Profile picture
, 67 tweets, 15 min read Read on Twitter
Ini adalah THREAD kisah benar berkaitan seorang rakan sekelas saya yang hampir dibawa oleh seorang lelaki

“BUNIAN” di BUKIT FRASER, PAHANG...

Ini adalah thread😰

#kheyamir
Thread ini akan dibuat pada jam 3 petang...

Saya akan kongsikan pengalaman yang cemas ketika bercuti bersama rakan2 kelas ke bukit fraser, pahang....

Ini kisah benar,

Jangan lupa ajak member yang mana student lagi tu baca ni.. mana tahu lebih berhati2 sebelum terjadi.... 😨🤦🏻‍♂️
Thread ini berkaitan dengan seorang rakan sekelas saya waktu belajar diploma dahulu iaitu seorang perempuan. Cantik tu memang cantik tapi sudah berpunya dah. Okey ini berkenaan geng kami satu kelas yang pergi bercuti satu hari je ke bukit fraser.
Pada asalnya kami tak merancang untuk kmana2 pun. Cuma ini semua idea aku yg kuat berjalan. Ajak budak2 kelas dalam group sewa kereta konvoi ramai2 pergi berjalan merata tempat. Sampai la semua dlm group kata nk ikut! Sbb study week. Seminggu je cuti jadi semua pakat tak balik.
Jadi kami sewa 3 biji kereta sewa. Pergi lah berjalan merata tempat dengan borak hu ha dalam kereta nya. Nak hilangkan stress sebelum final exam. Semua sekali yang pergi nak dekat dalam 14 orang pergi berjalan. Aku rancang nak pergi bukit fraser sbb aku tak pernah pergi.
Jadi semua kawan kelas aku ni kata tak pernah pergi. Diorang cakap on!! Jom lid jommmm.. lenjan naik kesana. Alang2 semua ada ni. Balik hari je. Okey semua set kata nak pergi sana. Kami pun pergi dan masa tu aku duduk belakang main hp je dengar diorang borak. Biasalah
Geng gegirl kalau borak kaw2 nya membawang apa semua tu. Tapi aku perasan 2 orang kawan aku ni je senyap tak bercakap. Aku pun usik lah. Aih fida, senyap je. Apahal kau? Borak lah. Dia macam terkejut. “Eh tak ada apalah, aku macam tak sedap hati jela” yg sorang lagi pun cakap
Benda yang sama. Biasalah ada gegirl2 yg lain mulut macam puaka sikit. “Haa dendiam tu mesti nak datang dia punya saka lah tu ahahahahha” aku terus diam. Sorang sabah sorang lagi budak kedah. “Wei manada!! Aku tak pernah nak ada bela2 benda syirik ni lah!” Kami pun gelak la
Beramai2.. memang enjoy best bukak tingkap apa semua. Plan kami pun dah lewat dalam pukul 3 stengah petang macam tu baru nak naik. Kami pun sampai ke raub berhenti kejap. Turun kereta dan aku pun pergi dekat kereta belakang. Kereta abe, weh abe! Kau tahu jalan belakang ni tak?
Dia cakap alaa ikut jela waze. Dia akan tunjuk je jalan nak naik tu. Masing2 hp dah canggih dah. Aku pun haa ikut lah waze, satgi meraban tah kemana dia bawak kita. Jalan sampai kdepan sikit terus jumpa signboard fraser hill.. haa aku rasa dah nak dekat dah ni. Masuk simpang ke
Fraser hill.. masuk je simpang jalan belakang fraser hill tu. Jantung aku berdegup kencang. Bulu roma naik terus. Aku pulak yang diam. Pandang cermin sisi belakang tu aku tengok geng2 belakang pun rancak menyanyi lagu fav dorang yg keluar kat radio. Naik punya naik....
Jalan dia makin lama makin mengecik. Aku seram sejuk je dengan jalan ni. Banyak pokok tumbang berjurai2. Rumah orang asli yang ditinggalkan. Banyak gila sepanjang jalan tu rumah asli yg dah tak berpenghuni. Nampak macam horror betul jalan tu. Satu kereta dengan aku mula senyap
