Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?
Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇 t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.
Cerita ni sebenarnya sambungan dari thread aku yang sebelum ni, kalau terus baca risau tak faham pula. Kalau kau orang belum baca. Boleh baca dulu kat sini👇
Petang itu, Adam memandang ke langit biru yang terhampar indah. Dia berjalan-jalan di tepi pantai memikirkan kisah sedih hidupnya.
Umur sudah 35 tahun tapi masih lagi tidak berpunya. Kalau ada pertandingan bujang terlajak, kalau dia tak bertanding pun, dia yang menang.
Kalau dia bertanding pula, mungkin terus diserap masuk untuk berlawan di peringkat perlawanan antara planet.
Dia tertanya-tanya dalam diri. "Kenapa tiada orang yang nak kat aku?" Last time dia bercinta 12 tahun yang lalu, tu pun dengan simsimi.
Ibu kandungnya juga sering memarahinya. "Kau bila lah nak kahwin, aku nak cucu." Tapi semua itu tinggal kenangan, ibu kandungnya sudah pun meninggal dunia.
Mungkin dari situ, dia rasa menyesal kerana tidak berkahwin awal. Dia adalah anak tunggal. Melihat pasangan suami isteri beriadah bersama anak-anak di tepi pantai membuatkan dia rasa cemburu dan rasa kesunyian yang teramat sangat.
Air milo ais ikat tepi yang dipegangnya telah habis dihirup, pundi kencing mula memenuh. Matanya meliar mencari tandas.
Kelihatan ada tandas yang terletak di tengah-tengah, dia berjalan menuju ke arah itu.
Apabila sampai, dia terkejut dengan keadaan tandas yang agak kotor. Hilang selera pula ingin membuang. Ruang cahaya tidak dapat masuk membuatkan tandas itu gelap gelita walaupun hari masih siang.
Lampu pula tidak dapat dibuka, mungkin lupa bayar bil elektrik. Tapi dia sudah tidak tahan, hanya masuk melepaskan hajat kecil.
Semasa di dalam kubikel tandas, dia terperasan sesuatu. Ada nombor telefon yang ditulis di dinding. Nombor awek cun - 012-12345678.
Terdetik pula dihatinya untuk menghubungi nombor itu. Mungkin kerana sudah terlalu terdesak untuk mendapatkan pasangan hidup.
Lalu dia menghubungi nombor itu menggunakan telefon bimbitnya. Terdengar bunyi deringan. Dia sudah tidak sabar ingin mendengar suara awek cun.
Bunyi deringan hilang tanda yang panggilan itu telah diangkat. Tapi tiada bunyi suara. Adam berasa hairan. "Hello, hello."
Tiba-tiba muncul satu suara yang amat menyeramkan sedang membaca mentera. Bacaan itu seperti satu nyanyian lagu yang amat menyeramkan. Adam tersentak tapi dia seakan-akan terpaku sehingga mendengar bacaan itu sehingga habis.
Selepas dia sedar, dia terus mematikan panggilan itu. Perasaan takut mula menyelubungi diri. "Apa yang aku dengar tadi."
Dia pantas terus melangkah keluar dari tandas yang gelap gelita. Di luar tandas, Dia terkejut kerana rupanya di luar tandas pun sudah gelap. "Berapa lama aku duduk dalam tandas tu?"
Dia lihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dia mula ketakutan dan risau. Belum sempat dia melangkah ke arah motosikal, dia terdengar bunyi suara perempuan meminta tolong.
Dia terpandang ke arah pantai. "Siapa yang minta tolong tu?"
Keadaan di pantai itu sudah sunyi sepi tanpa pengunjung. Jadi suara meminta tolong itu kedengaran jelas.
Dia mula terfikir perkara yang tidak sepatutnya." Kalau aku pergi selamatkan perempuan tu, mesti dia suka kat aku."
Terlalu terdesak mencari jodoh, Adam berjalan ke arah pantai mencari dari mana suara meminta tolong itu datang. Semakin dia berjalan ke hadapan, suara itu sayup-sayup kedengaran.
