Dia lupa mengambil troli, jadi dia membawa barang yang ingin dibeli menggunakan tangan.
Dia seperti biasa, berjalan tidak mengatur langkah. Lalu dia terlanggar seseorang sehingga barangnya jatuh. Dia mengeluh menunduk mengutip lalu memandang wajah orang yang dilanggarnya. "Julia??"
Julia terkejut yang Mika tahu namanya. "Macammana awak tahu nama saya?"

Mika mula hilang arah pantas matanya melihat Julia memakai nametag di dada. "Tu nametag awak."

Mulut Julia membulat. "Ooo."
Mika membantu Julia mengambil barangnya. "Saya minta maaf langgar awak."

"Eh takpe, saya pun salah sebab jalan tak tengok-tengok."

Mereka berdua berdiri, Julia ingin berjalan meninggalkan Mika. Mika memanggil Julia. "Cik Julia."
Julia berpaling. "Kenapa ye?"

"Boleh saya minta nombor telefon cik Julia?"

"Untuk apa ye?"
"Saya nak kenal dengan cik Julia, ke kita kena berlanggar lagi sekali baru saya boleh dapatkan nombor cik Julia? Hehe." Mika bergurau sedangkan itu bukan pertama kali mereka berlanggar sebenarnya.
"Hahaha, awak ni kelakar lah." Lalu Julia memberikan nombor telefonnya kepada Mika. Mika rasa sangat bahagia saat itu.

Semasa Julia berjalan meninggalkan Mika, saat itu Mika sedar yang roh yang menganggunya datang dari masa depan.
Sekiranya dia masih berkawan dengan Khairil dan tidak membuat laporan polis. Mungkin dia akan mengikuti Khairil dengan ajaran sesatnya dan Julia akan menjadi mangsa korban.

Tamat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AbstraKim

AbstraKim Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @abstrakim

27 Nov
Aku nak spill the tea tentang gangguan misteri ketukan pintu yang terjadi baru-baru ni.

Kalau lemah semangat, jangan baca.

Rt sebarkan keseraman kisah ini.

Ini adalah thread.
Aku akan start macam biasa pukul 11.30 malam ni, kalau start sekarang rasa macam kurang misterinya.

Korang juga boleh baca cerita lain yang aku tulis kat telegram, tekan je link ni 👇
t.me/abstrakim
Minta tolong Rt rezeki saya, semoga semua yang Rt murah rezeki😉👍

Anda ingin hidup anda dipenuhi dengan rasa plot twist yang membahagiakan😅

Anda boleh dapatkan buku Abstrakim dengan harga promosi😱
RM10.10 SAHAJA!!

Tekan link ni sekarang!! 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 57 tweets
21 Nov
Diganggu semasa menonton live streaming.

"Eh siapa perempuan tu? Seramnya.."

Selepas beberapa minit.

"Kenapa tak da orang komen pasal perempuan tu, aku je ke yang nampak."

Rt guys supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ni.

Ini adalah thread.
Macam biasa aku akan start 11.30 malam ni.

Kalau nak baca cerita yang pernah aku tulis, kau orang boleh join telegram aku 👇
t.me/abstrakim
Please Rt rezeki saya ini🙇.

Tak tahu nak shopping apa kat shopee! 🤔

Eh jangan pening kepala, boleh dapatkan buku abstrakim. Terus hilang pening.

Harga asal RM24.50 sekarang Rm10.10 sahaja.😱 (Terhad)

Cepat tekan link di bawah untuk order
shopee.com.my/product/278352…
Read 76 tweets
31 Oct
Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?

Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇
t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.

RM10.10 SAHAJA.

👇🤯🤯🤯🤯👇

Read 116 tweets
18 Oct
Jangan cabar benda yang tidak dapat dilihat, risau dia berdendam.

Dendam manusia boleh minta maaf, dendam jin?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Takkan nak start sekarang. Pocong kalau muncul tengah hari panas terik tengah-tengah padang sekolah pun orang tak rasa seram. Aku akan start 11.30 malam ni.

Kalau tak sabar sangat, korang boleh baca dulu cerita yang pernah aku tulis kat sini 👇

Nak lebih lagi boleh baca kat telegram jugak. Dalam tu dah ada 14 buah cerita. Nak baca tekan link ni 👇
t.me/abstrakim
Read 63 tweets
17 Oct
Ini kisah seram pendek berkaitan dengan asrama.

Rt guys jangan biarkan aku cerita sorang-sorang.

Ini adalah thread.
Tak semua tahu siapa aku. Aku dah tulis thread cerita lama dah. Korang boleh baca semua cerita tu kat sini 👇
Aku pun ada keluarkan buku. Ada promosi tu, rugi tak beli. Kalau berani, beli la. Aku cabar ni .👇 Hehe.
Read 46 tweets
12 Sep
"Setiap malam dia akan bertenggek atas pokok besar yang ada kat kampung kita ni."

"Budak cari line kot. Kampung ni kan selalu takda line."

"Aku bukan cakap pasal manusia."

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Tolong Rt rezeki saya ye, semoga anda semua murah rezeki.

Haritu ramai yang kata terlepas masa buku saya ada promosi.

Jadi saya lanjutkan promosi tu.
RM9.90 sahaja (Terhad)
Rating 5✨

Klik link ini untuk order shopee.com.my/product/278352…
Cuaca cerah dan kering di sebuah bandar menghangat situasi berkaitan isu semasa.

Aiman dan rakan sekerjanya iaitu Majid sedang berbual rancak di kedai makan.

"Kau tengoklah ni menteri dengan budak universiti pun nak gaduh." Rungut Majid.
Read 79 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!