Mungkin diorang dah penat rancak bergelak ketawa apa semua. Sepanjang jalan tu ya allah! Memang kami satu kereta asik borak pasal kereta jangan lah ada masalah apa2 sepanjang jalan. Aku berzikir je sepanjang jalan tu. Memang seram nak mati jalan dia. Sampai stengah jalan...
Si fida terlepas mulut. “Eh korang, dekat rumah depan tu ramai orang lah bah! Aku rasa ada kenduri kawin kot bah” semua dok mengusya rumah tepi jalan tu. Aku nampak penuh dengan berjubah putih dengan budak kecik sampai main tengah jalan apa semua. Tapi yg lain satu apa tak
Perasan dan tak nampak. Si apis tegur pegang bahu aku “korang nampak apa? Mna kendurinya? Kau ngan fida sama je nak klentong. Jalan ni kosong je” aku pandang fida, fida pandang aku. Fida gelengkan kepala dia suruh tukar topic lain. Aku pun cakap lah, ada tadi dah lepas dah.
Kau lah asik sebok ngan otp kau tu. Dia suruh kami patah balik sebab dia lapar. “Jom ah g kenduri tu! Aku nak tgk gak org asli kawin macam mana!!” Aku cakap mengarutlah kau! Ini bkn tempat kita. Jangan buat gila kau time2 macam ni. Hanya aku dengan fida budak sabah ni je
Asik tengok budak2 berlari dekat kawasan tepi jalan bukit fraser tu. Sorang lagi bijak pergi tegur. Kenapa jalan ni sunyi je tak ada sorang pun org asli tinggal. Banyak rumah kosong je kat sini. Aku pun “din, petang2 biasanya diorang masuk dlm hutan berburu untuk mkn mlm. Tu yg
Kau nampak kosong je spanjang jalan tu din” din pun angguk2 kepala. Owh a,ah laaa... patutlah sunyi je. Kereta kami paling depan sekali. Sebab kami pandu arah. Dari seberang bukit aku dengar aina gelak dkt kereta belakang kemain kuat sampai kami dgr. Eh tu suara aina kan!
Kuat gila dia gelak.. kepala otak apa dia buat prangai pengkid dia kat kawasan macam ni. Ya allah sumpah kuat dia gelak. Kami dah seberang bukit dah. Jalan dia pusing2 tepi bukit. Jadi kami senyap tak bukak radio sebab tak ada siaran. Memang dgr jelaslah satu kereta dgr
Aina gelak mengekek2 dekat kereta belakang sana tu. Aku pun nekad berhenti kat tepi bahu jalan tunggu diorang semua. Ni gambar contoh yg kami berhenti. Aku cari gmbr ni kemain ssh kat google. Sekali terjumpa ayat camni. Haa ni aku nak cerita kat tempat ni macam mana.
Dalam tengah berhenti tu memasing keluar kereta nak tengok keliling tempat sementara tunggu geng2 yang lain kat belakang. Dengan tiba2 si fida lari masuk dalam kereta balik. Aku pusing lah belakang, apahal minah ni. Tetiba pulak berlari masuk kereta. Kemudian geng2 sampai.
Wei korang.. minyak dah nak habis. Dah kelip2 dah ni. Perjalan ada lagi 30km keatas. Diorang pun mati kan enjin dengan borak2 tepi jalan. Bila kira2 semua dah cukup. Si ana panjat atas batu kat tepi jalan tu. Dia pandang kearah satu jalan masuk kedalam hutan. Cantiknyaaaaa weiii
Korang semua tgk tu.. cantikkan. Sorang kawan aku ni lyn, haa dia ni jenis macam jantan sikit garang dia. “Wei ana! Kau turun dari situ! Jangan buat perangai jakun kau kat sini. Ni tempat orglah” ana ni dia lembuuttt comel je org nya. Terus dia turun mcm merajuk masuk kereta.
Aku pun pergi kat kereta dia. “Ana, jgnlah amik hati eh. Dia mmg macam tu, tegur dia kasar sikit. Jgn spoil mood tau. Kita nak chill2 ni” dia pun senyum je sambil kata “okey! Benci dia”.. haha kemudian kami sambung perjalanan naik keatas sbb minyak nak habis dah ni.
