Profile picture
, 50 tweets, 8 min read Read on Twitter
Kepada mereka yang asyik tag saya dalam isu ini, berikut komen saya.

Baca sampai habis
Pertama,

Saya pernah cakap dahulu, tapi saya akan ulang sekali lagi. Dr. Zakir Naik, sebagaimana pendakwah lain, dia ada kebaikan & keburukan tersendiri. Of course, dia melakukan kesilapan sebab dia bukan maksum.
Dalam kes kali ini, kita perlu akui bahawa kalam dia adalah tidak "appropriate". Walaupun dia buat perbezaan antara generasi dahulu (yg tak lahir di Malaysia) dengan yang sekarang (yg lahir di Malaysia), tapi statement dia bakal mengundang perselisihan.
Maka seharusnya sebagai pendakwah, di saat "racial tension" agak tegang di Malaysia semenjak akhir-akhir ini, lebih baik dia mengelakkan daripada sebut hal tersebut. Itu lebih baik sebab sekarang ni, semua orang fikir nak cari kesalahan dia je, sekali dah dapat memang habis.
Kedua,

Sepanjang perjalanan dakwah Dr. Zakir Naik, sudah tentu kesalahan itu adalah mungkin sahaja berlaku. Kita sbg Muslim perlu berlaku adil utk tidak taksub pada mana-mana ulama, kerana hal ini akan membutakan kita drpd kebenaran.

Ingat, kebenaran itu lebih kita sayang
Sebagai contoh, terus terang saya cakap di sini.

Saya tidak setuju apabila Dr. Zakir Naik (bahkan juga pendakwah2 Muslim yang lain) berkata bahawa "Teori evolution Darwin ni tak betul, ia sekadar teori sahaja"
Saya tidak setuju mana-mana pendakwah berkata ini, kerana dalam kerangka ilmu sains, kedudukan 'certainty' bagi sebuah teori adalah sangat tinggi. Maka tidak harus seorang pendakwah berkata suatu fenomena adalah tidak benar hanya kerana "ia sekadar teori sahaja"
Saya bawa contoh ini sebab nak illustrate bahawa Dr. Zakir Naik ini ada kesalahan tersendiri, dia tidak maksum.

Bukan bererti saya setuju akan "Darwinian Evolution", sebab ada beberapa cabang & aspek yang masih perlu diteliti. In sya Allah ada rezki akan ditulis tntg isu ini.
Point di sini adalah, jangan kita taksub pada mana-mana ulama. Seharusnya kita bersikap objektif, sokong apabila dia melakukan suatu kebaikan, dan tegur apabila melakukan kesalahan.

Pegang pada prinsip ini.
Ketiga,

Saya faham Dr. Zakir Naik telah melakukan kesilapan, tetapi kenapa sampai perlu kepada halau dia balik ke India? Kalau kerana kesalahan statement yang dia ungkapkan di atas adalah sebab dia perlu dihantar balik ke India, maka saya fikir perkara ini janggal sekali.
Kenapa saya katakan janggal?

Sebab di Malaysia, kita sudah ada ramai ahli politik & peraturan yang membuat kenyataan yang amat rasis. Tetapi saya tidak pernah lagi mendengar bahawa mereka ini semua pernah diambil tindakan ataupun mereka perlu "dikeluarkan daripada Malaysia"
Ada yang kata...

"let us not rub cow manure on our faces by introducing khat"

"Negara Malaysia memaksa penganut Hindu untuk masuk Islam, banyak kuil telah dirobohkan"

"Kita tidak mahu tulisan jawi, kita tidak mahu Sekolah Wawasan"
Saya fikir, statement ini adalah jauh lebih rasis & teruk berbanding statement yang dikeluarkan oleh DZN. Tapi setakat pengetahuan saya, saya tidak tahu jika ada tindakan diambil terhadap mereka pun, atau mereka perlu "keluar Malaysia" bagi mengekalkan keharmonian tanah air.
Bahkan individu-individu ini siap dilantik jadi Ahli MP & Menteri lagi, bukannya diambil tindakan pada mereka. Mereka mempunyai kedudukan yang penting & kuasa politik yang hebat sekali.
Juga, mereka yg enggan tulisan jawi & Sekolah Wawasan, apabila Perdana Menteri jelas melabel persatuan itu sebagai "Racist", tiada pula tindakan diambil terhadap mrk.

Bahkan ahli-ahli politik dari suatu parti tertentu siap mempertahankan lagi mrk. Enggan mrk dilabel sedemikian
Maka saya katakan di sini, berlakulah konsisten.

