Malam itu puan Sofea mendodoikan anak perempuannya iaitu Nina yang berusia 6 tahun sehingga nyenyak. Dia ada urusan di hospital, sudah menjadi tugasnya berbakti sekiranya dipanggil. Setelah Sofea dibuai masuk ke alam mimpi, dia bangun bersiap untuk ke tempat kerja.
Selepas beberapa jam, Nina terjaga dari tidur. Dibalik kesunyian malam, dia terdengar bunyi ketukan pintu yang agak kuat. Nina turun dari atas katil melangkah keluar dari bilik.
Mindanya kosong masih mamai, Melihat ke arah pintu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Nina mula berjalan pantas ingin membuka pintu.
Tiba-tiba muncul suara menghalangnya. "Nina, jangan buka pintu tu."
Nina berpaling melihat yang ayah kandungnya iaitu Fahrin sedang duduk di atas kerusi ruang tamu memandangnya. "Eh daddy belum tido?"
"Nina meh sini." Panggil Fahrin.
Bunyi ketukan hilang, Nina berjalan menghampiri ayahnya bertanya. "Kenapa Nina tak boleh buka pintu tu?"
Fahrin tidak mahu anak perempuannya itu menjadi takut, jadi dia menipu. "Tu bunyi anginlah."
"Eh yeke? Kuatnya bunyi angin tu." Wajah Nina kehairanan.
Fahrin terdiam, di dalam minda Fahrin sekarang sedang terbayang peristiwa yang pernah terjadi dalam hidupnya berpuluh tahun yang lalu ketika dia berusia 6 tahun.
Dia tinggal di dalam sebuah kampung yang agak terpencil dan jauh dari bandar. Rumahnya ketika itu diperbuat daripada papan dan agak usang kerana sudah lama tidak di baik pulih sejak ayah kandungnya sakit.
Ayah kandungnya sudah tua dan tidak boleh berdiri lama. Dia banyak menghabiskan masa di dalam bilik berehat.
Ayah kandungnya mempunyai kedai makan yang terletak di tengah-tengah kampung. Apabila sekarang dia sakit, ibu kandungnya yang mengusahakan kedai makan tersebut.
Malam itu hanya dia dan ayah kandungnya yang berada di dalam rumah. Abang kandungnya membantu ibunya di kedai makan.
Fahrin baring di atas katil ingin melelapkan mata. Keadaan rumahnya pada malam itu sangat suram kerana lampu yang malap.
Tiba-tiba dia terdengar suara ayah kandungnya memanggil. "Fahrin!! Fahrin!!"
Fahrin dengan segera menuju ke bilik ayah kandungnya dengan pantas, apabila sampai dia terkejut melihat ayah kandungnya sedang menutup wajahnya dengan tangan di atas katil. "Ayah, kenapa ni?"
"Tolong tutupkan tingkap." Arah ayah kandungnya yang posisi baringnya boleh melihat ke arah tingkap dengan sangat jelas.
Keadaan pada malam itu sangat berhaba, jadi kalau tingkap ditutup risau keadaan bilik itu akan menjadi sangat panas.
Kipas pun tiada. "Ayah, tingkap tak boleh tutup, nanti bilik ni panas."
"Tutuplah, aku nampak ada benda seram kat tingkap tu."
Fahrin rasa hairan, dia melihat ke arah tingkap. "Mana ada apa-apa yah."
Ayah kandungnya membuka tangan yang ada di wajah untuk melihat dan menjerit ketakutan menggigil. "Dia masih ada di tingkap tu, tolonglah tutup."
Fahrin melihat ke arah tingkap tapi tiada apa-apa perkara yang mencurigakan. Dahinya berkerut.
Ketika itu, dia berfikiran mungkin ayah kandungnya itu sedang berhalusinasi. Tidak mahu merumitkan keadaan, dia bangun ingin menutup tingkap.
Tapi tidak tahu kenapa, ketika dia sedang berjalan melangkah ingin ke tingkap, bulu romanya meremang. Dia rasa seperti ada sesuatu yang sedang melihatnya di tingkap.
Dia tetap meneruskan langkah dengan tujuannya. Sampai di hadapan tingkap, dia menghembuskan nafas, lalu melihat ke arah luar, keadaan gelap gelita dengan pemandangan ialah sebuah pokok besar yang menggerunkan.
Tingkap rumah kampung yang lama, penutupnya berada di bahagian luar, jadi Fahrin harus mengeluarkan tangan ke luar dan menariknya untuk ditutup.
Tangan dihulur untuk menarik penutup tingkap tersebut,
tiba-tiba dia tersentak menjerit dan terjatuh. Dia dapat rasakan seperti ada sesuatu yang menyentuh tangannya tadi.
Ayah kandungnya bersuara. "Ha kan aku dah cakap yang dia ada kat tingkap tu, cepat tutup, dia tengah tengok kamu."
Fahrin dengan rasa berdebar memandang ke tingkap, dia lihat tiada apa-apa. Tapi dia rasa sangat takut dan merasakan ada sesuatu sedang merenung tajam ke arahnya.
