Profile picture
, 35 tweets, 5 min read Read on Twitter
Al-Quran mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pendusta?

Ini adalah thread
Mungkin kalian fikir bahawa hujah di atas adalah janggal sekali bahkan tidak masuk akal langsung. Tetapi memang beginilah syubhah yang ditimbulkan oleh golongan anti-Islam.

Saya awalnya pun berasa lucu juga, tapi mari kita membaca dahulu hujah mereka di bawah.
Golongan ini telah mengambil potongan hadis seperti gambar berikut, yang menyebutkan bahawa Nabi ﷺ berasa sakit seolah-olah uratnya terpotong akibat pernah diracun di Khaibar.
Kemudian mereka mengambil ayat-ayat Al-Quran daripada Surah Al-Haqqah yang menyebut bahawa jikalau nabi berdusta, maka akan diputuskan urat jantungnya. Baca ayat di bawah :-
Disebabkan nabi ﷺ menyebut bahawa baginda sakit seperti urat terpotong, ini menepati amaran Allah SWT dalam Al-Quran yang menyebut jikalau nabi berdusta atas nama Allah, maka akan diputuskan urat jantungnya. Keyword di sini adalah urat.

Konklusi mereka, nabi telah berdusta.
Kalau ada sesiapa yang tidak tahu tentang kisah Nabi ﷺ pernah diracun, saya akan sebut sambil lalu di akhir thread in sya Allah. Anda boleh baca terus ke jawapan saya tanpa tahu konteks kisah tersebut secara terperinci.
Baiklah, syubhah ini saya akan jawab menerusi beberapa poin berikut, boleh baca sampai habis.
Pertama,

Kalimah "الوتين" (Wateen) dalam Al-Quran sebenarnya ada makna yang berbeza dengan kalimah "الأبهر" (Abhar) dalam hadith. Walaupun ia bermakna urat/pembuluh darah, ia merujuk kepada dua urat yang berbeza.
Ibn Athir menyebut bahawa kalimah Abhar umumnya merujuk kepada urat darah yang menjalur dari kepala hingga ke kaki. Adapun kalimah Wateen, ia merujuk kepada urat darah spesifik di bahagian belakang tubuh badan.

[Az-Zubaidee dalam kitabnya Taaj Al-'Aroos min Jawaahir al-Qaamuus]
Burhanuddin Al-Biqai pula berpendapat bahawa kalimah Abhar merujuk kepada urat darah di belakang tubuh badan & di leher. Adapun kalimah al-Wateen, ia merujuk spesifik kepada urat jantung.

[dinukilkan oleh Al-Fairus 'Abadi dalam kitab Al-Qaamus al-Muheet]
Ini baru dua pandangan sahaja tentang perbezaan kalimah "Al-Abhar" dengan "Al-Wateen". Mungkin ada pandangan-pandangan daripada ulama yang lain tetapi berpadalah dengan di atas.
Poin penting di sini adalah,

Kalimah "الأبهر" dan "الوتين" adalah merujuk kepada urat darah yang berbeza, ia tidak sama. Maka kalau dicermati menerusi kaca mata linguistik, hujah di atas telah pun terkubur sebab kedua-dua ayat Quran & hadith tersebut tidak ada kaitan langsung.
Kedua,

Hakikatnya nabi Muhammad ﷺ bukannya wafat akibat terpotong urat leher, tetapi ucapan baginda "uratku terpotong" itu hanyalah sekadar kiasan atau hiperbola semata-mata. Sedangkan Al-Quran jelas menyebut terpotong urat jantung, maka kedua-dua itu tidak ada kaitan.
Baginda menyebut "وجدت انقطاع ابهري" yang bermaksud "Aku berasa seolah-olah urat darahku terpotong". Ini menunjukkan bahawa kesakitan tersebut dilafazkan bukannya secara literal, tetapi dilafazkan menurut sudut pandangan nabi Muhammad ﷺ sahaja.
Bahkan lafaz ini sebenarnya adalah bentuk hiperbola yg selalu diungkapkan oleh orang Arab. Apabila mereka ditimpa kesakitan baik secara fizikal mahupun kesakitan batin spt sedih & sebagainya, mereka akn zahirkan rasa sakit tersebut dgn ungkapn "Aku berasa urat darahku terpotong"
Hal ini boleh rujuk dalam kitab tersebut :-

- Asaas al-Balaagha [Imam Zamakhsyari]

- 'Itaab al-Kitaab [Ibn al-Abbar]

- Ghashayta li-layla bi-Syarqin Muqaama [Bishr ibn Abi Khaazim]
Poin di sini adalah,

Al-Quran menyebut bahawa jikalau nabi berdusta, maka langsung akan diputuskan urat jantungnya. Tetapi hadith menyebut bahawa nabi ﷺ BERASA seolah-olah urat darahnya terpotong. Kedua-dua hal ini adalah berbeza & tidak ada kaitan. Wallahua'lam.
Ketiga,

Semenjak nabi Muhammad ﷺ termakan racun di Khaibar (tahun 7H) dan tarikh kewafatan baginda pada 11H, ada jurang masa lebih daripada 3 tahun. Kalaulah benar dakwaan bahawa nabi adalah palsu, kenapa ditunggu begitu lama untuk diwafatkan?
Kalau kita cermati ayat-ayat Al-Quran sebentar tadi, jelas Allah berfirman "Jikalau dia berdusta atas nama kami.... Kami akan memutuskan urat jantungnya". Hal ini memberi indikasi kuat bahawa hukuman tersebut adalah bersifat 'instant', yakni, akan jatuh serta-merta.
Tetapi kenapa ditangguhkan selama lebih 3 tahun selepas perisitiwa diracun itu baru hendak diwafatkan?