Kalau suatu insan perlu diambil tindakan kerana membuat statement yang ada unsur rasis, maka ambil-lah terhadap semua. Jangan dikhususkan kepada Dr. Zakir Naik sahaja.
Saya hairan, pernah sekali ada seorang Menteri apabila dia hendak membawa usul Undi 18, dia berkata bahawa kita perlu konsisten sebab umur 18 tahun, mereka sudah boleh kahwin, sudah boleh ada lesen & sebagainya.

Maka seharusnya mereka juga boleh undi, atas hujah "consistency"
Tapi mari kepada isu DZN, mungkin sekali Menteri tersebut telah hilang sikap objektif & konsisten beliau. Apabila rakan politik membuat kenyataan rasis, senyap bagaikan ada emas dalam mulut. Namun jikalau DZN berbuat demikian, laju sungguh untuk menghalaunya.

Hebat sekali
Keempat,

Saya tertanya-tanya, kenapa akhbar MalaysiaKini @malaysiakini mengambil masa 7 hari untuk mengeluarkan berita bahawa DZN membuat statement tersebut? Kenapa mereka tidak pantas mengeluarkan berita, sebagaimana yang biasa mereka lakukan selama ini?
Apabila ada satu press conference, tau sampai beberapa minit mereka pantas publish berita. Tapi ceramah yang spesifik ini, mereka tunggu masa 7 hari baru hendak keluarkan berita?

Adakah mereka baru hendak meneliti kembali video-video Dr. Zakir Naik?
Saya fikir, ini adalah suatu tindakan tajassus (mengintip-intip) yg dilakukan oleh akhbar MalaysiaKini. Mereka mengorek kembali video ceramah DZN lantas apa sahaja berita yg boleh menjatuhkan maruah beliau, terus mereka publish.

Adakah ini journalism yg bersikap adil & objektif?
Bagi saya, kalau hendak mengintip & mencari kesalahan DZN satu per satu, sudah tentu ada macam-macam kesalahan yang boleh dikorek kembali.

Tetapi saya nak tanya, apabila beliau memuji kerajaan Malaysia, ada ke orang nak publish?

Sudah tentu tidak sebab cerita ini 'tidak laku'
Kelima,

Saya ada melihat ceramah yang beliau keluarkan statement tersebut. Dan saya boleh jamin bahawa ayat "suruh tetamu lama cina untuk balik (ask the old guests chinese to go back)" memang tidak ada dalam ceramah itu.
Yang DZN cakap adalah, "Kalau mereka hendak tetamu baru keluar, suruh juga tetamu lama keluar."

Kemudian dia sambung

" Orang2 Cina, mereka kebanyakkannya bukan lahir di sini. Kalau generasi baharu, ya (mereka lahir di sini)"
Tetapi akhbar MalaysiaKini kemudian sambung kedua-dua ayat tersebut dengan berkata "ask the old guests chinese to go back too"

Mana ada disambungkan ayat itu? Kalau nak quote, sila quote secara verbatim (word by word), jangan disambungkan bukan pada tempatnya.
Lagipun, ceramah berdurasi lebih satu jam itu, beliau sebut benda tersebut sambil lalu sahaja. Tdk sampai 30 saat pun dia sentuh hal itu, sbb dia cuma nak cakap pasal orang label dia sebagai "guests", itu sahaja.

Bukannya sepanjang ceramah itu dia preach agar orang cina dihalau
Tapi media mengambil satu 'pixel' daripada ceramah tersebut, dan memperlihatkan seolah-olah memang agenda utama dalam ceramah DZN adalah hendak menghalau orang cina, sedangkan itu disebut sambil lalu.
Memang itu salah, tapi saya nasihatkan di sini, itu hanyalah 'pixel' dalam ceramah beliau. Bukannya bigger picture.

Tapi media memperlihatkan seolah-olah itulah bigger picture. Nak buat macam mana, media memang tugas dia adalah "sensationalize" berita, baru laku berita mereka.
Keenam,

Ini nasihat yang paling penting dalam isu ini, saya harap semua dapat faham. Yakni, hendaklah kita menghukum seseorang dengan seadilnya.
Allah SWT berfirman,

"wahai orang2 beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kerana kebencian kamu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil....
... Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"

[surah al-Maidah, ayat ke-8]
Saya faham Dr. Zakir Naik melakukan kesilapan, tetapi lihatlah bigger picture. Adakah kesalahan tersebut besar sekali, sampaikan dia jasa-jasa beliau perlu diabaikan?

