AbstraKim Profile picture
21 Nov, 76 tweets, 11 min read
Diganggu semasa menonton live streaming.

"Eh siapa perempuan tu? Seramnya.."

Selepas beberapa minit.

"Kenapa tak da orang komen pasal perempuan tu, aku je ke yang nampak."

Rt guys supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ni.

Ini adalah thread.
Macam biasa aku akan start 11.30 malam ni.

Kalau nak baca cerita yang pernah aku tulis, kau orang boleh join telegram aku 👇
t.me/abstrakim
Please Rt rezeki saya ini🙇.

Tak tahu nak shopping apa kat shopee! 🤔

Eh jangan pening kepala, boleh dapatkan buku abstrakim. Terus hilang pening.

Harga asal RM24.50 sekarang Rm10.10 sahaja.😱 (Terhad)

Cepat tekan link di bawah untuk order
shopee.com.my/product/278352…
Mail bukan nama sebenar ialah seorang lelaki yang berumur 27 tahun. Dia bekerja di sebuah restoran di ibu kota. Dia bekerja dari pukul 2 petang hingga 10 malam. Pulang sahaja dari kerja, dia banyak menghabiskan masanya di hadapan laptop. Itu lah rutin dalam hidupnya seharian.
Menonton video, filem atau sebagainya. Mail tinggal di dalam rumah bekas kepunyaan arwah mak dan ayah kandungnya. Dalam keseorangan, dia mengisi semua rasa kosong di dalam hidupnya dengan berhibur di hadapan laptop.
Malam itu, sama seperti selalu, dia membuka laptop di atas meja di dalam biliknya yang terletak di tingkat 2. Dia membuka laman sosialnya hanya untuk mengetahui isu semasa.
Dalam masa yang sama, dia terperasan ramai kawannya di laman sosialnya berkongsi tentang live streaming seorang gamers yang agak popular ketika itu.
Nama page akaun itu ialah Bobo gamers bukan nama page sebenar. Dia lihat ramai yang menonton, jadi dia tertarik , sedangkan itu bukan rutinnya selalu.

Ketika itu Bobo gamers sedang bermain game yang bergenre seram. Muzik latar di dalam permainan video itu amat menyeramkan.
Mail mula meneruskan menonton. Mulut Bobo gamers tidak habis berceloteh, ada saja idea ingin menghiburkan penonton. Video rakaman live itu memaparkan Bobo gamers yang duduk di kerusi berlatar belakangkan sebuah tingkap kaca yang tidak ditutup dengan langsir.
Tiba-tiba Mail terperasan sesuatu yang aneh, di balik tingkap kaca di belakang bobo gamers samar-samar seperti ada seorang perempuan berbaju putih dengan rambutnya panjang.
Mail cuba mendekatkan wajah ke arah skrin laptop, dia memang pasti yang dia tidak tersalah lihat. Bulunya mula meremang.
"Ke ni gimik sebab dia tengah main game seram." Mail cuba positif di dalam hati.

Mungkin itu hanya bayangan tapi dia lihat makhluk di balik tingkap itu seperti bergerak ke kiri dan kanan berulang kali dengan sangat perlahan. Mail menelan air liur, dia semakin gementar.
Dia membuka ruang komen tapi tiada satu manusia pun yang menyatakan tentang apa yang dia lihat. "Kenapa tiada yang komen, ke aku sorang je yang nampak."