Dia semakin keliru, air pantai sudah ada di kakinya. Dia tercari-cari dari mana suara itu datang. Tiba-tiba ombak seperti menolak sesuatu sehingga sampai ke kakinya. Dia tersentak, dia lihat ada bungkusan hitam di kaki.
Dia melihat sekeliling. "Siapa punya bungkusan hitam ni? Ke ni bungkusan hitam yang orang guna untuk curi-curi makan masa bulan puasa? Eh tu plastik hitam dan sekarang bukan bulan puasa."
Banyak persoalan yang bermain di minda. Dia harus mencari jawapan itu. Dia mencangkung untuk menyiasat. Dia memegang kain bungkusan itu, agak berat. Dia mula berusaha untuk membuka ikatan.
Tapi pergerakannya terhenti. Matanya terbeliak. Belum sempat dia membuka bungkusan itu, muncul suara meminta tolong tadi. Yang membuatkan dia terkejut, suara itu datang dari dalam bungkusan hitam itu. Bulunya meremang.
Dia yang ketakutan terus mencampaknya. Dia berlari dengan jantung berdebar-debar. Tanpa memakai helmet, dia naik ke atas motor untuk pulang ke rumah. Selamat tiada roadblock.
Sampai sahaja di rumah, dia masih ketakutan meluru membuka pagar rumah dan masuk ke dalam rumahnya.
Di dalam rumah, dia bernafas laju. Ketakutan masih merasuk diri.
Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku pada dirinya. Dia menampar wajahnya, terasa sakit. "Ini bukan mimpi. aku tampar rasa sakit. Eh habis kalau mimpi, rasa sedap ke?"
Tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas bersiap untuk mandi. Matanya masih melihat sekeliling sekiranya ada perkara yang mencurigakan.
Rumah yang dia tinggal sekarang ialah rumah keluarganya tapi ayah dan ibu kandungnya sudah pun meninggal dunia. Jadi dia tinggal seorang diri.
Keluar sahaja dari bilik mandi, perasaannya terasa lega sedikit.
Hatinya kembali tenang. Tiba-tiba dia terdengar bunyi suara orang memberi salam di luar rumah.
Dia rasa hairan. "Siapa pula yang datang rumah aku malam-malam ni?"
Dia berjalan ke arah tingkap rumah, dia melihat keluar. Dia lihat ada seorang nenek tua di luar pagar, wajahnya amat kesian. Teringat pula Adam akan arwah ibunya.
Kerana rasa simpati, dia membuka pintu ingin membantu.
Mungkin nenek tua itu ada menjual sesuatu. "Waalaikummusalam ada apa ye nek?"
Dia berjalan mendekati nenek tua itu lalu membuka pagar tanpa berfikir panjang. "Ada apa ni nek?"
Nenek tua itu dengan senyuman menghulurkan bungkusan hitam yang dia nampak di tepi pantai tadi. Adam tersentak. "Apa ni nek?"
"Nenek nampak tadi kamu tertinggal barang ni kat pantai, jadi nenek bawa barang ni nak bagi kat kamu. Kesian kamu, risau ni barang penting."
Adam mula memaki di dalam hati. "Wadehel nenek ni, aku dah buang, dia boleh pula bawak balik kat aku. Kalau yang bawak balik ni awek cantik, takpela jugak. "
Adam mula gelabah. "Eh nenek, nek salah faham ni. Ni bukan barang saya."
"La yeke? Tapi nek nampak kamu pegang barang ni tadi. Nenek rasa ni barang kamu."
"Eh nek, ni bukan barang saya."
"Kamu ambillah, kesian nenek jalan jauh dari pantai tadi tau."
Adam yang mudah simpati pada orang, mula rasa bersalah. Dia mahu menyedapkan hati wanita tua itu, dia ambil dan memasang niat untuk membuangnya selepas itu.
Nenek tua itu tersenyum gembira, mula meminta izin untuk berlalu pergi.