Bahkan, baginda terus menerima wahyu sampai ke penghujung hayat & agama Islam telah terjamin kesempurnaannya (seperti difirmankan oleh Allah dalam 5:3)
Jelas di sini, ayat Al-Quran tersebut tidak ada kaitan dgn kewafatan baginda ﷺ. Quran menyebut hukuman "terputusnya urat jantung" akan dijatuhkan serta-merta tetapi baginda tdk diwafatkan serta-merta, bahkan ditangguh lebih 3 tahun sehinggakan agama telah pun disempurnakan.
Keempat,

Jikalau benar premis bahawa nabi Muhammad ﷺ benar-benar telah berdusta seperti dakwaan golongan anti-Islam, maka soalan yang perlu kita tanya adalah, apa yang didustakan tersebut?
Soalan ini mereka tidak akan mampu jawab. Sebab memang tidak ada pendustaan yang dilakukan oleh baginda ﷺ.

Bahkan baginda telah pun mendapat gelaran Al-Amin (Yang Jujur) sebelum baginda menerima wahyu, tidak padan sungguh sifat dusta dengan keperibadian nabi ﷺ. Na'uzubillah
Kelima,

Seandainya kita bersetuju bahawa memang nabi ﷺ telah melakukan pendustaan & kemudian Allah memutuskan urat jantungnya, bukankah ini menunjukkan bahawa ramalan ayat Al-Quran tersebut adalah tepat?
Cuba kita fikir sejenak,

Musuh-musuh Islam menggunakan ayat Al-Quran untuk menyebut bahawa nabi telah berdusta, maka Allah SWT memutuskan urat jantung baginda. Dan kalaulah hal ini benar-benar terjadi, bukankah ini membuktikan bahawa ramalan Al-Quran tersebut adalah benar?
Maka kalaulah ramalan Al-Quran tersebut adalah benar, bukankah premis seterusnya adalah menerima kebenaran Al-Quran?

Tapi hakikatnya, musuh-musuh sudah pasti tidak akan menerima premis kebenaran Al-Quran, biarpun ada beratus ramalan sekalipun.
Keenam,

Fokus ayat Al-Quran dari surah Al-Haqqah tidak ada kaitan dengan hadis nabi ﷺ tentang terpotong urat darah. Bahkan fokus utama ayat adalah; Allah SWT hendak menjamin bahawa apa-apa sahaja yang didatangkan oleh Nabi adalah benar belaka, tiada sebarang pendustaan
Mungkin sekali dalam kalangan kafir akan berfikir bahawa Nabi Muhammad ﷺ adalah penipu (Na'uzubillah). Maka sebab itu Allah SWT memberikan jaminan semenjak ayat 40 & seterusnya bahawa Al-Quran bukan ayat tukang tilik atau penyair tetapi adalah kalam Allah semata-mata
Itulah fokus utama ayat tersebut.

Tetapi musuh-musuh Islam kaitkan pula ayat tersebut dengan hadis baginda ﷺ tentang "uratku terpotong" & kemudian mereka kata bahawa nabi mengalami sakit sedemikian rupa sebab melakukan pendustaan atas nama Allah.
Na'uzubillah, bahkan pendustaan itu pun mereka tak mampu nak sebutkan, nak berhujah begini pula?

Ajaib
Dan yg memberikan gelaran nabi Muhammad ﷺ adalah Al-Amin (Yang Jujur) bukannya orang Islam, tetapi kaum musyrikin sendiri semenjak sebelum nabi dilantik lagi. Masakan dengan keperibadian mulia ini, yang diiktiraf oleh kaum kafir juga, akan melakukan pendustaan?

Mustahil
Sekadar itu sahaja dari saya. Jelaslah bahawa hujah pihak anti-Islam ini adalah hujah yang tidak masuk akal, bahkan kalau ia benar sekalipun (for argument sake) ia hanya membuktikan kebenaran & ramalan dalam Al-Quran, sebagaimana yang saya sebutkan di atas.
Wallahua'lam, moga-moga bermanfaat tulisan saya ini.
Bagi sesiapa yang nak tahu kisah terperinci tentang kewafatan nabi ﷺ, mengikut kronologi semenjak periatiwa racun tersebut hingga ke saat pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah, berikut ada satu website yang sangat bagus sekali.

almanhaj.or.id/6284-detikdeti…
Saya telah menilitinya & ia banyak menepati teks hadis. Boleh merujuknya, in sya Allah.

Membaca kisah kewafatan ini, sungguh ia menimbulkan rasa sebak yang sangat mendalam pada diri saya. Kalian bacalah, dan amatilah elok2 kisah tersebut.

Wallahua'lam
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!