Adakah sampai begitu?
Lainlah dalam konteks politik, kalau ada Menteri berjasa tapi dalam masa yang sama dia ambil rasuah, ni memang no kompromi. Tak boleh apply konsep tadi.
Tapi dalam isu DZN di mana beliau tersilap kata, takkanlah padan untuk kita berkata bahawa dia layak dihalau balik ke India. Takkanlah padan kita nak kata "Zakir is becoming Zakar so fast"
Takkanlah padan kita nak kata "Ini Malaysia, rumah kami Melayu, Cina & India. Kamu siapa sial"

Takkanlah padan untuk kita berkata "Mengarut jauh sangat dah ni. Kita tak perlu orang macam dia"
Adakah tuduhan-tuduhan ini padan pada beliau, sedangkan beliau dah berjasa besar pada Islam?

Kalau saya kira, beliau dah banyak sangat mengislamkan orang-orang Non-Muslim dengan asbab dakwah beliau. Begitu juga anak-anak murid beliau, spt Firdaus Wong, Hussain Yee & selainnya
Dan sungguh saya katakan, saya juga suka melihat beliau ambil titik persamaan antara agama Islam & agama Hindu, Kristian & selainnya. Banyak kali beliau fokuskan kpd titik persamaan sahaja sbb itulah saranan Al-Quran yakni supaya ajak kepada titik persamaan (Ali Imran, ayat 64
Sebab itu kalau ada orang tanya akan perbezaan agama, beliau akan kata

"What's the differences we discuss tomorrow, let's follow the common ground first"

Lihat sahaja ceramah-ceramah beliau, kalau baca MalaysiaKini sahaja mana mungkin tahu sebab mereka takkan publish hal ini
Maka saya katakan di sini, kepada sesiapa yang membenci Dr. Zakir Naik atas kesalahan beliau, saya katakan jujur di sini,

Berpada-padalah dalam membenci orang. Dia dah Islamkan ribuan (mungkin jutaan) orang, kau pernah terkeluar ke lafaz dakwah kepada Non-Muslims?
Janganlah kita bersifat dengan sifat munafiq, asyik mahu mencari & mengintip kesalahan pendakwah tetapi jasanya kita butakan jua. Dan kalau nak ambil tindakan kepada orang yang kononnya mengeluarkan kenyataan rasis, ambil pada semua.

Jangan dikhususkan kepada golongan tertentu.
Alah, jangankan kesalahan ini. Hatta orang hendak menghormati & menyambut Dr. Zakir Naik pun orang dah salahkan beliau sebab "dia tak rendah diri, dia tamak akan popularity" pun orang sudah marah. Apatah lagi memang kesalahan jelas ini.

Agak-agak mereka berlaku adil ke?
Wallahua'lam, fikir-fikirkanlah.

Moga-moga Allah merahmati kita semua, dan mencampakkan dalam diri kita semua akan sifat berlaku adil dalam menilai sesuatu perkara.
Ini satu perspektif daripada @HilalAsyraf, boleh baca pandangan beliau dalam isu ini.

Kepada sesiapa yang hendak menonton ceramah DZN yang diambil kata-katanya dalam isu ini, boleh lihat video berikut. Pada minit ke-43 dia adalah kenyataan yang diambil.

Nasihat saya, jangan baca komen

Ini adalah kenyataan rasmi daripada FB Bro Firdaus Wong, beliau pun melihat ceramah tersebut & beliau pun faham bahawa kalam itu disebut sambil lalu, bukannya DZN berniat menyebut hal itu.
Dan kepada mereka yang berkata "Awak tak boleh compare DZN dengan Ahli politik tempatan, sebab mereka warganegara Malaysia, DZN orang luar"

Maaf tapi saya hendak bertanya, sejak bila menjadi warganegara memberi lesen untuk membuat kenyataan rasis?
Saya katakan mudah sahaja kes ini, bagi menepati semua pihak. Sesiapa sahaja membuat kenyataan yang berunsur perkauman, ambillah sahaja tindakan pada semua, tanpa dikhususkan hukuman kepada DZN sahaja.

Ini tidak, siap dilantik menjadi Menteri pula.
Dan kepada insan yang beragama Muslim yang sering kali berkata bahawa "Malaysians adalah keluarga, Dr. Zakir Naik ini tetamu"

Hati-hatilah dengan ucapan kalian. Benar kita warganegara Malaysia semuanya keluarga, tetapi sesama Muslim, bahkan ikatan itu lebih dekat.
Seseorang lain berbuat silap kita mampu toleransi, tetapi apabila ada saudara Muslim kita yang melakukan kesilapan (difitnah hakikatnya), kita terlupa akan ikatan Muslim tersebut. Bahkan hendak menghalaunya lagi.

Masya Allah.
Moga-moga Allah selamatkan kita daripada musibah fitnah-memfitnah ini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!