Adam rasa lega, dia menutup pagar dan membawa bungkusan hitam itu masuk ke dalam rumah.
Di ruang tamu, dia tunggu beberapa minit berlalu supaya nenek tua itu tidak ada lagi berdekatan dengan rumahnya, jadi dia akan buang bungkusan hitam itu.
Dia mula rasa aneh, bungkusan hitam itu kelihatan kering tidak basah di atas meja. Sedangkan kali terakhir dia melihatnya, dia mencampakkan bungkusan hitam itu ke pantai.
Hatinya mula rasa tidak tenang.
Dia mula sedar sesuatu. "Pantai tu bukan jauh ke? Macammana nenek tu boleh datang ke rumah aku?"
Selepas itu, dia makin tersedar perkara yang lebih aneh lagi. "Macammana dia tahu rumah aku?!!!!!"
Rasa kesian membawa padah. Dia teringat akan senyuman nenek tua tadi, senyuman itu lansung tidak menyenangkan malah amat menyeramkan.
Perasaan takut muncul dan dia semakin keliru. Melihat bungkusan hitam itu, perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.
Sambil duduk, Perlahan-lahan, dia menghalakan tangannya ke arah bungkusan hitam itu. Sambil menelan air liur, dia membuka bungkusan hitam itu.
Matanya ditutup, dia takut ingin melihat isinya. Yang dia tahu bungkusan hitam itu telah pun dibuka.
Perlahan-lahan matanya dibuka untuk melihat dan apabila pandangan matanya sudah terbuka luas, dia lihat di dalam bungkusan itu ada kepala nenek tua tadi yang sedang tersenyum ke arahnya dengan wajah hodoh mata terbeliak.
Dia tersentak ketakutan mencampakkan bungkusan hitam itu jatuh ke lantai. Matanya ditutup dengan tangan, dia tidak sangka dengan apa yang dilihat. Sangat menyeramkan.
Dia cuba membuka matanya semula sambil bernafas dengan laju. Dia lihat bungkusan itu yang ada di lantai masih terikat. Dia rasa hairan. "Bukan aku dah buka ke bungkusan tu tadi."
Muncul bunyi deringan telefon rumah. Dia tersentak lagi. "Siapa yang call?".
Dia mengangkat panggilan itu, tapi tiada suara yang dia dapat dengar. "Hello, hello?"
Tiba-tiba muncul suara mengilai dihujung talian membuatkan dia tercampak telefon itu. Badannya sudah menggigil. Perasaan takut semakin bertambah.
Dia ambil semula telefon rumah yang dicampak, lalu dia letak tempat asal.
Bunyi deringan muncul semula, dia mencabut wayar telefon rumah itu supaya berhenti berdering lalu dia naik ke tingkat atas masuk ke dalam bilik.
Dadanya turun naik kerana bernafas laju. Dia melompat ke atas katil menyorok di dalam selimut. Sudah tidak tahan dengan gangguan.
Semasa di dalam selimut, dia terdengar bunyi deringan telefon rumah di tingkat bawah. Dia mula rasa aneh. "Eh bukan aku dah cabut wayar telefon ke? Ke aku lupa?" Dia tidak pasti.
Dia menggigil di dalam selimut walaupun tidak dingin.
Kerana kepenatan, akhirnya dia terbuai dalam mimpi yang lena.
Tapi lenanya tidak begitu lama, dia terjaga ketika jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Bangun sahaja dari tidur, rasa takutnya sudah hilang.
Dia turun ingin ke tandas yang berada di tingkat bawah. Fikirannya kosong. Semasa sedang melepaskan hajat, baru dia teringat peristiwa seram yang terjadi semalam. Rasa takut kembali datang semula sedikit demi sedikit.
Dia keluar dari tandas, dia lihat bungkusan hitam ada di lantai. Dia berjalan ke arah itu ingin membuangnya tapi dia mula teringat sesuatu. Semalam telefon rumahnya berbunyi sedangkan wayarnya sudah dicabut. Dia cuba memeriksa.