Jiwanya semakin ragu. Dia mula menaip. "Apa yang kat tingkap tu?"
Tapi komen chat di situ sangat laju sehingga menenggelamkan apa yang ditaipnya. Dia rasa musykil. Sifat ingin tahunya membuak-buak dan berharap itu ialah hanya satu gimik.
Tiba-tiba makhluk yang ada di tingkap itu seperti terbang ke atas dengan pantas membuatkan Mail sedikit tersentak. "Mana dia pergi?" Tapi tiada komen di chat yang mengatakan mereka lihat kejadian itu.
Bobo gamers kemudian melihat ke belakang dan berkata. "La sebab lah rasa meremang, lupa tutup langsir. Dah lah bilik saya ni tingkat 2."
Mendengar kenyataan itu, mata Mail mula terbeliak. Badannya berpeluh. Nafasnya menjadi laju dan jantungnya berdebar. Dia rasa tidak selesa seperti ada sesuatu yang menyeramkan sedang menyelebungi jiwanya.
Badannya mula terasa dingin dari angin yang muncul dari arah kanan tubuhnya. Baru lah dia sedar yang dia tidak menutup tingkap. Dia menelan air liur lalu matanya perlahan-lahan menoleh ke arah tingkap.
Kelihatan seorang perempuan terapung-apung di luar tingkap berbaju putih, rambutnya panjang, matanya terbeliak, lidahnya panjang terjelir, wajahnya terobek-robek penuh luka yang amat menyeramkan.
Mail yang ketakutan terkejut lantas terjatuh dari kerusi. Lampu biliknya tiba-tiba terpadam. Biliknya menjadi gelap dan sunyi. Hanya kedengaran suara nafasnya yang menjadi laju. Dia yang ketakutan bangun menjerit berlari ke arah pintu bilik tapi pintu itu berkunci.
Dia mengetuk-ngetuk pintu merayu supaya ada yang membuka tapi sia-sia, hanya dia yang berada di dalam rumah. Selepas habis mengetuk, dia terdengar bunyi tangisan yang mendayu-dayu muncul dari arah belakang.
Badannya sudah menggigigil dan dia mula menangis merayu. "Jangan kacau aku."

Suara tangisan itu perlahan-lahan hilang dari ruang pendengaran. Mail mula rasa lega kerana rayuannya seperti diterima.
Dia berpaling ke belakang, kelihatan tingkap masih ternganga, angin dingin masih bertiup masuk ke dalam.

Dia dengan pantas melangkah menutup tingkap tersebut. Lalu dia menghembus nafas lega, keadaan menjadi tenang.
Lalu dia berpaling wajah perempuan tadi sudah ada tepat di wajahnya tapi secara terbalik. Perempuan itu terapung dengan kakinya di atas, kepalanya di bawah dengan rambutnya berjurai jatuh ke lantai.
Dengan wajah yang menyeramkan bersuara. "Kenapa tutup tingkap, Saya dah ada kat dalam."

Mail menjerit dengan sangat kuat lalu pengsan rebah jatuh ke lantai tidak sedarkan diri.
Masa pantas berlalu, sudah 4 hari berlalu. Mail di tempat kerja, ditegur oleh rakan sekerja. "Mail, aku tengok kau beberapa hari ni macam tak cukup tidur je, ada apa-apa yang jadi ke?"
"Eh takdepapela, biasalah aku penat sikit." Mail cuba menafikan tapi wajahnya sangat keletihan. Hampir setiap malam, dia diganggu oleh makhluk misteri.
Malam itu, dia ada menghubungi seorang ustaz.

"Saya dah periksa rumah kamu ni, tapi tiada apa-apa pun." Jelas ustaz itu setelah memeriksa rumah Mail.
"Tapi setiap malam saya kena ganggu."

"Cuba kamu bagitahu saya, macammana sebenarnya kamu boleh diganggu ni?" Tanya Ustaz
Mail menerangkan segala-galanya dari awal. Ustaz itu tersengih. "Cerita kamu ni memang tak logik, macammana pula jin boleh transfer dari tempat live streaming ke rumah kamu. Apa mereka pun ada wifi ke?"

"Sebab itu saya tak nak bagitahu dari awal, mesti ustaz tak percaya."
"Bukan saya tak percaya, tapi saya dah cuba check rumah kamu tapi tiada apa-apa gangguan pun. Saya rasa kamu kena dapatkan bantuan dari pihak hospital."

"Ustaz nak kata saya gila ke?"
"Saya tak tahu tapi kamu cakap yang kamu banyak habiskan masa di hadapan laptop mungkin itu membuatkan ada sesuatu yang merubah cara otak kamu berfungsi."