Sebelum tu aku tegur si aina. “Kau aina kau jaga sikit gelak kau tu! Kuat kau tahu tak. Kau tu prmpuan lagi. Tak baik dlm kwsn hutan gelak kuat2” yg lain pun mengiyakan je apa aku tegur. Aina pun minta maaf lah sbb gelak kuat. Tapi dia cakap “tapi aku rasa sekali je aku gelak
Kuat2.. lepastu aku tak gelak dah. Itu pun kat bawah sana tu. Lepastu aku tetido. Kami satu kereta macam nak bertekak sebab dia cakap sekali. Soalnya sepanjang jalan satu kereta dgr gelak. Yg satu kereta dgn aina pun kata “eh dia gelak sekali jela, lepastu dia snyap dia tidur..
Korang semua ni apahal ni. Tuduh2 member sendiri camtu” kami tak tuduh. Soalnya kami berlima dgr jelas tu suara aina gelak sepanjang jalan. Kami pun malas nak bertekak terus pergi ke kereta masing2. Naik sampai ke puncak. Dalam satu simpang nak dekat sampai tu.....
Si apis pulak terjerit kat belakang.. “ehhh lidd!!” Terperanjat lah aku. Apahal kau ni!! Aku tgh drive lah!! Jangan lah buat macam ni!! Kalau accident macam mana!!.. apis pun macam diam kejap dan cakap tak ada apalah! Tadi tu je.. dalam hati aku ni cakap, nampak apa2 tu diam jela
Tak payah nak serabut kelam kabut sangat. Okey ni dah nak sampai kemuncak dah ni.. jalan ni... aku memang tak akan pernah lupa. Jalan ni kami lalu memang sempit.. tengah aku pandang meter yg berkelip lampu minyak dah E tu. Bammm!! Kereta berenjut macam aku gelek orang kat
Bawah kereta. Yang lain dekat sit belakang tetidur. Terperanjat bangun.. weh kenapa weh!!! Aku diam terkaku pandang depan. Menggigil tangan aku. Aku suruh diorang naik tingkap. Diorang pun naik kan lah tingkap dengan aku berhenti lepas langgar tu. Pandang side mirror kiri kanan
Tak ada apa2 langsung.. fida dah berkaca air mata. Suruh aku teruskan jalan jangan keluar kereta. Ibarat kau macam langgar bumper tak tekan break. Haa macam tu dia punya terangkat. Sampai lah ada satu pintu gerbang.. dah pun sampai!
Sampai je sini.. hati aku macam berat betul nak masuk pintu gerbang ni.. fida pejam jela mata. Dalam hati aku cakap “apalah si fida nampak.. mulut dia kumat kamit je aku tengok dia. Yang lain macam teruja.. waaahh yeaayy dah sampai!! Sejuknyaaaa... kabusss....
Waktu kami sampai pun waktu2 macam ni. Dah pukul 6.45 apa semua. Kami pun bergambar lah apa semua. Lepak lah ramai2. Tapi satu group kami tengok dekat kereta lagi. Tengah kumpul. Apa bendalah lepak dekat kereta. Tetiba nampak amy datang dekat aku dekat mengah2 cuak gila muka dia.
“Weh korang!! Datang kereta aku jap.. sekarang!! Semua!!” Kami pun berlari ke kereta. Kereta betul2 park depan balai polis mcm dlm gambar contoh ni. Tanya kenapa apa semua. Penuh kereta kawan aku ni dekat keliling. Memang dah maghrib dah gelap sikit. Kereta yg ketiga tu smua
Kenapa ni!! Ana wehhh.. ana kenapa ni menangis2 cakap ngan kami nak pergi pokok besar ngan taman bawah sana tu. Dekat tempat kita berhenti tadi. Semua terus pegang kepala.. alamak ana kena la pula!! Aku pun tanya ana...
“Assalamualaikum ana, nampak kami tak? Ana ok tak? Ana kenapa nak pergi kat taman bawah sana tu ana? Situ hutan je tak ada apa” ana terus jawab dengan nada lembut dia.