Badannya turut menggigil, nafasnya turun naik dengan sangat laju.
Dia tidak berani ingin menutup tingkap. Hatinya rasa resah. "Ayah, jom kita pergi ruang tamu."
Fahrin lantas bangun membantu ayahnya untuk bergerak melangkah ke ruang tamu.
Sampai di ruang tamu, mereka berdua baring di situ. "Harini biar Fahrin teman ayah tidur."
Ayah kandungnya mula batuk-batuk sambil bersuara garau. "Hidup ayah dah tak lama, kalau ayah dah tiada, siapa yang nak jaga keluarga kita."
"Ayah jangan cakap macamtu..."
Belum sempat Fahrin ingin menghabiskan ayatnya. Pintu rumah kedengaran bunyi ketukan. Mata mereka berdua terarah ke pintu.
"Eh ibu dah balik." Fahrin pantas bangun menuju ke pintu.
Belum sempat dia sampai ke arah pintu. Ayah kandungnya berteriak dengan suara garau kepenatan. "Fahrin, jangan buka pintu tu, itu bukan ibu kamu."
Fahrin berpaling dengan rasa hairan. "Mana ayah tahu?"
"Aku dapat rasa yang kat luar tu bukan ibu kamu."
Fahrin seperti tidak mempercayai ayah kandungnya mula berjalan ke arah pintu tapi dia tetap berhati-hati. Dia bertanya. "Ibu ke kat depan pintu tu?"
Bunyi ketukan berhenti, keadaan menjadi sunyi.
Fahrin mula berpeluh ketakutan, wajahnya pucat, dia sedar yang mengetuk pintu rumahnya bukan ibu kandungnya.
Dia berdiri kaku seperti sudah hilang nyawa di badan.
Dalam kesunyian malam, tiba-tiba Muncul suara garau kasar yang amat menyeramkan berkata. "Bukalah pintu, aku nak masuk."
Fahrin lantas berlari ketakutan baring di sebelah ayahnya.
Ayah kandungnya tersengih. "Kan aku dah cakap, kau tak percaya"
Fahrin ketakutan sudah tahap dewa. "Siapa yang ketuk pintu tu yah?"
Ayah Fahrin merenung siling rumah, dia seperti memikirkan sesuatu sambil mulutnya bersuara. "Aku tak tahu, tapi masa dulu ada kisah seram berkaitan dengan ketukan pintu di kampung kita ni."
"Kisah apa?"
Zaman dahulu ada seorang bomoh terkenal yang memiliki banyak jin. Selepas kematiannya, semua jin kepunyaan bomoh itu berjalan di seluruh kampung mengetuk pintu bagi mencari tuan yang baru. Semua penduduk kampung diarah bersembunyi di dalam rumah selama sebulan.
Mereka haruslah bergelap dan membuat seperti rumah tiada orang. Bersembunyi di tempat yang selamat di dalam rumah supaya tidak dijumpai. Sesiapa yang membuka ketukan yang ada pada pintu, dia akan memiliki jin tersebut.
Tamat cerita ayah kandung Fahrin. Mendengar kisah itu membuatkan Fahrin bertambah rasa takut, dia baring menutup mata ingin melupakan kejadian tadi dan akhirnya tertidur.
Bayangan Fahrin tentang peristiwa berpuluh tahun yang lalu lenyap apabila suara anaknya muncul kembali. "Daddy, Nina ngantuk lah."
Fahrin bangun dari duduk membawa anaknya menuju ke atas katil.
Fahrin mendodoikan Nina sehingga akhirnya dia masuk ke alam mimpi bukan alam sebalik mata.
Fahrin tersenyum melihat wajah comel anak kandungnya itu yang sudah nyenyak tidur. Rasa sayang pada anaknya memang tidak dapat dihitung.
Dia berjalan menuju ke ruang tamu, bunyi ketukan muncul semula.
Fahrin membatu, dia ada mendapat konklusi dari cerita ayah kandungnya itu sebenarnya penduduk kampung diarah untuk bersembunyi selama sebulan di dalam rumah bukan kerana ketukan jin dari bomoh yang telah mati.
Tapi sebenarnya ketukan dari askar komunis yang mencari mangsa di waktu malam. Tapi Fahrin masih ragu dengan konklusi itu, dia mahu jawapan yang sebenar.
Pintu masih diketuk dan seperti ada suara yang memanggil namanya. Ianya tidak kedengaran di telinga tapi di minda.
Sifat ingin tahu yang membuak-buak, dia melangkah perlahan-lahan dengan rasa berdebar.
Sampai di hadapan pintu, dia menghela nafas dan memulas tombol pintu membuka dengan pantas.
Matanya terbeliak melihat di hadapan pintu berdirinya makhluk yang sangat hodoh, wajahnya seperti dibakar, bola matanya terkeluar sedang merenung tajam ke arahnya.
Fahrin terjatuh terduduk ketakutan melihat makhluk itu berdiri tenang di hadapannya. "Siapa kau?"
"Kau lupa siapa aku?" Tanya makhluk itu dengan nada suara yang amat menyeramkan.