Matanya terbeliak terkejut, wayar memang sudah dicabut. "Habis macammana telefon ni boleh berbunyi?"
Muncul bunyi deringan dari telefon itu , Adam tersentak lagi. "Macammana telefon rumah ni boleh berbunyi sedangkan aku dah cabut wayar?"
Dia dengan tangan terketar-ketar cuba mengangkat panggilan itu.
Apabila telefon rumah itu sudah diangkat, tiada kedengaran suara. "Hello, hello?"
Suasana sunyi sepi untuk beberapa saat. Tiba-tiba muncul suara seperti perempuan tua yang amat menyeramkan. "Aku dah ada kat dalam bilik kau."
Adam terkejut mencampakkan telefon rumah, dia jadi tidak berani untuk naik ke atas. Dia baring di atas sofa ketakutan dan menggigil sehingga akhirnya dia tertidur.
Keesokkan hari, dia terus bergegas ke rumah kawannya iaitu Adli. Adli ialah seorang hacker yang sangat hebat di dalam negara. Dia bekerja secara rahsia di dalam negara bersama beberapa pasukan elit dalam bidang hacker.
Adam ialah seorang bekas polis. Dari situ, dia dapat mengenali Adli dan hubungan mereka semakin rapat menjadi kawan baik. Dia menceritakan apa yang terjadi kepada Adli.
"Tu lah kau, kalau terdesak pun nak cari pasangan, jangan lah sampai ambil nombor telefon kat toilet." Nasihat Adli.
"Aku mana tahu benda nak jadi macam ni? Sekarang kau kena tolong aku."
"Tolong apa? Tolong lawan hantu yang kacau kau tu, gila. Kau ingat aku ni tok bomoh ke? Tu bukan kerja aku."
"Aku bukan suruh kau lawan hantu tu, aku nak kau check nombor siapa yang aku call tu, kau kan hacker, mesti kau ada data-data yang boleh kau tahu."
"Bagi aku nombor tu, biar aku check."
Nombor diberi, Adli menaip di dalam komputer. Setelah beberapa minit, dia jumpa. "Aku dah jumpa pemilik nombor telefon tu."
"Wah baguslah, siapa?"
"Tapi.."
"Tapi apa?"
"Pemilik nombor tu dah mati."
Mata Adli terbeliak. "Dah mati, mustahil habis nombor tu masih aktif kan?"
"Ye masih aktif tapi pemiliknya memang dah mati."
"Siapa nama pemilik nombor tu?"
Adli menelan air liur sebelum meluahkan nama. "Amy bin Razak."
Dahi Adam berkerut. "Amy bin Razak?"
"Aah, kenapa?"
"Aku macam pernah dengar nama tu." Matanya cuba dipejamkan. Dia cuba mengingati kembali nama itu di dalam ingatannya. lama-lama dia mula teringat. "Aku dah ingat!!!"
Adli bertanya. "Siapa Amy ni?"
"Dia kawan sekolah aku dulu, masa kami tingkatan1, dorm kami diganggu dengan jin nenek tua. Dia orang pertama yang diganggu, lepastu gangguan tu merebak di dalam dorm tu. Selepas itu, ibu bapa kami semua pindahkam kami ke sekolah lain, jadi kami tak pernah berjumpa lagi lepastu."
"Kau pernah kena ganggu dengan nenek tua tu?"
"Pernah, adakah yang ganggu aku ni nenek tua yang sama? Macammana Amy mati?"
Adli menaip di papan kekunci, lalu dia bersuara. "Menurut artikel yang aku baca ni, dia mati 12 tahun yang lepas sebab bunuh diri."
"Kenapa dia bunuh diri?"
"Dia bunuh diri sebab stress dan depresi sebab dia bunuh mak ayah dia malam dia kena rasuk."
"Apa?!"
"Aah, sekarang ni kau kena bagitahu aku, siapa lagi yang kena ganggu dengan nenek tua tu masa kau dalam dorm tu? Mungkin kita boleh cari jawapan dibalik misteri gangguan yang kau alami ni."
