, 69 tweets, 30 min read
Menteri Kewangan Lim Guan Eng bentang #Belanjawan2020 di Dewan Rakyat
#Belanjawan2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama – Lim Guan Eng
#Budget2020: Government has no intention to reintroduce GST
#Belanjawan2020 : Kerajaan tidak berhasrat laksana semula GST sebagai menghormati mandat diberikan oleh rakyat
#Belanjawan2020 mengandungi empat teras termasuk memacu pertumbuhan ekonomi, ekonomi baharu dan era digital
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan perkenal insentif cukai, galak aktiviti bernilai tambah tinggi industri elektrikal dan elektronik untuk beralih ke ekonomi digital 5G dan IR 4.0
#Belanjawan2020 : Jabatan Kastam akan perkenal kemudahan pembayaran tertunda bagi mempercepat proses pelepasan dagangan rentas sempadan
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang 5 tahun
#Belanjawan2020 : SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM210 juta untuk mempercepat infrastruktur digital di bangunan awam terutama sekolah dan kawasan berimpak tinggi
#Belanjawan2020 : Kerajaan perkenal Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta
#Belanjawan2020 : Geran RM445 juta diberikan untuk pembangunan usahawan Bumiputera bagi akses pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan keusahawanan
#Belanjawan2020 : Pentadbiran PH mengasingkan unsur politik daripada pembiayaan, sediakan pinjaman RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina
#Belanjawan2020 : Kerajaan sedia pinjaman RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
#Belanjawan2020 : Potongan cukai kos penerbitan dan potongan cukai tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk di bawah prinsip Wakalah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025
#Belanjawan2020 : Jawatankuasa Khas Kewangan Islam rangka blueprint ekonomi Islam, anjur kursus kefahaman kewangan Islam
#Belanjawan2020 : RM810 juta diperuntuk bagi kebajikan masyarakat Felda
#Belanjawan2020 : RM738 juta disediakan kepada Risda dan Felcra laksana program penjanaan pendapatan
#Belanjawan2020 : RM43 juta diperuntuk bagi pembangunan Industri Pertanian 4.0, bangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi
#Belanjawan2020 : RM1.1 bilion diperuntuk kepada MOTAC dengan RM90 juta dikhaskan untuk promosi dan program VMY2020
#Belanjawan2020 : Kerajaan cadang insentif cukai disasar ke atas sektor kesenian dan pelancongan untuk tingkat manfaat ekonomi #VMY2020
#Belanjawan2020 : Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 untuk memperkukuh kedudukan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan lancar inisiatif #MalaysiaKerja untuk wujudkan peluang pekerjaan belia dan wanita
#Belanjawan2020 : #GraduanKerja direka untuk pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan, terima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan
#Belanjawan2020 : #WanitaKerja wujudkan 33,000 pekerjaan bagi wanita berumur 30 hingga 50 tahun yang berhenti kerja setahun atau lebih
#Belanjawan2020 : Kerajaan teliti semula Akta Kerja 1955 termasuk tingkat tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari mulai 2021
#Belanjawan2020 : Kerajaan cadang gaji minimum ditingkat pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar utama
#Belanjawan2020 : Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan terbesar iaitu RM64.1 bilion
#Belanjawan2020 : Tumpuan diberi untuk baik pulih sekolah daif dengan peruntukan RM783 juta terutamanya di Sabah dan Sarawak
#Belanjawan2020 : RM23 juta disediakan bagi sekolah kebangsaan untuk mempunyai kemudahan mesra OKU
#Belanjawan2020 : Peruntukan program TVET ditingkat daripada RM5.7 bilion pada 2019 kepada RM5.9 bilion pada 2020
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan dibawah MARA dan RM2 bilion biaya pinjaman 50,000 pelajar
#Belanjawan2020 : Kerajaan tingkat peruntukan pembangunan luar bandar daripada RM9.7 bilion pada 2019 kepada RM10.9 bilion pada 2020
#Belanjawan2020 : Kira-kira RM587 juta diperuntuk bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan RM470 juta kepada Sabah dan Sarawak
#Belanjawan2020 : Peruntukan subsidi dan bantuan sosial ditingkatkan kepada RM24.2 bilion termasuk bantuan kebajikan seperti BSH
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM5 bilion bagi #BSH, perluas skim meliputi 1.1 juta individu bujang melebihi 40 tahun berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