“Ana nak pergi taman tadi, cantik tempat dia. Ada taman, pokok besar tu cantik.. ada satu lelaki ni ajak ana
Rupa dia bersih hensem sangat2.. dia ajak ana pusing2 kampung dia. Dia ada kat luar tu tengah tunggu ana. Lepastu aku arahkan semua orang masuk dalam kereta masing2 hidup enjin. Diorang semua bergegas ke kereta masing2.. aku tanya lagi dgn baik2 “ana, tempat tu bukan tempat nyata
Untuk makhluk macam kita tau ana. Situ gaung. Ana sedar tak apa ana cakapkan ni. Ana pun menangis nak jugak pergi taman tu. Dia berubah jadi budak2 terus. Menangis lepastu jadi manja apa semua. Aku minta kan amy bawakkan satu botol air mineral. Letakkan air mineral tu di bangku
Berhampiran dengan kami. Aku pun bacakan 11 kali ayatul kursi dengan ayat permudahkan segala urusan.. minta dorang angkatkan tangan sama2 dan aminkan. “Rabbana atina minladunkarahmatan wahayyik lana min amrina rasyada” hembuskan pada air tu dan bismillahitawakkal tu” alallah!!!
“Ya allah kami berserah dengan mu ya allah. Bantulah kami dan permudahkan lah urusan kami untuk menghindarkan segala gangguan didalam tubuh kawan kami ini (sebut nama penuh beliau)”