Adam menutup mata, dia cuba menyambung suiz-suiz di dalam otaknya. Akhirnya dia jumpa. "Ada 5 orang yang pernah kena rasuk dengan nenek tua tu masa kami tinggal di dalam dorm tu."
"Siapa?"
"Aku, Amy, Ahmad albab, Alim, Aiman."
"Wow semua nama capital A, pandai jin ni pilih mangsa. Bagi aku masa untuk kaji. Petang nanti kau datang semula ke rumah aku."
"Baiklah." Adam keluar dari rumah Adli. Dia menaiki motosikal mencari tempat makan. Dalam hati, dia berasa sangat sedih atas kematian Amy. Rasa geram muncul. "Apa nasib kawan-kawan aku yang lain."
Akhirnya waktu petang tiba, Adam melangkah masuk ke bilik Adli dengan rasa berdebar-debar. Dia lihat Adli masih di hadapan komputer. Adli agak tersentak melihat Adam datang secara tiba-tiba. "Eh Adam, kau dah sampai?"
"Macammana? Kau jumpa apa-apa tak?
"Aku jumpa benda yang sangat menarik, bila aku kaji pasal kes kau ni."
"Benda apa?"
"Jin yang ganggu kau orang ni bukan jin biasa ianya jin purba yang pernah tertulis di dalam kitab purba."
"Macammana kau tahu?"
Adli memberi gambar yang sudah diprint melalui komputernya. "Kau tengok gambar ni, apa yang kau nampak?"
Adam meniliti gambar tersebut. "Aku tak tahu, nampak macam simbol."
"Ye betul simbol, simbol ni ada sebelum Amy mati bunuh diri. Dia lukis sendiri menggunakan darah. Simbol ni ialah simbol kekuasaan dari jin purba tu."
"Macammana dengan kawan-kawan aku yang lain?"
"Maaf tapi mereka semua pun dah mati bunuh diri."
"Apa?! Habis kenapa aku masih hidup? Kenapa baru sekarang aku diganggu!"
"Sabar, diorang tak mati serentak. Selepas Amy menjadi mangsa, setiap 3 tahun, kawan-kawan kau yang lain pula menjadi mangsa. Kau sahaja yang masih hidup, kalau ikut kiraan, ini ialah tahun kau pula menjadi mangsa."
Mata Adam terbeliak. "Apa semua ni? Apa salah kami sampai kami patut kena macam ni? Apa yang jin tu nak?"
"Mengikut kajian aku, jin purba tu tak patut disalahkan. Tapi yang patut dipersalahkan ialah tuan milik jin purba tu."
"Jin tu ada tuan?"
"Ye, untuk membela jin purba ni agak susah. Sebelum dapat memilikinya, tuan itu harus memberi jin itu makan 5 jenis dosa."
"Aku tak faham, macammana dia nak beri makan 5 jenis dosa, apa kena mengena dengan kami."
"Mengikut apa yang aku baca sebelum kawan-kawan kau bunuh diri mereka melakukan dosa tertentu.
1 Amy. Dosa membunuh. Dia membunuh ibu bapanya.
2. Ahmad Albab. Dosa merogol. Dia merogol jiran sebelah rumahnya.
3. Alim. Dosa fitnah. Dia fitnah yang covid19 tu tak wujud. Agenda yahudi. Last-last dia pun kena covid.
4. Aiman. Dosa tamak. Dia merompak bank. "
"Adakah mereka semua sedar semasa melakukan dosa-dosa tu?" Tanya Adam.
"Tak, mereka tak sedar, mereka dirasuk."
"Jadi apa dosa yang aku akan buat?"
Adli menggelengkan kepala. "Aku tak tahu dan tak pasti, tapi mereka semua ada dapat bungkusan hitam, di dalam bungkusan hitam itu mungkin ada alat untuk mereka melakukan dosa. Kau pun ada dapatkan?"