Mail terdiam, dia menahan marah.
Lalu ustaz itu berlalu pergi meninggalkan rumahnya.

Selepas kedengaran bunyi kenderaan ustaz itu bergerak pergi, muncul suara mengilai dan cakaran pada dinding dari tingkat atas.

Mail mula menangis mengenangkan nasibnya. "Tak guna!!"
Dia sudah tidak tahu dari mana lagi ingin meminta bantuan. Gangguan semakin hari, semakin menjadi-jadi. Setelah seminggu, dia dapat satu notifikasi mesej dari seseorang di laman sosial.

Mesej itu berbunyi. "Aku tahu kau kena ganggu, datang jumpa aku malam ni di lokasi ini."
Dia tidak mengenali orang yang menghantar mesej itu tapi dia musykil bagaimana orang itu tahu situasinya. Lalu tanpa berfikir panjang, selepas pulang dari kerja, dia menuju ke destinasi yang diberitahu.
Motosikalnya memakir di hadapan sebuah kedai makan, dia lihat lelaki botak berbaju biru sedang menikmati makanan. Itu ialah lelaki yang menghantar mesej padanya siang tadi di laman sosial.
Dia melangkah duduk di kerusi kosong yang ada di hadapan lelaki itu. "Aku dah datang, macammana kau tahu yang aku pun kena ganggu?"

Lelaki itu tersengih. "Rilek, order dulu makan. Nama aku Razak. Nama kau?"
"Hurm aku tak lapar, nama aku Mail. Aku datang sini cuma nak tahu macammana kau tahu tentang gangguan tu?"

Razak berhenti menikmati makanan, dia memandang raut wajah Mail. "Sebab aku pun kena ganggu jugak lepas layan live streaming bobo gamers."

"Kau pun kena ganggu jugak?"
"Ye dari malam haritu, sampai malam semalam. Benda tu ganggu kat rumah je, Ni kalau aku balik, mesti aku kena ganggu." Jelas Razak

"Tapi macammana kau tahu aku pun kena ganggu jugak?"
"Aku tengok live streaming tu balik, aku baca semua komen untuk cari orang yang nampak apa yang aku nampak. Dari situ aku jumpa komen kau."

"Jadi kita berdua je yang kena ganggu?"
"Tak, bertiga. Seorang lagi namanya Azam. Aku dah jumpa dia dulu semalam, dia dah jumpa port untuk kita dapatkan bantuan."

Mail menoleh ke kiri dan kanan. "Mana dia?"

"Dia kata on the way. Biasalah janji melayu, kau rilek je. Order dulu makanan."
Mail mengeluh, dia terdiam kaku. Razak bertanya. "Macammana kau boleh masuk live streaming tu?"

"Aku tengok ramai kawan yang share, aku tengok lah, maybe best."

"Kawan betul ke?" Tanya Razak sambil menyuap makanan

"Tak lah, biasalah kawan kat media sosial, kita tak kenal pun."
Tiba-tiba Azam muncul duduk di sebelah Razak. "Ni ke budak tu?"

"Aah." Jawab Razak.

"Hai aku Azam."

Mereka bersalaman. "Aku Mail."
Azam memandang mereka berdua berselang-seli. "Aku nak bawa korang jumpa sorang pak cik ni, pak cik ni memang bagus. Aku dengar dia boleh ubatkan orang yang kena ganggu hantu."
"Halal ke? Kalau syirik-syirik ni aku tak nak." Tegas Razak.

"Eh ni halal toyyiban. kalau syirik kita blah lah. Amacam?" Balas Azam.

Razak dan Mail saling pandang lalu mengangguk bersetuju.
Mereka bertiga akhirnya sampai di dalam rumah seorang pak cik yang bernama Tok Kasim. Tok Kasim cuba memeriksa tubuh mereka bertiga sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.
Setelah beberapa waktu berlalu. Tok Kasim bersuara. "Jin yang ganggu korang semua ni bukan jin biasa, ini jin luar biasa."