Kemudian aku pergi ke ana.. ana nak minum dulu? Bagi tenangkan fikiran. Ana terus jadi marah!!!
“Kau jangan nak bagi aku minum air tu!! Aku nampak ada racun dalam tu.. aku taknak minum!! Jangan bagi aku minum. Kalau tak bunuh kwn kau ni!!”

Yg lain macam takut kata jangan bagi.. aku pun jadi macam marah. “Kau nak mencabar aku? Nak bunuh kawan aku. Baiklah sebelum kau bunuh
Kawan aku. Kita tgk makhluk allah mana yang paling mulia. Kuasa allah ke kuasa kau yg mampu menarik nyawa makhluk!!” Terus ana menangis.. ana taknakk!! Tolonglah jangan paksa ana!! Ana merayu sangat2!!

Aku pujuk ana baik2 kata kalau taknak minum taknak bawakkan ke taman yg
Ana nak pergi tu.. ana minum je terus bersembur!! Sakit!! Lid sakit!! Panas!!! Air ni panas.. tajam sangat air ni lidd.. xnak minum!! Mana yg ada kat keliling aku tu pujuk ana. Tu air biasa je ana. Dorang siap tunjuk minum dpn ana. Haa tak panas pun. Sejuk je. Kemudian...
Aku sapukan air tu kat muka dia sambil brzikir dan berselawat.. titiskan dekat air mata dia minta allah tutup segala apa yg dia ternampak. Bila ana pengsan je. Aku minta kawan2 yg lain turun terus. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Ana naik dengan aku. Eja ni kawan baik aku ngn ana.
Aku cakap ngan eja. Eja kau duduk sebelah aku dan lagi dua orang kat belakang tolong pegangkan ana. Biar ana duduk tengah. Aku lock pintu bagi high beam dekat kereta suruh jalan. Masa nak lalu dekat jalan balik tu. Tak henti2 aku brdoa dgn bukak mengaji dkt hp. Ana pulak meronta
Sambil menjerit “aku nak balik!!! Aku taknak lagi dah!! Aku serik!!” Kemudian ana pengsan balik. Eja kat sebelah dah menangis2.. aku minta semua pejam mata sambil zikir. Sebab aku dah start nampak kat tepi jalan hutan tu semua tgh tengok kami turun. Dgn budak melambai2..
Mia dekat belakang dah menangis2 pegang ana takut. Yg si eja sebelah aku ni tutup muka ngan bag dia. Aku ni pandang kedepan drive bukak mata tengok jalan. Ya allah pelbagai bentuk. Sambil aku bawak kereta tu aku nampak macam muka melekat kat tingkap sebelah aku. Aku minta eja
Dengan yg lain jangan sekali bukak mata.. aku takut eja terpandang aku je. Takut dia tertengok kat tepi aku. Dah nak sampai simpang bawah tu aku stop dekat bulatan macam gmbr contoh ni. Tunggu lagi 2 kereta sampai ke bawah. Aku keluar ke kereta. Suruh diorang pegang ana.
Aku tarik nafas sambil minta izin dia balik ke tempat dia. “Assalamualaikum, yg menjaga gunung ganang, bukit bukau, hutan dan alam ghaib.. balik lah kau ke tempat asalmu. Cukup sampai disini je kau menumpang kami. Insha allah kau akan selamat bila kau pergi sebelum dia diubatkan”
Ana pun mengangguk and suara garau gila!! Baiklah.. terima kasih izinkan aku pulang.. kemudian sampai je dua kereta tu. Kami pun terus pergi kerumah aku. Bawak diorang ni berubat dgn arwah ayah aku.

Semua masuk kedalam rumah. Tapi 3 orang ni je taknak masuk rumah.
Kami paksa baru masuk... ayah aku pun tutup lah kipas. Baca2 kan doa apa semua. Masih tak tahu siapa yg kena. Lepas dah tutup kipas tu. Ayah aku minta rokok dkt kawan aku dan bakarkan. Smua macam nak tergelak. Aku pun dah pelik, apahal pulak mnta rokok lak ni.
Kemudian ayah aku cakap “aku nak tahu dari mana dia duduk.. tgk asap ni, benda tu makanannya ialah asap” jadi kami pun ye kan lah. Memang betul2 asap tu pergi ke arah ana dengan mia.. terus yg lain dah macam takut2 dah. Suruh ana duduk pegangkan dia. Ubatkan dia apa semua.
Selesai bab ana.. Ayah aku panggil benda tu dengan menekan ibu jari kaki mia pula. “Hadir kau makhluk yg dilaknat allah! Apa tujuan kau sebenarnya” terus ayah aku berlari ke tingkap rumah. Semua kawan aku dengar satu persatu apa yg ayah aku cakap..
“Assalamualaikum!! Dari mana kau hadir.. dan apa semua lah” kami semua dah pakat taknak bagitahu bapak aku kami pergi mana. Nanti dia marah hahahah. Ayah aku duduk je dia pandang aku.. aku seriau sebab ahh sh*t!! Sumpah ayah tahu!... mati aku. Ayah aku terus ckp dgn smua org.
“Dia datang dari jauh bawak bala tentera dia, dia cakap dia dtg nak bawak balik anak dia. Dia datang dari bukit tinggi.” Kami semua pandang sama pandang.. kantoi busuk macam tu je ngan bapak aku. Kami pun ngaku lah. Kami ke fraser hill. Kemudian ayah aku tarik benda tu dari bdn
Mia dan genggam. Terus bangun pergi ke tingkap. Pulangkan balik ahli keluarga diorang. Ayah aku cakap dia islam. Jadi lepaskan dgn cara baik. Selepas pulangkan balik. Ayah aku duduk terus ceramah kami semua.