"Aah, aku ada dapat."
Muka Adam semakin resah, dia keliru dengan jalan seterusnya.
Adli tahu akan kerisauan dalam diri Adam. "Kau jangan risau."
Adam menatap wajah Adli. "Kenapa?"
"Aku tahu siapa yang buat semua ni."
Adam tergamam. "Macammana kau tahu?"
"Aku dapat kesan yang nombor Amy sentiasa aktif sebab ada yang topup nombor tu setiap bulan. Mungkin untuk lancarkan misinya."
"Siapa dia?"
Adli menyerahkan alamat suspek kepada Adam.
Adam pulang ke rumahnya untuk melihat isi di dalam bungkusan hitam. Hatinya rasa berdebar, perlahan-lahan dia buka.
Dia lihat di dalam itu isinya ialah tali. "Dosa apa yang dia nak aku buat dengan tali ni."
Dia terlihat kipas siling. "Dosa bunuh diri ke? Tak guna, sebelum apa-apa jadi, aku akan bunuh kau guna barang yang kau bagi."
Adam dengan rasa dendam menaiki motor ke alamat rumah yang diberi oleh Adli.
Sampai sahaja di hadapan rumah itu, dia mengetuk pintu sekuat hati seperti marah.
Tidak sangka yang keluar membuka pintu rumah ialah suspek. Dia dengan marah menendang suspek sehingga jatuh tergolek. Dalam rumah kelihatan sunyi, suspek tinggal seorang diri.
"Ustaz Alam!!! Tak sangka ustaz sanggup buat benda khurafat! Sanggup gadaikan nyawa kami pelajar ustaz!!"
Ustaz Alam tersentak yang rahsianya sudah terbongkar, perlahan-lahan bibirnya mula tersenyum dan akhirnya ketawa. "Hahaha, macammana kau tahu?"
"Macammana saya tahu tu tak penting, yang penting apa salah kami sampai ustaz sanggup buat kami semua macam ni?"
"Hahaha, Aku cuma mahu kuasa, tu je."
Adam semakin geram tidak sangka nyawa dia dan kawan-kawan tidak berharga di mata ustaz ini. Dia menendang wajah Ustaz Alam itu dengan rasa geram. Lalu dia bertanya lagi. "Macammana nak buat supaya aku tak lakukan dosa tu?!"
"Hahaha, kau dah dengar bacaan mentera tu, semuanya tak boleh berpatah balik, kau akan tetap melakukan dosa tu. Hahaha Dan aku akan memiliki jin purba tu dan aku akan berkuasa."
Kata-kata ustaz Alam itu menambahkan lagi rasa geram dalam diri Adam. Dia sekali lagi menendang wajah ustaz Alam sehingga berdarah. "Kenapa selepas 10 tahun dari peristiwa kami dirasuk di dalam dorm asrama tu baru ustaz nak jalankan misi ustaz ni? Sebenarnya ustaz ni siapa?"
Ustaz Alam ketawa mula bercerita. Ibu kandungnya ialah seorang dukun handal. Tapi dia dan kakak kandungnya tidak dibawa untuk menerajui ilmu hitam yang ada. Mereka berdua menuntut ilmu agama. Sehingga Alam menjadi seorang ustaz dan kakaknya menjadi seorang guru mengaji.
Tapi iman tak selalu kuat, hidup tak selalu tenang. Alam diuji teruk dengan kehidupan sehingga akhirnya dia rebah jatuh menuntut ilmu hitam dengan ibu kandungnya.
Jadi setelah ibu kandungnya meninggal dunia. Jin purba yang ada pada ibu kandungnya jatuh menjadi miliknya.
Tapi ada syaratnya, dia harus memberi jin purba itu makan 5 jenis dosa. Jadi dia cuba memerangkap pelajar yang tinggal di dalam asrama.
Orang itu ialah Amy, Ahmad Albab, Alim, Aiman dan Adam. Amy ialah anak saudaranya tapi Amy tak tahu.