"Jadi macamana sekarang ni Tok, tolong ubatkan kami." Rayu Azam.
"Aku tak boleh tolong, tiada sesiapa yang bokeh tolong korang bertiga. Korang berdua akan tersiksa diganggu oleh makhluk ini. Tapi.."

"Tapi apa?" Tanya Mail.
"Tapi korang boleh minta pada jin lain untuk halang makhluk tu dari ganggu kau orang berdua."

Razak mula bengang. "Ni dah syirik dah tok, kalau macam ni, kami cari orang lain je la. Banyak lagi ustaz yang boleh bantu kami."
Mail pula mula teringat pertemuannya dengan seorang ustaz beberapa hari lepas yang menuduhnya gila. Dia rasa yang kata Tok Kasim itu benar, tiada yang mampu menghalang jin itu. Dia bersuara. "Bagitahu saya caranya."
Razak dan Azam memandang Mail dengan wajah tersentak. Azam bersuara. "Mail, syirik ni. Kau jangan ikut, kita cari jalan lain."

"Kalau korang berdua tak nak buat, takpe, tapi jangan menyesal kalau korang masih kena ganggu. Aku dah serik kena ganggu setiap malam." Luah Mail.
Tok Kasim ketawa. " Hahaha, Budak ni bagus, dia tahu apa yang patut dia buat. Kalau kamu berdua tak nak ikut budak ni, balik ni kamu berdua akan diganggu sampai bila-bila."
Razak dan Azam terdiam keliru. Tapi hati masih teguh dengan pendirian agama, Razak bangun berdiri. "Tiada yang lagi hebat dari Tuhan, saya percaya ada jalannya."

Razak berjalan keluar dari rumah itu. Tok Kasim memandang Azam. "Macammana dengan kau?"
Genggaman tangan Azam semakin erat, lalu dia tidak menyerah, bangun tegas dengan pendirian. "Saya pun tak akan buat benda syirik. Mail jom kita pergi dari sini."

"Kau pergi lah, aku stay sini"
Azam menyangkung cuba memberi nasihat. "Mail, kalau kau buat benda syirik, takkan berakhir dengan baik, percaya lah aku."

"Maaf aku tak percaya kau." Balas Mail membuatkan Azam bengang meninggalkan rumah itu.
Tok Kasim tersenyum melihat Mail. "Tahniah, kau sorang je yang paling bijak. Mereka berdua memang tak berguna."

"Jadi Tok, macammana caranya?"
Diikutkan cerita sudah 6 tahun berlalu, gangguan yang dialami Mail hilang serta merta. Tapi dia harus mengikuti pantang larang yang telah disediakan untuk dirinya. Juga hampir setiap bulan dia harus menyediakan ayam tua di bawah sebuah pokok besar di dalam hutan.
Kini dia tidak diganggu lagi, dia rasa hidupnya aman. Tapi jauh disudut hatinya, dia tahu apa yang dilakukannya itu salah.

Tanpa diduga, ketika dia sedang menikmati makanan di sebuah kedai makan. Dia terserempak dengan Azam tapi Azam tidak perasan keberadaan Mail.
Mail menegur. "Oi Azam." Azam gelabah apabila melihat Mail. "Eh Mail."

"Dah 6 tahun baru sekarang aku jumpa kau, mesti kau masih kena ganggu kan, aku dah agak da, tu lah kau, tak nak ikut dulu."

Azam seperti ingin berlalu pergi. "Mail, aku ada hal, lain kali je kita borak."
Mail rasa hairan dengan tingkah laku Azam yang serba tak kena. "Azam, kenapa ni?"

"Aku ada hal."

"Jangan pergi, selagi kau tak bagitahu aku."

"Bagitahu apa?"

"Aku tahu kau cuba sembunyikan sesuatu."
Langkah Azam terhenti, dia terpaksa meluahkan tentang perkara yang terjadi 6 tahun yang lalu. "Sebenarnya aku dengan Razak diupah oleh seseorang untuk berlakon buat-buat kena ganggu juga macam kau."