#Belanjawan2020 : Peruntukan RM80 juta naik taraf, baiki dan selenggara 67 pelbagai institusi bawah JKM
#Belanjawan2020 : RM25 juta untuk urus, tadbir dan perluas program Food Bank
#Belanjawan2020 : RM57 juta disediakan kepada JAKOA, selain peruntukan tambahan RM83 juta untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur Orang Asli
#Belanjawan2020 : Selaras manifesto Pakatan Harapan, rakyat boleh menikmati diskaun 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik #PLUS
#Belanjawan2020 : Rundingan akan dilaksana untuk dapat harga terbaik ambil alih konsesi tol dengan matlamat akhir untuk hapuskan kutipan tol secara berperingkat
#Belanjawan2020 : Rakyat yang memiliki tidak lebih dua kereta dan dua motosikal yang layak akan terima Program Subsidi Petrol (#PSP) untuk satu kenderaan sahaja
#Belanjawan2020 : Kenderaan mewah tidak layak terima subsidi bersasar #PSP
#Belanjawan2020 : Harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur apabila skim subsidi bahan api dilaksanakan
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM2.2 bilion bagi skim #PSP, beri manfaat kira-kira lapan juta pemandu
#Belanjawan2020 : Subsidi layak diberi jika harga pasaran RON95 yang ditentukan mekanisme APM melebihi RM2.08 seliter, tiada subsidi diberikan jika harga dibawah RM2.08 seliter
#Belanjawan2020 : Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki bantu pembeli yang tidak mampu bayar deposit 10 peratus, sukar dapat akses pembiayaan pembelian rumah
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan turunkan nilai ambang kondominium dan pangsapuri bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 pada 2020 untuk pemilikan asing
#Belanjawan2020 : Kerajaan lanjut Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Jan 2020 hingga 31 Dis 2021
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan termasuk sedia lampu jalan dan parkir motosikal berciri keselamatan
#Belanjawan2020 : RM299 juta untuk Program Sukan Untuk Semua termasuk naik taraf kemudahan sukan
#Belanjawan2020 : RM179 juta untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM10 juta untuk pembangunan atlet wanita
#Belanjawan2020 : RM443.9 juta disedia untuk Rancangan Tebatan Banjir dan RM150 juta selenggara pengurusan kolam takungan banjir sedia ada
#Belanjawan2020 : Kerajaan sedia RM15 juta kepada MYCAT, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan NGO lain untuk lindung haiwan terancam
#Belanjawan2020 : Peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri diperkukuh daripada RM15.6 bilion pada 2019 kepada RM16.9 bilion pada 2020
#Belanjawan2020 : Peruntukan Kementerian Pertahanan ditingkatkan daripada RM13.9 bilion pada 2019 kepada RM15.6 bilion pada 2020
#Belanjawan2020 : Kadar Bantuan Sara Hidup penjawat awam dinaikkan RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan RM350 juta setahun
#Belanjawan2020 : Penebusan awal gantian cuti rehat penjawat awam sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai dibenarkan
#Belanjawan2020 : RELA nikmati kenaikan elaun RM2 sejam mulai 1 Jan 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan RM26 juta
#Belanjawan2020 : Anggota bomba terima elaun khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan RM35 juta, manfaat 14,400 anggota
#Belanjawan2020 : Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam gred 56 dan ke bawah, pesara kerajaan RM250 diberikan
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan perkenal inisiatif Nombor Pengenalan Cukai untuk perniagaan atau individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan
#Belanjawan2020 : Kerajaan peruntuk RM235 juta untuk beli tambahan 20 mesin pengimbas kargo ditempatkan di semua pintu masuk pelabuhan strategik
#Belanjawan2020 : Kerajaan cadang penalti mandatori minimum RM100,000 untuk penjudi haram dan hukuman penjara mandatori minimum enam bulan
#Belanjawan2020 : Peruntukan Perbelanjaan Mengurus untuk baiki dan selenggara aset awam ditingkatkan kepada RM10.5 bilion
#Belanjawan2020 : Kerajaan akan tambah 100 kakitangan SPRM tahun depan dan kukuhkan Unit Integriti di semua kementerian dan agensi
#Belanjawan2020 : Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis untuk tingkat keyakinan orang awam terhadap PDRM
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to BERNAMA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!