“Ini pakcik nak bagitahu sikit ni.. ada sesiapa antara kamu yang...
Terlanggar anak dia ke waktu di tepi lereng bukit. Dia cuma nak dengar maaf je” semua pandang aku. Memang aku berderau lah jantung aku. Sebab aku yang langgar, aku yang drive. “Ya yah, org terlanggar waktu nak sampai ke puncak. Kami minta maaf kami tak sengaja”
Ayah aku pun diamkan diri. Sebab salah aku kan. Ayah aku terus cakap “yang kau langgar tu anak ketua kampung dia.. memang dia bawak kaum dia semua lah. Ayah nampak penuh kat luar sana tu tengah tunggu. Aku goyang teruk masa tu. Kemudian kami pun balik ke uni. Hantar kereta apa
Sebelum balik tu sorang kawan aku perempuan. Dia gelak2 dengan senyum bapak scary teruk. Yang aku cerita pasal lyn yg marah ana jangan naik ke batu besar tu. Ayah aku pandang dia terus cakap “ayah tak boleh nak bantu dia.. dia ada penjaga dia yg jaga dia.. kne minta izin
Keluarga dia untuk buang kalau keluarga dia setuju”.. kami pun balik macam biasa rehat kat hostel. Dalam group senyap je. Esok nya kelas. Semua datang awal. Masing2 diam. Sampai la dalam kelas aku chill kan masing2. “Korang diam kenapa? Jangan diam2.. nanti kena lagi kang.. haha”
Terus semua normal macam tak ada apa jadi. Haa tahu goyang. Ahhahaha semua pakat rapat ke meja aku. Laki perempuan dok menyemak kat meja aku sampai naik rimas. Takut doh weh! Seram aku. Ana dengan mia je tak tahu apa2 masa diorang kena. Dorang minta kami cerita apa jadi.
Tapi aku komplot ngan diorang jangan bagitahu apa2.. cakap je diorang dah tidur dalam kereta kepenatan. Bila tanya dekat mia ngan ana. “Korang brdua last ingat kat mana dah masa otw balik?” Dorang pun jawab. Last ingat dekat dpn rmh kau. Lepastu ttidur. Mana yg tahu tu
Semua muka cuak betul.. dari situ kami semua rapat macam adik beradik. Makan sesama. Kemana sesama. Apa semua sesama. Friendship goal teruk. Bila masing2 dah grade. Menangis teruk masing2. Sbb nak buat haluan masing2 😭😭😭.. sedih sangat! Sebab kami rapat dah macam family.
Itulah pengalaman kami sewaktu bercuti dengan classmate masa study. Pesan aku ni simple je. Nak pergi bercuti nak enjoy. Jangan terlalu enjoy jangan terlalu tak ingat diri. Jaga tuturbahasa, jaga gelak ketawa, jaga perangai. Enjoy2 juga, tapi jangan sampai bila ada yg terkena
Jangan lah kau biarkan dia. Taknak bertanggungjawab dan ambil mudah pasal hal macam ni. Aku cerita ni pun sebab aku sendiri pernah berpengalaman kena rasuk bagai ni semua. Memang sakit teruk dari dalaman. Mujur kawan2 yg still bantu membantu. Alhamdulillah semuanya dah berjaya.
Ada yg dah berkahwin dan ada yg jadi tokey.. bila berjumpa balik semua. Cerita yg sama jadi bahan gelak ketawa. Ill miss you myclassmate.. terima kasih sebab ada waktu susah senang dan bahagia berkawan selama belajar..

Itu sahaja thread “BUNIAN”

Sincerely,
#kheyamir

Assalam..
Ana sorang je tak ada dalam gamba.. ni group kami! Hahaha
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to khey.amir
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!