Mail terkejut. "Apa??!"
"Ya semua tu supaya rancangan dia berjaya."

"Siapa yang upah kau?"

"Tok Kasim."

Mendengar nama itu, Mail rasa terkejut seperti disambar petir. Pantas dia bangun ingin menerjah rumah lelaki tua itu.
Sampai di hadapan rumah Tok Kasim, dia memberi salam secara kasar. Dia sudah tidak sabar ingin meluahkan perasaan amarah.

Pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki sambil salam dijawab. Mail ternganga melihat lelaki itu. Dia ialah bobo gamers.
"Bobo gamers, apa kau buat kat rumah Tok Kasim?"

"Tok Kasim tu ayah aku, kau nak apa?"

Mail semakin keliru. Badannya sukar menghadam situasi itu.
"Aku nak jumpa Tok Kasim."

"Kalau macam tu, masuklah." Pelawa Bobo gamers ataupun nama sebenarnya Nazri.

Mail dibawa duduk di ruang tamu. Wajahnya bengis. "Sekarang aku faham, kau dengan ayah kau yang rancang semua ni kan?"
"Rilek, kau jangan nak tuduh macam tu je. Slumber je nak tuduh arwah ayah aku."

"Arwah?"

"Ayah aku dah meninggal 3 tahun lepas."

Mail terpaku. "Apa semua ni?"
Nazri ketawa. "Hahaha, kesian aku tengok kau, yela aku bagitahu yang memang aku dengan ayah aku yang rancang semua ni."

Mail mula marah ingin penjelasan. "Rancang apa?"
"Ayah aku ada banyak jin diwarisi dari turun temurun, dia nak hapuskan semua jin itu dari terus dari diwarisi dalam salah silah keluarga kami, jadi kami rancang supaya ada seseorang yang akan beri makan pada jin yang ayah aku Ada.
Jadi jin itu akan bertukar milik selepas 5 tahun, jin itu diberi makan. Aku yang pilih kau untuk tonton live streaming aku. Aku buat fake account banyak-banyak dan add kau. Lepastu aku share live streaming aku, jadi banyak kemungkinan yang kau akan tonton live streaming tu.
Ayah aku hantar jin tu untuk ganggu kau, biar kau je boleh lihat jin itu dan tanpa kau sedar kau dah bagi jin tu makan selama 5 tahun. Sekarang jin itu dah jadi milik kau. Hidup kau akan sengsara lepas ni, Hahaha." Tawa Nazri rancangannya berjaya.

"Apa salah aku? Kenapa aku?"
Nazri tersengih. "Jangan risau, kau tak istimewa, ramai yang dah terperangkap. Bukan kau seorang. Semua jin dah ayah aku bebaskan pada tuan baru. Hahaha."

"Apa salah aku?!!!"
"Kau masih tanya soalan yang sama? Kau masih tak sedar ke?"

Mail tergamam. "Sedar apa?"

Nazri mengambil gambar seseorang dan menunjukkan kepada Mail. "Ni gambar arwah adik perempuan aku."

Mail berasa hairan. "Apa kena mengena dengan aku?"
Nazri meluah. "Adik aku mati dirogol dan dibunuh dengan kejam."

"Dah tu?"

Nazri tersengih. "Aku ni hacker, aku pilih kau sebab aku tahu apa yang kau tengok tiap malam di skrin laptop kau."
Mail terdiam, badannya mula berpeluh. Dia mula rasa marah ingin menyerang Nazri.

Tapi Nazri mengeluarkan satu rantai yang membuatkan Mail tidak boleh bergerak.

Muncul Razak dan Azam keluar dari bilik. Mata Mail terbeliak.

Razak dan Azam ialah abang kepada Nazri.
Nazri menyarungkan rantai itu pada Mail. "Rantai ni akan buat kau lumpuh, esok ada lah hari kau bagi makan pada jin tu. Kau takkan boleh bagi, sebab kami akan sorokkan kau dalam rumah ni. Jin tu akan marah dan akan makan tuan. Hahaha."
Mereka mengangkat Mail masuk ke dalam bilik, lalu mengunci pintu bilik tersebut.