"Aku tak kenal kau." Suara Fahrin terketar-ketar.
"Kau pasti?"
Fahrin terdiam, dia lihat makhluk itu dari atas ke bawah dalam keadaan menggigil. Mindanya cuba beroperasi dan dia rasa seperti pernah melihat makhluk itu.
Dia selalu melihatnya dan dia mula tersedar. "Kau adalah aku."
Makhluk itu tersenyum.
Di dalam latar minda Fahrin mula teringat kembali peristiwa berpuluh tahun dulu selepas dia tidur bersama ayah kandungnya di ruang tamu. Semasa sedang tidur, dia ada terdengar pintu dibuka oleh seseorang tapi dia membiarkan sahaja kerana terlalu mengantuk untuk melihat.
Akhirnya dia dikejutkan oleh ibu kandungnya yang baru sahaja pulang dari berniaga. "Fahrin, asal tidur kat ruang tamu, bangun tidur dalam bilik."
Fahrin dalam keadaan mamai bersuara. "Fahrin teman ayah tidur kat ruang tamu tadi."
Mata ibu kandungnya terbeliak dan berkaca dengan air mata. "Fahrin, jangan cakap benda bukan-bukan."
"Kenapa ni ibu?"
"Ayah kamu dah seminggu meninggal dunia. Kamu tak faham-faham ke? Ayah takkan kembali."
Fahrin berasa hairan. "Tapi tadi.."
"Dah bangun, masuk dalam bilik."
Fahrin bangun berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan ibu kandungnya yang menangis teresak-esak di ruang tamu.
Tamat bayangan di minda Fahrin. Mata Fahrin mula berkaca. "Jadi aku dah mati."
"Ye seminggu yang lalu, aku datang nak jemput kau." Kata makhluk itu.
"Tapi macammana dengan anak aku, dia masih kecil? Macammana dia nak hidup tanpa seorang ayah?"
"Fahrin, ni bukan dunia kita, bangunlah, kita pergi dari sini."
"Aku tak nak!!" Teriak Fahrin menangis teresak-esak.
Muncul suara dari arah belakang makhluk itu memanggil Fahrin dengan lemah lembut. "Fahrin."
Fahrin lihat ayah dan ibu kandungnya berpakaian putih berdiri tersenyum berseri di belakang makhluk itu. "Ayah, ibu."
Fahrin mula sedikit tenang, dia bangun berdiri dan bersuara. "Tapi bagi aku masa 5 minit.'
Makhluk itu mengangguk setuju. Fahrin berjalan masuk ke dalam bilik anaknya. Dia mula sedar yang itu ialah kali terakhir pertemuan mereka. Fahrin menangis teresak-esak, tanpa dia sedar air matanya jatuh ke wajah Nina.
Nina tersedar dari tidur. "Eh kenapa daddy nangis?"
Fahrin mengelap air matanya dengan jari. "Mana ada daddy nangis, mata masuk habuk lah."
"Ooo" Membulat mulut Nina.
Fahrin mendekati anak kandungnya itu bertanya. "Nina sayang daddy tak?"
"Mestilah sayang, always."
Mata Fahrin masih berkaca. "Kalau daddy tiada lagi dengan Nina boleh tak?"
Wajah Nina mula monyok. "Tak boleh, nanti Nina rindu."
Mendengar jawapan anak kandungnya itu Fahrin mula menahan sebak lalu berkata. "Nina jangan risau, kalau ayah tiada, Nina tengok je bintang kat langit. daddy ada kat bintang tu tengah tengok Nina."
Nina teruja. " Wah, Yeke daddy?"
"Ye, dah tidur." Fahrin menyelimuti anak kandungnya dan mengusap-usap kepalanya. Selepas Nina sudah kelihatan seperti lenyap di alam mimpi, Fahrin mencium dahi anaknya buat kali yang terakhir.
Lalu dia berdiri berjalan meninggalkan bilik itu menuju ke pintu rumah. Kelitan wajah Fahrin penuh dengan rasa bahagia dengan senyuman. "Jom."
"Kenapa kau tersenyum? Kau gembira tinggalkan anak kau." Tanya makhluk itu.
"Aku tak gembira tinggalkan anak aku, cuma aku gembira yang aku tahu dia kuat untuk hadapi apa yang akan berlaku dalam hidupnya.."
"Macammana kau tahu dia kuat?"
"Bila aku tengok dia, aku nampak diri aku masa aku kecil dulu. Jadi dia mesti juga akan kuat macam aku." Balas Fahrin tersenyum lalu menutup pintu berjalan meninggalkan rumahnya.
Tamat.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?
Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇 t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.
Jangan cabar benda yang tidak dapat dilihat, risau dia berdendam.
Dendam manusia boleh minta maaf, dendam jin?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Takkan nak start sekarang. Pocong kalau muncul tengah hari panas terik tengah-tengah padang sekolah pun orang tak rasa seram. Aku akan start 11.30 malam ni.
Kalau tak sabar sangat, korang boleh baca dulu cerita yang pernah aku tulis kat sini 👇