Namun begitu, masalah timbul. Seorang ustaz yang dibawa dari luar sekolah muncul. Ustaz itu sangat handal, dia telah memagar dorm asrama itu dengan sangat kuat dan akhirnya jin itu tidak dapat keluar lagi.
Ustaz Alam cuba membuka pagar yang ada pada dorm asrama itu tapi tidak berjaya, sehingga dia putus asa untuk meneruskan misinya.
Walaupun pagar itu kuat tapi ianya tidak tahan lama, selepas 10 tahun pagar itu musnah selepas dimasuki oleh beberapa orang pelajar.
Jadi misinya untuk memberi makan jin itu dengan 5 dosa bermula semula.
Tamat cerita ustaz Alam.
Adam rasa geram dengan kisah itu mengeluarkan tali yang dia dapat dari bungkusan hitam menjerut leher ustaz Alam. "Aku dah tahu macammana nak buat aku tak buat dosa tu, caranya ialah dengan membunuh kau! Jadi kau takkan dapat memiliki jin tu."
Ustaz Alam semakin lemas dijerut dengan tali itu, dia cuba merayu supaya dilepaskan. Tapi Adam tidak memperdulikan sehingga akhirnya ustaz Alam mati ditangannya.
Tidak bernafas lagi.
Dia menghela nafas lega. Dia rasa seperti beban sudah hilang.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi tepukan tangan datang dari arah dapur, dia rasa aneh. Dia memandang ke arah dapur. Dia terkejut melihat Aldi. "Adli, apa kau buat kat sini?"
Adli tersenyum sinis berhenti menepuk tangan. "Kau tanya aku? Apa aku buat kat sini? Ni rumah ayah aku. Kau tu, apa yang kau buat kat sini?'
Adam semakin keliru. "Apa semua ini? Ustaz Alam ni ayah kau? Kenapa kau biarkan aku bunuh ayah kau?"
"Sebab pemilik jin purba tu bukan ayah aku tapi aku. Ayah aku dah warisi jin tu pada aku, sebab dia dah tua. Tiada guna pun dia memiliki kuasa dari jin purba tu."
Adam terkedu. "Aku akan bunuh kau pula, supaya kau tak dapat penuhi permintaan jin tu, kau akan kalah."
Adli ketawa. "Hahaha, aku dah menang dah pun."
Adam tergamam. "Apa maksud kau?"
"Sebab dosa yang kelima ialah dendam. Kau dah buat dosa tu. Kau dah balas dendam untuk kawan-Kawan kau. Hahaha." Kata Adli ketawa lalu berjalan keluar dari pintu dapur.
Adam naik marah cuba ingin mendapatkan Adli tapi badannya terasa berat. Muncul simbol kekuasan jin purba itu berwarna darah di siling rumah itu.
Mata putihnya menjadi warna hitam. Keseluruhan matanya hitam pekat.
Muncul nenek tua dihadapannya tidak berkepala. Adam ketakutan, dia menggigil, badan berpeluh. Adam tidak dapat bergerak.
Nenek tua itu melangkah perlahan-lahan ke arahnya, lalu dia menunjukkan jari ke atas.
Adam melihat ke atas, kelihatan kepala nenek itu jatuh dari siling ke wajahnya dengan muka yang amat mengerikan. Lalu dia dirasuk. Dia tidak dapat lagi mengawal tubuh.
Waktu berjalan pantas, Keesokkan hari tajuk berita utama sangat menggemparkan negara. "Bekas pelajar bunuh warden asrama sekolahnya lalu membunuh diri.'
Tamat
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Jangan cabar benda yang tidak dapat dilihat, risau dia berdendam.
Dendam manusia boleh minta maaf, dendam jin?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Takkan nak start sekarang. Pocong kalau muncul tengah hari panas terik tengah-tengah padang sekolah pun orang tak rasa seram. Aku akan start 11.30 malam ni.
Kalau tak sabar sangat, korang boleh baca dulu cerita yang pernah aku tulis kat sini 👇