Razak bertanya. "Arwah ayah ada 30 jin, ni jin yang ke berapa?"

"Ke 23 tak silap." jawab Azam.

Nazri mengeluh. "Misi kita belum selesai ada lagi 7 pedophile yang belum dihukum."

Tamat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AbstraKim

AbstraKim Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @abstrakim

31 Oct
Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?

Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇
t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.

RM10.10 SAHAJA.

👇🤯🤯🤯🤯👇

Read 116 tweets
18 Oct
Jangan cabar benda yang tidak dapat dilihat, risau dia berdendam.

Dendam manusia boleh minta maaf, dendam jin?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Takkan nak start sekarang. Pocong kalau muncul tengah hari panas terik tengah-tengah padang sekolah pun orang tak rasa seram. Aku akan start 11.30 malam ni.

Kalau tak sabar sangat, korang boleh baca dulu cerita yang pernah aku tulis kat sini 👇

Nak lebih lagi boleh baca kat telegram jugak. Dalam tu dah ada 14 buah cerita. Nak baca tekan link ni 👇
t.me/abstrakim
Read 63 tweets
17 Oct
Ini kisah seram pendek berkaitan dengan asrama.

Rt guys jangan biarkan aku cerita sorang-sorang.

Ini adalah thread.
Tak semua tahu siapa aku. Aku dah tulis thread cerita lama dah. Korang boleh baca semua cerita tu kat sini 👇
Aku pun ada keluarkan buku. Ada promosi tu, rugi tak beli. Kalau berani, beli la. Aku cabar ni .👇 Hehe.
Read 46 tweets
12 Sep
"Setiap malam dia akan bertenggek atas pokok besar yang ada kat kampung kita ni."

"Budak cari line kot. Kampung ni kan selalu takda line."

"Aku bukan cakap pasal manusia."

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Tolong Rt rezeki saya ye, semoga anda semua murah rezeki.

Haritu ramai yang kata terlepas masa buku saya ada promosi.

Jadi saya lanjutkan promosi tu.
RM9.90 sahaja (Terhad)
Rating 5✨

Klik link ini untuk order shopee.com.my/product/278352…
Cuaca cerah dan kering di sebuah bandar menghangat situasi berkaitan isu semasa.

Aiman dan rakan sekerjanya iaitu Majid sedang berbual rancak di kedai makan.

"Kau tengoklah ni menteri dengan budak universiti pun nak gaduh." Rungut Majid.
Read 79 tweets
29 Aug
"Baju bundle ke ni? Hati-hati."

"Hati-hati kenapa?"

"Entah-entah baju ni bekas orang mati."

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Alang-alang tu tolong Rt rezeki saya ye, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua juga.

Saya ada keluarkan buku.
⭐Review 5 star
🔥Harga Promosi (Terhad)

Kalau nak order boleh whatsapp ke 01114476212

atau tekan je link ni 👇
shopee.com.my/product/278352…
Jam menunjukkan pukul 9 malam, Azim teringat yang dia ada temu janji bersama kawan-kawannya di kedai makan. Dia terlupa.

Dia bergegas keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.

Keretanya bergerak keluar dari perkarangan rumah ingin menuju ke destinasi yang dijanjikan.
Read 109 tweets
3 Jul
Tidak semua buku boleh dibaca.

Tidak semua cerita harus dibaca.

Ini kisah tentang Buku Misteri.

*Hati-hati ketika membaca.*

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Macam biasa, aku akan start pukul 11.30 malam. Jadi sebelum tu korang boleh follow dan layan thread aku yang lain kat sini 👇
Alang2 tolong Rt rezeki saya ini.

Buku "DUNIA PLOT TWIST."

Review semua positif. Korang boleh dapatkan di kedai buku POPULAR dan MPH.

atau boleh juga whatsapp ke +60114476212

atau order di shopee dengan tekan link ini 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 85 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!