Moga-moga bermanfaat, in sya Allah
Sedar atau tidak, sudah hampir 3 minggu semenjak DZN membuat ceramah bersiri di Kelantan. Walaupun Dr. Zakir Naik sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, masih lagi ada beberapa "entiti" yang cuba membangkitkan isu ini.
Saya ulang, 3 minggu hampir berlalu.
Ini dah tiga minggu kot, melampau sungguh.
Tidak mampu move on ke?
Berdasarkan pemerhatian saya, saya melihat bahawa apabila ahli politik tempatan ("keluarga" kita) membuat satu kenyataan rasis & kemudian membuat permohonan maaf, rata-rata media arus perdana sudah pun berhenti daripada membuat liputan terhadap mereka
Kalau sudah tidak ada material utk dibuat liputan, mereka akn mengumpul pandangan2 org ramai & dibuat kolum "Yoursay" pula.
Agak-agak kalau ahli politik tempatan daripada "keluarga" kita membuat kesalahan yang sama, adakah @malaysiakini akan membuat liputan yang sama level seperti isu DZN? Adakah mereka akan buat bahagian "Yoursay" juga?
Fikir-fikirkanlah
Semenjak YB Syed Saddiq membuat kenyataan bahawa kita perlu "move on" dari isu DZN, saya melihat ramai reaksi berbaur kesedihan & ketidakpuasan hati dalam kalangan kaum Non-Muslim. Ramai yang kecewa benar sebab tiada tindakan tegas dikenakan terhadap Dr. Zakir Naik.
Baguslah kalian berasa sedih. Sekurang-kurangnya kalian sudah faham perasaan kaum Muslim apabila terdapat ahli politik tempatan yang membuat kenyataan rasis, kemudian tiada tindakan tegas yg dikenakan pada mereka
Tetapi alhamdulillah, setelah permohonan maaf dikeluarkan, rata-rata pihak Muslim pun sudah move on, media pun sudah tidak membuat liputan.
Sedangkan DZN telah membuat permohonan maaf, sudah juga diharamkan daripada berceramah di seluruh Malaysia, apa lagi yang mahu?
Saya akan ulang prinsip saya sekali lagi, iaitu, Dr Zakir Naik walaupun beliau adalah seorang pendakwah yang masyhur & berjasa besar terhadap Islam, beliau tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
"Dan janganlah sekali-kali kerana kebencian kamu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil" [5:8]
Ya kita akui, perkara tersebut adalah salah.
Tidak, bahkan Dr. Zakir Naik sanggup mengambil masa di luar ceramah untuk bersembang dengan atheist tersebut selama berjam-jam lamanya. Lihat sahaja video di bawah
Ini baru sahaja 3 video klip, sedangkan ada banyak lagi video lain di mana Dr. Zakir Naik melayan si penyoal dengan penuh hemah & sabar sehinggakan mereka sendiri juga tergelak & tersenyum.
Mana ada DZN sentiasa menafikan mereka?
Bagi sesiapa yang berkata bahawa DZN asyik bersikap kasar & suka menafikan soalan pihak Non-Muslim, jelas kalian ini duduk di bawah tempurung & membutakan mata untuk melihat sisi kebaikan beliau.
C'monlah, berlakulah adil
Saya ada terbaca suatu thread di bawah, yang menyebut tentang analisis kesalahan DZN & kemudian dia menyebut bahawa "Muslims should reject him"
Sebabnya, analisis kesalahan yang dibuat terhadap DZN hakikatnya tidaklah unik kepada beliau sahaja. Ramai para pendakwah lain juga mempunyai kesilapan & kekurangan yang serupa juga.
Ya, itu sudah tentu merupakan kekurangan beliau tetapi apakah ia unik & khusus kepada DZN sahaja? Saya fikir tidak.
Dia telah menyatakan beberapa analisis kesalahan DZN (serta kebaikannya juga), tetapi kesalahan itu sendiri adalah berbentuk khilaf.
Apa sebenarnya poin yang penulis thread itu cuba sampaikan dengan menyatakan bahawa DZN menyebut bahawa Bible mengharamkan makan khinzir? Nak kata DZN salah & kita perlu reject beliau , Dr Shabir Ally pun sebut perkara sama juga.
Yang kita bicara sekarang adalah soal struktural, iaitu, ada ke Umat Islam pernah mengorak langkah yang khusus untuk memberikan penekanan kepada Kristian Koptik & memaksa mereka masuk Islam? Mana ada
ISIS ni jangankan Kristian Koptik, kalau yang Islam yang tidak selari pandangan dengan mereka pun akan dibunuh juga.
Bukan contoh Krishna digunakan sebagai justifikasi, tidak benar.
Saya telah membawa 3 contoh di atas untuk memberi illustrasi bahawa saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang cuba ditegakkan oleh penulis thread. Nak kata DZN salah, tak benar juga sebab benda tersebut adalah perkara yang 'disputed'.
Jangan diubah-ubah perkataan DZN
Dan apakah benar kesemua penyokong DZN membenci Syiah?
Kalau benci dalam erti kata sampai tahap memukul atau sebagainya, itu memang melampaulah. Tapi kalau benci dalam maksud tidak redha dengan akidah Syiah, takkanlah itu pun salah juga?
Hal ini tidak dinyatakan penulis.
Tetapi itu tidak bermaksud kita semestinya perlu redha atau suka jikalau melihat saudara seagama kita yang jelas mempunyai akidah yang jauh menyeleweng.
Penyokong yang membenci Syiah, DZN pula dipersalahkan. Apalah.
Thread ini asalnya nak membincangkan analisis karakter & dakwah DZN tetapi premis hujah yang digunakan oleh penulis thread adalah berdasarkan penyokong DZN pula. Saya fikir hal ini adalah janggal sekali bahkan agak 'ridiculous'.
Maka saya fikir, sandaran argumen yang digunakan oleh penulis thread adalah tidak kuat sedari awal
Wallahua'lam, moga-moga bermanfaat tulisan saya ini